|
Himpunan kisah seram ... sambungan kisah bro blues6909 kisah12 page 57
[Copy link]
|
|
Reply 1156# zadzamusa
pastu??? |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan..........
Saban malam Mak Nab dan Azman melalui saat yang menyeramkan... bukan itu sahaja malahan Mak Nab juga mendengar suara Ani menangis meminta tolong... Bahkan dia takut hendak memejamkan mata kerana setiap kali tidurnya diganggu dengan kehadiran Ani yang menangis dan terus menangis... tanpa ada apa-apa yang dapat dilakukan....
Memanglah pada mulanya Mak Nab merasakan malu pada orang-orang kampung apabila anaknya itu dituduh dengan pelbagai tuduhan... namun dia terpaksa menguatkan semangatnya untuk nak memulihkan keadaan... Dan orang yang pertama ditemui adalah Kamariah dan Pak Halim.. pada mereka berdua ini dia mengadu nasib...Pak Halim tak menjanjikan apa-apa pada Mak Nab sebaliknya menyuruh Mak Nab sama-sama berdoa mohon bantuan dan pertolongan daripada Allah Taala.
Pada malam itu selepas Isyak Pak Halim dan beberapa orang kampung pergi ke rumah Mak Nab.. manakala Kamariah awal-awal lagi sudah berada di sana... Bersama-sama dengan Azman, Pak Halim dan orang kampung menunggu di dalam rumah...
Sebaik sahaja gegaran kedengaran Pak Halim membacakan ayat-ayat suci Al quran Manakala Azman diminta melaungkan azan dengan kuat... Azman bagaikan hendak gila apabila dia melihat wajah sayu adiknya... walaupun begitu dikuatkan hatinya...Selesai Azman melaungkan azan gegaran berhenti... begitu juga dengan suara yang menyeramkan tidak lagi kedengaran......Setelah itu Pak Halim dan orang-orang kampung beserta keluarga Mak Nab melakukan solat hajat dan disudahi dengan bacaan yaasin sebanyak 7kali.
Setelah selesai semuanya, Pak Halim bertemu dengan Mak Nab dan Azman... Menurut Pak Halim dia hanya mampu melakukan setakat ini sahaja... selebihnya berserah kepada Allah... dan dia juga meminta izin Mak Nab dan Azman untuk nak memanggil rakannya iaitu perawat yang mengubat arwah Ani dahulu kerana apa yang berlaku pada arwah Ani terdapat unsur-unsur sihir... dia tak berani nak mengatakan apa yang dilakukan sebaliknya sama-sama berusaha agar roh Ani dapat bersemadi dengan aman....
Pada keesokkan harinya perawat bersama dengan Pak Halim datang ke rumah Mak Nab... selesai pembacaan surah Yaasin, perawat memulakan rawatan ke atas Mak Nab dan kemudian ke atas Azman... setelah itu rumah dipagar.... Kemudian dilakukan sembahyang hajat dan perawat tersebut meminta Mak Nab dan Azman melakukan sembahyang hajat dan bacaan yaasin selama 41 hari memohon kepada Allah Taala agar roh Ani aman...Mak Nab nersyukur kerana masalahnya telah selesai... Pada keesokkan harinya Mak Nab membuat sedikit tahlil untuk orang-orang kampung...Semenjak dari hari itu tiada lagi kedengaran gegaran dan tangisan...
Kira-kira seminggu selepas itu, ada sebuah kereta berhenti di hadapan rumah Mak Nab..Memang Mak Nab terkejut apabila melihat tetamu yang datang... Bapa mertua arwah Ani dan adik ipar arwah Ani... Tujuan mereka datang adalah untuk meminta kemaafan dari Mak Nab dan keluarga di atas keterlanjuran isterinya dan juga anaknya yang juga merupakan menantu Mak Nab... Kalau diikutkan hati sememangnya Mak Nab tak mahu nak mengambil tahu tapi apakan daya dia dengan rela hati memaafkan kedua beranak tersebut. Dan memohon kebenaran besannya untuk menjaga anak arwah Ani.. Dan besannya tersebut bersetuju. Tak lama selepas itu, besan Man Nab menghantar kedua-dua cucunya bersama-sama dengan gran tanah dan kereta milik arwah Ani... untuk kegunaan cucu-cucunya..
Semua yang berlaku adalah disebabkan mak mertua arwah Ani membuka penyata KWSP Ani sewaktu berada di rumah Ani.. jumlah ratusan ribu di dalam akaun KWSP Ani menyebabkan dia menghasut Amri untuk menyantau Ani... bila dah rasa tamak menguasai terutama memikirkan duit insurans Ani pun mencecah ratusan ribu selain dari lain-lain aset seperti rumah dan kereta dan juga wang ASB menjadikan dia gelap mata. Lama-kelamaan dia bersetuju dengan cadangan ibunya itu...
