|
Hahahaha..Reputz cover 'kawan' sendiri. Ala, malu-malu kucing lak hang ni...
5,000 serbu Mawi di PP
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
[email protected]
KUNJUNGAN juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani (Mawi), setiap kali ke Pulau Mutiara ternyata tidak mengecewakan, malah kian mendapat sambutan biarpun hakikatnya dia sering diselubungi kontroversi.
Biar apapun melanda, 'aura' bintang kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini tetap utuh. Ini dilihat dengan sambutan 5,000 penonton sempena ulang tahun ke-10, Menara Kuala Lumpur (MKL) di Tapak Pesta Sungai Nibong, minggu lalu.
Bermula dari jam 8 hingga 11.30 malam, segalanya menjadi bukti apabila ribuan peminat sanggup bersesak-sesak untuk mendapatkan tandatangan dan poster serta barangan eksklusif MKL sebagai kenangan.
Kemunculan di kiosk MKL mendapat sambutan hangat dari peminat biarpun ada antara yang hadir seawal jam 5 petang untuk tidak mahu melepaskan peluang menatap wajah kesayangan ramai dengan lebih dekat.
Peluang keemasan ini diambil sepenuhnya oleh peminat di kala tirai 2006 hampir melabuh tirainya dan memasuki alam baru 2007, inilah hadiah khas buat peminat buat Mawi.
Sebagai penghargaan satu persembahan istimewa dihadiahkan buat peminat selama sejam di pentas terbuka Tapak Pesta Sungai Nibong dengan dihadiri sendiri Ketua Pegawai Eksekutif MKL, Datuk Zulkifli Mohamad.
Persembahan bermula dengan lagu yang dipetik dalam album Yang Tercinta, 慞erempuan' sebagai pembuka tirai menyebabkan suasana di pentas begitu bergemuruh dengan sorakan dan tepukan peminat.
Suasana bertambah gamat dengan gelak tawa apabila Mawi yang sudah pandai bergurau dan berjenaka mengajak peminat naik ke atas pentas untuk acara sketsa.
Seterusnya, persembahan secara medley menerusi tiga rangkaian lagu iaitu lagu Hindustan, Noure-Ain, Ya Habibi dan lagu berhantu, Aduh Saliha sambil mengajak penonton menyanyi bersama-sama.
Keadaan bertambah hangat apabila buat permata kalinya, Zulkifli Mohamad berduet dengan Mawi dengan lagu yang dinyanyikan Los Lobos 'Beautiful Maria'.
Tepukan dan sorakan gemuruh diberikan apabila bakat nyanyian Zulkifli begitu terserlah dan mendapat pujian ramai sebelum memanggil enam peminat bertuah naik ke pentas untuk beramah mesra.
Bagai tidak lengkap setiap kali persembahan Mawi apabila lagu popular masa kini, 'Lagu Jiwa Lagu Cinta' dipersembahkan bersama rakan baiknya, Diey dari Pulau Pinang mendapat tepukan gemuruh penonton.
Sebagai penutup tirai, lagu hits 'Kian' dinyanyikan bersama peminat yang terus menyokong dan memberi sambutan sejak di awal pembabitannya sebagai seorang penyanyi.
Sejurus persembahan berakhir, ribuan peminat sanggup bersesak-sesak mengambil kesempatan bersalaman biarpun dikawal ketat pengawal keselamatan.
Rata-rata peminat yang ditemui melahirkan rasa bertuah kerana hajat untuk bertemu Mawi dengan lebih dekat tercapai biarpun sanggup datang dari jauh umpamanya dari Melaka semata-mata untuk bertemu Mawi.
Inilah pengorbanan peminat yang sukar dicari ganti kerana minat pada 慚awi' apa saja sanggup dilakukan demi buat artis yang dipuja biarpun dilanda dengan pelbagai kontroversi.
[ Last edited by kekekek at 4-1-2007 04:06 PM ] |
|