CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: kakint

Lembaga Hitam Berbentuk Manusia....Siapa boleh tolong kami

[Copy link]
Post time 23-10-2012 05:04 PM | Show all posts
kakint posted on 23-10-2012 04:34 PM
Boleh bagi penjelasan lebih lanjut ttg statement anda?  Saya ni mmg kurang arif ttg hal2 ni..

huhu... maaflah kalau tersilap.
tapi apa yang saya bagitau tu berdasarkan cerita atas cerita yang saya dengari dari kecil.

ceritanya bermula begini...
ada suatu masa dahulu, ada sebuah keluarga yang hidup dengan baik dan bahagia.
pada suatu hari si ketua keluarga ingin membawa ahli keluarganya untuk ke mekah.(tak pasti pulak untuk urusan haji ataupun umrah)
jadi dalam keluarga tu, ada si ayah, si ibu, dan si anak-anaknya.
dan dikalangan anak anaknya itu pula ada seorang anak kecil yang usianya dalam lingkungan 5 - 6 tahun.
jadi nak dipendekkan cerita. setelah memasuki tanah haram. si anak kecil itu kerap kali menangis.
setiap kali menangis si anak kecil itu akan memalingkan mukanya dan memeluk erat orang tuanya.

jadi kehairananlah kedua orang tuanya itu.
oleh kerana terlalu kerap berlaku kejadian tangis dan esak itu, maka si ayah bertanyalah kepada si anak kecil itu.
soalannya berbunyi " kenapakah adik menangis?"
lalu si anak kecik itu menjawab, "adik nampak orang huduh, lidah panjang, mata merah bak saga ayahku" (ayat ini adalah rekaan semata mata untuk efek yang lebih dramatis)

jadi si ayah berasa tidak tenang hati untuk meneruskan ibadahnya dek kerana terpaksa melayan kerenah anak kecilnya ini.
bisik hatinya, mana mungkin anakku ini berdusta. atau mungkinkah ini adalah pengaruh media massa yang banyak menayangkan cerita hantu dewasa ini? ( ini pun ayat tokok tambah, tapi maksudnya adalah sama dengan apa yang bermain di benak fikiran si ayah)

jadi dipendekkan cerita yang panjang, maka setelah berbincang dengan isterinya, kata sepakat yang membawa berkat telah dicapai.
mereka telah sebulat suara bersetuju untuk membawa si anak untuk berjumpa dengan orang cerdik pandai untuk bertanyakan hal tersebut.
al kisah berjumpa dengan seorang cerdik pandai pada masa itu, telah berlaku dengan dialog berikut:

si ayah: assalamualaikum ya shiekh.
si cerdik pandai : waalaikumussalam, silakan masuk. ada apakah gerangannya datang ke mari?
si ayah : saya ingin bertanyakan soal anak saya ini yang sering menangis. dan dia mengatakan melihat orang orang yang buruk
             rupa paras dengan lidah yang terjelir dan mata yang merah.
si cerdik pandai : maha suci allah yang menjadikan segala sesuatu. sebenarnya anakmu ini tidak berbohong. dek kerana hatinya         yang suci dan bersih, dan terang hatinya itu menyebabnya terbuka hijab matanya dengan dunia lain.
si ayah : adakah ini akan memudaratkannya?
si cerdik pandai : anakmu ini masih kecil, masih belum mengenal baik dan buruk, dia juga belum mampu membezakan dunia ini dan dunia lain. ketakutan yang dilaluinya itu akan merosakkan jiwanya, menjadikannya seorang yang penakut dan kurang keyakinan diri.
si ayah : apakah ada cara untuk mengubati keadaannya ini?

sambung nanti la pulak... nak sembahyang asar jap.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2012 09:03 PM | Show all posts
sambung jangan tak sambung .... nanti kena kutukan dewata ....   
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 10:25 PM | Show all posts
udah membawa ke isyak.....mana dia sambungan.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 10:10 AM | Show all posts
huhu mintak maaf tuan tanah. panggilan emergency dari orang rumah.

ini sambungannya.

