|
saknika bermaksud pelbagai, macam-macam
saknika benda bermaksud macam-macam benda
orang Perak suka guna bahasa ni
|
|
|
|
|
|
|
|
oh ya?
ni first time saya dengo.
elok juga saya tahu, belajar pelbagai bahasa.
terimasih.
|
|
|
|
|
|
|
|
CERITA PASAL MIMPI
Tadi akak baca juga kisah-kisah kawan-kawan lain termasuklah kisah mimpi ular...terus teringat pasal mimpi yang akak alami semasa anak dara dahulu...
Orang tua ada cakap kalau mimpi ular ni maknanya ada orang berkenan nak masuk meminang...so waktu tu bukan main menggeletis lagi bila akak mimpi pasal ular (nampak sangat gatalnya nak kawen)
Namun sekarang bila akak ingatkan semula pasal mimpi ni, akak tak rasa orang nak meminang tetapi mungkin permainan tidur atau mungkin ada maksud lain yang masih belum dapat dirungkai....
Begini mimpinya:
Akak ada 2 orang sepupu perempuan yang agak rapat. Jarak umur kami setahun dua sahaja bezanya. Memang lah adat waktu muda remaja ni, kena mengorat bagai. So tak semena-semena satu malam akak bemimpi.
Akak mimpi kami bertiga dikejar ular - macam-macam jenis ular pelbagai warna dan size. So berlarilah kami ketakutan (siapa yang nak kena belit / patuk dengan ular ye tak?). Waktu berlari menyelamatkan diri ni akak sempat menoleh ke belakang dan akak nampak kedua-dua sepupu akak dah kena patuk. Menangis-nangislah akak berlari sekuat-kuat hati nak selamatkan diri. Sambil berlari, sambil menoleh ke belakang sekali sekala. Ular yang mengejar terlalu banyak dan memang takut betul dalam mimpi tu.
Akak terus berlari sehinggalah akak masuk ke perkarangan rumah nenek - sempat tutup pagar dan ketuk pintu rumah nenek. Bagai nak rak akak menjerit-jerit panggil nenek, minta tolong selamatkan akak sebab akak tengok ular-ular semakin hampir ke perkarangan rumah. Nenek bukak pintu je akak masuk dan menangis-nangis minta nenek selamatkan akak dari mati dipatuk/dibelit ular.
Bila akak intai dari tingkap, akak nampak sekumpulan ular berbagai jenis di luar pagar, tetapi hanya ada seekor ular yang paling besar berwarna hampir kehitaman di dalam perkarangan rumah betul-betul menghadap pintu rumah seolah-olah menunggu akak. Ular tu dah berdiri tegak seolah menunggu akak. Akak hairan macamana ular yang seekor ni sahaja yang masuk, kenapa ular yang lain tak masuk sama? Dalam mimpi akak tu, akak cuma faham ular yang seekor ni seolah-olah dialah paling kuat dan ketua.
Dalam mimpi tu akak berulang-ulang kali cakap pada nenek akak taknak mati dipatuk ular. Kemudian nenek akak keluar dari rumah, berdiri betul-betul depan pintu (akak menyorok belakangnya). Nenek cuba halau tetapi ular besar tu tetap tidak berganjak dari tempatnya. Akhirnya nenek akak cakap 'kau tak payah tunggu cucu aku, cucu aku taknak dengan engkau!'
Akak terbangun dalam pengkahiran mimpi yang tergantung.
So, esoknya akak terus mengadu dengan nenek (kebetulan waktu akak mimpi tu nenek akak memang datang ke rumah kami). Nenek akak senyum sambil cakap adalah tu raja agaknya nak meminang Isaura - Raja Gopal kata nenek! Aduhai, nenek buat lawak la pulak. Cerita dengan kawan-kawan office, diorang cakap ada orang nak masuk meminang le tu (akak dah ada taman dalam hati - gatal merenyam betul akak waktu tu).
