|
siputsedut posted on 18-4-2013 02:27 PM
dlu ada forumer ni post kisah hantu lawak nk mati or at least bg iols lawak la... @Joe^Duan
...
mmg seram melampau
bahasa die pon leh tahan
|
|
|
|
|
|
|
|
Nk lg.... |
|
|
|
|
|
|
|
anwarnuwa posted on 22-4-2013 04:05 PM
mesti awak perasan cun sangat sampai hantu pon xleh nak beza dgn stalker ...hihihi
ade citer lg tak?
ramai yg menunggu ni
|
|
|
|
|
|
|
|
ni citer lecturer aku masa kat u dulu.. aku panggil dia en.ishak.. dia ni lecturer yg suka berkongsi pengalaman dia masa memuda dulu.. sekali tu nak dekat time final exam, dia kongsi citer housemate dia masa diorg belajar di UTM dulu.. katanya time nak dekat final exam ni, mesti bnyk kes students nampak hantu .. dia sendiri pun heran apsal selalu mcm tu.. dia agak sbb stress gamaknya.. sebab tu bnyk hantu suka ngusik time2 gni..
kisahnya, en.ishak ni menyewa rumah teres 2 tingkat dengan 4 org yg lain.. en.ishak berkongsi bilik di tingkat atas dgn sorg kwn dia (aku panggil dia mi je la sbb aku dah x ingat nama dia)... sekali tu, dah tgh malam, mi tgh study sorg2 kat bilik di tingkat atas.. tetiba kawan dia terbau wangi je kat bilik tu.. bau mcm kemenyan... dia mula x sedap ati tapi buat berani terus smbg study lagi... baru nak smbg study, dengar plak bunyi mcm ada yg mcakar pintu bilik sebelah.. x cukup dengan bau dan bunyi, tetiba dia nampak kelibat lembaga berbaju putih dok berjalan melintas depan pintu bilik dia.. 2 3 kali lembaga tu dok ulang alik berjalan depan pintu bilik dia... mcm saja je nak tunjuk kat mi ni.. mi pun apa lagi, takut dan panik punya pasal terus je dia gi ke balkoni luar bilik tu dan terjun ke bawah.. x psl2 patah kaki sebelah... dan dia terpaksa dibawa balik berubat di kampung sbb terkejut tgk hantu...
bila mi ni patah kaki dan terpaksa tangguh 1 sem coz masih lemah semangat dgn kejadian tu, en.ishak ni rasa amat le sedih dan bersalah... bukan rasa bersalah sebab tinggalkan mi study sorg2 dlm bilik tu.. tapi sebab dia le yg menyamar jadi hantu tu.. kata en.ishak, dia tgh boring since dia ada gap seminggu sebelum exam.. x tau nak buat since dia konfiden dia dah boleh score exam tu nanti.. so, dia dpt 1 idea yang sungguh bernas iaitu menyakat si mi ni.. mlm tu, bila si mi tgh asyik ngadap buku, en.ishak mula bakar kemenyan kat bilik sebelah.. pas tu dia asap2 kemenyan tu supaya bau kemenyan tu sampai ke bilik mi... then dia saja cakar2 pintu bilik sebelah dengan garfu sebelum dia pakai telekung putih (aku lupa nak tanya dia rembat telekung sape) n berjalan2 depan bilik mi.. katanya lagi, mana le dia tau mi tu penakut nak mampus sampai sanggup terjun balkoni sebab takut hantu!!!
sampai skrg, mi x tau yg hantu tu bukan hantu betul.. en.ishak x berani nak story coz takut kena pelangkung dgn mi.. bertuah sungguh lecturer aku tu... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
makkenits posted on 22-4-2013 01:40 PM
memang org selalu kaitkn citer hantu ni sebagai seram... tapi kalo diingatkn balik, mesti ada gak ya ...
kahkahkah hantu nak takutkan awak pn bley give up kena cekak pinggang |
|
|
|
|
|
|
|
makkenits posted on 23-4-2013 05:01 PM
ni citer lecturer aku masa kat u dulu.. aku panggil dia en.ishak.. dia ni lecturer yg suka berkongsi ...
haramjadah punya member! HAHHAHAHAHHA |
|
|
|
|
|
|
|
makkenits posted on 23-4-2013 05:01 PM
ni citer lecturer aku masa kat u dulu.. aku panggil dia en.ishak.. dia ni lecturer yg suka berkongsi ...
Hahaha LOL ... memang kelakar !!! memang patut rasa bersalah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak tumpang cerita sikit.. ini cerita kawan aku la... zaman awal 90an dulu...
