Kaunter bayaran saman trafik sesak, orang ramai rebut tawaran diskaun hingga 60 peratus
[size=14.399999618530273px]Orang ramai hadir untuk membayar saman di kaunter JSPT dengan tawaran diskaun 60 peratus sempena Sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI di KL Convention Centre. NSTP/ASWADI ALIAS
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Kaunter bayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menawarkan diskaun hingga 60 peratus sesak dengan kunjungan orang ramai pada program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. Ratusan orang tidak melepaskan peluang datang awal ke program 2TM dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 itu yang diadakan bermula hari ini hingga Ahad ini. Bagi pekerja kesihatan bebas, Zulkarnain Jamil, 56, beliau dan isteri tidak melepaskan peluang menikmati diskaun 60 peratus untuk bayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Saya menaiki perkhidmatan e-haling dari rumah di Kajang dengan tambang RM30 sehala bagi melunaskan bayaran dua saman atas kenderaan saya yang kini dipandu anak. "Pada mulanya saya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPJ) Kajang untuk membayar saman di sana, namun selepas mengetahui bayaran berserta diskaun diberi pada program 2TM ini, jadi saya dan isteri datang ke sini. "Alhamdulillah selepas dua jam menunggu, saya selesai bayar saman RM240 untuk dua saman yang berjumlah RM600," katanya Beliau antara orang ramai yang menyerbu Kaunter Program Tawaran Semakan dan Bayaran Saman Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasa Trafik (JSPT) yang dibuka sempena sempena 2TM dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini. Sebanyak 25 kaunter termasuk tujuh untuk kemudahan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan wanita mengandung membayar saman dibuka pada jam 9 pagi bermula hari ini sehingga Ahad. Sementara itu, pesara tentera, Mohamad Najib Adnan, 64, berkata proses pembayaran saman berjalan lancar walaupun kaunter diserbu orang ramai.
"Saya datang awal untuk membayar saman dan dimaklumkan hanya perlu bayar RM120 untuk saman berjumlah RM300 dan berharap program sebegini diadakan selalu untuk menggalakkan orang bayar saman," katanya. Seorang lagi pengunjung yang juga pekerja swasta, Nurhayati Razali, 38, berkata diskaun saman itu sangat membantu orang ramai berjimat membayar saman untuk diri sendiri, syarikat atau keluarga. "Saya membayar RM1,000 untuk kompaun saman syarikat yang berjumlan RM1,800, manakala saman saya sendiri RM160 (jumlah asal RM400) dan bayar bagi pihak kawan RM120 berbanding bayaran sepatutnya RM300. "Saya berharap diskaun saman seperti ini sentiasa ditawarkan bagi meringankan beban orang ramai, sekali gus menggalakkan mereka membayarnya," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... but-tawaran-diskaun
|