CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zadzamusa

Himpunan kisah seram ... sambungan kisah bro blues6909 kisah12 page 57

  [Copy link]
 Author| Post time 21-4-2011 01:46 PM | Show all posts
Reply 669# want2bhappy

cerita yang lama-lama... nak selalu cerita... tulah.. rasa rugi plak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2011 01:47 PM | Show all posts
Reply 670# auntymelly
dialu-alukan aunty....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2011 01:49 PM | Show all posts
Reply 671# asamfy87

Alhamdulilah.... InsyaAllah.. kalau ada kelapangan zad update ye..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 01:55 PM | Show all posts
Reply 682# zadzamusa

metaceh........nati zad hadpet lagik tau....aunty ada koje sket... roger n out.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 02:37 PM | Show all posts
Kisah ketiga belas.

Malam tu satu rumah menonton  cerita "The Bolb". cerita pasal sekeping daging ...
zadzamusa Post at 28-3-2011 17:50



    vista angkasa kt kerinchi,pantai dalam tu ke??
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 03:24 PM | Show all posts
TT xde citer baru ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2011 05:00 PM | Show all posts
TT.... citer plisssssssssssssssss... hehehehe.......
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 06:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by hirwaniey at 21-4-2011 18:35

Reply 305# eijamsya


   huhu.. asyik jadi SR ja.. nak gak buh cita.. pernah dengar gak dia mengilai...
time tu baru balik dari KYM.. cuti untuk amik result spm.. time tu tahun 2005.. macam biasa la.. balik ja penang.. mesti jumpa cik abg.. .. kami berdua ni ada hobi pelik.. kalo hari cuti ja.. mcm merdeka ka, new year ka, besday ka.. mesti pergi round island.. round island tu org penang tau la..  pusing satu penang..  kena lalu kat dam teluk bahang sampai ke balik pulau.. atau sebaliknya.. nak dijadikan cita... selalunya aku ngan bf aku msti lalu dari teluk bahang ke balik pulau sebab rumah aku dekat ngan teluk bahang.. so kali ni kami tukar plan, kami ronda belah town, terus ke batu maung dan balik pulau..


masa kami nak naik bukit balik pulau tu, ada lah dalam kul 12 lebih tgh malam.. aku rasa cam gelap semacam lak malam ni.. selalunya biasa2 ja.. pas lepas dari titi kerawang.. dalam 5 minit lepas dari titi kerawang tu kot.. dok asyik sembang dengan cik abg, tiba2 ja terdengar benda tu mengilai.. dia punya mengilai jangan cakap la.. mmg xsama dalam wayang.. bunyi dia nyaring ngan panjang.. bulu roma semua mmg dah naik tegak dah.. dah la naik motor lak time tu.. aku yang belakang ni jangan kata la.. mmg peluk pinggang dia kuat2.. then dia pegang tangan aku bg isyarat yang dia pon dengar sama.. bunyi dia dekat sgt.. macam kat belakang aku ja.. tapi org2 tua kata kalo bunyi dekat dia ada jauh, kalo bunyi jauh dia ada dekat.. tak tau la betul ka tak.. nasib baik dia tak muncul depan kami..


lepas tu jalan yang kami lalu tu aku rasa macam pusing tempat yang sama 2 kali.. dah la jalan dia bengkang bengkok.. (berlikur likur.. betul ka tak eja?)..  lepas tu dalam hati ni aku baca ja ayat apa yang aku ingat.. pas tu dalam lama tu kami  nampak dah jalan kuar dari bukit tu, maksudnya dah sampai ke dam teluk bahang, aku toleh belakang tengok, nampak hitam ja.. dah tak nampak jalan ka lampu jalan ka semua.. memang hitam pekat la tengok.. pas tu turun2 dari dam tu sampai ke jalan teluk bahang, dia beli air kat kedai nasi kandar khalil kat teluk bahang tu.. pas tu kami 2 balik terus rumah.. esok tu cik abg cita kata dia pon dengar jugak.. dia pon memang dah terkejut, nasib baik dia berani dari aku.. kalo sama2 penakut jenuh lak.. haha.. start2 tu kami 2 kalo nak round island pon nanti lalu siang ja.. jarang lalu time malam... tapi sampai la ni kalo lalu pon still boleh teringat bunyi mengilai dia...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2011 08:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by zadzamusa at 21-4-2011 20:41

Kisah keempat puluh satu..

