|
Himpunan kisah seram ... sambungan kisah bro blues6909 kisah12 page 57
[Copy link]
|
|
Reply 800# zadzamusa
Hehehe orang kate, pucuk dicita ulam mendatang la ni? Hahaha adik Zad datang serah diri la utk meperceritakan kisah2 die. Apa salahnye share2 citer. Ye tak? Hehehe cakap terima kasih kat adik Zad utk citer yg menyeramkan tu.
Pasal masalah rumah ni, mak saye ingat nk panggil pakcik saye tu datang esk nk tgk2kan rumah ni. Nk tgk gak orang dtg utk operasi mistik2 ni. Kalu jadik die dtg esk, saye update kt Zad. Hehe arap2 datang la. Nk merasa gak suasana mistik ni. Hehehe t leh update kt sini, menambah2 kan citer. 
Hehehe td saye dh sound direct dh kt "die". Xtau la die dgr ke x. Maklum la, orang dh "pandai" pakai phone.. Harus bergayut tu. Abis kedit no family tu, siap kau :@ Lagi satu, die amik kerongsang kesayangan mak saye. Tu alang2 dh ad barang ilang, mak saye pown nk panggil la orang yg lebih mengetahui. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by rebecca_nur at 27-4-2011 07:54
salam.. Lama betul tak masuk board ni, dkat 4 tahun.. Masuk je trus melekat kat sini..best baca ceta zad sampaila kul 4 pg, rasa seram la plak, .sambung pg ni...ni br je sampai page 12{:1_126:}
.
Terjojol dah mataku dok baca menda ni |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun ada byk pengalaman hantu ni , penah dah ceta kat sini..tak ingat la pulak saya share kat thread sapa... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 797# zadzamusa
oic,last year kwn purple ade gk dok ctu tp xde plak die cte pape..pas2 die pindah coz famly die beli umah br kt bukit jalil..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 808# twins
Adui... knape?knpae? huhu knape tekan minyak? cedihnye.. huhu tapi nk wak cmne, dh ajal die kot.
arwah kawan saye lak, accident sbb langgar lari. Huhu die dgn kawan die dh tdampar kt atas jalan satu kampung ni. Huhu mase kejadian tu, malam. Jadik jalan tu sunyi. xde orang lalu. Sampai ke subuh, baru ad orang berenti tolong. Arwah dh xde dh mase tu . Kawan die idup lg tp cedera parah. Ambulans sampa angkut semua. Tapi sayang, kawan die pown nyawa dh xpanjang sbb byk sgt pendarahan. Kedua-dua dipanggil Ilahi.
Sedih gile mase tu. Paling geram kt driver yg langgar lari tu. Mmg marah sgt2 kat die. Sbb die lari tanggungjawab, abis 2nyawa ilang. Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
fuh!! Baru khatam.. Best ceta aunty melly dan diyes. Rumah my parents pun keras jugak. Tapi selama kami tinggal beka jarang kna kacau. Selalunya tamu yg mai tu yg kena.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zadzamusa at 28-4-2011 09:32
Kisah keempat puluh sembilan...
Hampir 2 minggu Ziman telah meninggalkan Hasmah anak beranak kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya... Hasmah masih lagi belum dapat melupakan kesedihannya...walaupun begitu dia harus tabah dalam menjalani hidup selepas ketiadaan Ziman....
Masih lagi tergia-gia di fikiran Hasmah lewat pagi sebelum kejadian.... Ziman pada pagi tu agak tergesa-gesa.... bagaikan mengejar sesuatu... sehinggakan hidangan sarapan pagi tak sempat dijamahnya.....Dan Ziman berjanji akan pulang makan tengahhari itu... bila Hasmah menghulurkan tangan untuk bersalaman terasa kelainan sekali.... seakan ada sesuatu yang bakal belaku... sesuatu yang dia sendiri tak dapat nak ditafsirkan....Hasmah membiarkan Ziman pergi pagi itu dengan diiringi debaran di dada....
