CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: what4ever

akibat terlalu manjakan wife sejak dari awal perkenalan...

   Close [Copy link]
Post time 10-11-2010 12:51 PM | Show all posts
aku ingat laki buat perangai, pompuan pun ada buat perangai, dah nama manusia kan...aper2pun buat berbincang kalo tak boleh juga etrmmmmmmmm berpisah lebih baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2010 01:04 PM | Show all posts
TT..aku rasa ko patut berpisah utk sementara memandangkan isteri TT berasa sgt selesa dgn perangai+pendapatnya sendiri tanpa memikirkan TT sebagai suami..
aku rasa, utk cuti2 umum yg akan datang, xyah la TT sibuk nak balik kg ke..x pun TT blk je la kg TT sorang..
aku pelik la..aku pun dah kawen tp aku cukup takut nk ckp lebih dgn suami walhal aku ni asalnya sblm kawen gila2 gak orangnya..dulu masa bercinton siap tepuk tampar lg..tp dah kawen ni, xde lak aku berani nk mcm dulu..
isteri TT ni xde kawan ke? xde penah tgk org lain ke? x rasa ke diri dia lain dari org lain? ke dia mmg cukup selesa sgt2 dgn dunua dia?
kalau camtu baik dia idup sorang2..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 01:25 PM | Show all posts
aku hanya mampu berkata, TT ni satu ujian besar tuk TT, nk bg advice, aku xtau nk kata apa.. blum jmpa manusia yg cmni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 01:30 PM | Show all posts
memanjakan bini tak salah, tak mendidik bini utk tau limit memang salah.. so cemana nak didik bini yg tak sedar diri?
1. tegur
2. pukul dgn pukulan tak menyakitkan
3. pisah tempat tido.

kalo tiga2 approach tu tak jalan gak.. you daftar dia masuk PLKN, maybe dia akan berubah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 01:57 PM | Show all posts
nasihat aku stu jerk
ko ckp kat bini ko ko nak kawen laen
tgk apa respon dia
klo dia x benarkan ko suh dia bersumpah yg dia akan berubah dgr ckp ko

klo dia mintak cerai?
ko tanye dia betul2 nak cerai? jgn tuntut nafkah.
lafaz cerai depan mak bapak dia
pastu ko jadi DUDA mcm jejai... woww!!!

LELAKI OH LELAKI
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 03:22 PM | Show all posts
mana tt ni dah cuba amalkan nasihat yang kami kat sini bagi ke belum
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2010 03:43 PM | Show all posts
memula aku nak cakap silap ko jugak dah tawaq hatiiii nak kahwini dia ko kahwin jugakkkk
lepas tuh ko tak persiapkan mental ko berhadapan dengan pompan giler macam ni
ko layannnnnnnnnnnnnn jerrrrrrrrrr makwe tuh

ko asyikkkkkk blame diri ko kerana pampered kan diaaa
suka ati ko laa nak pampered kan dia ke idak
tapi hok dia tuh takkan tak reti reti nak jadikan ko king of the jungle unggah unggah
lepas tuh.. ko citer lak binik ko queen of the jungle mengkontrol ko jgn mapley ngan kawan kawan ko .. ini mendatangkan kemarahan... ko tak tengok ker citer P.Ramlee Tiga Abdul.. yg ko dah tahu minah tuh macam tuh patutnyer ko dah ready nak kontrol dia..
sekarang ni dia dah kntrl ko buktinyerrr ko stresss sampai ko terpaksa luahkan perasaan ko kat sini.. nasib baik kat sini kalo ko ngadu kat salah tempat ko gi cerai plak

pada hemah aku la kan.. ko kena tegas jgn jadik jantan lembik.. bini mengamuk ko dah malas nak cakap, patutnyer dia mengamuk ko berdepan jgn ko pukul dia itu tanda ko kalah dia menang.. ko cakap jer kat dia puas ker ngamuk kat suami ko kata macam tuh jer
bini ko akan kehairanan akan terasa bila dia marah marah ko dok berdepan dengan dia, kalo ko tengah berak ker tengah mandi ker.. dia pong pang pong pang kat luar ko keluar jer cekak pinggang pun dia dah gerun dah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 04:17 PM | Show all posts
so how do i start aaaa? oh ya...i'm newbie here. sila tunjuk ajar.
sumone told me kt sini sikit sby ...
what4ever Post at 8-11-2010 13:52



