|
Sorry itu semua tipu - Jejai anak si prominent
[Copy link]
|
|
Salasilah Raja Noora Ashikin ni masih menjadi tandatanya..aku x reti buka thread baru..so aku tumpang la kat thread anak prominent ni ye..
Dah puas aku google cari asal usul salasilah PS Prominent ni..
Yg dijumpai cuma salasilah yg dipostkan oleh acik Darsita (peminat tegar PS Prominent kat benag gosip kenamaan)
MANAGING DIRECTOR : ZAZA APPARELS MANUFACTURER SDN BHD
Pendidikan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah
Universiti Malaya 1969 β 1972
Bachelor Of Economics & Administration, Economics and Administration
Graduate with honours in Economics & Administration.
Involved in Student Exchange programmes with Thailand.
Aktiviti dan Persatuan: Editor University Magazine for one year
University Malaya-1969 β 1972
Keluarga
Father: Raja Abdullah
Mother: Rahmah
Husband:
Tan Sri Dato' Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib
(Bekas Menteri Besar Perak dan bekas Speaker Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia)
Son:
Ramelle Ashram
Rizal Ashram
Daughter:
Putri Azalea Ashram
Puteri Yasmin Ashram
Sister & Brother
- Raja Ropiaah
- Raja Ahmad Aminollah
- Raja Rabiatun Aduah
Tapi penemuan aku -pasal Raja Abdullah pulak, mcm ni:
Aku bukannya apa...sebab aku meluat dengan pengikraran dia as prominent people dan ketaksuban haters aka karats nora danish yg memuji memuja so called PS prominent nih..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
so tipu kah ...sama level dgn sultan melaka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tambah sikit lagi..yg pastinya Raja Abdullah tu x wujud dlm sejarah Perak..hanya Sultan Abdullah sahaja..
Kesultanan Perak yang merupakan satu-satunya waris Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pewarisan takhta yang unik. Berbeza dengan negeri-negeri Melayu beraja yang lain yang mengikut sistem turun menurun dari raja pemerintah kepada puteranya, sistem yang diamalkan di Perak ialah menerusi kenaikan tangga demi tangga Raja-raja Bergelar yang merupakan pewaris takhta:
1. Raja Kecil Bongsu
2. Raja Kecil Tengah
3. Raja Kecil Sulong
4. Raja Kecil Besar
5. Raja Di Hilir
6. Raja Muda
7. Sultan
Rampasan kuasa Perak
Walau bagaimanapun Dewan Negara Perak mempunyai kuasa dalam pemilihan dan perlantikan Sultan dan Raja-raja Bergelar. Siapakah Ahli Dewan Negara Perak? Ahli-ahlinya terdiri daripada Sultan dan Raja-raja Bergelar, Menteri Besar, Orang Besar Empat, Orang Besar Delapan, Mufti dan 12 orang yang dipilih sebagai ahli bukan rasmi. Ahli-ahli Dewan Negara inilah yang mempunyai kuasa dalam perlantikan Sultan dan Raja-raja Bergelar. Yang menariknya, Ahli-ahli Dewan ini dilantik oleh Sultan Perak, dan kemudiannya mereka pula yang akan memilih dan melantik Sultan berikutnya serta menentukan siapa layak menjadi Raja-raja Bergelar.
Salah seorang ahli Dewan Negara Perak ialah Datuk Seri Annuar Zaini yang dikatakan terlibat dalam konspirasi rampasan kuasa di Perak. Sila rujuk salinan artikel akhbar Harakah bertajuk "Sultan Perak Sempurnakan Konspirasi Annuar Zaini?" disini.
Persoalan diajukan disini adakah Raja Nazrin tidak sepatutnya menjadi Raja Muda Perak?
Soalannya pendek tetapi untuk menerangkan situasi sebenarnya agak rumit. Jadual dibawah adalah ringkasan lantikan raja-raja bergelar mengikut tahun. Cuba fahamkan.
Sejak pemerintahan Sultan Perak ke-29 iaitu Sultan Abdul Jalil, hanya seorang waris atau 2 waris Sultan dilantik sebagai Raja Bergelar. Ringkasnya adalah seperti dibawah:
Waris Sultan Perak ke-29 - Sultan Abdul Jalil (1916-1918)
Memandangkan Sultan Abdul Jalil hanya menjadi Sultan Perak selama 2 tahun, jadi mungkin walaupun mempunyai 4 putera, hanya seorang waris saja dilantik iaitu putera sulung baginda, Sultan Yusuf Izzuddin (bapa Sultan Azlan) yang kemudiannya menjadi Sultan Perak ke-32.
