CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: juan_reyes

[Jenayah] Porche Panamera dilarikan dari bilik pameran!

[Copy link]
Post time 12-10-2012 06:19 PM | Show all posts
JunkMail posted on 11-10-2012 10:21 PM
betol ke kejadian kat malaya ni?
ada minyak lak tu walau sadai kat showroom je..

aku saspek yg larikan tu adalah sales man yg jual kereta ni...dia tahu kat mana kunci tu disimpan semua....minyak paling koman pun boleh gi sampai 5-10km....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2012 06:23 PM | Show all posts
Chekpa posted on 12-10-2012 03:09 PM
Berapa rate sewa kondo kat situ noks aka perdana kondo or emerald tuh?
Check kat mudah unit kondo ...

kalau bujang lagi biasanya duduk ramai ramai..tak laa teruk sangat nak bayor...tak tahu laa kalau pencuri ni ada buat bisnes lain...dah dia pun pencuri kereta sudah pasti dia ada jenayah lain...mungkin penjual dadah ker apa...

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 06:40 PM | Show all posts
hoh...
fast and furious ker...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 07:04 PM | Show all posts
geenie posted on 12-10-2012 02:25 PM
nah.. pilih mane ndak...

wah banyaknya...i selalu tertipu depan dari jauh macam GTR rupanya lancer
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 07:45 PM | Show all posts
aku sampai la ni tak paham camne dia leh bawak lari kete tu dari showroom??? ikot pintu ke apa? bukan showroom agak sempit..cermin kaca bagai? tatau la kot showroom kete mewah ni lain..aku tgk showroom proton tu pintu sempit jer..cane nak pecut kete keluar?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 10:05 PM | Show all posts
InVendeTTa posted on 12-10-2012 05:04 PM
800 for an unit of condo kira murah noks
mampu dimiliki small time kriminal like peragut kecil-ke ...

flora dsara tu flat pprt la uols sewa dlm 400++
port jenayah jer tu
kwn abg iols dok sana 3x moto dia kena curik dlm masa setahun

armanee terrace tu duplex condo
view mmg cantik n privacy siap ade laman utk bercucuk tanam lg
monthly kalau sewa sana min 4k++
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2012 10:22 PM | Show all posts
KIM.mafia posted on 12-10-2012 10:05 PM
flora dsara tu flat pprt la uols sewa dlm 400++
port jenayah jer tu
kwn abg iols dok sana 3x mot ...

bukan 700 ke sewa??yang parking sebelah lain..umah sebalah lain...3 bilik.....yang ada pak gad jage pakai kad tu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 10:22 PM | Show all posts
kejadah cerita kereta bulih pi sampai cite sewa umah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2012 10:37 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 12-10-2012 10:22 PM
kejadah cerita kereta bulih pi sampai cite sewa umah ni

sape soh citer
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 10:48 PM | Show all posts
rasanya dia x drive jauh tu

ujung building skit drive masuk treler

gone case sampai port maner dh.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 10:53 PM | Show all posts
Chekpa posted on 12-10-2012 03:00 PM
Wow! Duk kat armanee terrace.. Kondo mewah lagi..
Tapi kaki curi.. Curi pulak kereta mewah jugak! T ...

duk armanee lagi.. wah hebatnya penjenayah ni.. pernah pi armanee ni tahun 2008 ke 2009 rasanya rumah salah sorang forumer ...memang cantik tempat ni..

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 09:42 AM | Show all posts
Pembeli kereta Porsche Panamera curi dicari
WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Oktober 2012

KUALA LUMPUR - Polis mencari seorang lelaki yang dipercayai membeli kereta mewah jenis Porsche Panamera yang dicuri di sebuah pusat pameran di Bukit Bintang, di sini, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai Soo Kar Sin, 42, alamat terakhir di Metro Prima, Jalan Kepong, di sini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat, mengenali atau menjumpai lelaki berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

Sementara itu, tempoh tahanan reman ke atas suspek yang ditahan awal pagi Jumaat lalu di sebuah rumah di Klang, berakhir semalam.

“Lelaki berusia 31 tahun itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras kerana suspek dipercayai turut terlibat dalam kes curi kereta Audi R8 bernilai RM560,000 di sebuah premis menjual kereta mewah di Jalan Chan Sow Lin pada 6 September lalu,” katanya pada
sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, kereta Porsche Panamera yang dilarikan suspek belum ditemui, namun pihaknya percaya kereta mewah itu masih berada di dalam negara.

“Hasil soal siasat mendapati suspek dibayar RM30,000 untuk melarikan kenderaan mewah itu. Kes itu tidak melibatkan orang dalam atau pekerja di pusat pameran berkenaan,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.



Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 03:01 PM | Show all posts
Porsche dicuri dari pusat pameran ditemui semulaOleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Polis hari ini berjaya menemukan kereta mewah Porsche Panamera yang dicuri di pusat pameran kereta di Jalan Bukit Bintang di sini minggu lalu.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, kereta yang bernilai RM900,000 itu ditemui berhampiran sebuah kondominium di Seri Kembangan dekat sini tengah hari ini. - UTUSAN



Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 03:18 PM | Show all posts
JunkMail posted on 12-10-2012 07:45 PM
aku sampai la ni tak paham camne dia leh bawak lari kete tu dari showroom??? ikot pintu ke apa? buka ...

showroom dia adik aku tunjuk hari tu, ada je kereta yang dia letak kat luar bangunan...dia cilok yang kat luar tu kot...


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 03:20 PM | Show all posts
nevberg posted on 22-10-2012 03:18 PM
showroom dia adik aku tunjuk hari tu, ada je kereta yang dia letak kat luar bangunan...dia cilok y ...

panamera org tak letak kat luar la kak brad pitt
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 03:26 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 22-10-2012 03:20 PM
panamera org tak letak kat luar la kak brad pitt

tapi tu la macam mana dia boleh cilok, dah tu senang-senang pulak dia ambik kunci kat opis...musykil akak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2012 03:27 PM | Show all posts
nevberg posted on 22-10-2012 03:26 PM
tapi tu la macam mana dia boleh cilok, dah tu senang-senang pulak dia ambik kunci kat opis...musyk ...

tu la konspirasi kak......org dalam punya kerja tuh
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 03:40 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 22-10-2012 03:27 PM
tu la konspirasi kak......org dalam punya kerja tuh

mesti dah plan dah lama...



Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 03:41 PM | Show all posts
nevberg posted on 22-10-2012 03:40 PM
mesti dah plan dah lama...

betul tu kak.....dorang dah plan sama brad pitt untuk curik poche panamera halleluyah
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 03:44 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 22-10-2012 03:41 PM
betul tu kak.....dorang dah plan sama brad pitt untuk curik poche panamera halleluyah

brad pitt tu tak payah plan nak curi, 10 panamera pun boleh dia beli...

tapi akak rasa pencuri ni belajar ngan gf abang pitt dalam gone in sixty seconds...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.048370 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list