Setelah kematian Ani, Amri dan ibunya rasa begang yang amat kerana matlamat utama mereka telah jatuh ke tangan ibu Ani... menyebabkan mereka berdua berdendam dengan Ani dan Ibu Ani... mereka mahukan ibu sihirkan ibu Ani dan bersekongkol dengan bomoh siam mencuri kain kapan Ani.. Dengan izin Allah, selepas kejadian tersebut ibu Ani bebas dari sihir, manakala ibu mertua Ani meninggal dunia dalam keadaan yang ngeri manakala Amri pula gila....
Harta umpama perhiasan dunia... janganlah kita disesatkan oleh perhiasan tersebut hanya kerana ketamakan kita. Jadikanlah peristiwa ini sebagai pengajaran dan sentiasa dekatkahlah diri dengan Allah Taala.
Sekian. the end. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1154# diyes
bacalah perlahan-lahan... lama tak nampak.... glad to see u  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1159# auntymelly
lama tak nampak aunty... bz ke?... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1160# ain0345
hi ain0345.. zad dah update sampai penghujung cerita... terima kasih sudi menjenguk... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1162# hikary
sama-sama hikari...okeh kak zad dah sambung... kali nih sampai habis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1161# ayudress
salam ayudress... zad ah update, terima kasih sudi menjenguk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1168# zadzamusa
tq......  |
|
|
|
|
|
|
|
salam sumer porumes......maap ler aunty da jadi biskut merry da... kejap ada kejap hilang...huhuhu......zad citer lagik.......................................hehehehhe  |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zadzamusa at 22-5-2011 20:43
Kisah kelima puluh lapan.
Jia memang terkenal dengan cara hidup yang bebas... walaupun pada dasarnya dia memang seorang yang beragama Islam dan mempunyai nama sebagai seorang Islam tetapi cara hidupnya berlainan sekali dengan agama yang dianutinya... Jia lebih mengagungkan cara hidup kebaratan....
Sampailah ke satu hari ini Jia ditakdirkan untuk menaiki bas... pada mulanya Jia memang terasa bengang sebab selama ini pengangkutan awam inila yang paling tak berkenan di hatinya.... Namun sesekali hatinya berbunga kebanggaan apabila sesekali kedengaran usikan-usikan nakal yang pada pendapatnya mengagumi kecantikan dirinya...namun ada juga rasa menyampah dengan lelaki-lelaki yang dirasakan tak sepadanan dengan dirinya yang bongkak itu...
Pakaian Jia amatlah menjolokkan mata, dengan blouse nipis dan mini skirt yang cukup seksi dah cukup mengharu birukan pada setiap lelaki yang memandang.....Akhirnya bas yang dinanti tiba, Jia mengambil tempatnya berhampiran dengan muka pintu bas... sesekali Jia mengeluh dengan kedaan yang dihadapi sekarang ini... paling menjengkelkan....
Sewaktu Jia merungut-rungut, Jia tak perasan apabila ada sepasang mata sedang memerhatikan tingkah lakunya.... Lalu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.
"Wahai adik...! Alangkah baiknya jika adik berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam , itu lebih baik daripada adik berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.
Walaupun nasihat yang diberikan mengenai pemakaiannya yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama dan baik untuk dirinya........ , Jia merasakan orang tua itu tak berhak untuk nak masuk campur dengan urusannya... tiba-tiba darahnya mendidih... dia merasakan yang orang tua tu penyibuk dan sewajarnya dia menjawab kembali... dengan jawapan mengejek.
"Apa sal kamu menyibuk orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"
Walaupun setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu Jia masih lagi tak berpuas hati... malahan dia tertawa mengejek panjang. Dan tidak
cukup setakat itu, Jia lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.....
. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui
bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab........
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari Jia.... Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. ....Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum-hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir Jia akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Jia yang bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi Jia tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi Jia. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Jia itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh Jia itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka
terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.
Kata-kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini,anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama-samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.
*Dipetik dan diubah suai dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=23028 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1171# auntymelly
siannya abang auntymelly.... bestnya cerita auntymelly... silalah bercerita lagi  |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum...
selama ni ku hanya jd SR jer... dah habis merempit kat sini, baru ler brani nak bagi salam.... hehehhe... syiok ooo baca citer2 kat sini.... sampaikan panas le hphone ku masa wiken semalam.... nak kejar citer nyer pasal..... |
|
|
|
|
|
|
|
sebut pasal terkena sihir, saya teringat pada satu kejadian yang menimpa diri saya semasa saya berusia 19 tahun...