(ulang balik dailog si ayah untuk tambahkan efek)

si ayah : apakah ada cara untuk mengubati keadaan ini?
si cerdik pandai : insyaAllah, insyaAllah... ada jalannya.
si ayah : bagaimana?
si cerdik pandai : esok kamu pergilah ke pasar. bawa bersama anakmu itu.
si ayah : ke pasar? pasar yang mana?
si cerdik pandai : sabarlah dulu. aku belum habis cakap lagi ( ni saya suka suka ja tambah nak kasi panjang cerita).
                       kamu bawalah anakmu itu ke pasar tempat orang menjual kurma, badam kismis.
si ayah : adakah kurma, badam dan kismis akan mampu mengubati keadaan anakku ini?
si cerdik pandai : ya. tetapi dengan syaratnya. ambillah buah yang dipamerkan itu. tanpa penjualnya melihat kamu mengambil buahan jualannya itu.
( kat mekah selalunya kat kawasan pasar dia ni, memang dah jadi lumrah orang akan cuba rasa dulu sebelum membeli, dah jadi macam budaya. selalunya memang peniaga tu halalkan je orang makan pun.)
si ayah : adakah itu mencuri? padahal aku mampu untuk membelikannya untuk anakku.
si cerdik pandai : ya. tetapi sesudah kamu berikan kepada anakmu makan, maka kamu jumpalah penjual itu, minta maaflah kepadanya, dan minta halallah kepadanya.

si ayah terpinga pinga, tetapi menurutkan sahaja keadaannya demi mengubati anaknya itu.

keesokkan harinya, si ayah membawa anak kecilnya itu ke pasar. lalu dilalukan seperti yang dikehendaki.
setelah diberikan seulas kurma kepada anaknya, kanak kanak kecil itu tertidur.
si ayah bertemu dengan si penjual untuk meminta maaf dan menghalalka buah itu.
namun si penjual itu sememangnya telah sedia halal untuk barang jualannya itu. dan kejadian itu baginya sememangnya lumrah dan adat dalam berniaga. kemudian si ayah terus membawa si anak kecilnya itu balik ke tempat penginapan mereka.

setelah anaknya bangun dari tidur. anak kecil itu tidak lagi menangis seperti kebiasaannya.
setelah ditanya, si anak itu memberitahu, dia tidak lagi melihat orang orang hodoh seperti yang dilihatnya sebelum ini.

bersyukur dengan kejadian itu, lantas si ayah sekali lagi pergi berjumpa dengan si cerdik pandai yang sebelumnya, untuk mengucapkan terima kasih dan mendapatkan penjelasan.

si ayah : assalamualaikum ya shiekh.
si cerdik pandai : waalaikummussalam. bagaimanakah keadaan anakmu itu?
si ayah : alhamdulillah sudah beransur pulih. tapi saya hairan, bagaimana kurma yang dimakan itu mampu memberikan kesembuhan.
si cerdik pandai : sebenarnya bukan kurma itu yang memulihkan keadaan anakmu. tetapi keberkatan. buah kurma yang kamu ambil itu kurang keberkatannya bila kamu ambil tanpa pengetahuan peniaga itu. lalu apabila anakmu memakannya, lantas mata hatinya yang terang telah diselaputi dengan zat yang kurang keberkatan itu. itulah yang menutup pandangan anakmu sekarang ini dari melihat alam yang lain itu.
sy ayah: (terlopong seketika sebab dah bagi anak dia makan makanan yang tak berkat) apakah ketidak berkatan makanan itu akan terus mengelapkan hatinya?
si cerdik pandai : kamu sudah meminta izin dari penjual itu kan? insyaallah, tuhan berkati hidup anakmu.

lega dengan penjelasan itu, si ayah terus pulang ke tempat penginapannya, dan dapat menunaikan ibadahnya dengan baik selepas itu.
jadi macam tu lah ceritanya. betul ke tak wallah hu aklam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 03:36 PM | Show all posts
Al-kisahnya....

Terima kasih la sbb share citer tu..