    TT cuba ko tinggikan suara kt bini ko yg sengal ne. aku kalo pot..pet... kt laki aku mmg dia diam jer. tp ada limit ler kot ya aku nk membebel sampai tahap dia x bole terima bebelan aku. sekali laki aku tinggikan suara dia 'apahal awak ne' terus aku kecut  ,diam, takot woo.... kang kena penampar sedas dua, tp dia x penah nk tampor aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2010 04:32 PM | Show all posts
Reply 88# mixed


    a ah laki aku pun sama.. org laki dorang ada limit.. tapi aku rasa TT ni mesti ada kesalahan dia sampaikan dia tak leh nak buat apa ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 08:45 PM | Show all posts
mane tt ni.. xde respon pun pade yg reply banyak2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 11:03 PM | Show all posts
cian nko TT ..
aku nak like jer sapa ntah yg cakap 'cerai jer'.. sbb kalau benar bagai dicerita mmg la wife nko tu xtahu bersyukur.. agaknya kena dapat yg naik kaki tangan baru dia nak insap kot! (dan dia lk yg akan masuk lm porem ni luah masalah)..

tapi kalau kita kawin pahtu kalau ada yg xkena terus nak cerai .. masalah gak, penuh pejabat agama dengan kes cerai (dh la kes2 yg sedia ada byk tertunggak dan jd penganiayaan kepada kaum wanita!)..

aku xhengat baca dlm benang mana ntah ada akak tu perangai dia ala2 bebal mcm bini TT lah.. tp hubby dia plak jenis slow ala mcm TT.. beralah bagai, n derang mmg nak bercerai dh sbb somi tu dh putus harap! tp masa dia kt labor ruum , sampai masa dia nk beranak punya susah n hubby dia banyak ikhtiar untuk memudahkan proses.. dia jd lembut hati dan totally berubah menjadi lebey baik

Tp itu jenis yg nak berubah.. ada gak jenih yg perasan bagus, dan seolah mcm jantan hadap sangat kat dia so dia akan buat mcm dialah RATU..  agaknya sampai tua la makan hati TT weh..

nko pon jgn la asyik 'i folooo..' jaa. nko ketua, kalau nko asik folo dia jer.. patut la dia pon act mcm dia tu ketua.. tegas la!

kahwin tu untuk dapat ketenangan TT weh.. perkahwinan tu patutnya bg 'sakinah' bukan punah! cheers..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 11:15 AM | Show all posts
Reply  kakayau


iols rasa... dh jd trend jaman skrg kot...
isteri membantah jek ckp suami....  ...
afja Post at 9-11-2010 11:10



    this is a ground to use as defense in syariah court to avoid paying mutaah & nafkah kat bekas isteri during divorce process..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 11:45 AM | Show all posts
Reply 92# ernyshu


nusyuz jugak boleh berlaku terhadap suami...
jgn ingat isteri je boleh berlaku nusyuz
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 11:58 AM | Show all posts
of koz..tapi defense tu selalunya tak kukuh pun..last2 kena gak bagi nafkah
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 12:10 PM | Show all posts
apa kata TT bw wife p honeymoon... ceriakan balik perkahwinan tue.... x pun, belikan lah dia something yg dia suka.... pas tu cuba2lah korek rahsia hati dia.. apa yg dia nak dari TT sebenarnya? dan, bila dia membebel @ x puas hati, marah2.... dengar luahan hati dia, jgn terus angkat kaki, tinggalkan dia dlm keadaan terpinga2.... sbb kekadang, dari bebelan tu lah, TT akan tahu apa sebenarnya yang dia nak.... dah lepas dia bebel tu... ceriakan hati dia dgn bw p makan kat luar ker... x pun masakkan utk dia ker.... mana tahu, dgn cara itu dia boleh berubah..... isteri ni, kalu suami dgr isi hati dia, cuba fahami... insyaAllah, dia akan dgr cakap.... kekadang sebab dia sakit hati dgn 1 perkara kecik je, tp sbb suami buat x endah... yg kecik tu boleh jadi bala....
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 12:44 PM | Show all posts
Posted on 30/05/2006 by azlina

Tanda-tanda Suami dan Isteri yang Nusyuz (Derhaka)

Perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan pergaduhan lebih besar sehingga sesetengahnya berakhir dengan perceraian.

