|
ulasan saya.
1. maybe ada failure.. tp seperti TT and saya. bunyi tit tit seperti org masuk opis berlaku time tiada orang saja. and selalunya ni mengundang pelbagai andaian. waktu siang ramai staff takde plak bunyi2 cam tu.
2.setuju lif bole diprogram sebegitu. rasanya kes TT maybe lif diprogram kul 7 akan gerak.
3.auto shutdown sesuatu yg jarang berlaku.perkataan "kepenatan" tak sesuai tuk device elektrik. mana ada perkakasan elektrik merasa penat. device elektrik hanya akan shutdown kalau ada sesuatu yg rosak atau ada yg tak kena. dalam kes TT, office die hanya guna elektrik secara normal seperti opis2 lain dan seperti di rumah. kes KTM menggunakan elektrik yg agak besar.
cth2 yg TT beri seperti ada bunyi org seperti menaip di bilik bos, lampu bilik bos menyala waktu pukul 6.30 (tp bila naik padam).. adalah contoh yg agak pelik dan unik. ia seperti ada kehadiran entiti yg boleh mengganggu TT di office.
cth saya berkerja dalam IT .. selelu bersendirian di server room. saya pernah ternampak ada kelibat berdiri dibelakang saya ketika saya bekerja. waktu itu sianghari. ekor mata sy nampak ada seperti org berwarna hijau di belakang. bila toleh tiada apa pun. saya berani ketika itu sebab ia disiang hari. kalau malam.. saya takut jugak. bukahkah surah al-falaq bermaksud (ayat 3: “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;)
saya merasakan kita tak perlu takut secara total pada bende2 yg entiti itu.. tp ada logik jugak kalau kita merasa takut.ia sesuatu yg kita tak nampak. dan tak tau apa lagi entiti ini bole buat pada TT bila bersendirian di ofis. kita akan merasa berani kalau kita beramai.. Kita takut atau sangsi pada sesuatu yg kita tak pasti tak semestinya kita menyekutukan ALLAH.testas Post at 15-3-2012 13:59
fair enough;-)
pertama, pendapat saya sekali-kali tidak menyangkal kewujudan jin, makhluk halus atau apa saja yang selalu menghantui orang melayu secara khusus.
kedua, istilah 'kepenatan' maksud saya, ianya satu jenis program yang mungkin ditetapkan pada relay atau mana2 device lain.bukan bermaksud failure. aircon ofis lama saya juga kadang2 berkelakuan begitu, lebih2 lagi jika cuaca agak terik, aircon menggunakan kuasa yang agak tinggi.(tetapi, diluar topik, saya rasa keadaan sebegini masih kita kira sbg failure kepada device tersebut kalau xde proper program)WA
kalam separa akhir, pendirian saya apabila melihat anak2 kita khususnya melayu(bukan muslim.jika muslim sudah pasti mempunyai fikrah berbeza:-)), terlalu taksub selari dengan cereka2, movie hantu yang semakin bertambah.
kadang2 fikiran kita terlalu rigid dan spt sy katakan sblm ini, kita merasakan kewujudan mereka(entiti yang maha ditakuti itu) lebih dari kita rasakan kewujudan Allah!!
jom kita semak berapa kali kita merenung betapa hebat urat2 dijari kita yang mampu menggerakkan jari dan memberi deria kepada jari?
berapa byk kali kita berterima kasih kepada kaki kita yang selalu membawa kita dari rumah ke tempat kerja, dari tandas ke surau, dari katil ke dapur?
berapa banyak kali kita berterima kasih dgn mata kita??tanpanya berapa banyak kerja kita akan terbantut dan terbengkalai??pernahkah kita terfikir?
berapa banyak soalan saya di atas ini bermain difikiran anda semua?adakah ia kurang atau melebihi dari persoalan yang tidak bermanfaat dan tidak menambahkan iman langsung ie apa yg kita sedang bincangkan sekarang?
sungguhpun entiti2 tu mengganggu kita, apa kita sudah lupa kita dijadikan oleh Allah dengan sehebat2 jadian(sila tgk surah attin, ali imran pun cakap kita sebaik2 umat.kan?)?atau kita sudah lupa tujuan kita hidup di dunia sbg seorang khalifah(rujuk surah baqarah ayat 30)?
ataukah kita ingin meningkatkan iman dengan hadirnya rasa takut kepada entiti2 lain?hakikat atau sekadar alasan?
adakah kita mengikut sunnah?ke mana kata2 'cintakan nabi' yang sll kita laungkan time nabi?
kesimpulannya,
ke mana fokus kita kawan2?
kita sbg khalifah dan hamba HANYA kepada Allah, atau masih ada makhluk lain yang mampu merajai kita malah mampu mengambil tempat Allah dan arRasul dalam hati kita?
