|
chazey posted on 14-2-2013 07:20 PM 
ok dah paham apsal ko konpius.
cenggini,
Datuk sedara & nenek sedara ni adik beradik dgn datuk ko..... belah bapak ko ke?
Belah mak ko pulak, mak dia ada adik pompuan/kakak yg ada anak luar nikah ni la kan.....
|
|
|
|
|
|
|
|
BidAnggun13 posted on 14-2-2013 07:27 PM 
Datuk sedara & nenek sedara ni adik beradik dgn datuk ko..... belah bapak ko ke?
Belah mak ko ...
nope.
erm, camna supaya tak konpius,
datuk aku (belah mak) ada dua adik badik. sorang lelaki (datuk sedara - hada anak luar nikah), sorang pompuan (nenek sedara - tukang jaga anak anak luar nikah).
nenek aku lak, iaitu ibu kepada mak aku, tada kaitan dalam cerita ni.
aku sindri pun pening da dengan terma keluarga segala ini. 
|
|
|
|
|
|
|
|
chazey posted on 14-2-2013 07:54 PM 
nope.
erm, camna supaya tak konpius,
Mak pakcik ko pulak? Mak pakcik ko kira nenek ko la kan...... anak luar nikah datuk sedara ko tu, maknya sapa?
|
|
|
|
|
|
|
|
BidAnggun13 posted on 14-2-2013 09:01 PM 
Mak pakcik ko pulak? Mak pakcik ko kira nenek ko la kan...... anak luar nikah datuk sedara ko tu, ...
mak pakcik aku, yang patutnya jadi nenek sedara aku kalau datuk sedara aku setuju nak nikah dia, lari tinggalkan anak dia bila datuk sedara aku tu tamau nikah ngan dia. pangai sama weng ngan datuk sedara aku. kaka.
sebab tu, pakcik tu, nenek sedara aku yang jaga.
dan dah kawin lain pun mak pada pakcik aku tu...aku tak tau banyak tentang mak pakcik. tak penah jumpa. sebab dia pun dah tak tinggal kat kampung dah. lepas kawin dia ikut suami dia stay kat luar daerah teros. |
|
|
|
|
|
|
|
chazey posted on 14-2-2013 09:08 PM 
mak pakcik aku, yang patutnya jadi nenek sedara aku kalau datuk sedara aku setuju nak nikah dia, l ...
Patut la...... aku konpius anak luar nikah tu sapa.... pakcik ko la ya.....sorry la.... ok2 aku dh paham......
|
|
|
|
|
|
|
|
BidAnggun13 posted on 14-2-2013 09:13 PM 
Patut la...... aku konpius anak luar nikah tu sapa.... pakcik ko la ya.....sorry la.... ok2 aku dh ...
a'ah. no worries. sebab aku sindri pon pening camna nak eksplain so bahasa memang tunggang langgang ah. kalau dok sembang berdepan, senang jah cerita. 
|
|
|
|
|
|
|
|
chazey posted on 14-2-2013 09:15 PM 
a'ah. no worries. sebab aku sindri pon pening camna nak eksplain so bahasa memang tunggang langgan ...
Duk depan ko lukis family tree......lagi senang nk paham......
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaaa posted on 14-2-2013 07:12 PM 
kalau clue "papai" tu....senang sgt aku nak teka....
Lain kali, bagi le clue yang susah2 ...
x yah clue pun semua dah tau....
bukan byk pun yg ngaku kejab jante, kejab tino...
si nyah tu sorang je....
|
|
|
|
|
|
|
|
lavapanas posted on 14-2-2013 11:51 PM 
x yah clue pun semua dah tau....
bukan byk pun yg ngaku kejab jante, kejab tino...
Publisiti murahan la tuh..... saham dh merundum, sunyi lagik..........
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaaa posted on 15-2-2013 05:50 PM 
ko pun tak paham ek BA....
@chazey ko blh tak cite kan dari awal....puas aku baca, lagi t ...
Pak Seman, Mak Munah & Latifah adik beradik....... paham?
Pakcik TT = anak luar nikah yg sapa td ko bg nama..... lupa la aku 
|
|
|
|
|
|
|
|
BidAnggun13 posted on 15-2-2013 06:14 PM 
Pak Seman, Mak Munah & Latifah adik beradik....... paham?
Pakcik TT = anak luar nikah yg sapa t ...
Hamaidi......
