CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

[Copy link]
Post time 30-10-2015 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Takda yg nak tambah stori ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2015 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
huhu seram la cite ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 03:02 PM | Show all posts
'Lol teringat plak kisah zaman before SPM dlu..
Dulu time tu wabak H1N1 (if uols ingat smpai sekolah smpai berminggu-mggu tutup)
So dijadikan story nya, sekolah aku pun sama terlibat sorg budak balik gi oversea mana ntah bawak balik wabak H1N1 tu jadinya dekat 2 minggu lah sekolah tutup.

Suka mmg suka sbb iols bukan jenis suka gi skolah hehehe
Tak sedor diri kot nak SPM masa tu tp ponteng pun bukan gi mengular ke mana duk umah je pong.
So sepanjang sekolah tutup aku kat umah je sorg2 memandangkan aku takde adik kakak, then mak ayah keje dkt kul 4,5 ptg baru smpai rumah. So tinggallah diriku bersama kucing-kucingku dan....... tettt
Nak dijadikan cerita gangguan tu start 3 hari berturut2..

Day 1: Bunyi Yang Gangil
Mcm budak lain yg tak sedar diri SPM dah dekat, aku tdo sepuas-puasnya baru bangun mandi semua. Hari-hari mcm tu.. So satu hari yg ganjil ni, aku bangun mcm biasa then pegi mandi. sesudah mandi bawak towel gi living room, gi lap-lap rambut. Aku gi situ sbb nampak kucing aku duk lepak sofa tu.. Sbenarnya umah kitorg, mak aku guna langsir yang tebal tu yg kalis cahaya tu. So mmg gelap mcm malam la rumah selagi tak selak langsir sbb cahaya takleh telus.. lagi-lagi area living room tu.. Leh byg lah kan sunyi, suram, gelap and spooky (Aku x rasa mcm tu pun time tu sbb rumah sendiri kot). Mak aku plak tiap pg seblum keje pesan, selak langsir bagi cahaya masuk rumah taknak bg rumah gelap tp biasalah aku buat dek je ptg dorg nak balik baru selak semua takut kena marah huhu.
Back to the point, aku g la lepak sana sbb nak keringkan rambut guna towel sambil2 tu duk pandang kucing duk jilat2 badan dia.

oh ya.. satu langsir kecik je aku selak time ni, pastu aku betul2 duk atas sofa and aku pusing sofa ni mengadap tingkap ni.. duk kering2 rambut ni, tiba-tiba aku rasa ada bunyi pelik betul2 kat belakang telinga aku. Bukan bisikan, bukan dengusan. Aku pun xde words nak describe benda ni. Bunyi nya kuat, mcm menguak pun ada. nak kata mcm bunyi ju-on tu pun tak. tp yg penting jelas, xde sayup-sayup. Nak kata sendawa tak sendawa tp garau la bunyinya tu. Aku terus pusing sbb terkejut, then takde apa punnnn. Then kucing lak mcm hairan sama aku, leher dia panjang2 cam duk intai2 tp xde plak si kucing tu mcm kembang bulu ke hissing sbb threatened. Aku cemas + hairan tapi tak seram mcm nak nangis tu, aku cemas takut org jahat ke masuk apa kan.. Budak dadah ke apa, aku gi pusing2 rumah smpai dapur ok checked takde sape. Pastu aku kembali lepak situ and bunyi ganjil tu still terngiang2 tak habis pikir sebab bunyi jelas sgt blkg telinga..

tak sampai 10 minit bunyi bising2 atas bumbung. aku rasa korg bleh byg kan bunyi dung dang cam ada benda bergelut atas bumbung.. (Aku selalu optimist bab ni so aku assume ni bunyi biawak ke, kucing liar tupai ke tikus ke apa bergelut atas bumbung walaupun ramai ckp kat aku jin tinggal atas bumbung kita sbenarnya tu bunyi dia wallahualam tak tau).. Then bila mak aku balik, aku terus citer kat dia bunyi ganjil tu siap dgn demo suara yg xkan menjadi.. Mak aku kat pintu rumah dah buat muka takut dia cakap kembang kepala dia dgr cite aku (sbb aku bukan jenis penakut senang2 nak terpengaruh ngan cite hantu, then bila tgk cite hantu mana2 pun aku selamba badak je so mak aku rasa bila aku cite pasal benda camni means mmg ada something wrong...)