1. Sultan Yusuf Izzuddin ibni Sultan Abdul Jalil (menjadi Sultan hingga 1963)
Sultan Perak ke-30 - Sultan Alang Iskandar (1918-1938)
1. Sultan Idris II ibni Sultan Alang Iskandar (menjadi Sultan ke-33)
2. Raja Ahmad Saifuddin ibni Sultan Alang Iskandar (menjadi Raja Muda hingga 1997)
Waris Sultan Perak ke-31 - Sultan Abdul Aziz (1938-1948)
Isteri ke-2 Raja Jaafar, Hasleza Ishak yang mati dibunuh.
Sultan Abdul Aziz hanya mempunyai seorang putera iaitu Raja Musa. Jadi, semasa perlantikan Raja-raja Bergelar pada tahun 1984 iaitu selepas kemangkatan Sultan Idris II, Sultan Azlan dan Dewan Negara Perak memasukkan seorang lagi waris dari Sultan Abdul Aziz iaitu cucu baginda, Raja Jaafar yang sehingga kini menjadi Raja Di Hilir Perak.
1. Raja Musa ibni Sultan Abdul Aziz (menjadi Raja Muda hingga 1983)
2. Raja Jaafar ibni Raja Musa ibni Sultan Abdul Aziz (Raja Di Hilir sekarang)
Cucu Sultan Yussuf, pelakon Aman Graseka anak Raja Baharom
Waris Sultan Perak ke-32 - Sultan Yussuf Izzudin (1948-1963)
Walaupun Sultan Yussuf mempunyai 4 putera - Raja Ekram, Raja Zairan, Raja Baharom dan Raja Azlan, cuma 2 orang sahaja waris dilantik sebagai Raja Bergelar iaitu putera sulung dan bongsu. Mengapa Raja Azlan yang merupakan putera bongsu dipilih? Ini kerana abangnya dengan sengaja tidak mahu dilantik kerana masalah kesihatan. Juga kerana Sultan Yussuf nampak akan kecerdikan anak bongsunya ini.
1. Raja Ekram ibni Sultan Yussuf Izzuddin (menjadi Raja Di Hilir hingga 1978)
2. Sultan Azlan ibni Sultan Yussuf Izzuddin
Raja Shuib atau Raja Shuibah?
Waris Sultan Perak ke-33 - Sultan Idris II (1963-1984)
Dengan mempunyai 8 orang isteri, Sultan Idris II mempunyai 13 orang anak dimana 8 adalah putera termasuk seorang yang tidak dapat dipastikan jantinanya iaitu Raja Shuib (kini lebih dikenali sebagai Raja Shuibah atau nama panggilan Ku Ess). Raja Izzuddin mula dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu pada tahun 1963 iaitu semasa Sultan Idris II menaiki takhta. Beliau mempunyai masalah moral yang menyebabkan tidak dipilih untuk menaiki tangga demi tangga sebagai pewaris takhta dan akhirnya dilucutkan jawatan. Raja Iskandar Dzulkarnain pula dimasukkan dalam senarai Raja Bergelar pada tahun 1984 oleh Sultan Azlan dan Dewan Negara Perak.
1. Raja Izzuddin ibni Sultan Idris (dilucutkan jawatan)
2. Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Sultan Idris (Raja Kechil Besar hingga kini)
Waris Sultan Perak ke-34 - Sultan Azlan (1984-kini)
1. Raja Nazrin ibni Sultan Azlan
2. Raja Ashman ibni Sultan Azlan
3. Raja Ahmad Nazim ibni Raja Ashman ibni Sultan Azlan (yang ini akan diulas kemudian)
Diajukan sekali lagi soalan, adakah Raja Nazrin tidak sepatutnya menjadi Raja Muda dan berlaku twist dalam pewaris takhta Kesultanan Perak?
Sebenarnya tiada apa-apa masalah pun. Tak ada twist, tak ada tipu muslihat. Jika dilihat semula jadual di atas, apabila Sultan Idris II mangkat pada tahun 1984 dan Sultan Azlan menduduki takhta, penyusunan semula Raja Bergelar telah dibuat.
