CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pendeta

[Tempatan] 20 Maut Sekolah Tahfiz Terbakar Di Keramat

  [Copy link]
Post time 15-9-2017 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
SitiRopeah replied at 15-9-2017 05:15 PM
you've been doing great...
kalau income husband cukup untuk semua tu why not..
kalau tak, si ema ...

i kne kerja sb anak2 skrg i yg tanggung 100%..sb ni bkn anak2 dgn husband skrg..ex husband x kasi sesen pon..janji dgn court nk kasi rm200 sbln..harem! siap i pnh threathen dia nk report court sb xpnh byr kan..dia leh ckp pegila..dia nk tgk court leh buat apa pon dgn dia? huh..gitew..last2 i bela jela bdk2 ni ikut apa yg i mampu..and of course kne sacrifice sb i sorg kan..cuma husband skrg tlg bg nafkah utk i semata la..utk anak2 i mmg xde..nsb baik i keje n gaji pon xde la cket sgt..klu x, sian bdk2 ni..tu je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2017 05:42 PM | Show all posts
zjen replied at 15-9-2017 05:06 PM
melainkan ada bukti yg kukuh,  takat tulis dan cakap xleh taksub sgt

tak cakap pon pasal yang buang anak.. yang ckp dekat sini ialah mereka yang baik.. tak pasan ke yang dihighlightkan.. apa plak takat tulis...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 05:43 PM | Show all posts
sitisitu25 replied at 15-9-2017 09:37 AM
i kne kerja sb anak2 skrg i yg tanggung 100%..sb ni bkn anak2 dgn husband skrg..ex husband x kasi  ...

brp orang anak dgn bekas suami?
dah jadi forum luahan kisah family pulak

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
SitiRopeah replied at 15-9-2017 05:34 PM
sorry kalau this would sound odd,
tapi barang2 aku semua ada label or tarikh..
tarikh start gun ...

im not that rajin walaupon. thats supposed..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Curvycun replied at 15-9-2017 12:45 PM
Yang ni betul.macam kawan ak sorg anak dia meninggal dalam perut.so dia laki bini awal2 cakap xpe  ...

Lebih kurang kes sorang artis lama yg anak dia mati sakit leukimia ke kanser ke apa tah... budak tu nama fefet ke pipit ke apa tak ingat... yang maknya sikit2 buat hashtag #fefetanaksyurga gituh...

Zaman dulu tak dengar pulak istilah anak syurga ni... harap2 anak2 syurga ni sempat merasa alam dewasa di syurga nanti... tak selamanya jd anak2 di sana...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 05:51 PM | Show all posts
lonso replied at 15-9-2017 05:42 PM
tak cakap pon pasal yang buang anak.. yang ckp dekat sini ialah mereka yang baik.. tak pasan ke ya ...

jgn la marah marah kak  ....  sebelum mumayyiz,  kalu beza pon ciptaan Allah je,  so yg sebelum tu xleh dicop baik buruk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2017 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sitisitu25 at 15-9-2017 05:56 PM
torsotiger replied at 15-9-2017 05:43 PM
brp orang anak dgn bekas suami?
dah jadi forum luahan kisah family pulak


2 sajork..utk tdak OT..walaupon dgn 1000 kepayahan..i xlari dr tanggungjwb..hahaha..msh ada org ngasuh derang time i pegi keje..mmg x ckup juga kdg2 sb kos anak dkt kl ni tggi..and gaji i bkn la 10k..sudah nya i cr solution..pindah dkt2 dgn opis..like opis-umah 5min je drive..so i akan cpt smpi nk amik n anta anak ke sekolah/day care hari2..jimat cost transport..so leh buat bnda lain dit tu..tenaga pon jimat gak...n soal agama..mmg tekankan juga..derang hari2 kne ngaji muqadam n quran..solat pon sama..i dgn suami skrg wajibkan derang solat n hafal surah pendek tu..almost everytime suami ada umah..mmg derang solat jemaah..

