|
Bace citer2 korg kt sini, rindu sgt dgn tanah haram...aku dlu smpai rase xnak balik. Nak stay sana jer. Dengar plak citer ustazah yg dah 12 tahun tiggal di madinah.
Dah smpai tanah air, mmg jetlag sesangat. Pantang letak kepala, mesti tertido punye. Pastu asiklah duk mimpi masih berada di sana. Seolah2 jasad je di tanah air, roh masih tertinggal di sana. Terpakse lah sambung cuti lagi, sebab minda belum bersedia nk kembali bekerja.
Pada sesape yg berhajat nk pegi buat umrah, berniatlah bersungguh2. Insyaallah, Allah permudahkan. Macam aku dulu, selalu berase jeles kt kengkawan yg dah buat umrah. Selalu dok tertanya2 bilalah giliran aku plak. Awal tahun 2013, mak aku suarakan hajat nk ajak kiteorg adik beradik buat umrah bersama2. Memang teruja sgt lah, tapi dok terpikir soal kewangan ni. Mase tu simpanan belum cukup. Lepas tu kete aku plak kene hempap pokok, perlukan duit yg agk byk utk repair. Sampai aku terpikir, dapat ke aku ikut. Last2 aku tawakkal je lah, kalo ade rezeki, insyaallah aku dpat pegi. Mase berlalu, akhirnye tiba saatnye, aku dapat jugak pegi Dec'13. Alhamdulillah....itulah kenangan terindah aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 16-8-2016 10:01 PM
yang pasal jus mangga dan ais krim tu memang sedap
bila anakencana cerita pasal makcik ...
Yeaa Ipo..theyols memang kasar sikit, suka melawak dan straight forward person, tapi tak bijak nak kontrol mulut nak melaser gitu kan. Kalau kita biasa bergaul dan ada bff dari negeri ni..memang dah paham pesen gurau kasar ni.
Tu lah, macam2 ragam manusia ni..yang baik tu kita ikut..yang kureng baik tu kita jadikan teladan..
Pasal jus mangga tu, boleh dikatakan tiap2 hari bila balik solat zohor atau asar dari Masjid tu..gigih menapak catwalk sikit kat kedai tepi jalan yg jual macam2 jenis jus buah, kebab dan snek arab ni.. puas ler menjamu selera. |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya baca pengalaman korang.. berdoa moga kami anak beranak sampai ke tanah suci.. aminn..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman kitalah kan, kita akan bawak spray wuduk tu ke mana-mana, letak dlm beg, incase lah terbatal wuduk. so senang tak payah menapak ke bilik wuduk yg jauh. so, dapat elakkan tertinggal jemaah.
Pernah, pukul 4 pagi dah sampai masjidil haram, tiba-tiba memerut (sakit perut nak owk2) lah pulak. terpaksalah sorang-sorang menapak ke toilet yang jauh ke bawah tu. seram jugak tapi tawakkal saje lah time tu. ramai rupanya orang tidur dalam toilet tu, mungkin gelangdangan. kesian. selesai hajat, cepat-cepat naik balik ke dewan solat bahagian atas. My Mak dah risau, manalah anak dia ni tak muncul-muncul hihi
Pernah tu, nak solat jauh dengan mak arab yang duduk pakai kerusi, ajak lah My Mak pegi saf yang masih kosong. sekali kau..tepi, kiri, kanan, depan kami semua mak-mak Arab yang pakai kerusi duduk dekat kami. itulah..mungkin kita terkhilaf di situ. huhu My Mum terus suruh istighfar.
