CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: morpheus

Siapakah 2 'susuk' berjubah putih itu??

[Copy link]
 Author| Post time 2-8-2010 06:05 PM | Show all posts
Info tentang Syekh Siti Jenar...



Seorang lagi pengikut Sabdo Palon secara senyap ialah Syeikh Siti Jenar. Ajarannya telah menyusup masuk ke dalam masyarakat semasa keberlangsungan ajaran Wali Songo telah begitu hebat dipelajari oleh masyarakat di Seluruh Kepulauan Jawa. Agama Islam yang diajar oleh Wali Songo berkembang begitu pesat dan dikala itulah Syeikh Siti Jenar membuka juga pondok Pesantrennya yang mengajar ‘Tarikat’ sesatnya. Sebenarnya ia hanya mirip kepada ilmu Tarikat disebaliknya ia mengajar agama kebatinan jika kita teliti akan ajarannya dan kitab-kitabnya. Beliau telah memfitnah ajaran Wali Songo, Tarikat Al-Hallaj, Semua bentuk ajaran benar Tarikat dan Falsafah Wahdatul Ujud sebenar dan memfitnah Rasullah saw sendiri. Atas sebab hendak menyampai secara jalan singkat, maka ia memuntut dengan Sabdo Palon sendiri secara senyap supaya masyarakat tidak perasan akan kecacatan didalam ajarannya. Beliau juga sakti yang menyerupai koramah Wali Songo. Maka masyarakat telah menjadi keliru dan terperangkap dengan dakyah songsangnya.

Sebenarnya beliau bukanlah anak jati Jawa, beliau berasal dari Iran dan nama sebenarnya ialah Abdil Jalil. Setelah sekian lama tinggal di Jawa, maka ia amat fasih berbahasa jawa malah telah juga berkahwin dengan wanita Jawa. Antara ajarannya yang sungguh mengelirukan penuntut Tarikat ialah:
1) Berpegang dengan falasafah sesat menyerupai ‘Wahdahtul Wujud’ yang beranggapan iaitu ‘Menunggaling Kawlo Gusti, Yo Allah yo insun, yo insun yo Allah’. Bahawa hamba itu Tuhan, Tuhan itu hamba. Maknanya manusia bila telah menyampai makrifah itu bersatu dengan Tuhan terus yang amat jauh dari tafsiran sebenar Makrifatullah. Inilah yang dipegang oleh Ahmad Laksamana, Ayah Pin, Rasul Kahar, Baginda Mokthar dan lain-lain.

2) Jika telah menyampai makrifat, maka syariat sudah tidak perlu lagi dibuat. Orang yang melakukan syariat ialah orang awam dan orang bodoh. Ia telah terlepas dari hukum Syara’ dari melakukan semua tuntutan Syara’ kepada dirinya. Maka kesannya, banyaklah orang-orang yang tidak mahu atau malas beribadah menjadi pengikutnya. Malah mereka bebas minum arak tetapi mengaku Islam. Ia mengisi ruang kosong yang ditunggu-tunggu oleh orang yang tidak mahu solat, puasa, zakat dan naik haji yang terang-terang sesat dari Aqidah Islam sebenar.

3) Hidup dan mati adalah sama saja, mati itu hidup, hidup itu mati. Jadi ia boleh membawa kepada manusia menjadi hampa dan tidak percaya lagi Qada’ dan Qadar Allah swt. Manusia tidak mahu lagi berusaha untuk menjalani hidup, malas dan tidak berkeyakinan lagi mahu berkerja kuat. Sedangkan ia adalah dituntut dalam Islam, berkerja untuk menyara hidup diri dan keluarga. Maka mereka akan menjadi pengemis saja kononnya ‘Zuhud’ yang membuang hidup didunia. Padahal jika mereka mati di dalam keadaan ini, matinya dikira di dalam kesesatan yang nyata.

