CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

[Tempatan] {8}Siri Jangan Nangis: `He ain't heavy, He's my son'!

[Copy link]
Post time 15-11-2013 01:02 PM | Show all posts
semoga budak ini berjaya di dunia dan akhirat.aminn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2013 01:10 PM | Show all posts
nevberg posted on 15-11-2013 07:17 AM
itu la pasal...agak2 la nak bagi hadiah pun...

ni anak pun tak layak nak bawak kereta dah bagi  ...

takpa bapa dia mampu..pasal banga dgn pencapaian anak2 tu biasa lah.semua mak/pak rasa banga.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 01:13 PM | Show all posts
Terharu....harap budak ni berjaya dalam hidup dan dipermudahkan jalannya....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 01:26 PM | Show all posts
Tak hadir penuh ke sekolah tapi dapat 5A
14 November 2013
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services
32


Tak hadir penuh ke sekolah tapi dapat 5A Calon berkeperluan khas dari Sekolah Kebangsaan Ketereh, Amir Zuhaidi Razali (depan, kanan) yang mengalami sakit saraf di kaki kanan didukung ayahnya, Razali Harun, 44, (belakang, kanan) ketika mengambil keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah tersebut di Kota Bharu hari ini. - Foto Bernama
< 1 / 2 >
KOTA BHARU - Walaupun terpaksa 'ponteng' sekolah pada setiap Rabu, namun ia tidak menghalang anak seorang tukang rumah daripada memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.
   
Amir Zuhaidi Razali tidak dapat hadir pada hari tersebut kerana terpaksa menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian akibat kemalangan jalan raya yang dialaminya enam tahun lepas.
   
Dia terpaksa menggunakan tongkat setiap kali ke Sekolah Kebangsaan Ketereh di sini dan menduduki UPSR sebagai calon berkeperluan khas.
   
"Saya tidak menyangka mendapat 5A kerana sering tidak menghadiri sesi persekolahan ekoran rawatan saya," katanya ketika ditemui di sekolahnya.
   
Anak keempat dari lapan beradik dari Kampung Hutan Pasir ini menghadiahkan kejayaannya kepada ibu bapanya yang bersusah-payah menghantarnya ke sekolah setiap hari.
   
Bapanya Razali Harun, 44, berkata akibat kemalangan itu anaknya patah kaki kiri dan tercabut bahu kanannya.
   
"Akibat kemalangan itu, Amir Zuhaidi dimasukkan ke hospital selama 10 hari. Setelah sembuh, dia diserang penyakit saraf kaki. Dia terpaksa ponteng sekolah sehari dalam seminggu untuk menjalani rawatan fisioterapi dan terpaksa  menggunakan tongkat untuk memudahkanya berjalan," katanya.
   
Pada masa yang sama Razali berkata sehingga kini bil perubatan anaknya yang berjumlah RM1,500 masih belum mampu dijelaskannya walaupun anaknya mempunyai insurans berkelompok.
   
"Mujur ada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM1,800 setahun untuk membiayai kos perubatan dan fisioterapi Amir Zuhaidi ketika ini," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
..tgk kt buletin utama mlm td ...cover psl budak ni...rase nk menitik airmata...pertuturan dia pn agak slurred..mgkn akibt dr kmlangan tu jgk...d ckp nk tolong ayah n fmly...n cita2 nk jd doktor..ayah dia nangis mase ulas psl kejyaan ank ni..semoga impian adik ni tercpai n tahniah ats kejayaan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 01:36 PM | Show all posts
hopefully ada la pihak yg sudi menolong adik ni tak kiralah dari segi kesihatan dan pembelajaran dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2013 01:44 PM | Show all posts
kisah anak beranak ni boleh dijadikan inspirasi, dengan segala kecacatan, kepayahan, kemiskinan...anak dia boleh berjaya dalam peperiksaan..sedih aku tengok gambar bapa mengendong anak ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 02:30 PM | Show all posts
MissNigga posted on 15-11-2013 12:44 PM
mana tak nya.... biler dah dapat kete, bijik jadi gatey...
masuk form 3... belajar tah ke mana s ...

hahaha..btul2..selangkah menuju kerosakan la tu..kalau bdk tu boleh control diri..Alhamdulillah la..kalau tidak..Nauzubullah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2013 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd posted on 15-11-2013 07:29 AM
anak DJ Lin Suria.fm
dapat 5A
dapat hadiah

Xsia2 mak dia dok wat sore ayu buat aku nk muntah mlm2
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 02:36 PM | Show all posts
tahniah kat anak dia...dia sedar dgn kesusahan ayah dia cari duit dgn blajar sungguh2 dan mencapai keputusan yg cemerlang..........
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 02:48 PM | Show all posts
Tahniah dik..
Semoga mndapat tajaan/biasiswa...
Semoga dapat mengubah nasib keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 02:49 PM | Show all posts
tahniah. sebak tengok muka ayah dia sbb berbangga dengan kejayaan anak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak dpt bygkan perasaan gembira ayahnya. Tahniah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 02:55 PM | Show all posts
bagus sangat, jangan lupa jasa ayah k..
selalunya bila susah begini, anak2 akan rasa lebih tabah dan bersemangat nak belajar lebih baik...
supaya dpt tolong parentsnya...
hadek neh cacat kakinya memang x boleh diubati ek...
kesian juga, sebab sukar nak mencari keje disebabkan org mesia suka org perfect2 saja diambil keje...
harap permudahkan urusan beliau
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 03:08 PM | Show all posts
god bless you sir... god bless you....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 03:15 PM | Show all posts
MissNigga posted on 15-11-2013 06:57 AM
ni yang weols nak dengar...
walaupun bapak sekadar kuli batak jew.... anak lak cacat... tapi tak me ...

Hang nie dengki ker bapak dia kasi Mini Cooper??
Dah itew kemampuan dier.

Lain laaa kalau dier kasi Porsche ker per....

Hang mampu ke???


Btw, ini semuer adalah MATERIAL laaaaaa
Bukan bley bawak masuk kuboq pung.
Sampai sekerat, tinggal laaaa
Tapi semestinya naik keter jenazah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2013 03:15 PM | Show all posts
dia buat fisio, means ada harapan lagi la kan kaki dia nak elok semula..
ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 03:17 PM | Show all posts
touching sgt

kasih ayah, teringat abah
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 03:20 PM | Show all posts
reporter mai baru depa suh buat pose menggendong  lagutu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 03:20 PM | Show all posts
sepatutnya yg bg mini cooper tu rasa malu

sedekah la sikit rezeki kpd org lain, rezeki tu allah bg supaya dpt kita berkongsi dgn yg kurang bernasib baik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.046716 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list