Sambung Day 2 nanti......
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 03:18 PM | Show all posts
da baca sini @spankee_fili ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 03:18 PM | Show all posts
cik nana...keep up the good writing...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 6-11-2015 03:18 PM
da baca sini @spankee_fili ?

seram sangat ke? jap nak baca...
kalau seram melampau siapla kentel, iols tembak2 kentel nanti...
i penakut sebenarnya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2015 03:54 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 6-11-2015 03:53 PM
seram sangat ke? jap nak baca...
kalau seram melampau siapla kentel, iols tembak2 kentel nanti... ...

best....baca siang2 tau
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 05:18 PM | Show all posts
miskay replied at 6-11-2015 09:02 AM
sila cecepat sambung ye classy

Panjang plak aku menaip ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2015 05:22 PM | Show all posts
Edited by anyclassything at 6-11-2015 09:27 AM

Day 2: Gangguan Toilet
Okay so the next day means hari kedua, ayah aku gi ambik arwah moyang aku bawak balik rumah, moyang aku ni semua org panggil 'Mok' dia memang selalu rotate gi tidorumah anak cucu since dah tua tp still sihat boleh jalan. Mok ni pun banyak cerita angker psl dia tp tu later je lah focus cite hantu H1N1 ni dulu. So hari kedua tu Mok ada lah and takde pape jadilah siang tu.


So..Ingat dah takde pape jadilah kan day 2 ni, so sepanjang cuti tu aku mmg tdo lewat malam. Sebab siang dah tido bnyk, lepas tu malam-malam study sejam dua,then sebab lain ialah sebab nak gayut dgn bf time tu. Ntah apa perangai gedik umo 17 ada bf konon duhh .  Bf aku time tu jauh, dia dah kat u so selalu gak la dia called lps aku study camtu.


Sorry melalut bnyk, so time tu pukul 2 pagi.. Tiba-tiba R (ex bf) ni called aku sbb dia mmg tau aku akan study smpai kul 2 or 3. Time tu, aku study dalam guest room. Sebab masa tu lampu bilik aku lampu kuning tu so aku tak suka sakit mata.Mak aku plak tdo dah dengan Mok hampar tilam tido depan TV, sebab Mok mmg tak suka tido dalam bilik. Aku duk dalam guest room, pintu terbukak luas. Ok..imagine dari guest room ni boleh nampak direct to ruang TV tempat dorg tido. So basically kalau dorg bangun ke apa aku mmg akan nampak jelas. And dalam guest room ni plak toilet share dgn living room tempat kejadian bunyi ganjil. Maknanya ada dua pintu toilet ni, satu dari dalam bilik, satu lg dari living room kat luar. Malam tu aku bukak pintu dari living room tu luas2 sebab nak mudahkan Mok nak gi toilet mlm2.


Time tu aku baring atas katil kaki melunjur ke arah toilet, so posisi aku mata mengadap toilet. Toilet tu plak pintu terbukak dari dlm bilik n jugak ruang tamu. So mata aku bleh jelas nampak kalau sape2 masuk keluar toilet tu. dari sisi kiriaku plak pintu bilik terbukak luas nampak ruang TV. Duk sembang-sembang tu tiba-tiba dgr mcm gayung dlm baldi langgar-langgar. Aku dah pelik, sape masuk toilet? Kerling kiri, nampak Mak and Mok tengah tido dpn TV. Ayah aku plak xde kat rumah for a few days. Gayung still bunyi berlanggar-langgar dengan baldi.Tetibe je rasa takut time ni. Sebab kalau ada org masuk aku akan nampak, then kalau ada org nak gi toilet dari luar pun aku akan nampak. Aku try tengok dar ikatil x nampak kelibat apa, hanya bunyi gayung langgar2 dengan baldi je siot betol. Kuat betul mcm tgk kocak air dlm baldi tu.