4) Syurga dan Neraka telah ada didalam diri anda sendiri, jadi anda tidak perlu menunggu hidup selepas mati kerana ia sama saja. Fahaman seumpama ini akan membawa kepada manusia hilang maruah dirinya dan akan sesat yang jauh. Mereka boleh ikut suka hati mereka saja untuk berbuat sama ada disukai orang atau tidak, hak orang menjadi hak dirinya, isteri orang juga isterinya, harta benda orang juga menjadi hartanya. Kata orang, harta kau harta aku, harta aku harta aku. Ia bebas berbuat apa saja kerana tiada lagi dosa dan pahala. Perbuatan jahat sama saja dengan perbuatan baik. Dialah penentu syurga dan neraka itu. Perbuatan yang sedap, lazat, senang, kaya dan gembira itu syurga dan perbuatan yang susah, payah, dibenci, miskin dan yang buruk-buruk itu semua neraka. Jadi ambil syurga saja, atau semuanya syurga saja jika ia menyenangkan hati. Tak ada duit rompak, samun. Tak ada bini, rogol anak orang, bini orang. Ambil hak orang sesuka hati. Pergi ke kedai ambil saja barang tak payah bayar. Ada duit berjudi dan main nombor ekor, ia surga kerana kegemarannya dan hobinya. Perbuatan itu memalukan diri sendiri kerana tidak bertamadun, seperti orang zaman jahiliah yang tidak mengenal hukum jenayah negara dn hukum Islam.

5)Allah dan Muhammad adalah dua dalam satu tak boleh dipisahkan, hambanya yang lain yang menyampai makrifah pun begitu. Muhammad adalah Nur atau Nur Muhammad, sedangkan Nur itu pula adalah cahaya, oleh itu hidup dan cahaya adalah satu. Bermakna Nur Muhammad itu ada dalam diri kamu, jadi kamu juga Rasulullah. Ini benar-benar memfitnah Nabi Muhammad saw daripada menyamakannya dengan Allah swt, hingga kamu juga sama macam Nabi. Na’uzubillahiminzalik. Maha Suci Allah swt yang hendak disamakan dengan mana-mana makhluk dan Maha Suci Rasullah saw nak disamakan dengan manusia biasa yang banyak dosa ini. Fikirlah kesannya. Kalau dah manusia itu tuhan, semuanya halal baginya, tak ada dosa dan pahala, kawin ikut suka guna ‘Nikah Batin’ saja, dan sebagainya lagi. Tidak ke manusia itu sudah menjadi Iblis. Inilah ajaran agama kebatinan Sabdo Palon yang di adaptasi oleh Syeikh Siti Jenar dalam pembelajaran di pondoknya. Bahkan telah diikuti oleh ramai tok-tok guru palsu di Malaysia yang diceritakan dengan megah dikedai-kedai kopi seluruh negara oleh anak-anak muridnya pula.

6) Solat tak perlu wudhu’, rukuk, sujud dan semua gerak kerjanya, hanya perlu daim atau diam sahaja iaitu mendam dalam rasa saja atau semadi juga dipanggil ‘sembah Roso’. Inilah yang paling disukai oleh mereka yang malas solat. Pakai diam saja, dah kata solat. Dalam tandas pun boleh solat malah dimana saja boleh solat. Bersetubuh dengan isteri pun dikata solat, lepas tu tak payah mandi junub hanya basuh saja. Betul-betul macam orang kafir. Dalam Islam tidak pernah diajar pekara begini. Malahan pengikutnya jika lalu di Madrasah atau Masjid hendak saja mereka bakar Masjid dan Madrasah itu. Mereka akan terpekik-pekik menyendir perbuatan Azan itu sambil menyumpah-nyumpah mereka yang pergi solat berjemaah. Pernah disatu kejadian mereka melempar bom api di Masjid, menghalang orang Islam masuk kedalam Masjid untuk solat Jumaat hingga polis campur tangan dan banyak lagi pekara yang sesat dan salah telah menular di dalam Masyarakat diseberang hingga ke hari ini.
Begitulah sebahagian contoh-contoh ajaran Syeikh Siti Jenar (SSJ) yang segar hingga kehari ini walaupun dia telah tiada hampir 600 tahun. Jika kita buka buku sejarah Wali Songo, SSJ telah dihukum bunuh tetapi mayat dan kuburannya telah dirahsiakan. Tetapi mengikut guru-guru pengajian mereka bahawa SSJ tidak mati, malah ghaib seperti SP dan Nyayi Lorogidul juga. Dikatakan bahawa SSJ sekarang tinggal di dalam sebuah kerajaan yang menempatkan semua ahli dan anak muridnya seperti sebuah syurga. Jadi inilah yang menguatkan lagi cerita bahawa SSJ adalah anak murid SP dan kini mendiami salah satu Kerajaan ciptaan Izazil Iblis. Selayaknya ia juga tergolong sebagai salah seorang dari Manusia Iblis juga.

