CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: freebird

[Jenayah] Papagomo diarah bayar 1/2 juta : Mahkamah Tinggi

[Copy link]
Post time 13-9-2013 04:03 PM | Show all posts
ankel kenal taw..kenal tawwwwwwwwwwwwwwwwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 04:06 PM | Show all posts
utusek

Papagomo diarah bayar RM500,000 kepada Razak
KUALA LUMPUR 13 Sept. - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan penulis blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris membayar ganti rugi RM500,000 kepada ahli perniagaan terkemuka, Razak Mohd. Noor setelah mendapati dan mengesahkan dia sebagai pemilik blog, Papagomo telah memfitnah beliau.
Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130913/ma_05/Papagomo-diarah-bayar-RM500000-kepada-Razak#ixzz2el3eXCjN
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 04:07 PM | Show all posts
buat mcm RPK buat tak tau tak payah bayar apa2 saman pun.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 04:15 PM | Show all posts
masih boleh buat rayuan kan? minta kurang saman

tapi dlm kes nih...papagomo tak boleh lari lagi dah...saman anwar pulak...dah takleh nafi dah "saya bukan papagomo", sebab kes nih dah membuktikan papagomo adalah...

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 04:23 PM | Show all posts

papaguakenalagibeb
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 04:33 PM | Show all posts
saman ngan tak saman....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2013 04:47 PM | Show all posts
aritu dia xngaku yg dia ni PAPAGOMO..
agaknya dia baru dpt hidayah & sedar dr lena yg panjang kot...
bahawasanya - Papagomo & Wan Muhammad Azri Wan Deris org yg sama..
Syukurrrr.....!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 04:53 PM | Show all posts
ada ternampak papagomo kat lobi mof
oh ye
masa rumah terbuka punnampak
kemain besar teguh berdiri bagai halilintar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 04:57 PM | Show all posts
MelahJanda posted on 13-9-2013 04:53 PM
ada ternampak papagomo kat lobi mof
oh ye
masa rumah terbuka punnampak


OTOT aje teguh,
tapi OTAK dia rapuh.
....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Hauahahahahahahahaha...

Buletin Utama pon amik source berita dari Papagomo...

Makcik kampungan pengundi tegar Bn mesti menangis x percaya kalau dengar....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 05:15 PM | Show all posts
aku bajet selepas ni pgomo akan jadi sejarah
dah jadi sepah dah... habis manis
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 05:25 PM | Show all posts
bila menaang kata MAHKAMAH ADIL.....

bila kalah kata MAHKAMAH TIDAK ADIL....

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 05:41 PM | Show all posts

Identiti Papagomo disahkan, berdepan hina mahkamah
       
Hafiz Yatim
3:49PM Sep 13 2013

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris memang penulis blog pro-Umno, Papagomo, dan dia juga berdepan dengan prosiding menghina mahkamah berhubung tulisannya.

Selain diperintah membayar RM500,000 dalam satu kes fitnah, Wan Muhammad Azri turut berdepan dengan prosiding menghina mahkamah berhubung tulisannya yang mengaitkan hakim yang mendengar kes dan dianggap memudaratkan badan kehakiman.

Wan Muhammad Azri (kanan) sebelum ini menafikan bahawa beliau adalah penulis blog kontroversi itu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera berkata Wan Mohammad Azri berbohong kerana walaupun membuat penafian tersebut ketika memberi keterangan, tetapi penulis blog berusia 30 tahun itu, dalam pernyataan pembelaannya, mengaku dia adalah Papagomo dan membela diri atas alasan membuat komen yang adil.

Beliau memutuskan bahawa penulis blog itu tidak menyesal dengan tindakannya seperti yang dipaparkannya dalam perbicaraan kes fitnah itu.

Di samping itu, semasa perbicaraan, seorang penulis blog, yang memberi keterangan sebagai saksi, mengaku mengenali Wan Muhammad Azri sebagai Papagomo apabila mereka bertemu dalam satu sidang penulis blog pada tahun 2009. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM500,000 kepada ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blognya.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam membuat keputusan itu selepas mendapati Abdul Razak berjaya membuktikan perkataan-perkataan fitnah dalam artikel yang ditulis oleh Wan Muhammad Azri itu merujuk kepadanya, dan sebenarnya memfitnah beliau.