Saya pernah dengar citer, ada yg mmg boleh nmpk alam yg lagi satu tu... tp ntah camner dia leh nmpk, wallahualam, sbb tukang citer hanya citer pasal bdk ni leh nmpk benda2 tu jer. Berbellit2 lak ckp saya ni.. tp anda semua pahamkan...

Citernya bdk pompuan ni tetiba leh nmpk benda2 hantu ni (sekali lagi, saya panggil hantu jer la kat mahkluk ni ya..), sekali tu dia masuk tandas dia nampak berpuluh2 hantu tu kat dalam tandas (saya rasa dia tak baca doa masuk tandas), terjerit2 la bdk ni.  Sampai bdk tu jd takut dan tak boleh tumpu pd pelajaran.  Jd ibu bapa dia sebok carikan org yg boleh merawat anaknya tu.  Dan selepas rawatan, alhamdullilah, anak dia dah tak nmpk lagi.  

Ada satu citer lagi, kisah kakak ni samada nak lahirkan anak atau masa dia dlm pantang (ni kes dengar2 citer org la ni), ada lembaga hitam yg tinggi n besar nak amik anak dia dr dia...katanya tu hantu raya.  Dia 'berperang' la ngan lembaga tu (bkn perang camner tp dia peluk erat anak dia) supaya lembaga tu tak leh tarik anak dia yg dlm pelukan dia tu.  Lepas berubat, lembaga tu dah tak kacau dia anak beranak lagi...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 11:18 AM | Show all posts
kakint posted on 23-10-2012 03:12 PM
Assalamualaikum pada semua... saya memang agak sibuk sejak beberapa minggu ni.  Terima kasih kepada  ...
Assalamualaikum pada semua... saya memang agak sibuk sejak beberapa minggu ni.  Terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa membaca cerita saya ni.  Segala nasihat dan perkongsian anda semua amat saya hargai.

Maksud saya ustaz tu, termasuk la perawat untuk rawatan alternatif.. maaf kalau ada yang terasa.

Berita terbaru yang saya terima ttg anak buah saya tu... dia ada berkwn dgn kumpulan bdk2 kat sekolah dia yang suka2 buat aktiviti menyiasat paranormal mcm lebih kurang group seekers tu.  Jd dia kata, pernah sekali tu dia nengok org (atau kawan2 dia) dok main wayang kulit, dia kata dia boleh nmpk ramai gadis2 cantik datang menonton.  Dia kata dia nmpk byk hantu2 (saya gelarkan hantu la ya sbb tak tau apa nak panggil dah), ada yang besar, tinggi, hitam, rambut panjang dan mcm2 lagi... dan dia jugak nmpk ada yang berpakain serba putih (nmpk cam org alim2... mungkin tu pd pandangan mata dia) tp duduknya jauh dari diri dia.

Baru2 ni, adik saya yang duduk dikawasan anak buah ni belajar ada mintak pertolongan sesorang dari kawasan dia duduk tu , dan nenek ni kata dia dah buang pendamping tu... katanya ada benda nak berdamping ngan anak buah ni.  So dia claim yang dia dah buangkan.  Anak buah kata skg dia dah tak nmpk mahluk yg hitam tu lagi, tp hantu2 lain tu dia nmpk ajer.  misalnya, dia pernah lalu satu kawasan sungai and dia kata dia nampak byk mahluk hantu ni kat kawasan tu...

So, saya nak tanya, adakah ini mcm lebih kurang filem Hijab tu?.. maaf la kalau soalan saya ni nmpk mcm kurang bijak (tp mmg pun). Tapi saya rasa tuk senangkan para pembaca lain fahamkan, saya rasa dia boleh nampak benda2 halus ni sbb hijab dia dah terbuka.  Betul ker?  Kalau filem Hijab tu betul, mcmana nak tutup balik hijab dia.  Mintak yang berilmu ttg ni membantu. Insyallah.
   
