وَمَنْ يَعْشُ ع¡ ...
madmualij Post at 16-6-2012 00:32
Rasanyer ade bagusnyer aku tepek makna ayat yg en. mad tepek tuh..
وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِين
قَرِين
Az Zukhruf : 36
Ayat nih kene baca dari ayat ke 30 hingga ayat ke 39
[30] Dan ketika kebenaran (Al-Quran) itu disampaikan kepadamereka, berkatalah mereka: “Sesungguhnya ini adalah sihir, dan sesungguhnyakami tetap mengingkarinya”.
[31] Dan (kerana mereka mencemuh Nabi Muhammad) mereka berkata:“(Kalaulah Al-Quran ini menjadi bukti kenabian seseorang, maka) sepatutnyaAl-Quran ini diturunkan kepada seorang besar (yang kaya dan berpengaruh) darisalah sebuah dua bandar yang (terkenal) itu?”
[32] (Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah merekaberkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keugamaan yangmenjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanyaberkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan):Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalamkehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskinmenderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggidari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari merekasenang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnyayang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat)adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang merekakumpulkan.
[33] Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yangsatu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkarkepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka dari perak, dantangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga),
[34] Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga), dankerusi-kerusi panjang yang mereka berbaring di atasnya (dari perak juga),
[35] Serta berbagai barang perhiasan (keemasan). Dan (ingatlah),segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup didunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalahkhas bagi orang-orang yang bertaqwa.
[36] Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quranyang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan(yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yangtidak renggang daripadanya.
[37] Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangimereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orangyang mendapat hidayah petunjuk.
[38] Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu)datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya):“Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antarakudenganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahatteman”.
[39] (Lalu dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini, setelahnyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamucita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, keranasesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama didalam azab”.
وَقَالَ قَرِينُهُ هَذَا مَا لَدَيَّ عَتِيد
قَرِينُهُ
Qaaf : 23
ayat nih kene baca dari ayat ke 16 hingga ayat 23
(16) Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kamisedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kamilebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
[17] Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerimadan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelahkanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.
[18] Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atauperbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yangsentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
[19] Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah“Sakaratulmuat” membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakankepada yang mengingkarinya sebelum itu): “Inilah perkara yang engkau selalumengelak diri daripadanya!”
[20] Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplahsangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang telah mati); saatitu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan.
[21] Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke PadangMahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satulagi menjadi) saksi;
[22] (Serta dikatakan kepadanya): “Demi sesungguhnya! Engkau didunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kamihapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari inimenjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hariakhirat)”. [23] Dan berkatalah malaikat yangsentiasa ada bersama-samanya: “Inilah (Kitab catitan iman dan amal)orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan)”.
maksud dari ayat2 ni tak menjelaskan pon "Qorin" tu satu entiti yg bernama 'Qorin" ayat pertama menceritakan hal syaitan2 yg menghasut kehati2 manusia untuk buat jahat.
ayat kedua menceritakan hal malaikat yg ketika masa di padang mahsyar.(raqib dan atib).
cemane tuh??? pening kawe. kawe ngaji tak habis maklumlah tak reti. |