Tapi tunggu punya tunggu tak ada pun yang datang meminang. Memang kebetulan tak lama selepas akak mimpi ular tu, sepupu akak kedua-duanya dipinang selang beberapa bulan.
Bertahun lamanya barulah suami akak pinang akak - so mimpi tu tak boleh pakai le dah agaknya.
Cuma bila baca di thread lain, mimpi ular itu tanda yang tak bagus......terfikir jugak sekiranya ular besar yang menunggu akak tu ada kaitan dengan segala yang berlaku dalam hidup akak selepas berkahwin? Wallahualam......
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak cerita yg kat resort tu tersangatlah seram. time mlm mng takde org yg tunggu ke kat tmpt receptionist tu |
|
|
|
|
|
|
|
ada sepatutnya!
it is a 5 star resort...mat Salleh, Arab memang suka ke sana...dan akak memang biasa balik lewat malam sebelum-sebelum tu okay je terang benderang lobby.
Itulah sebabnya kami hairan macamana boleh lobby tu gelap gelita dan tak ada orang to 'man' the area.....
I guess, memang malam tu kami sekeluarga nak terkena kut......
|
|
|
|
|
|
|
|
ye ke? adoi...
kalau tak kuar gak, akak jgn serik ek, tulis le balik seringkas mungkin.
tak sabo nak baca cerita misteri akak seterusnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak ikutkan lah, resort/hotel 5 bintang ni jarang sangatla front desk dibiarkan takde orang. Even lobby pun dibiarkan terang benderang hatta waktu malam sekali pun. Agaknya ada la tu yg menutup pandangan suami akak tu kan. |
|
|
|
|
|
|
|
by the way, sebab kami boleh dikatakan regular la jugak (cuma kali tu akak gatal nak booking guna agent online sebab konon nak dapat rate murah sikit)....sebenarnya tingkat yang kami dapat tu memang kinda familiar...so memang selama ni tak pernah nampak pintu bilik yang burukpun.
itulah sebabnya akak dgn anak sulung akak tak puas hati kenapa pintu bilik buruk, masuk toilet pulak terasa ke'angker'annya.
akak suspect, kami dapat bilik yang sepatutnya tidak diberikan kepada customer kot... |
|
|
|
|
|
|
|
hi sis.. moral of d story klu msk mana2 blk hotel ke resort dan seangkatan dgn nya klu rasa ke"tidakbest"an melebihi rasa best tu pasti la ade sumthing wrong sumwhere eh...... nice story.. thanx ya dah update...
|
|
|
|
|
|
|
|
KAN DAH KENA 'CAK'!
Tak best betul bila kita dah type panjang-panjang dan cerita dengan penuh perasaan lepas tu M.I.A (tapi takpe, akak faham admin CARI sedang berhempas pulas nak membetulkan).
Anyhow, kalau keluar juga cerita yang sama kemudiannya (just in case dapat retrieve balik post yang hilang tu) akak akan delete salah satu. Jalan penceritaan dah tak se'best' yang sebelum ni tau, sebab masa akak type tu incident tu fresh from the oven - baru sangat berlaku.
Anyways, here goes:
Rumah kami yang sekarang ni berjiran dengan sepupu (belakang rumah akak je). So dapur kami ni memang saling mengadap. Wet kitchen tu agak terbuka dan diluar sedikit lepas tu ada la garden sikit kat belakang rumah untuk bercucuk tanam. So selalulah jugak bila akak memasak, dengar kentung-kentang sepupu pun memasak...akak mesti panggil dan tanya 'masak apa tu...' dan selalunya berakhir dengan kami terima la lauk pauk yang dimasaknya (akak suka sangat sebab sepupu akak ni memang terror memasak!).
