|
Post Last Edit by bayieng at 11-11-2009 11:21
Fazura kalah saman RM500,000
Oleh WAZIHA WAHID dan SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
[email protected]
FAZURA (kanan) dan peguamnya Fakhrul Azman selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak saman fitnahnya terhadap akhbar tabloid, Mingguan Warta Perdana semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KERATAN Kosmo! semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Aktres Nur Fazura Sharifudin atau Fazura gagal dalam tuntutan saman fitnah berjumlah RM500,000 terhadap akhbar tabloid, Mingguan Warta Perdana berhubung penyiaran artikel yang didakwa berunsur fitnah bertajuk 'Fazura Rela Dipenjara' bertarikh 29 Mei 2005.
Hakim Datuk Balia Yusof ketika memutuskan perkara itu turut menolak dengan kos tuntutan saman tersebut selepas hujah penggulungan kedua-dua belah pihak selesai didengar di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Tuntutan ganti rugi sebanyak RM500,000 ditolak kerana tidak wujud unsur fitnah dalam penyiaran artikel tersebut.
Balia dalam penghakiman secara lisan berkata, Fazura, 26, yang diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hassan gagal membuktikan bahawa pernyataan yang dikeluarkan dalam artikel tersebut berunsurkan fitnah, memalukan dan mengaibkan Fazura.
Fazura memfailkan saman pada 30 Ogos 2005 terhadap syarikat Perdana Production House yang menerbitkan Mingguan Warta Perdana dan wartawannya, Haslinda Hashim yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua.
Plaintif (Fazura) mendakwa pihak defendan telah menyiarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya di muka depan akhbar itu bertajuk, 'Fazura Rela Dipenjara' dan pernyataan 'Saya tidak takut dengan hukuman sekiranya saya didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut'.
Artikel berkenaan mempunyai kaitan dengan kes Fazura yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencederakan suri rumah, Geraldine Marianne Wong di sebuah bar di ibu negara pada 2005.
Namun heroin filem Pisau Cukur itu kemudian dibebaskan daripada tuduhan tersebut pada 22 September 2008.
p/s: faz kalah la plak kalo tak.... mesti kite makan besar ms gathering nnt |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ^^langkasuka^^ at 11-11-2009 15:02
kat MIFA.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
oh my DIOR....panas.... |
|
|
|
|
|
|
|
santeknya faz...baju rekaan sapa yg dia pakai tu ek?? |
|
|
|
|
|
|
|
teringat bloopers time ms kredit Pisau Cukur tu...ade ke bella leh jd beraklaugh3:
faz tgh tahan berak ke time sebut dialog tu
*gelak guling* |
|
|
|
|
|
|
|
Faz mmg lawa,tp x berkenan betul tgk baju dia nie.nampak berserabut sgt,tambah lagi ngan topi ke apa ntah kat kepala dia tu? sorry semua,kali nie betul2 xsuka ngan baju dia tu.walaupun dia cuma gayakan aje. |
|
|
|
|
|
|
|
Pisau Cukur dapat lebih RM1 juta.
sumber: berita harian
FILEM arahan Bernard Chauly iaitu Pisau Cukur mencatatkan kutipan kasar lebih RM1 juta bagi tempoh tayangan dari 5 November hingga Ahad lalu.
Pencapaian Pisau Cukur mengalahkan judul yang jauh lebih besar sememangnya petanda cukup baik untuk filem itu terus mendapat perhatian lebih ramai peminat.
Bernard sendiri pernah beberapa kali menegaskan, filemnya kali ini diharap dapat memikat hati semua kalangan penonton, tidak kira mereka yang bermastautin di kota mahupun kalangan penonton luar bandar.
Jika diukur kepada pencapaian kutipan filem terbabit, nampaknya impian Bernard semakin menjadi nyata apabila Pisau Cukur berjaya memungut lebih RM1 juta hanya selepas empat hari tayangan. Filem terbitan Primeworks Studios dan Red Films itu mula ditayangkan di seluruh negara pada 5 November.
Pungutan yang baik itu tentunya membolehkan bukan saja Bernard, bahkan keseluruhan insan seni yang terbabit dalam filem berkenaan tersenyum lebar. Paling tidak, penat lelah dan segala kerja keras yang dicurahkan ketika menghasilkannya kini bagai hampir terbalas.