Owh...bermakna Hamaidi tu cucu pada Mak Munah ek?....pastu Hamaidi tu sekolah tempat Pak cik seman mengajar ek?...Tu yg pak Seman menyampah sgt....tapi akhirnya anak pak seman lak ketelanjuran.....Betul ke BA?.... |
|
|
|
|
|
|
|
jazaaa posted on 15-2-2013 06:26 PM 
Hamaidi......
Owh...bermakna Hamaidi tu cucu pada Mak Munah ek?....pastu Hamaidi tu sekolah tempa ...
Ko baca balik apa aku tulis tu..... apa cucu pulak....
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaaa posted on 15-2-2013 05:50 PM 
ko pun tak paham ek BA....
@chazey ko blh tak cite kan dari awal....puas aku baca, lagi t ...
seblom tu disklemer jap;
Latipah tada kaitan lansong dengan ini cerita. watak sampingan pun bokan. namanya terselit karna ada pembaca yang gak pahe lalu terselit la nama Latipah out of nowhere.
tapi ada sorang watak baru. kita bagi nama Sitijah. mak pada Hamidi.
ok. testing mic. wan tu tri.
gini ceritanya;
di awal tahun 60an, tersebutlah kesah seorang guru berumur 20an bernama Pak Seman. Pak Seman pada ketika itu merupakan seorang yang ganteng dan hensem, maka ramai la wanita2 yang jatuh hati pada beliau, termasuklah Sitijah. Sitijah ini, boleh la tahan cun. body pun mantap. ya la, muda lagik kan. maka berzina la Pak Seman yang tidak tahan dengan godaan Sitijah, hingga Sitijah termengandung. pabila keluarga Pak Seman dan Sitijah mengetahui akan perkara itu, marah la mereka lalu menyuruh kedua pasangan muda yang dilanda dosa nafsu berahi ini untuk menikah dengan segera.
malangnya Pak Seman enggan kerana di hatinya lansung tiada rasa cinta. yang ada cuma nafsu sahaja. namun begitu, Pak Seman setuju untuk membayar 'wang panas' kepada Sitijah, mengikut adat kampung. maka beranaklah Sitijah ini seorang diri. akan tetapi, Sitijah juga malas hendak menjaga anak itu, kerana di hatinya masih kuat keinginan untuk berjimba. umur masih muda ma. maka ditinggalkan lah anak itu pada keluarganya untuk dijaga. Sitijah sendiri berhijrah ke bandar, untuk mencari kehidupan jimba yang lebih baik. sudah jodoh, Sitijah bertemu dengan lelaki lain dan berkahwin dengannya. sejak berkahwin, Sitijah tidak pernah balik ke kampung, apatah lagik menjenguk anaknya sendiri. baginya, anak itu sudah mati.
apabila Mak Munah iaitu adik kepada Pak Seman mendengar perkara ini, maka timbul la rasa belas di hatinya. kebetulan, keluarga Sitijah hidup meskin, berbeza dengan keluarganya yang kaya raya hasil bisnes rotan. maka Mak Munah pun berbincang dengan keluarga Sitijah agar diberi keizinan untuk mengambil anak itu sebagai anak angkat. Keluarga Sitijah setuju, dan bermula lah kehidupan Mak Munah dan anak kecil itu yang diberinya nama, Hamidi.
pabila Hamidi memasuki alam sekolah rendah, Mak Munah memberitahu Hamidi bahawa Pak Seman adalah bapa kandungnya. Hamidi terkejut, dan tidak menyangka bahawa Pak Seman, seorang guru yang dipandang tinggi di sekolahnya, sebenarnya adalah bapa kandungnya sendiri. Hamidi hairan. jika benar Pak Seman bapa kandungnya, mengapa selama ini Pak Seman buat tidak tahu terhadap Hamidi? malah bila mereka bertembung pun Pak Seman buat tidak kenal saja? pernah sekali, Hamidi bersembunyi di belakang pintu bilik guru dan curi2 melihat Pak Seman dari kejauhan. malangnya, Pak Seman menyedari perbuatan Hamidi, lalu memarahinya seraya menghalaunya keluar dari bangunan itu.
sedarlah Hamidi, Pak Seman sangat membencinya...
namun Hamidi ini budak yang bijak. dia berjaya menamatkan persekolahannya. Hamidi tidak la sampai ke universiti, namum Hamidi berjaya diserap masuk ke PDRM. disebabkan kegigihan Hamidi, dari pangkat konstabel biasa, Hamidi sekarang ini sudah menjadi seorang ASP.