Lamunan Hasmah terhenti apabila rengekkan Hazril anak bongsunya memecah kesunyian.... luar biasa sungguh tangisan anak bongsunya itu.... berlainan dari hari-hari yang biasa... seolah-olah dapat memahami gelodak hati Hasmah.... Diusapnya dahi Hazril tak pula dirasakan anaknya demam ataupun merasai suhu yang tinggi sebaliknya biasa sahaja....Dipujuk-pujuk anak tersebut....ditukarkan lampin....didodoikan dan disusukan.... barulah Hazril mahu diam dan memejamkan matanya...
Tiba-tiba pintu rumahnya di ketuk berkali-kali... kedengaran seperti mendesaknya supaya segera membuka pintu... Sebaik sahaja dibukanya pintu... Amin.. rakan sekerja suaminya di pintu... Sebaik sahaja Hasmah nampak Amin... hatinya semakin tak keruan.... mesti terjadi sesuatu... kalau tidak takkan min datang ke sini.... Di dalam hatinya berdoa agar suaminya itu selamat....Hasmah menjemput Amin masuk ke dalam rumahnya... ditolak dengan baik.... Amin minta Hasmah bersiap... dia mengajak Hasmah ke hospital... kerana suaminya telah mengalami kemalangan jalan raya.....
Hasmah rasakan dirinya bagaikan hendak pengsan.... namun digagahinya untuk ke hospital... sebelum ke hospital dia meminta jirannya menengok-nengokkan anaknya yang sedang tidur itu.... Berkali-kali dia bertanya pada Amin bagaimana keadaan suaminya...tak tahu... itu sahaja yang diulang...
"Ya Allah...abang..," hanya itu yang mampu dikatakan apabila Hasmah dimaklumkan bahawa suaminya itu meninggal dalam perjalanan ke hospital...Arwah suami Hasmah dikebumikan selepas solat zuhur...
Hampir 2 minggu Hasmah masih menangisi kematian Ziman.... Adik-beradik dan sanak saudara sudah pulang ke rumah masing seorang demi seorang............... Seperti malam-malam yang lalu, Hasmah gagal melelapkan matanya.... Kenangan dan ingatannya hanya kepada Ziman..... Setiap kali rindunya memuncak dia akan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas, lalu dihadiahkan kepada allahyarham. Hanya itulah ubat yang mampu menenangkan jiwanya... Kalau dia tidur pun, hanya tidur-tidur ayam. Sering dia terjaga di tengah malam dan pasti tidak mampu terlena lagi hingga ke pagi...
Malam itu Hasmah gagal melelapkan matanya lagi... Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tapak kaki menapak di lantai rumahnya. Hasmah terkejut...... Tak mungkin anak sulungnya Shahril bangun tengah-tengah malam.... Shahril tak pernah bangun tengah malam sebelum ini.... Hamimah dapat mendengar bunyi tapak kaki yang mundar mandir ke hulu ke hilir.... Tetapi kedengarannya seperti bukan berjalan, tetapi melompat setapak-setapak.....
"Kucing agaknya," bisik hati Hasmah. Dia membiarkan bunyi tapak kaki itu menghilang.....akhirnya dia terlelap....
Keesokkan harinya Shahril terpandang bekas tapak kaki di atas papan tangga menuju ke rumah... Kemudian di atas lantai menghala ke dapur dan ke bilik Hasmah.
"Mak! tapak kaki siapa ni mak?" jerit Shahril. Hasmah bergegas mendapatkan anaknya. Dia juga hairan melihat bekas tapak kaki berlumpur di atas lantai. Hasmah segera teringat apa yang didengarnya malam tadi. Mungkinkah ada orang naik ke rumahnya malam tadi. Tapi siapa?.........
Perasaan Hasmah jadi tidak menentu.Hasmah segera membersihkan kesan tapak kaki di atas lantai tersebut..... Sambil hatinya berdoa, janganlah ada apa-apa musibah yang menimpa dia dengan anak-anak...... Malam itu Hasmah memastikan semua pintu dan tingkap rumahnya berkunci dan bermangga. Kalau ada orang yang nak buat jahat pun, mereka tentu akan mengambil masa untuk membuka pintu dan tingkap rumahnya.....
