|
nak tanyer rancangan sesi anak wyg ade wat ulangan hari lain x??? x sempat le nak tgk setiap hari isnin hingga rabu kul 8.30mlm nyerr... |
|
|
|
|
|
|
|
KEPADA PARA GOJES!!! TEPAT PUKUL 11 MALAM KEJAP LAGIK AKU ADA SPCIAL MESEJ VIDEO AKU AKAN UPLOAD DARI FAZ TUK KORANG! DAN SOMETHING SPECIAL! TEPAT JAM 11! |
|
|
|
|
|
|
|
11 lebih dah....mesej apa nya wei???? |
|
|
|
|
|
|
|
Faz nak bagi tiket ke Shout awards. Kalau sempat, maybe kita lepak together sebelum event ke apa. Apapun, ada 20 tiket je. Khas tuk Htz & Gojes. So first come first serve.
Repeat posting ni dan masukkan nama. Sorang maximum dua tiket je. Sila nyatakan jumlah tiket nak ek, satu ke dua.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
(kalao ada yang nak, continue list. kalao semua nak dua then 10 je la) |
|
|
|
|
|
|
|
aku akan check balik esok, dan mesej semua orang secara private ok. war2kan kat ahli2 gojes. |
|
|
|
|
|
|
|
shout awards jumaat ni, 17 july (besday aku!!!) kat stadium putra bukit jalil. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu br request nk join club gojes nih tp x d approve gik boleh join gak ke?...nk 2 tiket huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Faz nak bagi tiket ke Shout awards. Kalau sempat, maybe kita lepak together sebelum event ke apa. Apapun, ada 20 tiket je. Khas tuk Htz & Gojes. So first come first serve.
Repeat posting ni dan mas ...
klubbkidd Post at 13-7-2009 23:40
Faz nak bagi tiket ke Shout awards. Kalau sempat, maybe kita lepaktogether sebelum event ke apa. Apapun, ada 20 tiket je. Khas tuk Htz& Gojes. So first come first serve.
Repeat posting ni dan masukkan nama. Sorang maximum dua tiket je. Sila nyatakan jumlah tiket nak ek, satu ke dua.
1. amka ...2 ticket
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
(kalao ada yang nak, continue list. kalao semua nak dua then 10 je la) |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaaaaaaaaaaa....ada family day |
|
|
|
|
|
|
|
tak de kt sini laaaa...dh ke destinasi family day |
|
|
|
|
|
|
|
"Masa untuk berseronok sudah berlalu"
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
<< SELESA melakukan satu kerja dalam satu-satu masa, Fazura tidak mahu menjadi seorang yang tamak.
--------------------------------------------------------------------------------
NAKAL, liar, mengada-ngada atau apa sahaja pandangan yang berbaur negatif sudah lama melekat pada pelakon jelita ini.
Cerita pergaduhan dengan kaum sejenis sehingga mengheretnya ke muka pengadilan menjadikan kehidupan Fazura penuh warna-warni.
Di sisi lain kehidupan aktres ini, barangkali tidak ramai yang mengetahui, jiwa wanitanya sangat kental dengan nilai-nilai kasih sayang.
Bagaimanapun, lumrah hidup sebagai anak seni, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin tidak ketinggalan melalui fasa 'kurang bernasib baik' kerana dilabel dengan pandangan kurang manis itu.
Kerana itu, Fazura yang sedang mendaki usia 26 tahun mahu membuang jauh-jauh pengalaman-pengalaman pahit.
Ikrarnya, pada usia kedewasaan itu, beliau enggan lagi menoleh ke belakang. Sebaliknya, Fazura mahu meneruskan perjalanannya tanpa diganggu oleh mereka yang cuba menjahanamkan reputasinya sekali lagi.
Atas alasan itu juga, Fazura menegaskan, dia sudah menjadi lebih matang dan semakin bijak untuk menilai baik buruk dalam membentuk keperibadiannya sebagai seorang wanita.
Sewaktu menjalani sesi fotografi bersamanya baru-baru ini, kematangan anak kelahiran Pekan, Pahang ini cukup terserlah.
Setiap butir kata-katanya cukup berisi di samping perwatakannya yang lebih feminin berbanding dulu membuktikan memang benar Fazura telah jauh berubah.
"Saya harus akui yang saya semakin tua. Kehidupan bersuka-ria yang pernah mengisi diari hidup saya dulu kini semakin hari semakin jauh saya tinggalkan. Kadang-kala ia membuatkan saya terfikir sampai bila saya mahu berseronok.
"Kini, saya lebih selesa duduk di rumah menonton televisyen, DVD, membaca serta melakukan perkara-perkara yang membuatkan saya gembira. Kalau keluar dengan kawan-kawan pun, saya hanya akan berkunjung ke kedai mamak. Itulah kehidupan saya sekarang," ujar Fazura membuka bicaranya saat diajukan tentang kehidupannya kini.