Mail dan Hamdan adalah adik beradik...disebabkan salah faham mereka berdua tidak bertegur sapa.. semuanya disebabkan oleh harta pusaka... Hamdan adalah lebih bernasib baik jika dibandingkan dengan Mail... walaupun begitu Mail tak berkecil hati... sewaktu Hamdan hendak meneruskan pengajian ke peringkat universiti... Mak kedua beradik nih Mak Jah  telah memajak tanah pusaka untuk perbelanjaan Hamdan di universiti di luar negara.. Mak Jah tak benarkan Mail untuk nak menceritakan pada Hamdan pasal hal tersebut... Sebab tak nak Hamdan susah hati...

Mail berusaha sedaya upayanya untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut... walaupun mengambil masa berbelas-belas tahun akhirnya dia berjaya menyelamatkan tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya... Tak mudah juga... banyak juga keperluan keluarga terpaksa diabaikan... walauupun begitu hamimah isteri mail tak pernah merungut... sebolehnya sedaya-upaya dia cuba untuk nak meringankan bebanan suaminya..Hamimah dan mail dikurniakan 4 orang cahaya mata... 2 lelaki dan 2 perempuan... anak-anak hamimah semuanya telah bekerja.. 2 telah berkawin cuma tinggal hanya  lagi iaitu zatul dan zahir... zatul adalah seorang guru manakala zahir bekerja di hotel sebagai waiter...Hamdan pula semakin berjaya.. bukan sahaja memiliki segulung ijazah malahan juga mampu menjawat jawatan tinggi...dan mampu mempunyai keluarga sendiri...

Tak lama selepas tu... Mak Jah meninggal dunia... konflik tercetus apabila Hamdan mempersoalkan tentang harta pusaka peninggalan arwah... Malang sekali apabila arwah Mak Jah tak memberi tahu kepada Hamdan mengenai kedudukan tanah pusaka tersebut...
Disebabkan rasa tidak puas hati....kes dibawa ke mahkamah... dan akhirnya terbukti bahawa tanah tersebut adalah milik Mail.. walaupun begitu Mail setuju untuk nak memberi sebahagian dari tanah tersebut... Hamdan mengambil tanah tersebut namun dia masih lagi rasa tidak puas hati.. sejak dari hari tu Hamdan tak pernah menjenguk muka ke rumah Mail....dendam di dalam hatinya tidak pernah padam...

Setelah lebih dari 12 tahun... mail ditakdirkan meninggal dunia.... hamdan telah diberitahu tentang kematian abangnya...walaupun begitu Hamdan masih lagi tidak dapat melupakan dendamnya...

Sejak kematian Mail pelbagai peristiwa pelik yang berlaku setiap kali malam menjelma... Pada bulan pertama... hamimah dan anak2nya sesekali diganggu oleh bunyi-bunyi seperti pasir ditabur diatas atap zink rumah... dan kadang kala ditingkat atas kedengaran seperti bola melantun beberapa kali...Hamimah dan anak-anaknya menganggap bahawa bunyi-bunyian tersebut datang dari tikus ... Lama kelamaan Hamimah dan anak2 telah terbiasa dengan bunyian tersebut...

Sampailah ke satu malam nih... Hamimah mendengar seperti ada orang mengetuk pintu rumahnya... menyangka anaknya balik dari kerja hamimah membuka pintu... bila dibuka tiada siapa diluar... pastu beberapa kali dia terdengar seperti ada orang mengetuk tingkap nako... bila dibuka tiada apa-apa.. menambahkan lagi kecurigaaan hamimah...Peristiwa ni berlaku bukan sahaja pada hamimah malahan juga pada anak2nya yang tinggal bersama...

Makin hari hamimah merasakan dia tidak selesa dengan rumahnya sendiri... walaupun begitu dia cuba untuk melawan segalanya.. dia memperbanyakkan membaca doa dan al quran bagi mengisi masa lapangnya....