Vazeer Alam memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar gantirugi am sebanyak RM200,000 dan gantirugi teladan RM300,000 kepada Abdul Razak, serta menetapkan kos guaman sebanyak RM50,000, selain membenarkan permohonan injunksi supaya Wan Muhammad Azri dihalang daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah itu.

Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata Abdul Razak selaku plaintif berjaya membuktikan Wan Muhammad Azri yang menerbitkan artikel itu, meskipun defendan dalam keterangannya menafikan beliau adalah pemilik blog yang dikenali sebagai 'Papa Gomo'.

Beliau berkata dalam kes ini, plaintif telah memanggil saksi pertamanya iaitu Mohd Fauzi Mohd Azmi yang mempunyai blog dikenali sebagai 'Perisik Rakyat' dan dalam keterangan saksi itu menyatakan beliau dapat mengecam defendan setelah defendan sendiri memperkenalkan dirinya sebagai 'Papa Gomo' ketika menghadiri satu persidangan bloggers di Lake View Garden, Subang Jaya pada 16 Mei 2009.

"Saksi itu, yang turut diperkenalkan kepada seorang blogger lain yang dikenali sebagai 'Parpukari' semasa persidangan itu berkata beliau telah mengambil gambar defendan dan 'Parpukari' dan gambar itu dikemukakan sebagai bahan bukti dalam kes ini," katanya.

Vazeer Alam berkata mahkamah percaya gambar yang diambil adalah gambar mereka walaupun muka mereka tidak dapat dilihat dengan jelas kerana mereka cuba  melindung separuh daripada wajah mereka dengan tangan.

"Apabila mahkamah membandingkan ciri-ciri wajah muka dalam gambar itu dengan ciri-ciri defendan semasa hadir di mahkamah, saya dapati ianya sama dan jelas menunjukkan bahawa defendan yang dipaparkan dalam gambar itu," katanya.

Beliau berkata walaupun defendan menafikan beliau merupakan orang di dalam gambar itu, mahkamah mendapati penafian defendan adalah satu pembohongan kerana keterangan Mohd Fauzi bahawa beliau telah berjumpa dengan defendan dan 'Parpukari' di persidangan itu tidak dicabar oleh peguam yang mewakili defendan.

Vazeer Alam berkata keterangan Mohd Fauzi bahawa terdapat nama, gambar serta nombor telefon defendan yang dimuatkan dalam blog isterinya adalah sama dengan nombor telefon yang digunakan saksi itu untuk menghubungi blogger yang dikenalinya sebagai 'Papa Gomo' dan keterangan itu juga tidak dicabar oleh peguam.  

Katanya, mahkamah juga mendapati kata-kata yang diterbitkan defendan dalam artikelnya bukan komen sebaliknya merupakan kata-kata fakta yang tidak berasas.

"Dalam kes ini plaintif adalah seorang ahli perniagaan yang dikenali ramai dan kata-kata defendan bahawa plaintif seorang penipu yang telah  keuntungan berjuta-juta ringgit semasa Sukan Komanwel berkecenderungan merendahkan plaintif dalam pandangan mata umum," katanya.

Vazeer Alam berkata mahkamah mendapati perkara memuatkan artikel yang berunsur fitnah dalam sesawang internet telah berleluasa dan ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab seperti defendan y bersembunyi di belakang tirai nama samaran atau 'anonymity' untuk menulis apa sahaja yang mereka mahu tanpa mempedulikan kesan akibat penulisan mereka.

Katanya, mahkamah mengambil serius terhadap gejala negatif ini yang telah menular tanpa batasan sejak akhir-akhir ini dan sekiranya tidak dibendung dan dibanteras akan merosakkan 'social fabric' masyarakat yang berpotensi menggugat
ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Dengan ini, saya mahu penghakiman yang diberikan diambil sebagai satu teladan kepada defendan dan juga semua pengguna internet supaya mereka tidak menyalahgunakan kemudahan ini.