Tetapi malam itu sekali lagi Hasmah dikejutkan oleh bunyi yang sama.... Hasmah sengaja mengajak Shahril tidur bersama di biliknya. Shahril dan Hazril tidur di atas katil sedang Hasmah tidur di atas tilam yang terhampar di atas lantai. Hasmah bingkas bangun sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki tersebut. Dia mengintai dari pintu biliknya, siapa agaknya yang berani naik ke rumahnya. Tetapi alangkah terkejutnya Hasmah apabila melihat sekerat kaki dari betis ke bawah sedang menapak di atas lantai rumahnya. Hasmah mengamati kaki tersebut. Dia terkaku melihat kaki tersebut terlompat-lompat mundar mandir di ruang tamu rumah. Tiba-tiba Hasmah teringat sesuatu.
"Ya Allah, abang Ziman..." bisik Hasmah apabila mengenali kaki itu adalah milik arwah suaminya. Serentak dengan itu kaki tersebut hilang dari pandangan. Hasmah bagai baru tersedar dari mimpi. Serentak itu juga tubuh Hasmah bagai disimbahi peluh dingin dan sejuk. Hasmah tidak berani hendak keluar dari biliknya. Malah keesokan paginya, dia menunggu sekeliling cerah lebih dahulu baharu dia mengejutkan Shahril. Shahril tidak diberitahu apa yang berlaku. Malah ketika Shahril mengadu tentang tapak kaki tersebut, Hasmah cuma meminta Shahril supaya tidak mempedulikannya.
Petang itu Tok Imam datang ke rumah Hasmah.... Dia hendak melihat sendiri bekas tapak kaki yang dikatakan oleh Hasmah..... Hasmah ke rumah Pak Imam untuk meminta pandangan mengenai tapak kaki dan kaki Ziman yang dilihatnya.
"Memang saya nampak kaki dia Tok," ujar Hasmah sedih. "Apa alamatnya tu Tok?" soalnya lagi. Tok Imam berfikir-fikir sebentar...
"Ada yang tak kena ni Mah", ujar Tok Imam. Hasmah tidak faham apa yang dikatakan oleh Tok Imam. Keesokan harinya, Tok Imam mengajak beberapa orang kampung ke tempat Hashim di tempat kemalangan. Tok Imam sendiri mencari di kawasan kemalangan sambil diperhatikan oleh orang-orang kampung yang lain.
"Subhanallah," tiba-tiba Tok Imam bersuara lantang. Orang-orang kampung segera menghampiri Tok Imam. Mereka terkejut apabila melihat sebelah kaki Ziman terlindung di sebalik daun-daun keladi di dalam selut.
"Kau ambik benda ni, bawa ke masjid. Kaki ni kita kena mandikan dan kapankan. Lepas tu kita kena kebumikan," ujar Tok Imam. Hasmah terkejut apabila diberitahu penemuan kaki Ziman di dalam semak di tempat kemalangan.
"Mungkin yang datang tu roh dia, minta disempurnakan. Itu sahaja yang Tok boleh katakan. Wallahualam," ujar Tok Imam ketika Hasmah bertanya mengapa dia melihat kaki Ziman berjalan di dalam rumah.
Selepas kaki Ziman dikebumikan, Hasmah tidak mendengar lagi bunyi orang berjalan di dalam rumahnya.
Diubah suai dari majalah seridewi dan keluarga Mac 2000 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 806# rebecca_nur
Hai rebecca_nur... terima kasih sebab sudi lawat.. sudi2lah share ye kalau ada cerita... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 807# purple1511
yang seram tu masa zad tinggal kat blok 5... yang tu memang seram... Pastu bila pindah kat blok 8.. dah ramai sangat orang... dulu kebanyakkan jiran zad dulu foreigner... student um dengan uia... banyak kosong lagi... n blok 3 baru aja buat... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 808# twins
laa... sedihnya twins... dah sampai ajal la kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 810# rebecca_nur
zad setuju sangat2... diyes dengan auntymelly memang teror bercerita...