i sejak kawen baru..i xlebihkan anak2 walaupon syg anak2 lbh dr suami..huhu..tp dpn anak kalau suami tegur i pasrah kan aje xmelawan..n apa2 i masak n beli i pesan simpan utk abah derang..kalau nk mkn apa2 dlm peti ais pon..i akan ckp cuba tnya abah..leh x mkn coklat mlm2..etc..so even i garang dgn derang..i menikus dgn abah..walaupon dlm whatapps suami yg byk dgr nsht i..hahaha..i xkan marah suami dpn anak2..sb end up skrg anak2 i mmg takut n hormat dgn suami i..and opkos i nk anak2 i cr calon bini esok..cari pompuan yg syg laki lbh dr anak ya..jgn jd hamba yg lahirkan tuan..tu aje..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangat ironic, islam mementingkan sifat tanggungjawab,  tapi owner of sekolah tahfiz yg kononnya mendidik ahli tahfiz sgt2 neglectful sampaikan memperjudikan nyawa anak2 kecil...  Buat sekolah tapi tak peduli keselamatan murid2. kebakaran,  kemalangan dah bnyk kali berlaku di sekolah tahfiz tapi sekolah2 pondok ni tak ambil tindakan yg sepatutnya... MEMANG PATUT PENGETUA SEKOLAH DIPERSALAHKAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2017 05:57 PM | Show all posts
sitisitu25 replied at 15-9-2017 09:52 AM
2 sajork..utk tdak OT..walaupon dgn 1000 kepayahan..i xlari dr tanggungjwb..hahaha..msh ada org ng ...

ok.


bnyk betul topik tahfiz terbakar ni berkeliaran

moderator cuba merged kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 06:01 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 15-9-2017 06:03 PM
Super-M replied at 15-9-2017 07:31 AM
kalau korang baca apa yang si Dr.Maza cakap kat fb dia memang tepat. tp as usual mak bapak melayu ni ...

sbb ni lah kot skolah tahfiz sering dibalakan ..sbb dah jadi tempat sebar hadis pelesu dgn jadi tempat pembiakan teroris in the making..tu  blom masuk ajaran jumud ustak2 tahfiz menyemai benih2 permusuhan dan membenci ummah kapir scr membabi buta.jauh menyimpang dari ajaran islam sebenar
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
pelicano replied at 15-9-2017 05:56 PM
Sangat ironic, islam mementingkan sifat tanggungjawab,  tapi owner of sekolah tahfiz yg kononnya men ...

Setuju.

Harap pihak pendakwaraya ambil tindakan segera dan dakwa owner/pengetua tahfiz.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
pelicano replied at 15-9-2017 05:56 PM
Sangat ironic, islam mementingkan sifat tanggungjawab,  tapi owner of sekolah tahfiz yg kononnya men ...

Setuju.

Harap pihak pendakwaraya ambil tindakan segera dan dakwa owner/pengetua tahfiz.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 06:11 PM | Show all posts
sitisitu25 replied at 15-9-2017 09:48 AM
im not that rajin walaupon. thats supposed..hehe

tak perlu rajin sis..
beli marker artline tu ha.. letak atas peti ais..
everytime ada barang 'baru masuk',
kasi tulis tarikh..
kat rumah aku, even sabun cuci baju, soflan pun ada conteng tarikh start guna..
habit barang kali.. kih kih kih..!
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgh live majlis kebumi
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mntk jasabaik tt update kt tajuk
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
12 sahabat di Raudhatul Sakinah

PENGGALI kubur, Remy, 27, mengorek liang buat 12 jenazah di Tanah perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda sebagai persiapan untuk pengkebumian jenazah mangsa kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Share

Tweet

Share
Norizuan Shamsuddin & Nur Adibah Ahmad Izam
[email protected]
JENAZAH mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah akan dikebumikan dengan kadar segera selepas memperolehi keputusan DNA.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, 12 jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.

“Persetujuan adalah daripada keluarga masing-masing. Jenazah lain waris memohon untuk melakukan pengebumian di kawasan masing-masing.

"Kita mahu proses ini dilakukan segera dengan menubuhkan enam pasukan khas bagi menguruskan jenazah secepat mungkin.


"Bagaimanapun, bergantung kepada keputusan DNA bagi pengecaman mayat yang dijadualkan akan dikeluarkan pada 3.30 petang ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan di lokasi kejadian, di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang andaian berhubung insiden kebakaran pusat tahfiz terbabit.

"Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara terperinci," katanya.

Sementara itu, penggagil kubur yang hanya mahu dikenali sebagai Remy, 27, berkata dia bersama beberapa rakan lain mula mengorak liang, semalam.

“Tapi, hujan menyebabkan kami sambung lagi hari ini. Kami gali 12 liang,” katanya.

Berita berkaitan
Langkau ke kandungan utama
Laman depan Toggle navigation


12 sahabat di Raudhatul Sakinah

PENGGALI kubur, Remy, 27, mengorek liang buat 12 jenazah di Tanah perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda sebagai persiapan untuk pengkebumian jenazah mangsa kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Share

Tweet

Share
Norizuan Shamsuddin & Nur Adibah Ahmad Izam
[email protected]
JENAZAH mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah akan dikebumikan dengan kadar segera selepas memperolehi keputusan DNA.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, 12 jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.

“Persetujuan adalah daripada keluarga masing-masing. Jenazah lain waris memohon untuk melakukan pengebumian di kawasan masing-masing.

