PELAKON jelita Nora Danish memang disenangi di kalangan rakan-rakan artis dengan karakternya yang santai dan riang.
Ibu tunggal kepada Putera Rayqal Rizal Ashram yang berusia 4 tahun itu juga dikenali sebagai seorang ‘tech-savvy’ dan sering aktif di laman sosial Facebook, Instagram dan Keek yang digunakan untuk merakam rutin hariannya di lokasi penggambaran atau bersantai dengan putera tunggalnya itu.
Terbaru, pelakon filem romantik ‘Mencari Cinta’ itu telah memuat-naik video pendek di laman Facebooknya mempamerkan aksi comelnya menyanyikan ‘Gwiyomi Song’ lagu yang dipopularkan oleh penyanyi K-Pop bernama Hari.
Tidak berapa lama selepas video itu dimuat naik, ianya tersebar luas dan agak mengejutkan video berkenaan telah merekodkan hampir 450,000 hit dari peminat fanatik Nora.
Menariknya, video yang mempunyai durasi 36 saat berkenaan turut ‘dibintangi’ Kathy Danish (bertopi) dan Nadia Danish yang merupakan kakak kepada pelakon itu.
Apa itu Gwiyomi?
‘Gwiyomi’ diinspirasikan dari gerakan tangan yang dicipta oleh ahli kumpulan BTOB iaitu Jung Ilhoon. Gerakan itu dikenali sebagai ‘Gwiyomi Player’ yang merupakan pergerakan tangan sambil mengira nombor dalam gaya yang comel.
Demam ‘Gwiyomi’ mula melanda masyarakat Malaysia. Rata-rata, di laman Facebook ada saja video ‘Gwiyomi’ yang dirakam sendiri oleh penggemar lagu ini.
Agak mengejutkan apabila keputusan carian ‘Gwiyomi Malaysia’ di laman video Keek memberikan hampir 1,500 buah ap video.
Comei sungguh ND ni .. mcm bebudak baru habis SPM! Mohon dia upload lebih banyak gambar lagi. Yang tak suka ND punya gambar sila jangan ler masuk sini. Nanti tak pasal hati jadi sakit + meluat. Hihihihihi. Aku nasihat jer ..
Comel sgt gwiyomi nd.hubby iols pun suke tgk.dia ckp cute sgt.
Kerlast kat lelaki pun lyn hoccay.siap hubby lyn dgn collegue dia.kwn dia siap ckp knp la jejai tu sanggup tgglkn muka
comey cam nd ni.kihkih
Pd iols ni sume jodoh.nd pun nmpk lg bahagia dan dah keluar dr safe zone dia.kalau tak tu berlakon watak comel je le
memanjang.nmpk skrg watak dia dipelbagaikan.
Dia pun makin bt duit.byk endorsed produk sana sini.nmpk gigih bekerja.
Yg iols salute nd dgn ps sgt baik.syabas bette.
Nd ni skrg mcm malaysia sweetheart.
Bile iols tgk nd.nd ni mcm reese witherspoon malaysia
Eh kemain lg ye iols ni.
Hahahahs