"Sekiranya disalahgunakan, mahkamah akan mengambil pandangan yang amat serius, seperti pepatah "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga" dan sepandai-pandainya defendan menyembunyikan diri dengan nama samaran, akhirnya telah didedahkan melalui 'footprint' yang beliau tinggalkan di alam siber," tegasnya.

Sementara itu, Abdul Razak ketika ditemui pemberita berkata berkata beliau gembira dengan keputusan mahkamah.

"Ini bukan untuk kebaikan diri saya sahaja. Saya telah difitnah oleh blogger," katanya.

Pada 26 Jan, 2012, Abdul Razak, 59, memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri, 30, berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blog 'Papa Gomo' pada 11 Disember 2011.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Abdul Razak mendakwa Wan Muhammad Azri telah mengeluarkan kenyataan fitnah bahawa beliau merupakan seorang penipu yang telah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setelah mendapat kontrak semasa Sukan Komanwel yang berlangsung di negara ini yang menyebabkan reputasinya terjejas.

Abdul Razak diwakili peguam Reuben Netto dan Malik Imtiaz Sarwar manakala Wan Muhammad Azri diwakili

Prosiding hina mahkamah 21 Oktober

Sementara itu, Reuben ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan penghakiman mahkamah hari ini dan berkata hakim itu telah menolak pembelaan Wan Muhammad Azri atas alasan membuat komen yang adil .

"Perkara yang paling besar adalah mahkamah mengakui bahawa Wan Muhammad Azri adalah Papagomo," katanya.

Selain itu, Ruben berkata, mahkamah membenarkan permohonan mereka untuk prosiding menghina terhadap Wan Muhammad Azri berhubung tulisannya yang lain dalam blognya.

Katanya, prosiding menghina prosiding terhadap Wan Muhammad Azri akan berlangsung pada 21 Oktober.

Selain Abdul Razak, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli turut memfailkan saman fitnah terhadap penulis blog tersebut.

Turut memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri termasuk Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Penulis blog tersebut adalah seorang bekas anggota polis yang telah menjalani hukuman lapan bulan penjara selepas disabitkan dengan kesalahan rasuah.

Menjelang pilihan raya umum ke-13, juga dilaporkan Wan Muhammad Azri sebagai pengundi hantu yang didaftarkan secara berasingan dengan IC polis dan IC awam.


PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.















Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 05:43 PM | Show all posts
Dalam umno nih mmg port penfitnah dan penipu kan... penfitnah tuh mmg laa dah jadi makanan umno.... penipu pun ramai cam jual buku camna nak jadi jutawan, tapi sebenar loser...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 05:45 PM | Show all posts
so orang yang mirip anwar dalam video tu siapa????..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 05:51 PM | Show all posts
Bukan itu hari beria dia enggan mengaku namanya wan azri baai iukah?...rasanya saya ga lupa lagi...ketika anwar ke azmin yang heret dia itu?...hahaha ia igt selama ini najib dinelakang dia...akan tolong dia ...sekali dia dibiarkan terbogel seorang diri...minta barua dia forumer AN lah yang tolong kutip derma
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpa ahli amnonyg seramai 2 juta tu boleh tolong bayarkan...tiap sorang kasi setinggit pun jadilah...so sapa nak mula buat tabung selamatkan papagomok ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 05:57 PM | Show all posts
C.K posted on 13-9-2013 05:51 PM
Bukan itu hari beria dia enggan mengaku namanya wan azri baai iukah?...rasanya saya ga lupa lagi...k ...

jgn lupa suruh angkel AN ngan lobai maideen bwk uncang kutip derma utk abg papa ke hulu abg papa ke hilir
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 06:05 PM | Show all posts
tu baru donia...dah berseorangan, sisa dalam kubor belum lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 06:06 PM | Show all posts
mana adik bradik papagomo nih, dulu dok terjuih2 meratib video gay video china doll, mana? mana? ptuih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.260445 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list