Time ni aku dah panik, time ni mmg seram. Sebab obviously aku mmg concious, bukan mamai ke apa. Jelas la bunyi bilik air yg dpn mata niii tapi time tu aku tak beran igerak sikit pun. Nak keluar gi ruang tv tu pun x berani. Entahlah kenapa, tp tangan still pegang hp tgh gayut lg.
Sambil tu cite la kat dia "I dgr bunyi kat toilet tp xde sapa ni." dia duk ckp "kucing kot, angin kot bla bla" Time tu aku still sembang ngan dia tpotak celaru dah campur panik xleh fokus dah makin kuat lak bunyi aktiviti dlm toilet. So aku ckp nak letak phone, nak gi tengok toilet. Letak je phone, dah bunyi splashing water pulakk haa ambik dia gi mandi ke apa bunyi cam org jirus air guna gayung tu. Time tu still aku tak berani gerak, bukan aku xleh gerak.Aku yg takut nak bergerak. Aku takut nampak kelibat tak ke pengsan luruh jantung kat situ.. So aku duk diam2 dgn harapan benda tu slowly go tanpa tegur aku or show off rupa kat aku. Panik dia takleh nak ckp, sbb bunyi too obvious so mcm kau duk kira setiap saat yg dia akan muncul bila-bila masa. Then bunyitu senyap dgn mcm tu je.. Baru aku berani keluar pergi ruang TV.  


Tengok dorg dua duk tido. Time ni rasa panik dah surut, tak cemas dah so aku beranikan diri pergi jenguk toilet sebab bunyi dah takde. Aku curious lagi sebenarnya.Tengok je takde apa-apa. Kosong je toilet tu. Then aku gi join dorg tdo depan TV, ada sofa tido situ je la. Then tdo pun takde apa.. Esoknya tu cerita kat mak aku lg, time ni mak aku mcm caye tak caye, sbb dia cakap maybe Mok gi toilet diam2 plus aku duk gayut manade nak perasan Mok lintas g toilet ke apa.Tapi bila tanya Mok dia cakap takde gi toilet, tapi xleh caya gak Mok pun nyanyuk sikit2 kan.. Tapi pelik kalau Mok mmg aku akan nampak la, pintu terbukak kot.... Dang..


Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 05:34 PM | Show all posts
Day 3: Kenalan baru
Aku ni jenis time kejadian je takut. Bila dah xde apa aku dah lupa. Sama mcm tengok cerita hantu time duk tengok je takut so lps tu rilek je la.. So lps kejadian gangguan toilet tu, the next day sama je la aku. Takde kemurungan ke gelak sorg2 ke apa.. Siang normal takde benda luar biasa jadi. So aku pun macam biasa makan, tengok tv, study.

Then malam tu, stayed up lagi. Malam tu study tak gayut. Study elok-elok sampai mengantuk.. Pukul 2 lebih tu mata dah start berat mengantuk, lepas menguap banyak kali rasa nak tido.. Malas nak masuk bilik sendiri, aku ingat nak tido bilik guest tu je la tempat aku study tu. So, aku pun gi la tutup lampu. Pintu mmg dah tutup time tu. (Aku mmg xleh tdo lampu bukak x selesa) So aku pun tdo mengiring sebelah kiri ke arah pintu bilik.

Okay so time ni.. Aku pejam mata.. Ngantuk kan senang je la nak tertidur. Tapi time tu aku duk dalam fasa sedar tak sedar, maknanya aku rasa lalok dah.. Aku rasa aku dah tido, tapi aku mcm still dapat dengar bunyi kipas.. Still mcm antara sedar tak sedar tak completely tido lg tapi dah tido. Tau tak mcm mana hopefully korg paham camne condition antara sedar tak sedar ni.. Then tiba-tiba aku rasa suasana jd sunyi sangat.. Means dah takde bunyi kipas, tapi aku still sedar mcm mana posisi aku semua. Then aku tau kedudukan aku dalam bilik mcm mana, and aku nampak aku still dalam posisi sama, bilik sama means suasana mcm mula2 masa aku tidur tu la.. Semua benda sama je, except for one thing. Something ada duduk kat hujung kaki aku.

Lol tiba2 berdebar time tengah tulis balik kisah lama ni adess okay abaikan.
So benda tu dia duduk atas katil, I mean duduk mcm bontot atas katil kat hujung kaki then kaki turun ke sisi katil tu (Tak tau ada kaki ke tak or kain je) dia mengadap ke depan jugak means muka tak mengadap aku la. Seriouslah, rambut dia lebat gila, hitam and sumpah mmg baju dia putih pattern apa aku tak perasan. Sorry tak perasan baju koyak ke lusuh ke buruk ke apa, tapi yg penting baju putih. baju labuh kut. Aku still kaku kat situ. dalam posisi yg sama. Masa tu dia tengok depan, means aku nampak dari posisi sisi je la muka and rambut. Bagi aku nampak macam figure org la kan. Ala imagine je la org rambut tebal, hitam pekat panjang pakai baju labuh n besar duk atas katil. Exactly macam tu la.