Sesiapa yang telah tersasar dan telah mempelajari Kepercayaan Kebatinan atau ‘Tarikat sesat’ atau Aliran Kebatinan yang mirip ketiga-tiga mereka diatas ini dinasihatkan agar segera kembali kepangkal jalan. Ditakuti anda mati di dalam keadaan yang berkedudukan kesesatan yang jauh ini. Malah anda akan menjadi hamba abdi mereka sampai kiamat dan dihumban kedalam Neraka Jahanam seperti yang telah dijanjikan untuk selama-lamanya. Berhati-hatilah dengan dakyah mereka.

Kredit to Tuan Zamany...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2010 12:04 AM | Show all posts
Dari kisah 2 susuk berjubah sampai kepada Syeikh Lemah Abang - Lemah Abang ni nama tempat sebenarnya. Ok, mari kita layan dengan membuat perbandingan bukan membuka perdebatan tak habis2 krn kisah sebegini smpi skrg tak habis2 debat, asal debat xhabis, asal xhabis mesti berdebat

1. Kisah yang dibawa Syeikh Tuan Tanah berkaitan ajaran Syeikh Siti Jenar sehingga timbul teori sesat dan sebagainya. Itu pun benar mengikut kajian mereka.

2. Kisah kedua pula yang saya sebut sebelumnya, iaitu di waktu sekarang setelah beberapa kajian manuskrip lama dan temubual dengan waris2 keturunan timbul kisah di 'update' bahawa adanya unsur2 konspirasi. Dan hal ini banyak di wacana dlm seminar2 di tanah seberang. Teorinya bahawa beliau mewakili dan mengetuai masyarakat marhein melawan salah guna kuasa yang berlaku dalam kesultanan Demak. Akhirnya ditimbulkan suatu fitnah bahawa beliau membawa ajaran sesat.

Kemudian adanya salah tafsir pengikutnya akan kata2 beliau sehingga menyebabkan tindakan yang meresahkan masyarakat. Ditambah pula ketika itu kerajaan memang sedang cuba mengurangkan pengaruh beliau maka ibarat pucuk dicita ulam mendatang.

Hal kematian beliau pun menjadi misteri, seingat saya disebelah pandangan sana adanya teori bahawa bangkai anjing yang ditanam bukan mayat beliau.

Kemudian ada yang berkata kuburnya sengaja dirahsiakan demi mengelak pemujaan pengikut taksubnya.

Kemudian lagi ada teori bahawa beliau tidak mati (ketika itu) tapi melarikan diri dan menyukar identiti (trend zaman dahulu memang orang punya banyak nama). Bagi pengikut taksubnya mereka kata Syeikh mereka ghaib. Tapi dari sudut kajian lain beliau melarikan diri dan menukar identiti di suatu tempat yang masyarakat disana tidak pernah mengenali beliau dan mati disana.

Setelah beliau 'ghaib' maka adalah orang yang mengambil kesempatan lalu mendakwa bahawa ini ajaran Syeikh Siti Jenar.

Itulah antara perbandingan2 kisah beliau. Hal itu tiadalah pelik krn di belah kita ini ada juga kisah lagenda yang mempunyai pelbagai versi.

Contoh perbandingan:

1. Kisah Hang Tuah berjumpa Putri Gunung Ledang - menjadi perdebatan dan khilaf dikalangan ahli sejarah. Manuskrip lama yang menceritakan kisah Hang Tuah pun ada berbagai versi. Bahkan sampai kisah beliau mati jadi tanda tanya. Ada kata mati dan kuburnya di sana di sini. Ada kata beliau menukar identiti dan menjadi orang biasa, ada kata ghaib lalu hidup di alam lain - sampai skrg ada yang mengaku belajar dengan Hang Tuah dan mcm2 hal pelik lagi.