WA |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik cerita cik ni.Izinkan saya menyatakan pendapat saya;-)Sebelum tu, cuba cik atau pembaca la ...
purplehyppo Post at 15-3-2012 11:26
boleh x huraikan jawapan kpd soklan2 awk tu? berminat nk tau lbih lnjut...
berkenaan dgn huraian2 awk tu, rasenye saye bsetuju dgn pjelasan2 tu...cumenye dlm kes TT ni, bkemungkinan wujud entiti2 lain. papepun jgn la kite terlalu memikirkan sgt..nnti kang lgi syok la entiti2 tu, mcm diseru2 plak ye. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh x huraikan jawapan kpd soklan2 awk tu? berminat nk tau lbih lnjut...
berkenaan dgn ...
edoraixora Post at 15-3-2012 15:11
cik edoraixora,
soalan yang mana ya?
saya rasa mungkin lebih baik cik msg saya atau kita ke thread kerana mungkin mengganggu kalau kita tukar topik di sini:-)
kepada TT,
saya mohon sejuta kemaafan jika kata2 saya, atau kelakuan saya tidak disenangi oleh cik TT.
semoga Allah selalu bagi rahmat dan redho kepada kita yang ikhlas nakkan redho dari Allah.
WA |
|
|
|
|
|
|
|
ulasan saya.
3.auto shutdown sesuatu yg jarang berlaku.perkataan "kepenatan" tak sesuai tuk device elektrik. mana ada perkakasan elektrik merasa penat. device elektrik hanya akan shutdown kalau ada sesuatu yg rosak atau ada yg tak kena. dalam kes TT, office die hanya guna elektrik secara normal seperti opis2 lain dan seperti di rumah. kes KTM menggunakan elektrik yg agak besar.
testas Post at 15-3-2012 13:59
memang ada device elektrik yang 'penat'. tapi 'penat' yang dimaksudkan ni bukanlah penat macam apa yang manusia rasa. ianya sekadar rehat untuk recover, contohnya kalau alat tu panas. alat yang mudah nak dibuat contoh ialah enjin air telaga. dalam enjin air ni ada magnet yang berfungsi sbg detector kalau enjin ni panas. bila panas enjin air ni akan stop daripada mengepam hinggalah enjin tu kembali sejuk baru start pam balik supaya dapat elakkan daripada enjin jadi rosak.
balik kepada kes TT ni, biasalah manusia akan mula takut dengan perkara yang tak diketahuinya sendiri, lagi2 benda yang tak nampak atau pelik. sama macam kita tengok harimau, pun rasa takut. takut sebab kita rasa tak mampu nak lawan harimau tu yang bersifat ganas dan makan daging. kalaulah kita ni macam Badang, for sure tak gentar langsung dengan harimau.
istilah takut ni berbeza2. memang ye takutkan Allah itu lebih diutamakan daripada takut kepada hantu. tapi sebenarnya bukanlah bermaksud orang yang takutkan hantu ni bermakna dia lebih takut hantu daripada Allah. mungkin dah terbiasa tengok gambar atau cerita seram yang hantunya muka buruk, kuku panjang dan sebagainya menjadikan kita takut kepada hantu. padahal sepatutnya tak perlu ditakutkan sbb hantu tak boleh apa2kan kita pun sebenarnya. orang cedera selepas diusik hantu sebenarnya disebabkan ketakutan diri sendiri. tang ni setuju dengan apa yang dikatakan oleh testas.
dari satu sudut setuju jugak dengan hyppo. tang lift tu mungkin ianya ada masalah program. cer siasat dulu kalau rajin. bongkarkan segala misteri yang ada. memang seronok kalau misteri tu akhirnya dah terbongkar. mungkin TT akan dapat rasa satu kepuasan nanti. tapi kalau betul2 ianya terjadi tanpa penjelasan logik akal....itu cerita lain |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan bahagian satu; 1.pernahkah cik membuka index al-quran, lalu browse perkataan ‘takut’ dalam al-quran? 2.pernahkah cik terfikir mengapa selain manusia, haiwan dan tumbuhan, Allah turut menjadikan makhluk ghaib(yg tak ternampak oleh mata kasar)? 3.tahukah cik apa persamaan dan perbezaan ‘takut’ dalam surah AliImran, 3:151 dan anNisa’,4:77 ? ...