Aku dalam mimpi tu (mimpi ke? sebab mcm subsconcious mind sebenarnya. Tapi aku still boleh pikir tapi mcm tak betul2 sedar.) Aku pelik dia ni sapa, tapi masa tu aku mcm paham dia nak say something kat aku time ni tak takut sbenarnya aku mcm tggu dia nak ckp apa. So tiba2 je macam dalam sesaat je mcm tu dia datang dekat aku nak ckp something la aku assume.. Then muka dia dekat gila dgn muka aku. Muka perempuan, tp muka dia pelik. Mcm retarded or x siap pun ada. Tapi kat muka dia, features paling dominant is mata dia. Mata dia bulat bukan bentuk mcm mata kita, bulat mcm O ni, and besar sangat. dua2 mata besar. Sampai skrg yang aku paling ingat muka dia mata besar. Yang pasti mata dia besar gila. sampai aku rasa hidung dia kecik je. Mulut aku x perasan camne dek kerana mata bulat dia tu aku dah xperasan features lain. Then dia datang nak bisik something kat telinga kanan aku (mengiring kan), so dapat rasa dia datang kat aku dekat telinga and.. zuppppppppp aku rasa angin masuk telinga dia tiup angin kuat dlm telinga and saat tu jugak aku terus sedar yang betul2 sedar. Aku terus sedar yang awake, seolah2 aku tak tido pun tadi tapi ni baru betul2 aku sedar yang boleh berdiri . Time tu terus aku gosok2 telinga kanan since still terasa kena tiup yg kuat rasa mcm angin tu masuk kat lorong telinga sampai terasa lg. Aku pun bingkas bangun bukak lampu bilik, bukak pintu.

Mata aku berpinar-pinar time tu maybe sebab lampu kot. Then aku jenguk luar nampak mak n mok aku then sempat tgk jam, baru dalam 2.15 camtu sebelum tdo td jam pukul 2.10 ntah nape aku rasa mata berat mcm penat sgt fizikal mental. So lepas bukak lampu aku baring balik and terus tertido mati tak sedar apa sampai esoknya..

Esoknya cam biasa cite kat mak aku, mak aku sekali lagi takut lebih2 dari aku. Sebab kali ni aku bleh cite satu2 apa aku nampak. Hari2 lepas tu gak takde nampak dah benda tu tp selalu jugak terjaga dari tido malam2 sebab dengar nama kena panggil la. Duk panggil selalu 3x je.. Mula2 sayup2.. Then malam lain dengar dia guna suara kawan sekolah aku time form 4 nama Suria, Suria ni cara dia panggil aku lain. Dia selalu akan sebut nama aku dua kali tapi cepat2 and macam cemas.. So malam2 gila apa dengar suara Suria panggil aku pukul 4 pagi? Lol. Aku ok je takde masalah gangguan jiwa or kemurungan ke apa. Tapi mak and nenek aku x sedap hati takut kacau SPM aku x lama lagi, so akhirnya ikut jugak la dorang gi jumpa sorg Ustaz nama Ustaz Halim ni. Ustaz ni Ustaz mak aku masa sekolah, mmg dia terrer perubatan islam. So ikut la jugak walaupun aku xde apa2. Ustaz tu pun terangkan la apa benda duk ngan aku tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 05:41 PM | Show all posts
miskay replied at 6-11-2015 09:34 AM
sebab tgh bosan kat opis. tgh train orang kerja sendiri tergendala
maka layanla porum. huhu

Aku dah sambung sampai day3. Samalah kat opis boring dah tggu balik rasa nak cite psl pengalaman plak seronok baca cite org
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 05:50 PM | Show all posts
miskay replied at 6-11-2015 09:42 AM
aku x abis baca lagi citer ko classy. Dah nak balik ni.
Sambung selasa plaks. hihi
tapi akurasa ko ...

