CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kiva13

Kisah Seram Aku..(seram kot) (UPDATE)

[Copy link]
 Author| Post time 7-8-2012 09:38 AM | Show all posts
Okay, ada satu cerita aku tiba2 baru teringat. Ni mak aku cerita time aku degil and suka kuar pagi sampai pkul 2-3 pagi. Sampai skang aku buat macam tu. Hehehe.

Ada 1 malam tu. Aku and abg aku no 4 (suka melpak gak tp lg lama dari aku) tengah lepak kat ruang tamu. Memang masing2 tengah tunggu nak keluar je. Mak aku perasan dan tiba2 cakap jangan balik lewat sangat and kalau nak balik jangan guna lif.

Aku pelik la and tanya la kenapa mak aku tak bagi. Mak aku cakap dengar je cakap dia. Then dia ada story yg kawan dia kena kacau dalam lif. Nanti aku cerita. Tapi standard la budak degil kan. Mana la nak dengar kalau takde sebab yg munasabah kan. Aku pun naik gak. So far takde apa yg berlaku la. Nasib baik.

Tapi yg tak boleh blah. Esoknya ayah aku cakap la. Mcm ni kalau tak silap aku. "Kau tahu yg syafiq kena kacau malam semalam?". Aku jem seketika. Sebab aku rasa abg aku balik lagi awal dari aku. "Kena kacau dengan apa?" aku tanya balik. "Dia kata ada benda ikut dia tiba2 keluar burung hantu wrna putih depan dia". Sambil kitorg tergelak. Mana taknya boleh dia bantai ingat burung hantu tu hantu. Tapi hantu la gak sebab dia kuar dari mana ntah. Hahaha.

Tapi ayah aku kata yg abg aku nmpak burung hantu tu saiz dia lagi besar dari biasa and hilang macam tu je. Aku diam je and terpk sebab tu ke abg aku demam. Hehehe. Kena sampuk daa. Hahaha. Ada lagi cerita pasal lif and psal jmpa kepala. Tapi nak ingat kn balik. Hehehe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2012 10:38 AM | Show all posts
kiva13 posted on 7-8-2012 09:16 AM
kalau sue dgr bunyi guli, meja kena tarik, etc. Di sarankn anda untuk berpindah. Hehehe.

alhamdulillah..wat ms ni x de..harap x de la blaku...sue dok sorg 2...tp area sue dok ni mmg sunyi gak la..hohoh cma dlu 1st2 pindah cni, adik sue n kwn die stay umah sue wikend..sedang dorang sembang2 jam 12mlm cam 2 dorang dgr ade byi cam org pakai gelang kaki..xlama pastu byi cam org tarik rantai... . pagi tu dorang tanya sue de gna gelang kaki ker...mane lak sue de gna gelang kaki...hohoh so dorrang pun cite..hampeh sangat...pastu sue call mak sue kat kg...esok nye dorang bmlm ngan sue. . harap sue xdgr n jumpa apa2 la...hohohohohoho....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2012 10:41 AM | Show all posts
sue07 posted on 7-8-2012 10:38 AM
alhamdulillah..wat ms ni x de..harap x de la blaku...sue dok sorg 2...tp area sue dok ni mmg sunyi ...

area mana ni? dduk sorg2 xkn xkena kacau? bgus la x kna kacau. hehehe. xde kwn ke or hubby?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 10:44 AM | Show all posts
kiva13 posted on 7-8-2012 10:41 AM
area mana ni? dduk sorg2 xkn xkena kacau? bgus la x kna kacau. hehehe. xde kwn ke or hubby?

sue dok kch...wakaka..dlu de osmet kejap..pastu die pindah sbb nak umah dkat ngan opis..heheh..skrg nih sorg...arap xde pe2 la...heheh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2012 10:46 AM | Show all posts
sue07 posted on 7-8-2012 10:44 AM
sue dok kch...wakaka..dlu de osmet kejap..pastu die pindah sbb nak umah dkat ngan opis..heheh..skr ...

kch kt mana? bukan thu sgt psal area2 ni.
jika sue takut. di sarankn utk berkhwn. hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 10:52 AM | Show all posts
kiva13 posted on 7-8-2012 10:46 AM
kch kt mana?  bukan thu sgt psal area2 ni.
jika sue takut. di sarankn utk berkhwn. hehehe ...

tempatnye d rahsiakan. ahaks..yea xlm lagi majlis nye...