2. Oleh krn kisah ini membabitkan kebatinan dan tasawuf maka saya paparkan kajian Hallaj. Ada orang berkata ketika Hallaj berkata, "Allah dalam jubahku" ialah krn Hallaj tengah zauk dan fana'. Timbul teori ajaran Wahdatul Wujud - timbul fatwa sesat dan tak sesat.

Namun ada lagi kajian yang mengatakan bahawa ketika beliau berkata demikian adalah berniat menyindir. Dimana kisahnya beliau tersempak beberapa ulama yang pada pandangan Hallaj ulama tersebut telah menjual agamanya kpd pemerintah. Terjadi kata-mengata, sindir menyindir. Hallaj pun kata Allah duk dalam bajuku dengan menunjuk isyarat ke kocek baju dengan maksud menyindir dengan takdir kata, "Mu ni ulama terompah mu letak Allah dalam kocek baju, ada perkara yang untung mu ikut syariat Allah, time tidak untung mu tidak ikut Allah".

Ada pendapat lain kata, bermaksud "Aku benar-benar beriman tidak macam kamu" krn itu Hallaj kata Allah dalam bajuku. Ia juga spt kita kata, "Semoga Allah bersama kita". Kalau pandang zahir mesti kata, "Eh Allah duk bersama kau, sesat ni". Tapi kalau pandang dlm2 baru paham maksud kata tersebut.

3. Contoh perbandingan lagi, contoh paling dekat sirah Rasulullah SAW. Berkahwin dgn Aisyah - smpi skrg jadi debat tentang umur Aisyah ketika itu. Padahal sirah Nabi yang mana cukup semua - ada Hadith, ada perawi pun ade khilaf.

Ini pula kisah Syeikh Siti Jenar, maka perkara khilaf spt ini tidak dapat dielakkan.

Apa pegangan kita? Selagi tidak membuatkan kita keluar dari syariat Islam maka ikutlah. Sekadar itu saja, semoga mendapat manfaat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 12:14 AM | Show all posts
Satu lagi sblm panjang kisah Rijalul Ghaib mari kisah semak dahulu maksudnya. Rijal - lelaki, boleh jadi perempuan krn gunakan Rijal dengan maksud umum. Pendek kata "susuk tubuh".

Ghaib - yang tak nampak. Jadi makna keseluruhan susuk tubuh yang tidak dapat dilihat mata kasar yang tidak diketahui jenis makhluknya oleh orang menemuinya, boleh jadi terdiri dari malaikat, jin dan manusia. Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 12:21 AM | Show all posts
mmm... nampaknya utk isu SSJ.. kawan rasa ada baiknya kita amik jln tgh..
sehingga ada pbuktian yg lbh konkrit..
spt pesanan yg kawan terima bkenaan 'Hakikat Insan'..
ajaran itu baik tp bgantung kpd yg mbawanya... d situ blaku penyelewengan..
justeru utk kes SSJ.. sbg jln tgh kawan terima, mungkin ada blaku penyewelengan..
menyebabkan blaku fitnah...
wallahua'lam..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 12:23 AM | Show all posts
cerita yang panjang dan sangat menarik terpaksa bersambung hari lain....   teruskan cungkil sejarah2 silam untuk dihayati muda mudi saman kini...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 12:30 AM | Show all posts
Reply 103# te_peng


    harap enche te_peng sudi huraikan lbh lanjut..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-8-2010 02:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by morpheus at 3-8-2010 02:41

Reply 102# te_peng
terima kasih saudara te_peng kerana sudi berkongsi ilmu/ info/ pendapat di sini.. moga bermanfaat untuk kita semua... berkenaan Syekh Siti Jenar adalah anak murid Sabdo Palon saya dapat dari ahli sufi yang telah merantau ke seluruh Nusantara untuk membanteras ajaran sesat, terutamanya di Indonesia yang begitu kuat sekali pengaruhnya.. Perkara ini ada khilafnya, jadi lebih baik kita ambil jalan tengah sebab hanya Allah yang maha mengetahui sesuatu perkara..

saya tertarik dengan beberapa statement dari saudara, boleh kita sama-sama bincangkan perkara itu di sini.. antaranya:

Teorinya bahawa beliau mewakili dan mengetuai masyarakat marhein melawan salah guna kuasa yang berlaku dalam kesultanan Demak. Akhirnya ditimbulkan suatu fitnah bahawa beliau membawa ajaran sesat.