purplehyppo Post at 15-3-2012 11:26
mksud saye tu, boleh x bgi penjelasan jwapan ttg soklan di atas???
sbb saye ni agk jahil sket.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 76# snipersnake
terbaeklah cerita sniper ni hehe |
|
|
|
|
|
|
|
mksud saye tu, boleh x bgi penjelasan jwapan ttg soklan di atas???
sbb saye ni agk jahil sket..
edoraixora Post at 15-3-2012 15:34
minta maaf kalau soalan ini berunsurkan provokasi.
separuh dari soalan ini, cik amirezu dah jawab di atas.
saya cuma mahu kita fikirkan 'takut' yang bagaimana kita perlu halakan kepada selain Allah.
dan 'takut' yang mcm mana pulak Allah cakap dalam 4:77 tu? "..takutkan kepada manusia spt takutnya kepada Allah, bahkan lebih sgt dari itu takutnya."
ya kita boleh takut selain dari Allah, tp mcm mana kita nak nilai rasa takut itu lagi besar dari kita takutkan Allah atau tak?
tepuk dada ty iman, time kita sorang2, kita berani tak nk buat maksiat?
nak bgn tahajjud, bangun2 jek kita rasa ada malaikat raqib atid tgh usha kita sambil buat muka "bila la ko ni nak bangun?sayang Allah ke tak?"
ada ke kita rasa camtu?
untuk soalan no.2 tu rasanya perlukan satu sessi yg agak panjang pula.
tidak salah untuk bincangkan makhluk2 ghaib.yang paling utama, fokus kita sbg khalifah dan hamba Allah semata tidak hilang dan tanggungjawab kita terlaksana.
jangan kerana takutkan selain Allah, kita mengabaikan tanggungjawab kita yang lain.
contohnya terlalu takut sampai nk g surau solat subuh pon xjadi!
atau contoh lain terlalu sibuk kaji samaada ada hantu di bawah katil kita atau tak, sampai terlupa kita nak bertilawah alquran dan bertadabbur pd hari itu!
nah, jom kita fikir dan datangkan kesedaran dalam diri kita.
WA |
|
|
|
|
|
|
|
gak nya 'benda' tu masuk shift mlm kul 7 kot...
kan best tepat kul 7 tu kan...ko rakam la video...m ...
fifie_olin Post at 12-3-2012 12:19
A'ha. aku pun rase cmtu. kalo rakam. msti best. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
tetiber aku meremang bace crite ko nihh..
edoraixora Post at 15-3-2012 15:04
tula pasai nye. aku pun meremang je. haha |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 54# abgkuloploden
thanks abgkulop,. alhamdulillah, setakat ni takda apa2 gangguan dah.
thanks jugak kat momod sebab kasi credit |
|
|
|
|
|
|
|
pernah tak korang terpikir, kenapa wujud istilah org2 tua "jangan tegur kalu nampak benda/bau pelik"? kebiasannya kalu org tu menegur, macam2 lah lagi gangguan dia akan kena (cth: kena sakat dek cik pon, cik sweet kejar motor etc). makin kita layan (menegur) setan2 ni, makin galaklah dia dok sakat kita. tujuan dia tak lain tak bukan, hanya nak menyesatkan manusia je. janganlah kita terlalu taksub dengan dorang ni. kalu ikut logik akal, setan2 ni lah yang patut takut dengan kita, sebabnya kita ni diciptakan sebaik2nya dan lagi tinggi darjatnya. just my 2 cents.
btw, ak sokong ngan kenyataan purplehyppo n don_quixote |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik cerita cik ni.Izinkan saya menyatakan pendapat saya;-)Sebelum tu, cuba cik atau pembaca la ...
purplehyppo Post at 15-3-2012 11:26
mksd tt bukan lah dia takot pd hantu spt mn dia takot pd Allah.
nih takot seram2 gituhh. perasaan begitu normal, xde kaitan dgn solat 5 wktu ke idak. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by snipersnake at 16-3-2012 11:39
Dulu masa aku kerja ngan satu GLC, kami semua kena la pi team building, kat Pantai Tanjung Sepat. So aku seperti biasa, se khemah ngan kroni2 aku lah. Happy la time tuh.
Time team building nih, time bulan puasa. So agak mencabar lah, nak buat camne, sb semua nak kejar KPI, so ak tak nak quarter tuh kena gak buat.
Mlm tuh, malam kebudayaan, so aku ngan team aku buat persembahan nyayian drama Arab, so pakai ler mcm arab2 hihihi.