Perbualan seterusnya dialihkan pula kepada soal cinta dan perkahwinan.
Daripada bahasa tubuhnya dan kata-katanya itu, cukup menyimpul seribu satu makna bahawa dia sedang menikmati musim-musim bahagia bersama yang tersayang.
Malah tanpa selindung, Fazura yang dilahirkan pada 27 September 1983 ini memberitahu, dia sebenarnya sudah bersedia untuk menjadi isteri orang.
Kata Fazura, walaupun sudah bersedia dari segenap aspek, namun Fazura menyerahkan urusan itu kepada Yang Maha Esa.
"Kalau ditanya pada saya kini, memang saya sudah bersedia untuk berumah tangga tetapi bila, saya sendiri tidak tahu.
"Apa yang boleh saya katakan adalah hubungan yang terjalin antara saya dan dia selama tiga tahun itu menjadikan kami lebih rapat.
"Bergaduh dan kemudiannya berbaik semula selepas beberapa ketika tidak berhubung ternyata mengeratkan hubungan kami. Dia adalah kawan baik saya yang berada di samping saya pada setiap ketika saya memerlukannya," katanya rancak bercerita tetapi enggan mendedahkan lelaki bertuah yang berjaya mencuri hatinya itu.
Lalu, persoalan demi persoalan cuba diajukan padanya.
Adakah sang arjuna yang berjaya memanah hatinya merupakan seorang kerabat raja dari sebuah negeri di selatan tanah air?
Malah dalam akhbar sisipan Pancaindera menerusi ruangan pojok Kring Kring kelolaan Niezam Abdullah dua minggu lalu melaporkan ada yang ternampak Fazura membawa dua biji kek dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru semata-mata untuk buah hati yang tersayang.
Sayang sekali, dengan memberikan 'jawapan selamat', berkali-kali Fazura menegaskan, apa yang pasti lelaki yang bertakhta di hatinya bukanlah dari istana.
Sebetulnya, Fazura secara peribadi, sangat bosan bila namanya sering dikaitkan dengan kerabat seolah-olah menggambarkan dia hanya selesa berada bersama kelompok itu sahaja.
"Saya berkawan dengan semua orang tidak kira pangkat, keturunan dan latar belakang. Apa yang penting adalah keikhlasan dan kejujuran," ujarnya panjang lebar.
Fazura dari kaca mata penggemar seni tanah air disifatkan seorang artis yang bertuah kerana hadir dengan pakej yang sungguh lengkap.
Berbakat dan jelita - telah berjaya meletakkan nama Fazura sebagai bintang pelapis yang mampu menjadi seorang primadona hebat satu hari nanti.
Wanita optimistik ini memulakan kariernya sebagai seorang pengacara menerusi rancangan Teen's World yang pernah disiarkan di TV2 seawal usia 19 tahun.
Namun, filem Bicara Hati yang menyaksikannya memegang watak utama merupakan permulaan segala-galanya bagi Fazura.
Filem arahan pelakon dan pengarah veteran, Datin Rosnani Jamil itu melonjakkan namanya sebagai seorang bintang baru yang mendapat perhatian.
Apatah lagi, selepas menjulang anugerah Pelakon Harapan Wanita Festival Filem Malaysia Ke-17 pada tahun 2004, nama Fazura terus berada di puncak.
Sehingga kini, dia sudah membintangi sembilan buah filem termasuk filem Pisau Cukur dan Legenda Budak Setan yang akan ditayangkan di pawagam sebelum penghujung tahun ini.
Pisau Cukur menyaksikannya berganding bahu buat kali ketiga bersama Bernard Chauly yang merupakan pengarah filem dan drama bersiri Gol & Gincu.
Bukan itu sahaja, filem komedi itu juga menyaksikan Fazura digandingkan dengan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-21, Maya Karin.
"Saya sendiri tidak sabar menantikan tayangan Pisau Cukur pada 5 November ini atas beberapa sebab.
"Pertamanya, filem ini menyaksikan saya kembali bersama Bernard selepas berakhirnya Gol & Gincu. Keduanya, ia juga menonjolkan sisi lain lakonan saya yang lebih matang," katanya.
Jika hendak dibandingkan profil seninya dengan pelakon lain seusianya, harus diakui Fazura agak jauh ketinggalan.
Tetapi, saat diajukan pertanyaan itu kepadanya, dia melihatnya sebagai satu perkara yang cukup optimis.
Pemeran watak Putri dalam filem dan drama bersiri Gol & Gincu ini tanpa selindung memberitahu, dia sangat selektif dan sesekali tidak akan bertoleransi terutama dalam soal skrip dan watak.
Bukan mahu berlagak diva atau menunjukkan dirinya adalah terbaik tetapi jelasnya, itu semua adalah untuk kebaikan dirinya sendiri.