Banyak cerita pasal kat tanah haram, psl mak arab yang kasar, yang lembut, kena tegur sebab amik gambar, kena delete gambar sebab terambil gmbr dorng, macam-macam.. suka baca & share juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak share jugak cerita aku dan arwah ayah aku ni masa kat sana... 1. Citer ayah aku. Masa tu dia jalan sorg nk g masjid haram solat jemaah. Ade sorg peminta sedekah mtk sedekah kt ayah aku. Tp ayah aku nk cepat sgt, psl dh lmbt.. Dia cakap lah.. Takde duit kecik. Tapi sebenarnya dia taktau ade ke tak pasal tak check lg dlm poket. Terus dia jalan cepat2 g masjid. Abis solat, dia balik. Sekumpulan peminta sedekah dtg dekat dia, macam kerumun ramai2... Pastu trs beredar... Dia pun jalan mcm biase. Balik bilik. Check duit dlm poket psl nk bayar ape tah.. Tengok2 satu sen pun tak de tinggal. Padahal sebelum tu dia igt dia bawak sedikit duit. Hati dah niat nk sedekah tapi tercakap takde duit plak memula tu... So tu agaknya kaffarah utk dia. Allah bayar cash trs huhuhu...
Kisah 2. Aku plak. Sehari sebelum aku pergi aku dah mandi hadas sebab period. Kira suci lah. Smpai je madinah, trs aku uzur balik. Smpailah 2nd last day aku kt madinah. Sedih gila aku. Sampai aku nangis kt cermin hotel tu setiap kali tgk org dtg solat jemaah. Smpailah btl2 esoknya nk bertolak ke makkah. Aku mtk doa bersungguh smbil meraung2 menangis. Aku nak sangat pijak n solat dlm masjid nabawi. Alhamdulillah. Aku bersih tp utk 2 waktu je. Magrib dan isyak. Subuh esoknya aku dtg uzur lg. Aku bagi salam kt Rasulullah dr luar bangunan je. Sedih gila. Bertolak lah kami ke mekkah. Smpai makkah aku uzur lg smpai 3 hari. Lepas 3 hari aku dh boleh g masjid haram smpailah masa kami balik ke malaysia.
Cerita 3. Masa aku mula2 smpai masjid tu nk wat tawaf qudum. Aku pergi ngn arwah ayah aku je. Aku nampak ramai sgt org.. Aku mengeluh.. Aku ckp ramai nye org. Camne nk masuk ni? Nasib lah ayah aku cpt2 tutup mulut aku. Dia ckp doa yg baik2 aje. Lepas aku berdoa aku trs melangkah tak tgk kiri kanan... Tetibe aku rasa mcm aku sorg ade kt kaabah masa tu.. Dan aku sempat solat lama jugak lah dlm hijr ismail. Semua dipermudahkan.. Subhanallah...
Cerita 4. Aku ni ade kawan ngn sorg lelaki ni. Sblm ni dia dtg nk mintak aku. Tp mak aku x berapa berkenan. Aku nak jugak. Masa tu aku kat jabal rahmah. Aku berdoa dekat Allah, kalu itu yg tebaik dan mmg jodoh aku cepatkan... Klu tak putus kan aku dgn dia dengan cara paling mudah dan tak sakit. Dijadikan cerita, masa aku tolak mak aku. Dia berkerusi roda masa buat saie... Sebab tak berapa larat lutut dia nk jln ulang alik. Dia toleh kat aku, sambil cakap. Nanti balik makkah panggil dia lg skali dtg rumah ngn mak bapak dia ye. The rest is history. Kami ade 2 anak dah skang ni. Hampir sedekad bersama sudah. Alhamdulillah... Tulah cerita sedikit sebanyak yg aku dpt ceritakan kt sini. Yg baik dr Allah semua, jd pedoman, yg buruk mmg dari kelemahan aku sndri. |
|
|
|
|
|
|
|
AryaStark replied at 18-8-2016 01:08 PM
Pengalaman kitalah kan, kita akan bawak spray wuduk tu ke mana-mana, letak dlm beg, incase lah terba ...
Pengalaman yg hampir sama. Masa tu kat masjidil haram. Solat kat basement. Dah nak dekat hari wukuf dah jadi jemaah makin ramai. Yg kat basement biasanya jemaah pakistan dgn Bangla.
