CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ismiulammraja

kisah keluarga yang penuh misteri (cerita benar) #new# link cerita disediakan.

 Close [Copy link]
Post time 24-8-2009 10:14 PM | Show all posts
hehe samungannye cik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2009 10:18 PM | Show all posts
nak baca tp tak berani
sukun Post at 24-8-2009 21:23



nama sukun cam nama kawan ismi la
nama dia sedap. tengku lagi
tapi ismi gelar dia koh su kun, gelar punya gelar last2 jadi sukun
haha mis u my pren
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2009 10:28 PM | Show all posts
salam seroja

nak skang ker...
huhu
nanti2 la nak bagi suspen skit....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 10:41 PM | Show all posts
bila nak sambungnya cik ismi...
hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 10:44 PM | Show all posts
kalau rajin... ismi jenguk la thread "mysterious room"....
jazz ada tulis sikit pengalaman jazz n hb......
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 10:45 PM | Show all posts
tapi tak la seseram cite ismi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2009 10:52 PM | Show all posts
take ur time...
but make it faster.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2009 10:59 PM | Show all posts
insyaALLAH ismi akan jenguk benang jazz yer..tgu..
kat engkumon,seroja and yang lain ismi cuba siapkan malam ni yer
harap semua bersabar
sesungguhnya ramadhan mengajar kita erti kesabaran...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2009 11:14 PM | Show all posts
kengkawan, masa tgh menaip ni tetiba mata ngantuk sangat..badan pun xsedap...
nanti2 ismi sambung k...
solly sangat semua..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 11:25 PM | Show all posts
hai kaka ismi. bes la baca story kat sini. jgn lupa jengok tred oja gak kat bod Bakat Musik yer!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2009 07:45 AM | Show all posts
sambungan part II


          pada saat semua orang sudah nyenyak tdo, kedengaran betul2 dia muka pintu rumah ismi, bunyi orang menjerit dengar teriakan yang amat kuat, saat ini seisi rumah terjaga dan semua didalam ketakutan yang amat, bunyi menjerit itu seakan2 bunyi harimau yang mengaum, bunyi yang kuar dari mulut manusia.

            ayah ismi, abang ismi dan ismi dengan beraninya membuka pintu depan rumah dan kelihatan shah dalam keadaan bersila mengeluarkan bunyi tersebut, saat ini semua orang terkejut dan tergamam, bunyi harimau tadi di selang seli dengan gelakan tawa dan bunyi anjing menyalak semua bunyi ini dikeluarkan oleh shah, ayah ismi yang tidak tahu nak buat apa , telah pergi kebilik air lantas mengisi sebaldi air...air ini lalu dicurahkan kepada shah dengan harapan dia tersedar...ternyata usaha ayah berhasil...shah yang tidak sedarkan diri, mulai sedar, mungkn kesejukan air tadi telah menyedarkan nya.

            Apabila dia sudar sedar, ayah mula bertanya kenapa kamu menjerit tadi, shah hanya menjawab yang dia tak ingat apa2..melihat keadaan shah yang mengigil kesejukan, ayah telah mengambil sehelai kain pelikat untuk shah pkai, masa ini shah masih lagi berada di depan rumah...
setelah menerima kain pelikat, dia pergi menyalin kain itu dia dalam bilik lelaki,
semua yang ada di dalam rumah kelihatan mulai tenang sebb berangapan semua sudah berakhir...

            Keluar sahaja shah dari bilik, muka dia sudah berubah, kelihatan sangat bengis, rumah ismi bilik lelaki dan perempuan bersebelahan. shah ni keluar je dari bilik lelaki duduk bersila dan bersandar di dingding di antara bilik lelaki dan perempuan,
masa ini sekali lagi shah menjerit dan mengeluarkan bermacam bunyi, ada kalanya gelak yang memecahkan hening pagi, ada kalanya bunyi menangis yang sayu yang teresak2, adakala bunyi anjing menyalak yang nyaring (penah tgk tak cerita serigala yang menyalak yang belakang dia latar belakang bulan,  kan time ni bunyi menyalak dia sayu dan nyaring jer)
ada kala bunyi kucing, bunyi ayam, bunyi katak..pendek kata bermacam2 bunyi keluarlah.saat itu memang menyeramkan