Dalam hal ini, terkadang isteri bersikap agresif sehingga meninggi suara, membantah dan melawan kehendak suaminya tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.

Perkara ini disebut sebagai nusyuz yang juga boleh dikategorikan sebagai derhaka.

Apabila ia berlaku, gugurlah hak isteri untuk mendapatkan nafkah sehinggalah dia bertaubat.

Bagaimanapun, hukuman nusyuz tidaklah sewenang-wenangnya terletak pada suami tetapi ia hendaklah dirujuk ke mahkamah supaya pihak wanita mendapat pembelaan dan tidak teraniaya.

Dalam pada itu, apabila menyebut nusyuz, ia kerap diletakkan kepada wanita semata-mata. Sebenarnya, nusyuz dibahagikan kepada dua iaitu nusyuz isteri dan nusyuz suami.

Di antara sebab berlakunya nusyuz pada pihak isteri ialah:

~Apabila disuruh menutup aurat dia enggan berbuat demikian.

~Enggan tinggal serumah dengan suami.

~Keluar rumah tanpa keizinan suami.

~Enggan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam, seperti mendirikan solat dan sebagainya.

~Menjauhkan diri daripada suami.

~Enggan memenuhi kemahuan suami kecuali yang ditegah dan tidak mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada suami.

~Tidak memelihara kehormatan.

~Tidak menjaga amanah suami.

~Tidak merahsiakan perhubungan suami isteri.

Di antara sebab berlakunya nusyuz di pihak suami pula ialah:

~Mengabaikan tanggungjawab dalam pemberian nafkah.

~Mengabaikan penyediaan tempat tinggal yang sesuai.

~Tidak memberikan perlindungan yang sewajarnya terhadap rumah tangga, isteri dan anak-anak.

~Tidak memberikan nafkah kepada anak.

~Tidak bertanggungjawab terhadap kesihatan isteri dan anak-anak.

~Tidak memberi sepenuh kasih sayang terhadap anak dan isteri.

~Melupakan tanggungjawab sebagai pemimpin kepada isteri bagi mendapatkan keredaan Allah.

~Mengabaikan pelajaran dan didikan akhlak iateri/anak selaras dengan kehendak Islam.

~Tidak memelihara kehormatan isteri.

~Tidak memberi nafkah batin kepada isteri.

~Apabila suami berkahwin lebih dari satu ia tidak berlaku adil.

Setiap yang akan berlaku pasti ada tanda-tandanya, begitu juga dengan nusyuz di mana ada tiga tahap.

Tahap pertama (amara’), contohnya jika dulu isteri menjawab dengan suara yang lembut, “Yang, “Ya bang” kini jawapan itu berubah kasar. Jika dulu isteri menyambut kepulangan suami di muka pintu atau segera dibukakan pintu pagar tapi kini tidak lagi.

Pada tahap kedua (shiqa’) pula, situasi berlaku apabila suami atau isteri diibaratkan seperti anjing dan kucing.

Mereka sering kali bergaduh dan tidak boleh bertentang mata, manakala tingkah laku juga bertukar menjadi kasar, contohnya menghempas pintu atau apabila dipanggil tidak menjawab.

Apabila berada pada tahap ini tindakan yang bijak haruslah diambil jika tidak ia amat berbahaya. Ibarat api dalam sekam.

Pada tahap ketiga (dara’) pula amat serius kerana membabitkan keganasan.

Dalam keadaan berkenaan, tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Kanun Keseksaan

*Credits to fustaq

Posted in: Hikmah

http://azlina.wordpress.com/2006 ... ang-nusyuz-derhaka/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2010 12:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by afja at 12-11-2010 12:54

HURAIAN AL-QURAN TENTANG NUSYUZ SUAMI DAN ISTERI: PENGERTIAN DAN PENYELESAIAN

Oleh :  Ustaz Alias Othman

Nusyuz Suami.

Nusyuz suami disebut dalam ayat 128 surah al-Nisa’ yang telah dinukilkan di atas.  