bagaimana pula dengan Pak Seman? selepas Sitijah melarikan diri ke bandar, Pak Seman bertemu penggantinya; Munirah. seorang jururawat kecil molek yang ayu, sopan dan lemah lembut tutur bicaranya. berkahwinlah Pak Seman dan Munirah, dan hasil dari perkahwinan itu mereka memperolehi 4 orang cahaya mata. apabila anak2 Pak Seman telah dewasa, tahulah mereka bahawa mereka punya seorang abang tiri. maka anak2 Pak Seman, terutamanya yang sulung, berusaha untuk mencari Hamidi dan berbaik-baik dengannya kerana mereka tidak ingin hubungan kekeluargaan terputus. di samping itu, mereka juga ingin menebus kesilapan Pak Seman yang membiarkan Hamidi membesar tanpa kasih sayang seorang bapa selama ini.
Hamidi ini, baik orangnya. pabila adik beradik tirinya datang untuk meminta maaf dan menyatakan keinginan untuk berbaik-baik dengannya, Hamidi menerimanya dengan hati terbuka. atas usaha anak2 Pak Seman juga la, hubungan Pak Seman dan Hamidi menjadi baik hingga sekarang.
-tammat-
pahe doh? 
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaaa posted on 16-2-2013 11:54 AM 
Memang curlasst cite kau ni Chazey.....
1st sbb ni kisah benar....
2nd beri kesan yang ...
aku tak faham la citer ni.......moral dia apa???
|
|
|
|
|
|
|
|
lavapanas posted on 16-2-2013 12:06 PM 
aku tak faham la citer ni.......moral dia apa???
moral dia, sebelum buat apa-apa kena pikir byk2 kali....
Sama gak klau nak cakap ke apa.....kalau tak memang kena lokap lah....nasib baik pak seman tu buat aktibiti tu zaman tahun 60an....kalau skrg, mesti dah kena lokap dah mcm........ |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana dgn nasib anak luar nikah yg begini?
yg terdekat kejadian dgn aku. anak luar nikah itu ialah perempuan.
bila lahir dibintikan pada datuknya (bapa emaknya).
tak lama lepas lahir barulah biological mak bapak budak ni kawen. dpt adik.
si anak ni tetap dibela oleh keluarga emaknya. dgn emaknya dipanggil KAKAK. dgn bapaknya dipanggil ABANG dan pada datuk neneknya adalah emak dan bapanya. dan adik adiknya anggap dia adalah emak sedara padahal adalah kakak sendiri.
sampai skang budak ni dah 17 tahun tgh tunggu result spm. kalo tgk mukanya sebijik mcm biological father.
aku x nampak inisiatif keluarga ni utk bgtau kedudukan sebenar pada budak perempuan ni. si emak masih membahasakan dirinya kakak pada anaknya tu. si bapak membahasakan diri ABAH pada budak perempuan ni. tp tetaplah budak perempuan ni panggil dia 'Abang blablabla".
terpikir aku, apa nasib budak ni bila sampai waktu nak berkahwin nanti? tambah2 kalo bapak yg sebenar dan datuk yg dipanggil pak tu masih hidup waktu dia nak kawen nanti?
ooo btw... budak ni much better dr adik dia yg lahir halal. lebih mendengar kata, bijak dan boleh diharap. setiap kali jumpa budak ni aku rasa kasih sayang aku kat dia mcm lebih. x tau kenapa hehehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
Claudia_Lestat posted on 16-2-2013 08:08 PM 
mcm mana dgn nasib anak luar nikah yg begini?
yg terdekat kejadian dgn aku. anak luar nikah itu ial ...
motip nk heboh2kan status dia ??? supaya pak dia boleh jadik wali ka??? dia tau ka, tak tau ka... pak yang dia panggil abang tu tetap tak jadik wali dia...... kot ya nak susahkan diri fikir psl wali, terus terang jek bg tau budak tuh anak angkat........ kalu dia nk cari family kandung, cakap tak tau jek....or jahat2 cakap jek dh mati tp x tau kubur mana....boleh???
pd aku, better tak tau dr tau & budak tuhh dok konpius, sedih, kecewa kendian lari dr rumah ikut boifren.... mana lerr tau.... silap2 bunuh diri ka......
|
|
|
|
|
|
|
| |
|