Takpe aku menempel je kat mana2.
Banyak gak benda mistik kalau kumpul2.
Pasal psychic yg terer pun ada. Takpe aku menempel je kat mana2 haha

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 09:18 PM | Show all posts
anyclassything replied at 6-11-2015 05:34 PM
Day 3: Kenalan baru
Aku ni jenis time kejadian je takut. Bila dah xde apa aku dah lupa. Sama mcm te ...

Lagi? Gile seram pnglaman ko.. Ustaz cakap apa?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 10:08 PM | Show all posts
anyclassything replied at 6-11-2015 04:34 PM
Day 3: Kenalan baru
Aku ni jenis time kejadian je takut. Bila dah xde apa aku dah lupa. Sama mcm te ...

Yang ni seram..
Apa kata ustaz?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Anyclassything.. sambung lah lg, seram gile kot cite ko ustaz tu cakap ape?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tnya cita ni semua cita btul btul (realiti) ke?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2015 04:50 PM | Show all posts
eh.. dah ada update.. tp cerita anyclassything ni menarik jgk.. nak tahu apa kata ustaz.. huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
di mana, di mana tuan tanah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2015 12:39 PM | Show all posts
Edited by cik.nana at 27-11-2015 05:28 PM
peachnfamous replied at 27-11-2015 10:29 AM
di mana, di mana tuan tanah?

Tuan tanah ada di sini. Tengah mandom layan cuaca sekarang

cik.nana selitla sikit cerita zaman kanak-kanak Ribena dulu, boleh? Nak cerita panjang-panjang tak berapa nak rajin lagi ni.

Kisah Selingan Manja: Zaman Kanak-kanak

#1
Dulu, kami ada bibik kat rumah sebab Abah dgn Mama dua-dua kerja, jadi kena ada orang kat rumah untuk masak/jaga kitorang. Kitorang tak panggil dia bibik, tapi panggil Kak Kam. Bibik kitorang ni okla, ngam ngan kitorang, baik, jenis boleh dipercayai. Tapi satu je perangai Kak Kam ni; penakut. Ceh, kata orang penakut padahal sama je. Kak Kam selalu cakap rumah kitorang tu ada something. Memang la aku tahu, rumah aku tu ada something sikit, tapi selalunya aku ignore je.

Ada satu malam ni, aku dengan adik-adik tengah buat homework kat depan TV sambil ditemani Kak Kam. Abah ngan Mama tengah solat kat atas. Tengah-tengah dok buat homework tu, tetiba je terdengar jelas bunyi kletung kletang sudip berlaga dengan kuali macam ada orang tengah masak kat dapur. Aku pun angkat kepala, tengok kot Kak Kam pi masak kat dapur ke. Tapi dia still kat depan dengan kitorang. Muka Kak Kam dah takut semacam. Dia mengesot duduk dekat-dekat kitorang.

Aku: Bunyi apa tu? *boleh tanya pulak bunyi apa
Kak Kam: Ada orang masak...
Aku: Siapa? Mama?

Kak Kam geleng kepala laju-laju. Adik-adik aku pun muka masing-masing takleh blah dah. Lepas bunyi sudip berlaga tu, bunyi air paip sinki pulak. Jelas sangat. Nak kata jiran pun tak logik. Lepas tu bunyi pintu ais dibuka dan ditutup berulang kali. Lain macam je rasanya.

Aku: Kak Kam, pergila tengok siapa kat dapur...
Kak Kam: Takut...
Aku: Eee, apalah orang besar pun penakut!

Masing-masing tak berganjak, pasang telinga je dengar bunyi-bunyian dari dapur tu. Last-last aku menjerit panggil Abah. Abah pun turun la.

Aku: Abah, ada orang kat dapur tapi kitorang semua kat depan ni.

Masa ni, bunyi-bunyian kat dapur tu semua dah hilang dah. Senyap sunyi je kat dapur. Abah pun masuk dapur, keluar semula cakap takde apa pun. Lepas je Abah cakap takde ape, gedegang! Bunyi macam periuk jatuh bertalu-talu kat dapur. Ambik kau. Terdiam semua orang.

Abah: Ok, hari ni kita semua makan kat luar.