Hijab terbuka, betul, tapi hijab jin, sebab jin yg buka hijab tu..... jin yg menguasai mata dia..... jangan dibiarkan terus terusan, kang gila.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-10-2012 01:52 AM | Show all posts
Terima kasih hantukiller atas nasihat yg diberikan.  Itu la yang kami tak mahu... sbb yg dia nmpk tu benda2 yang tak berapa elok..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 09:17 AM | Show all posts
Salam kakint...
Anak kawan akak pernah alami..tapi dia dah masuk 25 ke atas lelaki...
Makhluk lebih kurang cam tu..cuma berbulu badan dia..2 eokor.... mula2 ikut kiri kanan.....nampak cam bayang2..lama2 berupa....makin lama makin jelas..... dan tak lama lepas tu...dia usung keranda ikut aje ke mana pergi...keranda tu keranda kayu jenis lama punya...
Puas berubat..mula2 dia rasa takut jugak..lama2 dah tak heran...
Puas berubat ke sana ke mari.... rupanya2 tu saka dari nenek moyang dulu2......keluarga yang idup pun tak tau..sebab tak ada siapa yang awal dulu sanggup mengambil untuk bela benda tu.. so benda tu sebenarnya dah lama ujud dalam keluarga dia orang tapi benda ni pun memilih jugak.... sampai la ke keturunan anak kawan akak ni.. di dah berkenan.....
Anak dia kata..dari remaja lagi tapi dia jenis tak amik kisah..tau la budak lelaki...jenis tak rasa takut sangat......
Lama2 jumpa ada sorang ustaz ni dia kata..diri sendiri yang kena baca apa saja ayang pendinding segala...dan sentiasa berkomunikasi dengan benda tu kata....
"Aku memang betul2 tak mau ko jadi pendamping aku... aku boleh jaga diri aku sendiri....ko pergi lah cari orang lain.."
Cakap dengan nekad..dengan tegas.... hari2.......
Lama2... benda tu makin kabur.....makin samar..terus hilang..tapi makan masa jugak lah......

Tujuan dia duk pikul keranda tu..suh anak kawan tu masuk dalam keranda tu..dan itu maknanya mereka dah berjanji akan akan bersatu hati antara satu sama lain dan sanggup bela dia..dan bila mati...nanti ada penyambung yang mewarisinya...wallahualam..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2012 10:31 AM | Show all posts
hui? kontrak berdarah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 11:41 AM | Show all posts
sambung lg TT
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 05:30 PM | Show all posts
dkzue posted on 29-10-2012 09:17 AM
Salam kakint...
Anak kawan akak pernah alami..tapi dia dah masuk 25 ke atas lelaki...
Makhluk lebi ...

huhuhu... seram... siap masuk dalam keranda lagi.. nak tanya bila anak kawan awak masuk dalam keranda tu maknanya dia akan mati la yek.. ke macamana... leh jelaskan lagi tak...

seram la cerita TT...
sekarang saya dah dapat officemate baru.. perempuan.. budak draught person.. tak keseorangan dahla...
baru2 ni saja la bercerita2 hantu ngan dia.. dia pun mengalami macam yang anak sedara TT alami, makhluk hitam tu ikut dia dari rumah sampai ke poli... tapi budak ni mmang berani la... jenis tak takut ngan cool je.. bagus budak ni...i

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 07:19 AM | Show all posts
Hati...hati...ade yg merhati.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 08:21 AM | Show all posts
Salam

maksud..nya kalau dia masuk dalam keranda tu..dia menerimalah kehadiran kedua makhluk tu dalam hidup dia....dan temetrilah perjanjian antara keduanya....lebih kurang macam tu laa...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 09:35 AM | Show all posts
evilcooler posted on 16-10-2012 05:33 PM
Time solat jemaah dalam masjid / surau ramai2 dia join sekali ke?

Usahakan anak buah awak supaya ...

pssst... benda tu muncul antara jam 2-4 pagi je
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 09:19 PM | Show all posts
kakint posted on 26-10-2012 01:52 AM
Terima kasih hantukiller atas nasihat yg diberikan.  Itu la yang kami tak mahu... sbb yg dia nmpk tu ...

so
ada crita terbaru ke???
manlah tahu dia dah pandai mengubat org pulakkkkk
atau
menyakat je kerjanya

sory saya memang suka gurau2 je yaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.066570 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list