1. Raja Nazrin, Raja Jaafar dan Raja Iskandar Dzulkarnain (iaitu seorang lagi anak Sultan Idris II) dimasukkan sebagai pewaris takhta pada tahun 1984. Rujuk kepada jadual di atas, Raja Izzuddin sepatutnya naik satu lagi tangga, tetapi apa yang berlaku ialah beliau kekal sebagai Raja Kechil Sulung. Disini Raja Nazrin yang baru masuk list Raja Bergelar berada lebih atas.
Raja Izzuddin Shah
Ini adalah disebabkan Raja Izzuddin bukanlah menjadi pilihan Sultan dan Ahli Dewan Negara Perak memandangkan salah-laku yang pernah dibuat sebelum ini. Mengikut sejarahnya, walaupun Raja Izzuddin dilantik menjadi Raja Kechil Bongsu oleh ayahnya, Sultan Idris II pada tahun 1963 iaitu semasa berusia 9 tahun, tetapi kemudiannya Sultan Idris II pernah menarik semula gelaran tersebut dan akhirnya diberikan semula. Satu contoh salah-laku boleh rujuk kes Raja Izzuddin Shah v. Public Prosecutor [1979] 1 MLJ 270 dimana dikatakan Raja Izzuddin menyerang seseorang ketika di dalam keadaan mabuk. Kes itu pernah disebut semasa penghakiman terhadap kes mata lebam Anwar Ibrahim oleh Tan Sri Rahim Noor.
"Mengambil kira suasana negara pada ketika itu seseorang yang dalam kedudukan tertuduh seharusnya bertindak waras dan bukan sebaliknya. Dalam kedua-dua kes (kes Raja Izzuddin Shah dan kes Tengku Mahmood Iskandar) perbuatan tertuduh hanya membawa padah kepada seorang individu manakala dalam kes ini membawa padah kepada seluruh negara" - Hakim Akhtar Tahir
Cina pun boleh jadi Ahli Kerabat janji ada duit!
Itu kisah pada tahun 1979, berlaku beberapa kes lagi seperti diisytihar muflis pada tahun 1990, kes menjual pingat Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) walaupun akhirnya mahkamah bebaskan. Begitu juga dikaitkan dengan penjualan watikah Ahli Kerabat Diraja Perak dan logo kereta palsu walaupun didakwa terdapat sindeket memalsukan tandatangan beliau. Terkini dikaitkan pula dengan skim cepat kaya Novalife dan sebuah koperasi yang mana pengerusinya adalah bekas Setiausaha Peribadi beliau iaitu Koperasi Sahabat Raja Izuddin Iskandar Shah Berhad (SRIISB).
Raja Ahmad Hisham
2. Raja Ahmad Hisham (cucu kepada Sultan Abdullah yang dibuang negeri ke Pulau Seychelles) menjadi Raja Di Hilir sejak 1978. Apabila Raja Muda Musa mangkat pada tahun 1983, beliau memberi laluan kepada Sultan Azlan yang berada di tangga bawahnya memandangkan kesihatan yang tidak mengizinkan. Beliau kekal sebagai Raja Di Hilir (sila rujuk jadual di atas untuk gambaran lebih jelas).
Sekali lagi apabila Sultan Idris mangkat pada tahun 1984, Raja Ahmad Hisham memberi laluan kepada Raja Ahmad Saifuddin yang berada di tangga bawahnya untuk naik menjadi Raja Muda. Sekali lagi beliau kekal sebagai Raja Di Hilir.
Pada tahun 1988, apabila Raja Muda, Raja Ahmad Saifuddin mangkat, Raja Ahmad Hisham memberi laluan kepada Raja Nazrin untuk naik menjadi Raja Muda memandangkan usia beliau telah mencapai 80 tahun.
Jika bukan kerana faktor kesihatan dan usia, sudah lama Raja Ahmad Hisham menjadi Sultan Perak. Tidak berlaku sebarang perebutan kuasa atau sistem yang telah di-twist dan sebagainya. Semuanya atas kerelaan Raja Ahmad Hisham untuk memberi laluan kepada Raja-raja Bergelar yang lain untuk menaiki tangga-tangga berikutnya.