"Kita mahu proses ini dilakukan segera dengan menubuhkan enam pasukan khas bagi menguruskan jenazah secepat mungkin.


"Bagaimanapun, bergantung kepada keputusan DNA bagi pengecaman mayat yang dijadualkan akan dikeluarkan pada 3.30 petang ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan di lokasi kejadian, di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang andaian berhubung insiden kebakaran pusat tahfiz terbabit.

"Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara terperinci," katanya.

Sementara itu, penggagil kubur yang hanya mahu dikenali sebagai Remy, 27, berkata dia bersama beberapa rakan lain mula mengorak liang, semalam.

“Tapi, hujan menyebabkan kami sambung lagi hari ini. Kami gali 12 liang,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2017 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah kerap cium ibu

NORAINI…kali terakhir berjumpa dengan arwah adiknya pada Hari Raya Aidiladha yang lalu. FOTO Abdullah Yusof

ALLAHYARHAM Mohd Yusuf rapat dengan ibunya Saadiah Othman dan adik-beradik perempuan yang lain. FOTO Abdullah Yusof
prevnext
Share

Tweet

Share
Muhammad Apendy Issahak
[email protected]


TENAGA pengajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Allahyarham Mohd Yusuf Md, 26, sudah lama bersama pusat tahfiz berkenaan sejak berusia 15 tahun lagi.

Kakaknya, Noraini Md, 29, berkata, arwah sebelum menjadi tenaga pelajar turut belajar di pusat tahfiz terbabit.

Menurutnya, adik lelaki tunggalnya itu yang lebih manja dipanggil Acik adalah harapan ibu dan arwah bapa untuk berjaya dalam bidang agama dan Alhamdulliah arwah juga memang minat mendalami ilmu agama.


Noraini berkata, arwah tiada menunjukkan kelakukan pelik ketika kali terakhir berjumpa pada cuti Aidiladha lalu, nanum ada meninggalkan kenangan manis padanya sekeluarga.

"Kali terakhir arwah pulang ke kampung adalah pada cuti Aidiladha hujung Ogos lalu dan dia menghabiskan masa selama kira-kira seminggu di kampung.

"Semasa di kampung antara kelakuan arwah yang mungkin menjadi kenangan terakhir kami sekeluarga bersamanya adalah dia lebih kerap mencium ibu dan kami adik-beradik perempuan ketika itu.

"Arwah memang manja dengan ibu dan adik beradik perempuan lain kerana hanya dia dan seorang abang kami anak lelaki manakala lapan lagi adalah perempuan termasuk seorang yang sudah meninggal dunia waktu kecil," katanya ketika ditemui di Felda Gunung Besout 4, Sungkai hari ini.

Menurutnya, ahli keluarga mendapat maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 7 pagi semalam daripada jiran yang anaknya juga adalah tenaga pengajar di pusat tahfiz berkenaan, namun ketika itu belum mengetahui keadaan sebenar arwah.

"Kira-kira dua jam kemudian baru kami mengetahui yang arwah adalah seorang daripada mangsa yang terkorban.

"Ibu sebaik mengetahui perkara itu menangis seketika, namun kemudian kelihatan tenang dan kami sekeluarga reda dengan pemergiannya," katanya.

Noraini berkata, sebaik mengetahui perkara itu abang sulungnya dan kakak yang menetap di Lembah Klang terus ke Hospital Kuala Lumpur untuk mengetahui perkembangan lanjut.

"Manakala ibu Saadiah Othman, 62, ke ibu negara jam 10 malam tadi sekali gus akan mengiringi jenazah arwah untuk dibawa pulang dan dikebumikan di sini dijangka lewat petang ini," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts


Pilu mereka jerit "panas, panas...api, api"

Antara pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terkorban.
Share

Tweet

Share
BERNAMA
“Trauma, tak tahu nak kata apa apabila tiba-tiba seorang daripada anak-anak tahfiz itu jatuh depan mata saya, seorang lagi di belakang saya," kata saksi paling awal tiba di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, ketika pusat itu terbakar awal pagi, semalam.

Ahmad Tirmizi Abdul Hamid, 46, sebak menceritakan detik yang tidak mampu digambarkan itu sebaik tiba di surau Al Madrasatul Ittifaqiyah yang terletak bersebelahan pusat tahfiz kira-kira 5.30 pagi tadi untuk solat subuh.

Beliau yang tinggal tidak jauh dari pusat tahfiz itu berkata, ketika hendak berwuduk, terlihat cahaya terang dari arah bangunan pusat tahfiz berkenaan, namun tidak menyangka sesuatu yang buruk sedang berlaku.

"Selesai berwuduk saya intai dari pagar surau ke kawasan asrama (bersebelahan surau).