Yang dekat rumah rebecca tu dia kacau macam mana ye..? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 814# zadzamusa
tu la kannn.... skrang tinggal la suami makcik tu yg kejer tukang kasut ngan anak2 lg 3 orang.... lady driver yg langgar tu husbennya ada restoran tak jauh dr tempat eksiden tu.... sebelum ni memang hari2 dia kat restoran husband dia... lepas kejadian tu haruslah trauma bagai nak rak la kuttt tiap kali lalu kat situ...  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 816# twins
tak leh bayangkan macammana pak cik tukang kasut tu... dh nak meleleh air mata... sian dekat diakan...hilang 2 orang terus,,, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply rebecca_nur
zad setuju sangat2... diyes dengan auntymelly memang teror bercerita...
Yang ...
zadzamusa Post at 27-4-2011 14:58 
siannyer....sedih tul |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zadzamusa at 27-4-2011 21:39
Kisah kelima puluh
Asraf... dah selalu sangat balik ke rumah dalam pukul 1 atau 2 pagi... Dan semenjak dia berulang alik nih... tak pernahlah dia dianggu ataupun terserempak dengan benda-benda ghaib nih....
Sampailah satu hari nih... Asraf kena buat sebuan judi... habis dalam rush tu lebih kurang pukul 4 pagi... dengan badan letih... dengan mata yang mengantuk Asraf nak balik ke rumah.... Nak balik ke rumah dia nih ada banyak laluan... tetapi dia suka pilih laluan nih sebab tak sibuk sangat... dan pemandangan dia pun cantik sebab banyak pokok-pokok hijau dan merimbun... Ramaialh yang menasihati dia... termasuklah si isteri kesayangan.. yang dah berbuih-buih mulutnya menasihati si suami balik melalui jalan yang lebih selamat.. biarlah jauh sedikit asalkan tidak terkena gangguan... Sebab ramai yang dah terkena... ada yang jumpa perempuan cantik... ada yang menumpang naik kenderaan sekali.. dan macam-macamlah... namun perkara nih... cuma dipandang sepi oleh Asraf...
Sambung balik cerita tadi.... sori meleret-leret la pulak... Lepas buat rush tadi... selesai semua perkara gedebak gedebuk habis pukul 4... macam biasalah laluan dia tu... Bila sampai kat satu pokok nih..pintu belakang keretanya terbuka dgn sendiri.... dan kemudiannya tertutup dengan sendiri sedangkan masa tu kereta tengah duk bergerak.... Asraf ingat dia lupa nak tutup pintu...jadinya dia pun memberhentikan keretanya di tepi jalan..... Pastu dia pergi check pintu yang terbukak tadi...Aik... kunci la pulak... Dengan selamba dia masuk balik ke dalam kereta... dan meneruskan perjalanan....
Semasa dalam perjalanan tu, Asraf dengar macam ada orang duduk di belakang... sesekali sekala dengar macam orang duk alih tempat duduk... Tapi tak nampak apa-apa pun kat cermin pandang belakang... Tapi dia terperasan sesuatu.... barang-barang kat tempat duduk belakang macam dah terngenjak ke tepi....Buku... mainan anak dia payung yang berselerak tadi macam ada orang letak satu sudut sebelah kanan.. bekalang pemandu.... mulalah si Asraf nih rasa seram... tapi masih lagi berlagak selamba... pastu dia pun sound kat benda yang tumpang dia...
"Aku tak kacau ko, ko jgn kacau aku....kalau ko nak tumpang, boleh tapi jgn tinggalkan apa2 dalam kereta.....aku baru balik dari mencari rezeki Allah".
Dalam sepuluh minit selepas tu dia nampak melalui cermin pandang belakang.. pintu kereta yang dia pasti berkunci... terbuka dan tertutup kembali... Masa nih Asraf jenuh jugaklah mengingatkan surah2 dan ayat2 suci yang dia ingat...Tu lah tak dengar kata lagi... bila dah terkena barulah nak berhati-hati... Demam jugak la si Asraf nih.... Bila dah sihat dia cerita kejadian tu pada kawan-kawan satu cawangan termasuklah adik Zad... sejak deri hari tu tak siapa nak balik kot jalan tu lagi.... takuttt... kena tumpang... tapi nasib baiklah tak tunjuk muka ke... tinggal barang ke... kalau tak naya... |
|
|
|
|
|
|
| |
|