Kawan aku ni kena pi OBS (outward bound school) Lumut.. Salah satu aktivitinya ialah "solo camping" iaitu ber-camping sorang2 dalam hutan dan jarak antara satu peserta dgn satu peserta agak jauh jugak la..
Di kisahkan seorang peserta solo camping malam tu, lepas solat dia duk zikir dalam khemah... tetiba dengar bunyi khemahnya di baling pasir.. dia terus berzikir.. makin menjadi2 bunyi pasir di khemahnya.. kemudian dia bangun dan azan... bunyi balingan pasir makin kerap, takdak tanda2 berkurangan..
Daripada hati yang kecut, dia mendapat kekuatan pula, mungkin sebab fed-up kut tak habis2 kena baling pasir kat khemah dia.. dia capai parang dan terjah keluar khemah untuk berdepan dengan "apa" sahaja yg telah menggangu dia... bunyi jeritan berkumandang.. jeritan dia yg memegang parang dan menyerang keluar khemah dan juga jerita "benda" di luar khemah..
Sememangnya OBS Lumut tu terkenal dgn mcm2 cerita.. dalam kes kali ini, apabila "mat" yg menyerang keluar dari khemah tu dgn parangnya, dia pun terkejut... kemudian dia rasa lega.. sebabnya .. dia kenal "benda" tu .. yg membaling pasir tu adalah kawan saya (yg menceritakan kpd saya) dgn sorang lagi peserta.. dia bosan di khemahnya, dia pi berjalan ke khemah lain (ikut rules tak boleh).. dan depa pi kacau mat tu dgn duk baling pasir.. kekekeke... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun prnh gak gi stay kat OBS tu.. 2 minggu kat sana mmg something... kalo bab solo camping tu.. group kitorg bnasib baik coz dpt site yg ok skit banding site tepi bukit tu.. kalo site tepi bukit tu, dgr citer kekwn yg prnh gi dulu, mmg horror.. wpun dia x tunjuk muka tp bayangkn perasaan bebdk yg kena baling batu n tetiba ditarik keluar dr khemah oleh benda yg dia x nampak.. tu x kira bab bunyi lg.. ** anyway, masa turn solo camping group aku, jarak khemah lebih kurang 100m from each other.. mmg mcm peel time tu.. sorg mamat ni sbb tlampau takut benda yg dia x nampak, dia sanggup x psg khemah.. ikut logik dia, senang dia nampak sekeliling dia n lari kalo ada benda pelik.. aku x dpt bayangkn camner kalo benda pelik tu tetiba ada sebelah dia.. sempat ke dia nak lari b4 pengsan**tp mamat sorg lg sempat lari kluar hutan.. laju sungguh dia lari sampai jenuh fasi kejar.. **citernya, dia curi2 jln round tgk khemah kwn2.. masa tu dah nak dkt subuh.. sampai kat 1 pokok besar, dia tkejut tgk ada lembaga putih balik pokok tu.. apa lagi, lari lintang pukang le mamat tu.. yg bestnya, lembaga putih tu pun heran apsal si mamat ni lari??? rupanya lembaga putih yg dia nampak tu just kwn pompuan aku yg bertelekung menunggu azan subuh.. hehehe... bila siang tu, mmg sakit perut le kitorg gelakkn mamat tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
makkenits posted on 23-4-2013 05:01 PM
ni citer lecturer aku masa kat u dulu.. aku panggil dia en.ishak.. dia ni lecturer yg suka berkongsi ...
hadoi...kurang ajar punye member hahahaa. kaw2 dia usik. kejam2... |
|
|
|
|
|
|
|
k_a_a posted on 23-4-2013 06:20 PM
Nak tumpang cerita sikit.. ini cerita kawan aku la... zaman awal 90an dulu...
Kawan aku ni kena ...
nasib baek baling pasir je..kalu letak bau kemenyan mcam cerita en.ishak tu? lagi cepat dia naek angin hahhaha
|
|
|
|
|
|
|
|
misteri penjara pudu
SEBAB2 KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP??!!
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.
Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.
Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.
Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.
Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.
Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,
"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa "
"Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa ... "
Tahniah kerana minat membaca.
(copy paste- credit to http://www.facebook.com/photo.ph ... p;type=1&ref=nf) |
|
|
|
|
|
|
|
sismawar posted on 26-4-2013 11:57 PM
iye2 je aku baca.. dgn penuh perasaan..
haha..kan? ak pon mula2 baca ngan saspen abis
|
|
|
|
|
|
|
| |
|