Daripada 43 panggung yang menayangkan filem lakonan hebat Nur Fazura dan Maya Karin itu (kurang tujuh panggung berbanding This Is It), TGV Tebrau City, Johor Bahru muncul lokasi dengan kutipan tertinggi, diikuti GSC Mid Valley.
Menurut Eksekutif Promosi, Bahagian Filem dan Drama Primeworks Studios, Muhammad Hady Yusry Makmor, pungutan itu turut melegakan keseluruhan warga kerja pengedaran dan promosi filem berkenaan.
Kata Yusry, sepanjang siri promosi jelajah yang diadakan sejak beberapa minggu lalu, sambutan diterima daripada orang ramai begitu menggalakkan.
"Kami pergi ke Kuantan 7 November lalu dan memasuki pawagam secara senyap-senyap untuk melihat sendiri sambutan diberikan peminat terhadap filem ini. Kami bersyukur apabila melihat setiap kerusi dalam panggung terbabit diisi penonton. Sebaik saja habis tayangan, mereka bertepuk tangan.
"Apabila keluar daripada dewan tayangan, saya bertanya pada seorang peminat mengenai alasan yang membuatkannya begitu teruja. Kata peminat itu, "inilah yang dinamakan sebuah filem". Dia dan rakan-rakan nyata terhibur dengan Pisau Cukur. Mereka seronok apabila dapat menonton sebuah filem yang memenuhi cita rasa," katanya ketika dihubungi Isnin lalu.
"Ketika kami singgah di TGV KLCC, sambutan peminat di luar dugaan. Sebaik saja kami sampai, kelihatan peminat sudah pun berbaris panjang untuk mendapatkan tanda tangan artis. Sedangkan ketika itu, pelakonnya belum pun sampai ke lokasi.
"Selalunya, peminat tidak menghiraukan sesi autograf selagi tidak nampak kelibat artis yang diminati. Namun suasananya cukup berbeza sekali kali ini. Jelas sekali mereka benar-benar teruja dengan gabungan kali pertama antara Fazura dan Maya. Mereka terhibur dengan ‘kegedikan’ dua aktres ini dalam filem terbabit," ujar Yusry.
Filem yang turut dijayakan Aaron Aziz, Eizlan Yusof, Datuk Rahim Razali, Shahredza Minhat, Umie Aida, Khatijah Tan, Sharifah Sofia, Liyana Jasmay dan Nas-T itu juga menarik perhatian kalangan penonton bukan Melayu. Setiap kali tayangan khas untuk pemenang peraduan anjuran Nescafe diadakan, setiap kali itu jugalah peminat berbangsa India dan Cina turut sama memenuhi panggung.
oklah tu.baru 4 hari tayang dah dpt 1 juta.tapi masih xleh lawan papadom.4hari= 2juta. |
|
|
|
|
|
|
|
faz kem salam kt korang sume...dia nk ajak wat gath
bayieng Post at 8-11-2009 23:47
best nyeeeee... :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
yieng.. tomtom..next tm nak ikut jumpe faz,eh...hahahahhahaha:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Komedi selamba
[email protected]
JIKA filem pertama arahan Bernard Chauly, Gol & Gincu kurang sambutan kerana dikatakan terlalu urban, berbeza garapan terbarunya, Pisau Cukur. Filem membariskan Fazura dan Maya Karin ini mencatat kutipan membanggakan apabila kutipannya mencatat lebih RM1 juta dalam tempoh empat hari tayangan.
Filem terbitan Primework Studio Sdn Bhd dan Red Film Sdn Bhd ini mula ditayangkan di 43 pawagam seluruh negara sejak 5 November lalu. Ternyata gandingan Maya dan Fazura sebagai gadis yang mencari pasangan berharta untuk kesenangan hidup, berjaya menarik perhatian penonton apabila kutipannya mencatat RM1.06 juta sehingga Ahad lalu.
Ia dijangka mampu mencatat kutipan sehingga RM2 juta dalam tempoh 10 hari tayangan berdasarkan sambutan baik diberikan peminat pada minggu pertama tayangan. Malah, kutipan RM1 juta untuk tayangan hujung minggu pertama itu agak baik bagi genre filem komedi percintaan.
Pengurus Promosi Primework, Nor Azmi Abdul Karim berkata, pihaknya agak bimbang juga dengan sambutan penonton terhadap Pisau Cukur kerana ramai melabelkannya filem urban.
"Berdasarkan sambutan penonton terhadap filem Melayu bercorak urban sebelum ini sememangnya kurang memberangsangkan. Contohnya, Kami The Movie dan Cinta kurang sambutan walaupun mendapat pujian.