Macam biasa pegi masjid sejam lebih awal. Dah duduk dal saf. Bila dah mula azan tu orang makin ramai. Saf depan dah mula berlaga bahu. Duk himpit2. Selagi boleh mencelah diorang nak jugak masuk saf.
Aku kat belakang ni duk cakap dlm hati jangan la ada yg nak berhimpit2 jugak. Tak sampai seminit kiri kanan orang masuk. Kena kepit sampaikan dua2 kaki nak rapat. Istighfar terus masa tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah TT dah jadi tetamu Allah |
|
|
|
|
|
|
|
best nya baca pengalamn uolsss....harap2 urusan aku utk menunaikan umrah hujung tahun ni dipermudahkan....teringin menjejakkan kaki ke Tanah suci dan beribadah di sana |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak share satu kisah yg aku rase agk aneh.kejadian ni jadi masa aku buat umrah lebih kurang 8 tahun lepas..lepas tawaf mak aku ajak pegi solat kat dlm hijir ismail.aku tanak..sbb dari jauh aku tgk kat situ penuh sesak ..mcm tersgt mustahil dapat pegi situ.lagipun takut aku dan mak berpecah..takut kena rempuh org tgh tawaf ke hapa.tapi tak tau napa tiba2 muncul 2 budak pompuan arab ya ampun cute sgt melambai2.ingatkan budak tu melambai kat mak dia atau org kat belakang aku...tapi bila aku toleh belakang takde sapa pun yg berkenaan.bila aku pandang balik bdk2 tu dia masih melambai kat aku..so aku ajak mak aku ikut budak tu.ikut budak tu sampai dapat masuk hijr ismail.kat dlm tu dia bagi isyarat mcm suruh aku solat kat satu sudut tu.alhamdullilah sampai jugak hajat mak aku nak solat dlm hijr ismail..bila habis solat budak2 tu pun dahtakde...
yg jadi kemusykilan aku...yg pertama..bila aku sampai kat hijr ismail tu lapang..takde org pun.berbanding keadaan sblm aku ternampak 2 bdk pompuan tu. sgt sesak.yg kedua...mak aku kata dia tak pasan langsung 2 bdk yg dimaksudkan..tapi bagi aku agak mustahil mak tak nampak bdk2 tu sbb keadaan kat situ tiba2 dah jadi lenggang.perubahan aku sejak balik dari umrah hati aku agak sensitif berbanding sblm tu hati kering.. dan aku start pakai tudung dan komited lakukan ibadah wajib yg lain. sblm tu tak berapa lengkap .... |
|
|
|
|
|
|
|
Best baca thread ni ..tapi sekarang dah senyap balik.hrp ada citer lain lg dr forummers sbg iktibar.. |
|
|
|
|
|
|
|
ye betul tu.... best sangat thread ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak cerita pasal husband dengan mak mertua aku pergi umrah, aku tak pergi sebab tengah sarat anak 1st masa tu. So aku cerita balik la apa yang husband aku cerita..Mak mertua aku pun ulang cerita sambil mata berkaca2 huaaaa.
Masa husband dengan mak mertua aku jalan sama2 nak pergi masjid, ada sorang pengemis ni tiba2 pegang tangan husband minta sedekah. Husband pun seluk la poket dia nak bagi duit yang mana dia ada. Mak mertua nampak yang husband aku seluk poket, dia pun pegang tangan husband yang seluk poket tu, dengan niat dia nak keluarkan duit dia bagi sedekah, bukan dia x bagi husband aku bagi duit tu.
Lepas tu mak mertua aku pun seluk la bag dia cari duit, bila nak bagi, tetiba orang yang minta sedekah tu dah xda. Cari-cari kat situ pun tak jumpa. So tak pelah, mungkin takda rezeki orang tu kot so mak mertua dgn husband pun teruskan perjalanan ke masjid.
Masa solat, lepas je husband bagi salam pertama, tup!! tangan yang dipegang tadi masa orang mintak sedekah tu pegang, dipegang lagi!! kali ni dengan orang yang sama!! husband memang tergamam. terus dia seluk poket, bagi semua yang ada dalam poket dia.