Okay, setau saya yang dhaif ini, lepas Majapahit dijatuhkan, para Wali Songo menjadi antara pendukung utama Kesultanan Demak.. Adakah mereka terlibat dalam salah guna kuasa dalam kesultanan demak dan menjatuhkan Syekh Siti Jenar ini? Mengapa mereka bersembilan sepakat untuk menentang Syekh Siti Jenar jika bukan beliau membawa ajaran yang bertentangan dengan Islam? Minta saudara te_peng ulas sikit perkara ini..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 10:20 AM | Show all posts
sorry mencelah

bole cerita lebih detail tak pasal wali songo
derang ni dtg dr segenap tanah jawa dan kemudian nye bersatu menentang ilmu sesat ke?

dulu aku ingat derang ni adik beradik 9 org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2010 03:20 PM | Show all posts
Reply 29# morpheus

tegak bulu roma gua baca cerita pasal wali2 ni, lebih2 lagi pasal Saidina Umar..syaitan pon takut nak lalu jalan yang dia dah jalan

zaman skang sapa yang bole kita anggap menghampiri  taraf wali? mmg soalan gua ni macam tak kena sangat tapi sume kisah2 yang diceritakan, orang nya dah kembali ke rahmatullah.kebanyakkan bukti adalah cerita dari turun temurun dan hasil tulisan(yela dulu mana video sume)..

Sebab gua tanya adalah, honestly kebanyakkan pemimpin yang ada zaman skang mmg gua respek as a leader tapi bukan dari segi islam..kebanyakkan pemimpin yang memimpin kita (terutamanya di M'sia) mempunyai agenda mereka sendiri. kita bukan bodo bila kita tengok kebanyakkan yang memimpin ni kaya raya tahap yang tak logik jika difikirkan gaji mereka..SORANG pon gua tak nampak yg ada ciri2 menghampiri taraf wali, sbb tu gua tanya if ada warga CARI ni perasan akan pemimpin atau sapa2 jela yang bole kita sume hormat dan hopefully belajar dari mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 06:09 PM | Show all posts
Reply 107# morpheus


Dari apa yang saya baca dan dengar bukan para wali yang menyalahgunakan kuasa, tapi geng2 bawah ni yang terlibat dalam pentadbiran, para wali walau ada campur tangan tapi tidak secara langsung hanya sbg penasihat saja. Jadi disinilah peranan Syeikh Lemah Abang mewakili rakyat marhein.

Ketika Islam baru nak mula di Demak, ramai masuk Islam termasuk orang2 dari Majapahit menyusup masuk ke dalam dan mendapat kuasa dalam pentadbiran Demak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 06:30 PM | Show all posts
hamba pon berpendapat seperti saudara Te_peng.... mungkin juga syeikh siti jenar di fitnah atau mmg membawa ajaran SESAT.... sebab tuhh kita tak boleh kata dia sememang nya SESAT.... perkara nihh akan jadi perdebatan malah masih ada lagi kelompok di seberang yang memperdebatkan perihal ianya....

kata2 saudara halimi juga ada benarnya... mengenai buku hakikat insan.... bukan buku itu yang salah atau pengarangnya yang salah.... cara pembawakan seseorang yang berbeza-beza itulah yang menjadikan ianya semacam tidak dapat diterima umum.... kononnya boleh mempengaruhi orang awam dari menjalani akidah syariat yang sebenarnya....

hamba malas nak comment apa2 mengenai buku itu... dan hamba pun bukanlah beriktiqad pada buku tersebut.... sebab silap cakap dalam nihh kang terus2 kata orang itu SESAT...

biasalah mentality orang2 awam nihh.... sampai sesama manusia pon dia boleh kategorikan orang tuhh SESAT.... tinggi betul ilmunya....