Berbagai-bagai versi riwayat yang menjelaskan latarbelakang ayat ini diturunkan, antara lain ialah kebimbangan Saudah Binti Zam`ah dia akan diceraikan Rasulullah saw, lantas dia berkata kepada Baginda saw: “janganlah ceraikan saya, kekalkanlah saya (sebagai isteri). Dan berikanlah satu hari giliran saya kepada `Aisyah”. Rasulullah saw menerima tawaran tersebut lalu ayat ini diturunkan. (al-Qurtubi, op.cit 5:402).  

Menurut Ibn Abi Malikah ayat ini menolak pandangan sesetengah orang bahawa apabila seorang lelaki telah menghabiskan usia muda seorang wanita dan setelah tua lelaki terbabit tidak lagi berhak menggantikannya dengan wanita lain (Ibn `Arabi, Ahkam al-Quran.1:504, Qurtubi, op.cit 5:404). Beliau melihat isu ini positif kerana Allah telah memberi satu jalan keluar di saat tiada pilihan bagi lelaki yang tidak lagi mahu mengekalkan status isterinya sebagai isteri.  

Sewaktu ditanya mengenai maksud ayat ini Ali karramalLahu wajhah berkata: seorang lelaki punya perempuan di bawah tanggungannya (isteri), dia tidak lagi tertarik kepadanya oleh kerana susuk tubuhnya, usianya yang telah tua, akhlaknya yang buruk atau kecacatannya. Wanita itu tidak mahu dia diceraikan, jika dia memberikan kepada suaminya sesuatu, harta atau hari gilirannya dia boleh melakukannya”. (Said Hawa, al-Asas Fi al-Tafsir 2:1195).  

Dalam ayat ini terdapat dua istilah: nusyuz نشوز  dan i`erad اعراض . Nusyuz bermaksud mengabaikan isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri, tidak memberi nafkah, menyakitinya dengan maki hamun atau memukulnya. `Ierad kurang bercakap dan bermesra dengan isteri disebabkan usianya yang telah tua, susuk tubuhnya yang tidak lagi menarik, buruk akhlak, jemu atau ingin mencari yang lain. (Said Hawa, ibid 2:1194)  

Dalam mentafsirkan ayat ini al-Qurtubi menjelaskan bahawa sekiranya isteri berpendapat suaminya akan bersikap nusyuz (ingkar dan menjauhkan diri) atau i`eradh (tidak bertegur sapa dan tidak bermesra) dia bolehlah menawarkan suluh kepada suaminya. Suluh boleh berlaku melalui tawaran isteri dengan menggugurkan sebahagian haknya sebagai ganti daripada dia diceraikan. Suluh juga berlaku melalui tawaran oleh suami untuk memberikan kepada isterinya kadar tertentu harta sebagai ganti dia melebihkan isteri lain (al-Qurtubi, op.cit 5:423-424)  

Isunya, jika isteri menawarkan suluh dan diterima suami atau suami menawarkan suluh dan diterima isteri. Namun jika isteri tidak menawarkan suluh atau isteri tidak menerima tawaran suluh suami dan isteri juga tidak nusyuz, dalam keadaan ini suami wajib berlaku adil dan memberikan semua hak isteri dan melaksanakan semua kewajipannya sebagai suami.  

Dari perbincangan ini dapat dirumuskan bahawa suami juga melakukan nusyuz. Suami dianggap nusyuz apabila dia cuai dalam melaksanakan kewajipan rumahtangga. Menurut Muhammad Qutb dan Dr. Muhammad `Uqlah kalau isteri dianggap telah nusyuz apabila dia derhaka kepada suami, tidak menunaikan kewajipan dan keluar rumah tanpa izin suami maka suami juga boleh dianggap telah nusyuz apabila dia enggan memberi nafkah kepada isteri. (Muhammad Qutb, Syubhat Haula al-Islam 128 dan Dr. Muhammad `Uqlah, Nizam al-Usrah Fi al-Islam 2:184)  

Dr. Mustafa al-Khin menganggap suami nusyuz apabila pengabaian dan keengganan berlaku di pihak suami dengan dia tidak menunaikan giliran, tidak memberi nafkah, bertindak kasar dengan perkataan atau perbuatan. (Mustafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha, al-Fiqh al-Manhaji2;105).  

Penjelasan-penjelasan ini cukup untuk meyakinkan kita bahawa suami juga berlaku nusyuz dan memahamkan kita apa maksud nusyuz suami.