Lepas je bagi, tetiba orang tu hilang macam tu je, tak nampak kelibat dia pergi arah mana.
Sampai sekarang la kami still tak tahu apa hikmah, ujian tu tapi husband memang tergamam sangat, mak mertua pun bila cerita pasal ni dia mcm sedih sebak sangat sebab bukan niat dia tak bagi sedekah tu, dia nak bagi duit dia untuk sedekah tu. Ralat mak mertua aku bila anak dia cerita pasal ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by caravali at 26-9-2017 04:25 PM
~
|
|
|
|
|
|
|
|
Sempena hari wukuf beberapa hari lepas teringat lak pengalaman masa kat Mina terpaksa duduk kat tong sampah tunggu ruang kosong dlm khemah Mina. Sepatutnya khemah pakej kitorang cukup, tapi entah camana 3 khemah kitorang diambik oleh pakej lain. Dato' Daud Che Ngah bertekak dgn org arab yg jaga khemah tu tanya kenapa bagi kat pakej lain. Last2 dapat 1 khemah, bagi kat jemaah wanita. Jemaah laki yg tak dapat khemah ni terpaksalah cari mana2 khemah yg ada ruang sikit untuk tumpang baring.
Masa tu aku bertiga. Sorang tu roomate aku kat hotel Madinah. Sorang lagi roomate kat hotel Makkah yg dia ngigau baca mantera arab masa tengah tido tu. Pakcik ngigau tu kejap je duk situ. Dia dapat tempat tido kat khemah depan. Aku dgn pakcik sorang lagi ni duduk lagi kat tong sampah tu sambil tengok orang lalu lalang cari khemah. Bau tong sampah tu 'semerbak' sungguh tapi tahan jelah huhu.
Lepas dah puas duk situ pakcik tu ajak tido dlm khemah tempat simpan makanan untuk sementara. Sejuk betul khemah tu, yelah sbb nak sejukkan makanan kan? Mujurlah kain ihram masa tu pakai jenis yg tebal. Masa tu dah pukul 3 pagi waktu Makkah. Sebelum tu tak tido lebih 12 jam sebab ada masalah pengangkutan masa kat Arafah dan Muzdalifah. Esoknya tersedar sebab kena kejut dgn petugas orang Arab, dia halau kitorang keluar dari khemah tu. Mengganggu laluan katanya. Terpaksalah jenguk setiap khemah cari ruang yg ada utk tumpang rehat.
Mujurlah ada 1 khemah pakej kitorang tu ada ruang kosong sebab hj tu dia balik hotel kejap. Dapatlah sambung tido situ. Pakcik tu pulak tido kat hujung khemah. Khemah tu majoritinya jemaah pakej kitorg yg group 1 lagi yg duk hotel paling mahal. Sepatutnya 2 tilam share 3 orang sebab dah tak cukup khemah tapi diorang tak nak share, nak tido sorang2 atas tilam sendiri. Tak ambik hati pun masa tu. Alhamdulillah urusan kitorang semua lancar. Yg group 1 lagi tu dgr2 ada masalah sikit masa melontar dgn nak mandi. |
|
|
|
|
|
|
|
anakencana replied at 16-8-2016 05:35 PM
Rindunya nak menjadi tetamu Allah di tanah suci Mekah dan Madinah.
Pengalaman saya pegi Umrah tah ...
Cemburunya saya dgr citer awak... Tahun 2012 saya buat badal haji utk arwah ayah saya... Travel agensi tu balik2 ajak saya buat umrah tp sy senyum ja.. Tak dpt nak pg sbb masa tu baru beli rumah... Skrg x dpt nak pg pula bila wajib kena ada mahram. Terkilan lah sungguh sampai skrg kenapa saya tak terima tahun 2012 tu pg umrah. Klu x wajib kena ada mahram mmg nak pg buat umrah. Setiap kali musim haji tgk kat tv menangis ja dlm hati knp tak pergi tahun 2012 tu |
|
|
|
|
|
|
|
khatam dah habis baca semua cerita...share la lagi...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Saya sharekan pengalaman saya semasa mengerjakan Umrah pada tahun 2010. Alhamdulillah memang satu pengalaman yang indah dalam hidup. Tak terjangka mata ini akan dapat melihat sendiri indahnya Kaabah di depan mata.