Assalamualaikum
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 07:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by morpheus at 3-8-2010 20:06

terima kasih edy, te_peng atas pandangan saudara semua...

just nak kongsikan filem Wali Songo vs Syekh Siti Jenar dari youtube...






















Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 08:56 PM | Show all posts
wahhh... itu filem CD nya ada jual kaa.... sape ada hamba nak copy satuu.... bitau jerr berapa harganya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 01:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by te_peng at 4-8-2010 01:28

Yer, sama2 kasihlah morpheus. Itu dari filem Sunan Kalijaga dan Syeikh Siti Jenar, ada satu lagi dengan tajuk Wali Songo, dan ada 3 lagi filem berkait wali songo iaitu :

1 - Sunan Gunung Jati - yang ada kisah rambut tidak lut kecuali Sunan Gunung Jati dpt memotongnya dgn jari.

2 - Sunan Kalijaga

3 - Sunan Kalijaga dan Syeikh Siti Kobar

Berkait dgn filem Wali Songo ada cerita namun tak pasti kebenarannya, iaitu bahawa cerita tersebut tidak 100% ikut sejarah tapi tokok tambah melalui bisikan ghaib yang diterima oleh pengarah filem dan lukisan para wali juga timbul dari bisikan ghaib diterima oleh pelukis. Benar atau tidak wallahua'lam. Cubalah try tanya tuan rumah yang letak gambar wali songo di dinding rumah mereka. Gambar para wali letak dalam rumah tapi cara hidup tidak spt wali takde guna juga.

Tengok dari filem di atas...babak terakhir...bukan main degil lagi Syeikh Siti Jenar...Pengiran Mulyo Satu rahmat juga kubur beliau tidak diketahui...kalau tahu agaknya seperti skrglah. Orang pergi ziarah buat perkara2 khurafat di kubur para wali. Melepar syiling agar hajat terkabul, lepas kertas utk hajat (dalam kertas ditulis hajatnya). Mereka sangka para wali boleh menyampaikan hajat mereka dan berdalil itu adalah tawasul. Tawasul bukan begitu caranya. Antara para wali ini kubur yang paling sakral ialah kubur Sunan Kalijagalah. Mcm2 aktiviti disana....awal Muharam ade upacara mandi pusaka siap tutup tabir habis...orang sebarangan tak boleh tgk. Ada juga mengaku perguruan Sunan Kalijaga ajar ilmu sekian2...tapi ada ajar juga ilmu susuk, terawangan nombor ekor...ajar ilmu para wali tapi hidup tidak seperti wali. Guru besar mrk pun ada mari Malaysia...pasang susuk untuk artis kita.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 09:19 AM | Show all posts
Post Last Edit by immortallez at 5-8-2010 19:10

Dari Kitab Al Hikam

Abul Abbas Almarsy berkata :

Utk mengenal seorg wali Allah itu lebih sukar daripada mengenal kpd Allah, kerana Allah mudah dikenal dgn adanya bukti2 kebesaran, kekuasaan dan keindahan buatanNya.

Tetapi utk mengetahui seorg makhluk yg sama2 dgn engkau, makan, minum dan menderita segala penderitaanmu sungguh sgt sukar. tetapi jika allah memperkenalkan engkau dgn seorg wali, maka Allah menutupi sifat2 manusia biasanya dan memperlihatkan kpdmu keistimewaan2 yg diberikan oleh Allah kpd wali itu.

Dlm sebuah hadits qudsi :

Para waliKu dibawah naunganKu, tiada yg mengenal mereka dan mendekat kpd seorg wali, kecuali jika Allah memberikan taufiq hidayatNya supaya ia langsung juga mengenal kpd Allah dan kebesaranNya yg diberikan kpd seorg manusia yg dikehendakiNya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 02:20 PM | Show all posts
kawan aku sorang die kata die nye saka wali songo..
nama wali tu tok putih tak silap aku..
logik ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2010 07:18 PM | Show all posts
Imam Al Ghazali mengatakan bahawa terdapat 40 keramat-keramat yg dianugerahkan Allah kpd wali2 Nya kerana memuliakan mereka. Iaitu 20 didunia dan 20 diakhirat.