Mlm tuh, dlm pukul 1 pg, aku tetiba rasa dahaga sgt. Aku tgk canteen air aku, dah abis. Nak cilok member punya pon abis, so aku ingat kena pi rumah facilitator tuh, dlm 2 km la juga. So aku kuar, sorang2.
Aku jalan kaki, jalan siap berkabus lg. so aku pon tetiba rasa nak memerut, aku cepatkan langkah. Lama gak aku rasa aku jalan, tak sampai2, yg teman aku, Cuma lampu jalan. Tiba tiba aku nampak mcm kelibat dpn aku, aku time tuh, seram gila derr
Kelibat tuh makin lama makin dekat, aku nak larik, tapi time tuh aku rasa lutut aku lemah sgt, aku dah keras kat situ, tgk2, kelibat tuh tak berapa jelas, aku Cuma nampak dia mcm pakaian org arab, perempua aku rasa, mcm berjilbab semua. Aku dah takut, tah tah pasal team aku buat persembahan tadk kot. Aku dah jam dah. Dia makin dekat, tetiba aku bau wangi sangat, korang taut au mcm wangi daun pandan? Ha cam tu lah
Aku mmg dah tak buleh larik, dia dah berdiri dpn aku,berjilibab bagai. Hantu arab ke nih, mmg abis ler aku kali nih. Aku teringat family aku, teringat wife ngan anak2. ya allah, lindungi lah aku, doa aku dlm hati.
Tetiba, lembaga berjilbab tuh hulur aku something, aku takut nak sambut , then dia bisik kat telinga aku..
Yussuf taiyoob
So korang taulah apa yg dia huluq kat aku… |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 94# snipersnake
HAHAHA..bikin suspens jek!:@ |
|
|
|
|
|
|
|
TT...lagi ko takutkan benda tu, lagi kerap ko kena kacau....
nampak gayanya...benda tu dah mula marah kat TT, sebab cuba2 menyiasat,
aku nasihatkan ko wat derk je...teruskan kerja dgn niat nak cari rezeki & solat jgn tinggal....
sesungguhnya benda2 tu dapat membaca ketakutan dan niat kita...walllahualam |
|
|
|
|
|
|
|
datang opis kul 3 -4 pagi?uiks....cnfirm ke bos tu yg datang?bkn jelmaan?
chicmushroom Post at 15-3-2012 12:06
guard tu cakap mmg bos..yela dia bawak keta dia kan.guard semua xberapa suka sgt ngn ex-bos aku tu sbb dia jenis yg sombong xpenah senyum ke apa..muka kerek je manjang..lg pun mmg betul dia ade dtg waktu segitu sbbnya aku antraa yg sampai awal opis kan kalo x aku bos aku tu lah..waktu mula keje kul 9 am tp aku selalu smp kul 8am kdg2 pun dh ade tunggu kt luar sbb kunci ade pd bos kan.aku awal sbb aku pi kije ngn laki aku so mmg dia drop aku dulu kat opis la kan..
ade sekali aku sampai saje jela test tolak2 pintu tu sekali terbuka bleh masuk..apa lg terus jelah masuk.walopun bos tak sampai lg,pastu bila dia masuk dia cam pelik la dia tanya cemana aku boleh masuk opis aku ckplah pintu opis mmg xberkunci..pastu dia mcm pikir samthing..pastu senyum2 kendian dia ckp oooooohhh...
sebabnya kul 2pg malam tu dia ada pi opis..guard tu dh ckp kt aku dulu..aku kan selalu sampai awal mmg selalu sembang ngn pak guard laa maka nya bos aku tu lupa nk kunci opis la tu.aku mmg pelik jadah apalah pi waktu segitu opis tak takut ke?bkn pikir antu ke apa cemana kalo kena rogol ke apa kan..dahlah guard rata2nya tak suka ngn dia semua ckp dia bekeng dan sombong. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply anastasia83
hai TT, saja nak share cerita pasal office berantu ni...
tapi kisah ni ...
idakamaruddin Post at 14-3-2012 21:39
perghhh.. aku siap imejin bace cite ni.. wakakkakakakaa... seram wo... pheww... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 98# biozipstar
motiff kata seram tapi gelak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply biozipstar
motiff kata seram tapi gelak?
idakamaruddin Post at 16-3-2012 15:17
tu tandanyee... aku nak elakkan perasaan seram yg betol2 seram..hehehe... |
|
|
|
|
|
|
| |
|