Saya ditempatkan 2 orang sebilik semasa di Mekah dan Madinah. Roomate saya ini seorang kakak yang berumur dlm lingkungan 50an. Kakak ni dok bagitau saya dia dh start makan pil penahan haid sejak dari Malaysia lagi . Beliau kata, rugi kalau bayar mahal2 tp nanti datang haid. Dia kata kalau boleh nak penuhkan masa dengan amal ibadat jer.
Dia siap offer pil tu kat saya, tp saya tolak...saya hanya cakap pada dia..sejak hari pertama saya sampai di Jeddah..saya sentiasa berdoa pada Allah agar saya diberikan peluang untuk melakukan amal ibadah sehingga semuanya selesai...mohan agar haid saya dilambatkan sedikit.
Alhamdulillah ...mungkin Allah murahkan rezeki...2 hari sebelum berangkat pulang baru saya uzur...cuma sedih tidak dapat melakukan tawaf selamat tinggal di Kaabah...hanya dapat melambaikan tangan dr jauh sahaja.
Saya nak share apa yang jadi pada roomate saya tu...tiba di Madinah (kami ke Madinah dahulu) beliau telah datang haid..sehingga demam2... apabila bertolak ke Mekah hari pertama tu dia dh boleh solat...tp apabila malam jer dia mesti demam...dan ada masanya dia xlarat nak ke masjid untuk solat. Hanya bersolat di hotel sahaja.
Saya terpikir apa pon yang kita detikkan di hati ketika di sana jika perkara yang baik insyallah baik la jadinya.
Begitulah sebaliknya....
|
|
|
|
|
|
|
|
saya belum ada rezeki jejak kaki kat sana,
tapi rasa mcm sedih juga bila baca bab potong memotong Q,
berebut ke raudah,
ludah dan kahak menuju ke masjid,
dalam fikiran saya sepatutnya semua orang pun akan lebih bersopan
tapi yalah,
inilah hakikatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah yg ni bkn jd kt saya ..tp kt kawan saya suami isteri...diorg menunaikan haji ...alkisahnya isterinya(seorg guru) selalu sgt join group travel..beberapa kali dah ke china...bila anak dia tanya betul ke mak nak kesana...larat ke mak nak berjalan ulang alik beberapa km..sbb kawan saya tu dah nak pencen...tau apa dia jawab..dia kata tembok china tu dah beberapa kali dia pergi..ni setakat pergi haji...apalah sangat...sampai je di madinah...dia xbole menggerakkan kakinya...dia mintk ampun...buat solat taubat n siap berdoa klau dia bole berjalan dia nak bantu org lain...alhamdulillah selesai solat dia bole berjalan..dan siap dukung nenek tua lg...dan kisah kedua..org yg sama...kebetulan ditempatkan sebilik dgn seorg ustazah..tetapi dah agak berusia..dlm lingkungan 60an... ustazah tu asyik solat sampai xbg peluang utk org lain solat...bilik kecik....so kena ikut turnla utk solat...terdetik dihati kawan saya ni... dia kata yaAllah bg lah peluang utk kami pulak beribadah kepadamu...ustazah tu berlari2 kebilik air sambil menangis..dia kata dia period..setelah berbelas tahun xperiod..... kesian plak ustazah tu...lama dia menabung utk pergi haji...akhirnya kawan saya tu berdoa...dan berharap agar ustazah dpt beribadah seperti biasa.... cerita utk pengajaran....untk saya jgak....bestnya dpt kesana...huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|