Wet kitchen sepupu ni, dia pasang plastic tebal berwarna yang sangat besar untuk tutup dari pandangan orang luar. (post akak yang hilang tu akak sebut canvas - pepandai je akak suka-suki cakap canvas ) .Sekali sekala dia bukalah juga plastc - selalunya waktu malam sahaja ditutup. Kalau angin kuat sangat memang plastic tebal ni boleh bergerak-gerak dibuatnya.
Malam tu dia memasak - lebih kurang pukul 3 pagi. Lapar katanya. So beria-ia lah dia di belakang rumah tu. Sedang syok memasak tiba-tiba plastic yang menutup tu terselak. Lepas tu tertutup balik. Flip-flap sekali, dua kali...sepupu akak dah start busy body. Dia pun pi la intai kalau-kalau hujan atau angin kuat.
Bila intai, suasana hening je, tak ada angin, tak ada ribut, tak ada hujan. So dia sambung masak lagi. Flip-flap lagi. Sekejap plastic tebal tu terselak, sekejap lagi tertutup. Sifat cousin akak ni memang sangat curious orangnya...dia intai lagi sekali, takde jugak angin, tak ada jugak ribut, tak ada hujan.
So dia masuk dalam....buat donno je, sambung la masak. Flip! Terselak lagi plastic tebal tu. So dia dah nekad. Flap! tertutup la pulak (macam orang main selak-selak). Kali ni agaknya cousin akak dah nak bengang, sebelum plastic tu terselak lagi cousin akak selak plastic tu dan jerit 'CAK!'.
Lepas tu takde dah nak ber 'flip-flap' plastic tebal tu.....tetapi menurutnya...sambil dia memasak tu dia dah nampak........lepas dia 'cak' tu lah....Si berambut panjang elok je duduk mencangkung atas pagar belakang rumah akak dok pandang dia!
Sepupu akak cakap dia boleh nyanyi-nyanyi seolah-olah buat tak nampak je....habiskan urusan memasak dia dan terus masuk, tutup pintu, makan...pastu tidur. Kalau akak lah, sorry lah boleh relax macam tu. Dia ada cerita juga, malam tu dia kena tindih bahagian kaki (kaki menghala ke tingkap bahagian luar area dapur).
Sepupu akak ni cakap benda-benda macam ni kalau kita tunjuk takut sangat dia suka, kalau kita tunjuk berani sangat dia mencabar...so buat biasa-biasa je. Tapi pada akak kalau sepupu dah berani 'cak' benda tu balik....eeeiii tu berani lah tu.
Okay, ni cerita yang baru berlaku tetapi sebenarnya ada cerita lagi sebelum sepupu akak kena...anak sulung akak yang kena, dan juga selepas sepupu akak kena.....anak sulung akak kena ganggu lagi...so i kinda of thinking all these might be related, bukan sekadar ada benda tersesat area perumahan kami......
|
|
|
|
|
|
|
|
ya...gerak hati....itu dia sixth sense ...semua orang ada tapi tak ramai yang nak dengar gerak hati tu termasuklah akak jugak......
|
|
|
|
|
|
|
|
alamak akak.
i stay ipoh mali tatak sombong pon x tahu makna saknika. hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
kakak angkat akak tu dengar juga ya suara lelaki kat tangga tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
cer katak cita camana rupa hantu stokin yg katak jumpa tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
bila akak cerita akak kena tindih sampai rasa terangkat dari katil, teringat pulak masa kena kat saya
masa tu ada famili day kat resort kat ulu langat ni
rasa mcm dari belakang, ada org cucuk dengan kayu kat belakang badan, sakit sgt, dan rasa
badan tu dah terangkat dari katil
masa berlaku tu, ada la around 3 4 pagi kut
allahuakbar, tu la pengalaman pahit....dan menyeramkan
|
|
|
|
|
|
|
|
aik... abis dah ke story... best la... citerla lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
yg ko nampak stokin berjalan ni waktu siang hari ke waktu malam?
|
|
|
|
|
|
|
|
terbaik la citer akak.....masih berubat lagi ker.....semoga cepat sembuh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|