#2
Ada satu malam yg lain, aku, Angah dan Alang baring-baring baca buku dalam bilik tidur kat atas. Bilik ni bilik tidur utama, ada balkoni kat depan. Tapi masa tu balkoni tu under construction. Ada tingkap menghadap balkoni tu, tapi tak dibuka sebab berhabuk kan. Masa tu aku baring tengah-tengah sambil diapit Angah dan Alang. Keadaan kami berbaring tu sambil menghadap tingkap balkoni. Tengah dok baca buku tu, tetiba je aku nampak macam ada kelibat orang kat bahagian luar balkoni tu. Aku macam, eh, siapa panjat balkoni? Kot la pencuri ke kan. Kelibat tu macam bergerak dari kiri ke kanan, kanan ke kiri. Aku tak cakap la ngan Angah. dan Alang apa aku nampak tu, aku tengok aje. Bunyi tapak kaki pun tak dengar.

Tetiba, Alang siku-siku aku. Aku pun pandangla Alang kat sebelah (tak ingat belah kiri ke kanan aku). Muka Alang dah pucat semacam je.

Aku: Ko kenapa?
Alang: Nampak tak tu apa benda kat luar?
Aku: Macam ada orang kan...
Alang: *bisik kat telinga* Orang ke hantu?
Aku: Hish kau ni...
Alang: Cuba kau tengok bebetul...

Aku pun fokusla kat kelibat kat luar tu. Kan malam, so kat balkoni tu gelap, so ambil masa sikit aku nak fokus. Hmm... macam pakai baju putih. Hmmm... macam rambut panjang... Alamak! Aku dah rasa seram sejuk. Aku dapat rasa Alang ngan Angah kat sebelah aku dah semakin menghimpit aku yg kat tengah-tengah ni. Aku jadi macam blank kejap nak buat apa. Dan tiba-tiba... "Nanaaaaaaaaaa..." amek kau! Nama aku jugak yg diseru! Perlahan sayup je bunyi dia tapi jelas la pada pendengaran aku. Memang kitorang tak tunggu lama la, bersepah tiga-tiga orang lari turun bawah.


#3
Ada suatu hari tu, dah nak masuk waktu Maghrib. Mama pun panggil la semua balik. Kitorang dok main basikal depan rumah. Dah Mama panggil, semua pun masuk. Aku ngan Alang parking basikal. Tengah parking, aku nampak macam ada benda bergerak kat bawah rak kasut. Aku pun tunduk la tengok amenda yg bergerak-gerak bawah rak kasut tu. Sekali tengok... ULAQ! Aku menjerit la "Ular! Ular! Abahhhh, ada ular!" Kelam-kabut Abah keluar bawak kayu, halau ular tu. Abah tak bunuh ular tu, cuma halau tolak-tolak dgn kayu. Ular tu, bagi aku yg kemetot ni nampak macam besar dan panjang la, warna macam merah kehitam-hitaman. Macam warna tembaga macam tu. Ular tu degil sangat, tak nak keluar. Siap acah-acah nak patuk Abah. Ada jiran terdengar kekecohan tu, dia pun datang tolong dengan parang.

Jiran: Kalau kau tak nak keluar, aku katok sampai mati!

Jiran tu cakap kat ular tu. Ular tu macam marah la, siap angkat-angkat kepala nak serang jiran ni. Dah lama sangat dok cuba halau, last-last jiran aku bunuh ular tu dengan potong bahagian kepala Dan semenjak hari tu, berbulan lamanya, setiap kali Maghrib kami akan jumpa ular kat bahagian rak kasut tu. Kadang-kadang siap dok menjalar kat basikal yg ada. Ular yg kitorang jumpa warnanya sama dgn ular yg dipotong kepalanya tu. Punyala selalu kami asyik jumpa ular waktu Maghrib, sampai dah lali. Asal masuk Maghrib je, Abah akan keluar check. Sampaila satu ketika, Abah panggil kawan dia seorang ustaz datang. Memang dia tunggu sampai Maghrib, muncul la ular, entah dari mana datang. Kawan Abah tu ada buat/baca sesuatu and lepas tu tak pernah dah kitorang jumpa ular.



Ok, nanti sambung lain nooooo...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2015 03:03 PM | Show all posts
miskay replied at 27-11-2015 02:09 PM
#1
ada yang nak menumpang masak kat rumah cik nana kot

Dah kenapa nama cik.nana pulak yg diserunya. Cuba la seru nama Angah ke, Alang ke, takpe jugak.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.501723 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list