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-8-2012 10:57 AM | Show all posts
sue07 posted on 7-8-2012 10:52 AM
tempatnye d rahsiakan. ahaks..yea xlm lagi majlis nye...

hahaha. mcm 2 plak.
alhamdulillah. smoga bhagia hgga akhir hayat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 11:04 AM | Show all posts
kiva13 posted on 7-8-2012 10:57 AM
hahaha. mcm 2 plak.
alhamdulillah. smoga bhagia hgga akhir hayat.

Amin amin amin yarabbal alamin...nnt salu2 la update kalo ade cite g k..heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2012 11:11 AM | Show all posts
sue07 posted on 7-8-2012 11:04 AM
Amin amin amin yarabbal alamin...nnt salu2 la update kalo ade cite g k..heheh

yes madam! hehehe. tgh pk citer apa blum bg thu lg.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 12:27 AM | Show all posts
aku ingat aku sorang je sellau dengar guli & kerusi ditarik..

mmg aktiviti dorg kot tiap2 malam nak buat bende tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2012 03:11 PM | Show all posts
Okay ni cerita lepas aku dengar abg aku kena kacau tu. Tapi ni bukan aku kena la. Mak aku yg cerita time aku tengah lepak depan tv tengok cerita hantu.

Mak aku cerita yg ada anak kawan dia ternampak "bola" kat tengah jalan dekat dengan kawasan blok rumah aku tu. Terbaik. Kisah dia macam ni.

Bola -

Ali (bukan nama sebenar) seorang kaki rayau. Selalu melepak di mamak sampai pukul 2-3 pagi dan balik berseorangan tanpa berteman. Baginya kawasan perumahan yg penuh dengan penduduk dan kawasan yg terang tidak mungkin akan berjumpa dengan makhluk lain selain manusia.

Pada malam kebiasaan dia keluar. Dia merasakan malam tu begitu lain sekali berbanding malam2 sebelum ini sebab keadaan di kawasan perumahan itu begitu sunyi dan agak suram walaupun di sinari cahaya lampu di tepi jalan. Dia mula merasa seram sejuk walaupun dia bukan jenis penakut tetapi malam itu perasaan dia bercampur baur.

Sedang dia berjalan, tiba-tiba dia teringat kisah-kisah seram yg sering dia dengar dari kawan2 dan mak nya sendiri mengenai kawasan perumahan itu. Dia mula terbayang jika melihat pocong atau pontianak kerana di kawasan itu memang terkenal dengan penemuan dengan dua makhluk ini.

Tapi dia mula berfikiran positif dan fikir hanya khayalan dia dan cerita2 yg selalu dia dengar adalah rekaan sekadar untuk menakutkan org sahaja. Dia meneruskan perjalanan kerana sudah hampir dengan rumahnya.

Tiba-tiba, dia melihat sesuatu seperti bola di tengah jalan betul-betul di hadapannya. Dia berhenti seketika kerana terkejut dan cuba memerhatikan benda tersebut dari jauh tapi tidak nampak dengan jelas kerana jalan yg agak gelap ketika itu. Dia berfikiran itu hanya bola yg di tinggalkan oleh kanak-kanak secara tidak sengaja dan meneruskan perjalanannya.

Sedang dia berjalan, bola itu mula bergerak ke kiri dan ke kanan seperti di tolak angin. Ali berasa terkejut tetapi dia berfikiran positif iaitu angin menggerakkan "bola" tersebut walaupun dia tidak merasa angin tersebut. Lalu dia berjalan dan semakin hampir pada bola tersebut tanpa mempedulikan bola tersebut.

Ali akhirnya berada betul2 di hadapan "bola" tersebut dan tidak mempedulikan bola tersebut tetapi dia tiba-tiba berasa tertarik untuk melihat bola tersebut walaupun dalam hati dia penuh dengan ketakutan. Sebaik saja Ali melihat objek yg di sangka bola itu. Dia mengucap panjang dan terus membuka langkah seribu.

Sesampai saja Ali di rumah, dia mengetuk pintu dengan kuat berulang kali sehingga mengejutkan ibunya yg tidak tidur lagi. Ibunya baru ingin memarahi Ali kerana mengetuk pintu sebegitu tetapi melihat Ali yg pucat seperti di kejar sesuatu ibunya terus bertanya mengapa dengannya.