masa ni kami sekeluarga telah menyorok di dalam bilik ayah yang berada di bahagian belakang, dalam keadaan ketakutan yang amat sangat semua orang tak berani nak tgk muka shah ni
apa yang paling menyeramkan kami bila dia membuat bunyi harimau, masa ni ismi mengintai apa yang shah buat takut2 dia jadi harimau betul , kawan2 semua nak tau...shah ni duduk bersila ala pendekar gitu
masa dia buat bunyi harimau ni, masyaALLAH tangan dia kelihatan merekuk macam harimau, macam mane yer nak cakap..ok macam jari kita meniru tapak hirimau,kita buka tapak tangan kita luas2 dan merekok cam tu la.tangan ni dia letak keatas lutut kedua belah kaki, masa ni semua orang lagi takut and tak tahu nak buat apa
...time2 ni opah ismi plak bercerita ada keturunan dia pernah jadi harimau jadian, ya ALLAH betul ker...lagi la penik semua orang...
ismi dan abng duk berjaga depan pintu...masa ni ismi ckap dalam hati " kalu dia masuk bilik ni, aku tak kira aku belasah jer, aku xkira aku taknak tgk adik beradik aku terseksa"..macam berani
masa ni ayah ismi yang mendiamkan diri mengajak abang ismi pergi ke pondok tepon unutk menelefon pakcik ismi...
ah dorang ni nak tingalkan ismi sndirian plak...
kalu jadi apa2 macam mana...saat ini ismi tabahkan hati and cuba lebih bersedia kalu ada apa2 berlaku...bunyi yang dikeluarkan oleh shah masih lagi kedengaran.

selepas beberapa ketika ayah ismi pun pulang, dia cakap dia xdapat nak hubungi pakcik ismi, ah sudah kemana la pergi nya pakcik ismi, kenapa xder orang yang mengangkat telefon sedangkan rumah pakcik ismi penuh dengan anak2 dia, kalu di fikir logik mesti ada la orang angkat, tapi memang xder orang angkat.

kami mengambil keputusan untuk terus tgu lagi, tetapi bunyi shah xreda2. ayah ismi mengajak abang ismi pergi semula untuk telefon pakcik ismi sebb xpuas hati

ok kawan2 nak tahu tak apa berlaku semasa dorang telefon
punya la lama dorang telefon, tetiba baru la ada orang angkat, siapa yang mengangkatnye...jeng3x
mamat indon,
perbualan mereka

ayah ismi : mizi* (bukan nama sebenar) ada dirumah x?
indon tu  : maaf pak, mizi ngak ada di rumah.
ayah ismi : kalu dia xder , dia pergi mana?
indon     : xtau pak, mizi xbagi tahu kemana dia pergi.
ayah ismi : mana boleh dia xder, pangil mizi aku nak ckp ngan dia
indon     : maaaf pak, mizi tdo, ngak mahu di ganggu
ayah ismi : tadi kamu kata dia xder, skang kamu kata dia tdo, aku nak bercakap dengan dia skang gak, aku ni abang ipar dia
indom     : maaf pak,....

terus talian terputus

             masa ni ayah ismi dan abang geram sangat kat mamat indon tu, mmang pakat kene maki la:@..ayah ismi mencuba nenelefon lagi..banyak kali...saat ini baru la pakcik ismi angkat
"mizi kemana kamu ni, dah banyak kali aku telefon"
pakcik ismi menjawab
"mana ada pergi kemana2,telefon ni baru sekali jer berbunyi"
saat ini ayah ismi terkejut sebb dah berkali dia telefon, xder orang angkat tapi pakcik ismi cakap sekali jer bunyi.hai pelik semacam ni ..
ayah ismi bertanya lagi " tadi ada mamat indon angkat tepon, saper dia kurang ajo betul, aku tanya dia mana kamu, dia kata kumu tdo la , xder la"
pakcik ismi bertambah kebingungan
" mana ada indon kat rumah ni, kami sekeluarga jer"

       Ah sudah sape mamat indon tadi....masa ni cuak jugak la ayah dan abng ismi..memang tadi dorang bercakap dengan mamat indon.tanpa berlengah masa ayah menerangkan perkara shah dan menyuruh pakcik ismi datang ke rumah segera..