Antara keramat didunia :-

1. Allah jaminkan rezeki mereka ke mana mereka pergi maka di sana terdpt rezeki dgn tiada rasa susah payah sedikit pun

2. Mereka menguasai lipat jalan dibumi dan dilaut dalam sekelip mata hingga apabila mereka berkehendak terbang diudara atau berjalan diatas air atau sebagainya nescaya dapatlah berbuat demikian

3. Mereka menguasai perbendaharaan bumi hingga apabila mereka memukul batu dgn tangan atau menggenyeh kaki dibumi nescaya keluarlah harta benda atau air atau sebagainya jika mereka mahu. Dan dimana sahaja mereka singgah dtglah hidangan makanan jika mereka mahu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 09:30 PM | Show all posts
kawan aku sorang die kata die nye saka wali songo..
nama wali tu tok putih tak silap aku..
logik ke??
daiman Post at 5-8-2010 14:20


tak logic.....

sebab dah laa ngaku wali ada dalam diri.... lepas tuhh wali disamakan dengan SAKA pulakk.... tampor kan sikit member tuhh kasi dia sedar... heheh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2010 10:46 PM | Show all posts
Reply 117# immortallez

1. Allah jaminkan rezeki mereka ke mana mereka pergi maka di sana terdpt rezeki dgn tiada rasa susah payah sedikit pun


aku share sket kisah yang lepas bagaimana ke mana mereka pergi maka akan terdapat rezeki dgn tiada rasa susah payah... contoh paling nyata aku bagi kat sini.. BRUNEI...  Kisahnya apabila Pangiran Salleh datang ke Terengganu WaliallahTok Ku Tuan Besar (ayahanda Waliallah Tok Ku Paloh) menghadiahkan tongkat kepada Pangiran Salleh kerana pada masa itu kehabisan sumber akibat perang saudara 10 tahun. Tongkat ini digunakan Pengiran untuk memacak-macak di mana di rasakan perlu....lalu Allah membukakan pintu bumi keluarnya emas hitam bagi brunei, semoga Rakyat dan Raja Sultan Kingdom of Brunei masih beriman dan bertaqwa ... Inilah berkat doa para Waliallah..

aku kongsikan gambar tongkat tersebut...

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 11:22 PM | Show all posts
Ai lain mcm jer tuan morpheus, deme asal mane?

Sbg maklumat tambahan utk kengkawan, dulu2 orang alek Patani panggil tok guru mereka Baba (spt pangkat ayat peranan lebih besar)...level (muda skt dan peranan krg skt dari Baba) bwh skt dipanggil Tokku. Dan skrg Tokku lebih kpd gelaran hormat kpd keturunan Syed yang menjadi tok guru dalam ilmu agama.

Meleret kpd TT yang sbut Tokku Paloh, saya tambah info lagi...selepas Tokku Paloh meninggal, peranan geng Syed ni diambil oleh Syed Saggaf. Syed Saggaf dulu masyhur sbg orang pandai bergayong dan ada hubungan rapat dgn Sultan Terengganu. Syed Saggaf ni org kg ambe citer tubuh kecik, orangnya halus, tapi bekeng (garang dan tegas), sekali bergayong (bersilat) kalah habis semua orang.

Skrg ni yang dikatakan menyambung legasi ketuanan Syed di Kuala Terengganu dalam bab agama, ialah Syed Omar - penasihat Sultan Trganu dan seorang lagi yang lebih suka low profile - Syed Mustafa - orang pggl AyahKu. Ni saf tua....kalau saf muda mungkin akan ambil alih peranan saf tua ialah Ku Mohktar - cucu Syed Saggaf yang ada pondok di Kg Patali. Yg ni pun pandai bersilat....ajar lian yunan. Krn di Trgnu ni ilmu lian kire mcm buah megang (gah) spt Silat Sendeng di Johor. Seorang lagi ulama muda kita Syed Nazmi menantu kepada bekas mufti Trg - Ku Alwi.

Sebagai penambah perisa saja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.086977 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list