"Tapi melihat sambutan penonton yang begitu memberangsangkan ini, kami yakin ia mampu mencatat kutipan lebih baik lagi minggu ini selepas promosi mulut ke mulut dari mereka yang sudah menontonnya," katanya.
Kata Nor Azmi, untuk memastikan Pisau Cukur mendapat sambutan, pihaknya melakukan promosi besar-besaran sejak tiga minggu sebelum tayangan filem itu.
Katanya, pelbagai bentuk promosi dilakukan termasuk membeli iklan dan promosi di akhbar, tajaan daripada jenama pisau cukur dan kemuncaknya promosi bergerak bersama barisan pelakon filem itu pada minggu pertama tayangannya.
"Pada Sabtu lalu, kami berada di Berjaya Mall di Kuantan, Pahang manakala Ahad pula di dua lokasi pilihan di Kuala Lumpur iaitu di KLCC pada waktu tengah hari dan Berjaya Times Square sebelah malam.
"Alhamdulillah, semua pelakon utama menjayakan filem ini, Maya Karin, Fazura, Aaron Aziz, Eizlan Yusof, Reza Minhat dan Sharifah Sofia hadir bertemu lebih dekat dengan penonton. Ternyata sambutan diberikan orang ramai sangat membanggakan," katanya.
Pisau Cukur yang ditulis Rafidah Abdullah mengisahkan personaliti televisyen, Intan (Fazura) bercuti di kapal mewah bersama rakannya, Bella (Maya Karin), peserta program realiti Siapa Nak Kahwin Lelaki Jutawan (Who Want To Marry Millionaire).
Sejak kecil, Bella memasang impian berkahwin dengan lelaki kaya berstatus Datuk atau Tan Sri manakala Intan menjalin cinta dengan suami orang bergelar Datuk.
Di atas kapal, Bella berkenalan dengan Datuk Zakaria (Datuk Rahim Razali) dan Datuk Hisham (Eizlan Yusof) tetapi Bella lebih tertarik dengan Datuk Hisham, duda kaya yang kematian isteri berbanding Datuk Zakaria yang sudah mempunyai tiga isteri, Datin Wahidah (Khatijah Tan), Naini (Umie Aida) dan Sal (Sharifah Sofia) serta dua anak, Suri (Liyana Jasmay) dan Johan (Nas-T).
Untuk memikat Datuk Hisham, Bella mengajaknya menyertai pertandingan tarian walaupun dia tidak tahu menari. Bella menggunakan khidmat jejaka yang meminatinya, Faqir (Shahredza Minhat) untuk menjadi rakan latihan di kelas cha cha.
Pelbagai cerita lucu berlaku apabila Intan bertemu penyiasat persendirian, Ari (Aaron Aziz) yang pernah menyusahkan hidupnya dulu. Namun, pertemuan kali ini berlainan apabila berlaku pembunuhan di atas kapal itu. Intan cuba menyiasat kes itu bagi membuktikan dirinya bukan sekadar cantik di depan kamera.
Rencah dipaparkan Bernard dalam Pisau Cukur ini cukup rasa dengan komedi segar yang tidak dibuat-buat untuk memaksa penonton ketawa, sebaliknya lawaknya hadir menerusi dialog selamba, mimik muka pelakon serta saat tidak diduga yang melahirkan pelbagai kesan.
Sesuai dengan judulnya Pisau Cukur, dialog Intan mengucapkan Oh My Gucci, My Prada, Jimmy Choo dan Louis Vuitton antara menggeletek penonton.
Nie ada satu lagi article pasal PC |
|
|
|
|
|
|
|
Pisau Cukur dapat lebih RM1 juta.
sumber: berita harian
FILEM arahan Bernard Chauly iaitu Pisau Cukur mencatatkan kutipan kasar lebih RM1 juta bagi tempoh tayangan dari 5 November hingga Ahad lalu ...
hans78 Post at 11-11-2009 18:41
papadom yang best tu pon tomtom tgk skali jer..
Pisau cukur haa sampai 3 kali
Oh my gucci. Ole~ |
|
|
|
|
|
|
|
haiyooo...cam tak sempat jer nk tgk PC lg sekali.,...kekangan masa ...x puas tgk skali |
|
|
|
|
|
|
|
963# ^^langkasuka^^
mifa 2009 yg kat pavilion tu ek?? masa fazura ni tarikh bila?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|