        masa ni ismi kat rumah mendengar bunyi shah dah tak sekuat seperti mulanya, kali ni lebih kepeda bunyi gelak, menjerit dan menangis ....masa ni ayah ismi ngan abang semua dah ada kat rumah..keadaan xder la tegang macam mula2 tadi. tgu punya tgu akhirnya pakcik ismi pun sampai la , masuk je ke dalam rumah, dia terus pergi ke shah, dan berkata
" aku dah cakap, dorang dah bagi warning dari dulu lagi, tapi ko degil xnak percaya, o buat jugak benda terkutuk tu
ko hisap jugak gam"
saat ni semua orang dah berkumpul depan rumah..pakcik ismi berkata kepada kami,,dekat luar rumah tu dekat halaman penuh dengan orang,dekat jalan tu berderet orang (depan rumah ismi ada bukit kecil, atas bukit ni ada jalan raya))
kat atap rumah pun penuh dengan orang jugak, semua stand bye dah nak bunuh si shah ni.
saat ni semua orang tergamam, opah ismi mula besuara n bercerita, benda ni pernah jadi kat sedara dia dulu, sedara ni kerja dia pegawai polis yang berpangkat jugak la dia ada duit dan kuasa, hampir setiap malam dia minum arak n main perempuan, dia pernah kene tegur dengan sedara mara and ada yang berkata "orang atas" marah dengan dia
nak dipendekkan cerita, satu malam sedara ni mabuk xsedarkan diri, n ambil pisau kelar leher sendiri. sebenarnya opah cakap yang bunuh dia bukan diri dia, ada "orang atas" masuk dalam badan dia n kelar leher dia
orang lain nampak macam dia bunuh diri , tapi ramai sedara mara yang lain tahu, bukan dia bunuh diri...(xtau la kisahni betul ke tak)

xtau pakcik ismi buat apa, shah mula sedarkan diri, saat dia sedar ni, semua orang pakat kutuk dia, semua ayat2 menusuk kalbu dikeluarkan

tetiba opah ismi yang berdiamkan diri sejak dari tadi, tetiba mengantuk and tertido, saat ini wei telah mengusai tubuh opah ismi,semua orang bertambah penik

bersambung ker part III
nantikan sambungan-cerita family ku yang penuh mesteri..tungguuuuuuu
ismiularaja....
selamat menjalani ibadah puasa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 09:24 AM | Show all posts
"org atas" tu sape?

isk.. sempat lak mamat indon cross line.. tp mmg mnjadi tnda tnya..

masyeh ismi utk smbungan part II. nk smbungan part III. ku sabar menunggu..

  :pompom:  :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 09:27 AM | Show all posts
alah .. bersambung lagik..
tengah best2 baca nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2009 09:30 AM | Show all posts
dah terang sebelum ni sal orang atas
ok la pendek kata geng2 wei la
penjang xkata paper tau.dia senyap jer

saper indon tu,,nanti2 ismi bg tau yer...tapi yang pasti bukan manusia la...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 09:30 AM | Show all posts
112# nemo0309

ismi kate org atas tuh cam keturunan "wei"..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2009 09:40 AM | Show all posts
hai anniez,, gd morning
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2009 09:42 AM | Show all posts
116# ismiulammraja

hai ismi.. morning..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2009 09:46 AM | Show all posts
ala saje jer suh bersambung
nak uji kesabaran kawan2


aniez nyer kesabaran cam mane?hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 09:49 AM | Show all posts
hai ismi, n nemo seroja n sewaktu dengannya..maaf kalau xsebut nama....salam kepada semua lah yer.....

pu3 melaporkan diri ewah...
wahh bagus smbungn nye....ismi apa yg ismi alami tu pu3 ade alaminya juga..tapi susah nk diterangkn dlm bentuk kata2 kang jadi lain lak huhuhu...xpe lah sekurg2 nya ada gak org yg sama kes ngn kehidupan misteri keluarga pu3 huyhuuu....ermm bila nk menyambungnya tu..xsabor dh ni hah...:pompom:........teruskn usaha yerkkk....salmmm
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 09:51 AM | Show all posts
118# ismiulammraja

sabar2.. cuma takut bos intai apa yg anniez buat jerk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.078060 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list