Pendirian tegasnya itu kata Fazura, semata-mata untuk menjaga karismanya sebagai anak wayang.
"Saya fikir tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru tetapi itu tidak bermakna saya akan merebut setiap peluang yang hadir.
"Biarlah apa orang nak cakap tentang saya kerana saya tahu apa yang saya lakukan. Ini adalah cara saya yang telah saya pegang sejak menceburi bidang lakonan," katanya yang memegang watak pelakon pembantu bernama Kate dalam filem Legenda Budak Setan arahan Sharad Sharan itu.
Dan untuk makluman semua juga, Fazura hanya akan bersedia kembali ke lokasi penggambaran sebaik sahaja tanggungjawabnya sebagai pengacara program realiti Anak Wayang berakhir pada 31 Julai ini.
Biarpun terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan yang menarik ketika sibuk mengendalikan Dialog Anak Wayang dan Sesi Anak Wayang, namun perasaan kesal mahupun kecewa langsung tidak terbit di dalam hatinya.
Fazura juga enggan menjadi pelakon yang tamak kerana dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya dia mahu memberikan fokus dan seterusnya menghasilkan mutu kerja yang baik.
Setiap tawaran dan kepercayaan yang diberikan oleh mana-mana sutradara atau syarikat produksi disifatkan Fazura tanggungjawab yang besar buatnya.
Untuk itu, dia wajar fokus dalam setiap tugasan yang diberikan dan sentiasa mengelak daripada menerima dua atau tiga tawaran dalam satu masa.
Paling penting, Fazura tidak mahu terkejar-kejar menerima banyak peluang berlakon dalam satu masa sehingga dia sendiri berasa letih dan sekali gus menjejaskan prestasi kerja.
"Menjadi pengacara dalam program Anak Wayang bukan satu kerja yang mudah dan ia amat berbeza dengan kerja pengacaraan yang pernah saya lakukan sebelum ini.
"Sudah menjadi adat dalam dunia seni apabila ada yang suka dan tidak kurang yang tidak suka dengan apa yang kita lakukan. Saya sentiasa berfikiran positif dan mengambil setiap kritikan itu sebagai satu dorongan untuk memberikan yang lebih baik," katanya yang bersimpati dengan rakan pengacaranya, Rusdi Ramli apabila dikecam hebat gara-gara tidak dapat melunaskan kerja pengacaraan dengan baik.
Dalam perkembangan lain, pelakon filem Kayangan ini turut menceburi bidang perniagaan yang masih dalam perbincangan.
"Perniagaan apa, saya tidak mahu memberitahunya kerana masih awal lagi untuk dikongsi.
"Apa yang pasti, ini adalah sebagai persiapan saya untuk masa depan. Sampai bila saya mahu berlakon sahaja," ujar Fazura yang turut tercalon dalam Shout! Awards yang akan diadakan pada 17 Julai ini.
Dalam anugerah yang julung kali diadakan itu, Fazura tercalon dalam kategori Hot Chick Award yang menyaksikannya bersaing hebat dengan empat jelitawan lain iaitu Andrea Fonseka, Daphne Iking, Marion Caunter dan Marsha Milan Londoh.
Untuk mengundi Fazura secara SMS, anda hanya perlu taip SHOUT<jarak>P3 dan hantarkan kepada 33399. Undian juga boleh dilakukan secara online dengan melayari laman web rasmi Shout! Awards di www.shoutawards.com.my. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ^^langkasuka^^ at 14-7-2009 17:48
Faz nak bagi tiket ke Shout awards. Kalau sempat, maybe kitalepaktogether sebelum event ke apa. Apapun, ada 20 tiket je. Khas tukHtz& Gojes. So first come first serve.
Repeat posting ni dan masukkan nama. Sorang maximum dua tiket je. Sila nyatakan jumlah tiket nak ek, satu ke dua.
1. amka ...2 ticket
2.^^langkasuka^^ -- 2 ticket
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
(kalao ada yang nak, continue list. kalao semua nak dua then 10 je la) |
|
|
|
|
|
|
|
Faz nak bagi tiket ke Shout awards. Kalau sempat, maybe kitalepaktogether sebelum event ke apa. Apapun, ada 20 tiket je. Khas tukHtz& Gojes. So first come first serve.
Repeat posting ni dan masukkan nama. Sorang maximum dua tiket je. Sila nyatakan jumlah tiket nak ek, satu ke dua.
1. amka ...2 ticket
2.^^langkasuka^^ -- 2 ticket
3. hans78 ........ 2 ticket
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
(kalao ada yang nak, continue list. kalao semua nak dua then 10 je la) |
|
|
|
|
|
|
|
tuh je? yang confirm tiga orang - enam tiket. masih ada empat belas. takde gojes nak? |
|
|
|
|
|
|
|
gojes lain ramai tk masuk lg |
|
|
|
|
|
|
| |
|