“Saya terdengar anak-anak tahfiz menjerit ... panas-panas...api-api…. Baru saya sedar ada kebakaran.

“Saya menjerit kepada mereka agar keluar dan segera turun sambil saya cuba mendapatkan alat pemadam api di dalam pejabat namun gagal kerana pintunya berkunci.

"Saya cuba merempuh pintu pejabat, juga gagal. Saya buntu dan tak tahu nak buat apa lagi.

“Ketika menghampiri perkarangan pusat tahfiz itu langkah saya terhenti apabila seorang anak itu jatuh betul-betul depan mata saya, seorang lagi jatuh di belakang saya dengan api membakar badan mereka," katanya.

Menurut Ahmad Tirmizi, dengan bantuan seorang lagi penduduk yang juga datang bersolat di surau itu, mereka berusaha memadamkan api pada badan kanak-kanak itu dengan kain basah.

"Masa itu saya langsung tak boleh fikir apa-apa. Saya juga risau dengan nasib anak-anak tahfiz lain di tingkat atas. Dalam hati saya tidak putus-putus berdoa agar lebih ramai penduduk menyedari kejadian itu dan datang membantu.

"Sebelum bomba sampai, penduduk cuba bantu, tapi semuanya berlaku dalam sekelip mata, api makin besar dan kami juga turut terasa panas bahang api yang marak serta terhidu asap tebal," jelasnya.

Ahmad Tirmizi berkata beliau tidak mampu untuk mengingati lebih lagi kerana terlalu sedih berikutan tidak mampu melakukan apa-apa untuk menyelamatkan lebih ramai pelajar yang terperangkap.

Kebanyakan jemaah surau berkenaan yang ditemui turut melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan tragedi memandangkan anak-anak pusat tahfiz berkenaan sering mengimarahkan surau itu dengan gelagat mereka yang sopan dan mesra dengan semua orang.

Lebih 300 penduduk kawasan berhampiran serta waris mangsa memenuhi ruang surau berkenaan untuk bersolat maghrib dan isyak secara berjemaah serta mengadakan majlis bacaan Yassin malam tadi.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden, terkorban dalam kebakaran itu yang berlaku 5.15 pagi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blingblings replied at 15-9-2017 03:13 PM
tapi kanak-kanak yg selamat tu cakap bau gas yg kuat sampai dia terbangun dari tidur

kan..
mungkn mksud khirudin ni ada unsur2 sabotaj melibatkan org luar..mungkn tong gas tu d bwa masuk org luar...when?  why? masih tanda soal..  
klu baca laporan akbar... ketua bomba ni masih tak jwb soalan klu tong gas tu punca sebenar kebakaran...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
2 tong gas timbulkan tanda tanya

"DARI mana datangnya dua tong gas di tingkat tiga (di luar bilik asrama)?" kata Datuk Dr Sharifuddin Musa, 45, bapa kepada Muhammad Shahir, 11, mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Akibat kebakaran itu, Sharifuddin berkata, anaknya melecur separuh di belakang badan.

"Kita tak pasti lagi bagaimana boleh berlaku kebakaran, tetapi berhampiran pintu masuk tingkat tiga (bilik asrama), ada dua tong gas yang tidak tahu datangnya dari mana.


"Kita pasti bahawa tempat memasak adalah di tingkat paling bawah, tingkat atas tidak dibenarkan untuk memasak," katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur,.

Beliau curiga dengan 'kemunculan' dua tong gas berkenaan yang sudah pasti mendatangkan kecelakaan yang lebih teruk apabila berlaku kebakaran.

"Tong gas itu tidak sepatutnya berada di situ," katanya.

Dalam kejadian itu, Sharifuddin berkata anaknya menyelamatkan diri dengan memecahkan tingkap dan terjun atas 'awning' bangunan.

Katanya, anaknya dirawat di Bahagian Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sharifuddin berkata, anaknya belajar di sekolah itu sejak setahun lalu dan setakat ini bangunan tahfiz itu tiada sebarang masalah kerana baru sahaja digunakan kira-kira setahun yang lalu.

Terdahulu Bernama melaporkan, siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mendapati kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini bukan berpunca daripada litar pintas, kata pengarahnya Khirudin Drahman.

Beliau berkata hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.

"Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan 'tendang' dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.

"Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap. Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Khirudin berkata pihaknya percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.

"Biasanya kalau api bermula dari bahagian dalam, bilangan yang terkorban tidak ramai kerana mereka masih boleh keluar. Saksi beritahu mereka berusaha nak keluar tetapi api dah marak di luar pintu, sebab itu mereka terperangkap," katanya.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban dalam kebakaran pada 5.15 pagi semalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.492507 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list