5.1. Bila suami dianggap nusyuz.  

Suami nusyuz bolehlah ditakrifkan sebagai: suami yang enggan menunaikan hak spiritual, material atau bertindak kasar terhadap isteri. Hak spiritual isteri ialah komunikasi yang baik, memenuhi kepuasan seksual, memberi pendidikan agama, dicemburui dan adil antara para isteri, tidak dihina dan dikasari. Hak material isteri ialah maskahwin, nafkah dan mut`ah jika berlaku perceraian tanpa nusyuz isteri. (al-Qurtubi, op.cit 5:422-324, Dr. Muhamad `Uqlah, op.cit 2:84, Muhammad Qutb, Syubhat Haula al-Islam 124).  

5.2. Tindakan isteri jika suami nusyuz.  

Jika suami nusyuz isteri mestilah bersabar. Memperingatkannya tentang kewajipan husnu al-mu`asyarah seperti disedut dalam ayat 18 surah al-Nisa’ وعاشروهن بالمعروف . Memperingatkannya hadis Rasulullah yang menyatakan lelaki yang paling baik ialah suami yang paling baik terhadap isterinya خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهله. Memperingatkannya tentang akibat kezalimannya terhadap isteri.  

Jika ini tidak berjaya isteri berhak membawa kesnya kepada kadi untuk dia mendapatkan semua haknya, kerana kadi dilantik untuk mengembalikan hak kepada yang empunya hak dan kerana isteri tidak berdaya mendapatkan haknya tanpa kuasa kadi.  

Kadi bertanggungjawab memaksanya menyempurnakan hak isteri dan menghentikan kezalimannya.  

Jika ini juga tidak berhasil dan suami masih meneruskan nusyuznya dan bertindak memukul dan memaki hamun kadi hendaklah menjatuhkan hukuman taazir ke atasnya.  

Jika ini juga tidak berhasil hakam hendaklah dilantik bagi berusaha melakukan suluh. Jika usaha suluh juga gagal, penyelesaian terakhir ialah cerai.  

6. Langkah Penyelesaian.  

1.     Meningkatkan pengetahuan semua pihak, terutama suami isteri mengenai isu nyusyuz.

2.     Membangkitkan kesedaran tentang hak imbalbalik antara suami dan isteri kesan dari perbuatan nusyuz.

3.     Untuk tujuan 1 dan 2 perbincangan di atas hendaklah diperincikan dan diperluaskan daerah perbincangannya kepada awam. Institusi-institusi kerajaan berkaitan Islam yang mempunyai kemudahan infrastruktur dan kewangan mestilah membantu NGO dalam melaksanakan usaha-usaha ini.

4.     Jika belum ada, undang-undang yang membolehkan suami nusyuz dikenakan hukuman taazir yang setimpal mestilah digubal.  

7. Penutup.  

1.   Penulisan-penulisan fiqh klasik tidak menggunakan istilah nusyuz bagi maksud suami yang tidak melaksanakan kewajipan rumahtangga dan mengabaikan hak isteri, namun persoalannya dibincang semasa membincangkan hak dan kewajipan imbalbalik suami isteri.

2.   Istilah nusyuz suami banyak dibincang dalam kitab-kitab tafsir sewaktu menghuraikan ayat 128 surah al-Nisa’. Ia juga dibincang dalam penulisan fiqh terkini, terutama penulisan berkaitan Sistem Kekeluargaan Islam

3.   Saya akui kertas ini banyak kekurangannya, namun inilah yang dapat saya kemukakan sesuai dengan tempoh yang ada bagi saya menyiapkannya.

4.   Saya serahkan kertas ini kepada pembaca untuk pembetulan dan penambahbaikan dalam usaha mencari keadilan dan kesentosaan keluarga.


Nusyuz Isteri boleh tgk di link bawah.

http://helikmedia.wordpress.com/ ... n-dan-penyelesaian/
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 04:13 PM | Show all posts
1 word je haku nak taip "KONDOR"...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 09:48 PM | Show all posts
1 word je haku nak taip "KONDOR"...
pu3_krizalid Post at 13-11-2010 16:13

Maksudnya?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 09:50 PM | Show all posts
Fening aku baca masalah TT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.094421 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list