Lalu Ali menceritakan apa yg terjadi kepada ibunya yg objek di pandangnya di sangka bola itu rupa-rupanya adalah kepala yg sedang senyum menyeringai di hadapannya sebelum terbang menghilangkan diri. Ya, "bola" itu ialah Penanggal!

Aku yg tengah duduk dan bersiap nak keluar merasa takut tetapi tetap keluar rumah juga pada malam itu dan melalui kawasan yg Ali lalu tetapi tidak dapat berjumpa dengan makhluk tersebut. Hehehe. Alhamdulillah.


P/S : cerita kat atas tu aku ubah banyak bukan sikit sebab mak aku citer pendek giler. Aku cuma mengubah mengikut cita rasa aku dan cuba bayangkan aku berada dalam situasi Ali time tu. Sorry kalau tak paham or cerita tak best. Org baru nk belajar.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2012 03:13 PM | Show all posts
fukadaminchi posted on 8-8-2012 12:27 AM
aku ingat aku sorang je sellau dengar guli & kerusi ditarik..

mmg aktiviti dorg kot tiap2 malam  ...

tahu takpe. tapi ada je org kata sebab apa ntah. tengok la ada sapa ntah hantar pasal sistem paip kt apartment tu. hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 05:22 PM | Show all posts
sue07 posted on 7-8-2012 10:38 AM
alhamdulillah..wat ms ni x de..harap x de la blaku...sue dok sorg 2...tp area sue dok ni mmg sunyi ...
jam 12mlm cam 2 dorang dgr ade byi cam org pakai gelang kaki..
dulu kat sekolah ader kawan ngan dak india .. dier bgtau .. hantu yang orang india paling takut laa .. hantu bunyi gelang kaki ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 09:13 PM | Show all posts
kiva13 posted on 8-8-2012 03:13 PM
tahu takpe. tapi ada je org kata sebab apa ntah. tengok la ada sapa ntah hantar pasal sistem paip  ...

sistem paip apa? kenapa mesti malam2 buta?

weekend pagi2 takde kontrak ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2012 09:17 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 8-8-2012 05:22 PM
dulu kat sekolah ader kawan ngan dak india .. dier bgtau .. hantu yang orang india paling takut la ...

2 la psal. hantu india pling klise msti gelang kaki. sbb dorg slalu pkai gelang kaki kot. hehehe.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2012 09:17 PM | Show all posts
fukadaminchi posted on 8-8-2012 09:13 PM
sistem paip apa? kenapa mesti malam2 buta?

weekend pagi2 takde kontrak ke?

hahaha. pg2 weekend nk tido jap. malam baru smbung keja. baru ada feel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2012 09:22 PM | Show all posts
kiva13 posted on 8-8-2012 09:17 PM
hahaha. pg2 weekend nk tido jap. malam baru smbung keja. baru ada feel.

tang bunyi2 camni takde la seram sangat..buat taktau je..
umah aku lg best.. lepas atok meninggal 3 tahun lepas umah selalu bunyi org jalan2 pijak lantai kayu
kdg2 sekali dengar org mengekek gelak.. tu lg seram.
mujur aku ni jenis kuat semangat. kalau tak terkencing terberak dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2012 09:39 PM | Show all posts
fukadaminchi posted on 8-8-2012 09:22 PM
tang bunyi2 camni takde la seram sangat..buat taktau je..
umah aku lg best.. lepas atok meninggal ...

perkara biasa la tu. syaitan/iblis nk sesatkan kita. pelbagai cara dorg guna.
kalau org yg xde pegangan agama sgt msti cari bomoh/pawang yg menggunakan khdmat iblis ni gak.
pdahal kita ada Al-Quran. tp xnk guna. huhu.
slamat la kau x terkencing & terberak. kalau x parah nak cuci 2. hahaha.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2012 09:40 PM | Show all posts
kalau viewer yg baca thread ni nk kgsi pengalaman dorg. citer je la. aku suka dgr citer2 hantu ni. tak ksah la psal apartment ke. psal trowong ke. or apa2 je la. asalkan seram + lawak2 skit xpe la. jnji kita bahagia. hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 09:42 PM | Show all posts
kiva13 posted on 8-8-2012 09:39 PM
perkara biasa la tu. syaitan/iblis nk sesatkan kita. pelbagai cara dorg guna.
kalau org yg xde pe ...

dok kampung mmg byk kisah2 seram..
nanti ada masa nk menaip panjang2 aku citer


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.067964 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list