Kesimpulannya, Raja Nazrin menjadi Raja Muda dengan cara yang betul dan mendapat persetujuan Dewan Negara Perak. Faktanya jelas (1) disebabkan moral Raja Izzuddin Shah dan (2) laluan yang diberikan oleh Raja Di Hilir Raja Ahmad Hisham. |
|
|
|
|
|
|
|
ada x sesiapa yg boleh sahkan salasilah keturunas PS Prominent ni anak raja Abdullah negeri mana?? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by CikPuanMelayu at 19-5-2016 04:13 PM
annabellaruz2 replied at 19-5-2016 03:59 PM
ada x sesiapa yg boleh sahkan salasilah keturunas PS Prominent ni anak raja Abdullah negeri mana??
Schoolmate CPM anak raja. Ayahnya dipanggil Ku Mahmud. Tapi dia anak raja yg miskin. Bapanya penoreh getah. Orang terengganu ke kelantan, tak ingat.
Keturunan Raja yg macam itu ke? kalau yg macam tu tak payah google la. Tak jumpa punya. Ramai kan title Raja tapi unknown. |
|
|
|
|
|
|
|
Atau standard RAJA Kappor, Rajagopal jah..tp action macam RAJA PEREMPUAN pulak.
RAJA PEREMPUAN pun lg semenggah pada RAJA NOORA..
|
|
|
|
|
|
|
|
itu la sebabnya..sebab aku tengok karats Nora ada la beberapa kerat yg sembah ratu kat PS nih..
Lepas tu, ada gak yg claim family prominent ni masuk istana sbb pangkat YM Raja Puan Sri Dato' Noora Ashikin binti Raja Abdullah.
Walhal dah terang dan nyata yg keistimewaan itu adalah disebabkan oleh RNT yg pernah menjadi bekas Menteri Perak disamping keturunan Dato Sagor.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku google satu Malaysia nok... yg kuar Sultan Abdullah tu jer..
tp mcm pernah terbaca kat mana ntah yg Raja Noora ni asalnya dari Acheh..
Bukan anak raja mana2 sultan atau raja dalam malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu..kuar Raja Abdullah Saudi tu hah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi sorg Raja Abdullah yg terlibat dengan Perang Kelang tu...hehehe
Pada tahun 1849 atau 1850, sultan Selangor ketika itu, Sultan Muhammad Shah meletakkan jajahan Kelang di bawah jagaan Raja Abdullah. Pada tahun 1866, Raja Abdullah kemudiannya telah memajak Kelang kepada dua orang saudagar dari Negeri-Negeri Selat yang bernama W.H. Read dan Tan Kim Cheng. Kedua-dua saudagar itu kemudiannya keluar memungut cukai daripada penduduk-penduduk Kelang.
Salah seorang daripada penduduk tersebut adalah Raja Mahdi. Sebelum Raja Abdullah dilantik sebagai ketua Klang, ayah Raja Mahdi pernah menyandang kedudukan Raja Abdullah. Ini memberi Raja Mahdi satu kedudukan yang tinggi di kalangan orang Melayu di Kelang. Oleh itu, Raja Mahdi terasa terhina apabila orang luar datang mengutip cukai daripadanya. Dengan perasaan marah, Raja Mahdi enggan membayar cukai kepada dua saudagar dari Negeri-negeri Selat tersebut.
Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat dan Sultan Abdul Samad menaiki takhta Selangor. Keluarga sultan yang baru bersimpati dengan keadaan Raja Mahdi. Ini kerana Raja Abdullah bukan orang Selangor; beliau berasal dari Riau dan keluarga diraja lebih senang melihat orang Selangor memegang jawatan-jawatan tinggi di negeri sendiri. Bersama Raja Abdullah pula ialah anaknya, Raja Ismail. Sementara itu, sebahagian kumpulan-kumpulan kongsi gelap Cina memihak dengan Raja Abdullah dan sekumpulan lain berpihak kepada Raja Mahdi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 masa satu Raja Abdullah ayahanda kepada Raja Noora Ashikin? |
|
|
|
|
|
|
|
uols mengata idolats uol ke?
nak iols senaraikan???
tak terjawab uols nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh mai.. Ada lagi thread pasal Fasah..
'Murah Rezeki fasha'
|
|
|
|
|
|
|
|
satu geng dgn bekas menantu 1 la ni...
asal usul tak berapa nak clear gitu??
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai je yg ada nama YM Raja bagai tapi sederhana je hidupnya..mcm kita2 ni je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah bercerai tu mmg panas ajalah ceritanya, ko salah, aku salah gitu jah |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang-kadang aku rasa Pasah pun mungkin banyak kena racun dgn org-org sekeliling |
|
|
|
|
|
|
| |
|