pada masa itu, saya telah selesai menduduki peperiksaan stpm, dan tinggal di kampung. sementara menanti result, saya belajar bahasa inggeris di bandar. di kampung saya, ada satu kedai kopi. ada brader ni, keje buat roti canai kat situ. dia bukan orang kampung situ, ntah lah, tak siapa yang tahu asal-usulnya. orangnya hitam, tak manis, kelat sikit la kaler dia... saya selalu la beli roti canai dia. saya terperasan jugak, dia selalu tengok kat saya sambil senyum-senyum. tapi saya buat tak port je. maklum la, dia tu dah umur 20 lebih, saya lak masih belasan, walau pun 19. dari mula-mula tak bertegur, dia mula berani sapa saya. saya lak jenis peramah, layan jer la. tak sangka pulak yang dia dah terjatuh hati kat saya. saya pun tak perasan, cuma selalu duk ingat kat dia, duk berangan jadi bini dia la, apa la... tapi mak saya perasan, dia ajak saya gi berubat. sebelum tu, saya agak dia dah gi tengok2 kowt kat bomoh siam tu... ( rumah saya dekat sempadan siam, jadi bomoh siam bersepah. yang dia pergi tu pun, kira jiran sekampung jugak) pakcik bomoh tu cakap saya dah terkena ilmu pengasih tok cha.... saya pulak mati2 cakap mana ada....
sampai la ke hari yang dia nak berubat tu... jenuh kakak saya cari daun keladi la, benang mentah la, lilin la....ikut kata bomoh tu la...( bomoh ni pernah masuk dalam mastika kowt dulu, kalo takpun, ada satu rancangan tv).
acara berbomoh tu, saya langsung tak setuju... saya tak suka benda2 ngarut camtu. dengan berat hati dan terpaksa , saya pun berbaring kat tengah rumah. pastu kakak saya selimutkan saya dengan kain putih, ala-ala mayat camtu.... dia ikat benang mentah kat tiga bahagian badan, satu kat hujung kepala, satu kat tengah badan, satu lagi kat hujung kaki. di setiap point ikatan tu, diletakkan ikatan daun keladi yang diisi dengan air. air tu kalo tak silap dari tujuh kolaah madrasah.... daun tu, ada tujuh lapisan, tak boleh tiris atau koyak....
dah siap semuanya, bomoh tu pun mula lah dengan jampi serapah dia... dalam bahasa siam.... sebab dia pun bekas tok cha tapi dah berhenti sebab nak jadi bomoh.... prong preng prong preng.... habis lah.... bila habis, ikatan di daun keladi tu dibuka dan air di dalam tu, dituang ke dalam mangkuk putih.... mangkuk tu, dari umah kitaorang la... berubat ni pun kat umah sendiri...
setelah semua ke3 daun keladi tu dibuka dan airnya dituang ke dalam mangkuk tu, dia pun suruh lah kitaorang tengok dalam mangkuk tu... ada minyak, ada cebisan2 hitam, dia kata rambut dan miang buluh dan ada setitis darah.... dia kata tu, minyak pengasih... seram dah saya...tapi masih tak percaya..... dia buat tu selama 3 hari... habis gondol pokok keladi kat area umah kitaorang...hehhee... yang last sekali tu, clear jer, tak ada apa2 lagi... dia kata, hmmm dah cuci....
tapi lepas tu, saya tak pernah ingat lagi kat brader roti canai tu.... saya sambung belajar dan seterusnya kawin.... selepas saya punya anak 1, saya ada dengar yang brader ni pun dah kawen tapi tak lama lepas tu, dia meninggal... tak tahu lah samada betul ke tidak nye, yang dia kenakan saya dulu tu....
cuma sebelum berubat tu, hati saya meronta-ronta nak jumpa dia jer.... sampaikan bila saya ke kelas, saya akan ditemani oleh anak sedara saya.. pergi dihantar, balik dijemput.... takut brader tu datang jumpe saya.... pernah la satu hari tu, saya naik bas, brader tu kejar bas tu, dia ikut je bas tu... gila ke hapa...
itulah pengalaman saya... tak seram pun.....
tapi semasa saya bergelar ibu tunggal, ada seorang lelaki yang tergilakan saya, sampaikan bini dia pun turut 'gila', 'gila' nak suruh saya kawen ngan laki dia.... huish... tak nak la.... anak2 dia pun dia suruh panggil saya mak muda, padahal masa tu, saya tak nak kat dia pun... aduih... bala....bala...  |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1175# mamapu3
wah.....mamapu3....besh2... yg tak tahan tu leh la bini die suruh mama kawen dgn laki die .... kuikuikui.... wat naya....hahahhaha.. paper pun citer mama besh..... sile citer lagik.......................hehhee |
|
|
|
|
|
|
|
hye aunty... aper r aunty ni...u bikin ai malu la..... citer tak seberapa pun.... nanti kalo da datang balik ai nyer ingatan, ai taip la lagikkk... |
|
|
|
|
|
|
|
aunty.... mana p orang lain lagi? ker dorng masuk taim malam jah....? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1178# mamapu3
dorang masuk tak tentu.. mungkin memasing byk keje... wahhh... mama pun da macam aunty gak ker... byk mkn semut... tu pasai lupa...hahhaa ... sementara tuh mama hadpet dlu eh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1176# auntymelly
Nak payung emas, kekdahnyer.... hahahaha... |
|
|
|
|
|
|
| |
|