Pada tengah malam tu... Hamimah bangun untuk nak melakukan solat tahajud... Sebaik sahaja dia bangun dia terdengar bunyi pintu rumahnya diketuk berkali-kali.. Ketukan pintu di rumahnya begitu kuat sehingga anak-anaknya terjaga... mulalah rasa pelik timbul dihatinya... siapa pulak yang ketuk pintu rumahnya pagi-pagi buta macam nih....  Dia dan anak-anaknya berpandangan sesama sendiri..semakin kuat pintu rumah diketuk terasa bagaikan hendak runtuh... Zahir memberanikan diri hendak membuka pintu tapi dihalang oleh Hamimah... lain macam sangat rasa hatinya... Tak lama selepas tu... tingkap nako rumah diketuk bertalu-talu... serasa seperti diketuk dengan kuku... Rasa seram mula menyelubungi hati anak-beranak nih... terus hamimah menyuruh anak2nya masuk ke dalam bilik...Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik... kedengaran tingkap kaca nako pecah berderai...Zahir rasa geram yang amat sangat... dia nak keluar dari bilik nak tengok siapa yang berani sangat mencabar keluarganya ketika ini... Hamimah melarang... menyuruh Zahir membaca surah yaasin... mereka anak beranak tidur bertemankan surah yaasin pada malam tu...

Pada keesokkan harinya.. Hamimah mengelilingi rumahnya untuk nak mencari kat mana tingkap kaca nako yang pecah,... memang sah tak ada.. hatinya jadi tak menentu... dah mula rasa takut dan rasa yang bukan-bukan... seblum anak2nya pergi kerja... hamimah pesan pulang awal...  sebab dia risau dengan apa yang akan berlaku...

Malam tu zatul siapkan makan malam... menunggu maknya sudah sembahyang.. dengan tiba-tiba dia nampak maknya menuju ke bilik air... bila dia ajak mak dia makan... hamimah berjalan sahaja menuju ke bilik air... tanpa berkata sepatah pun... bilik air adalah berdekatan dengan dapur... hamimah pun menunggu maknya di meja makan... sambil sekali sekala menoleh ke bilik air...apabila dah beberapa ketika... zatul hairan apabila lampu bilik air gelap... takkan mak dia mandi dalam gelap.. bila ditolak pintu bilik air... macam tak ada orang yang masuk... bilik air pun tak basah dengan air... zatul mula rasa tak sedap hati...  dia lari ke bilik maknya.. tengok-tengok maknya masih lagi di sejadah... dia masih rasa tak sedap hati. dipanggil maknya... bila mak dia pusing dan menjawab... cepat-cepat dia peluk maknya...Hamimah kehairanan  bila ditanya mengapa.. zatul cerita apa yang berlaku sebentar tadi... mengucap panjang Hamimah... selepas tu kedua-dua beranak hanya tinggal di dalam bilik...makan malam dibiarkan begitu sahaja... Zahir pulak balik lewat malam nih...

Zahir baru sahaja pulang dari kerja... rasa mengantuknya mengatasi segala-galanya... Bila dia nak masuk ke dalam rumah dia terperasan macam ada sesuatu di beranda atas... macam ada benda putih berdiri di atas kepalanya... cepat-cepat dia membaca ayat kursi dan memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah... dengan tergopoh-gapah dia masuk ke dalam bilik... untuk nak meredakan ketakutan... zahir membuka lap topnya... sebaik sahaja dia onkan lap top.. terpampang muka benda putih yang dia nampak tadi... zahir hampir terlepas lap topnya... cepat-cepat dia turun ke bawah... sewaktu dia hendak turun ke bilik Hamimah... zahir terasa seperti ada sesuatu melompat mengikuti belakangnya... cepat-cepat zahir melompat dari anak tangga terus ke bilik ibunya...cepat2 dia memanggil ibunya seolah-olah benda tersebut mengejarnya...  Zahir hampir sahaja menangis bila ibunya membuka pintu...Sebaik sahaja pintu ditutup.. bunyi-bunyian kian menggila ditingkat atas bagaikan hendak runtuh... tidak termasuk dengan nako yang pecah berderai... dan beberapa ketukan terdengar di pintu bilik tidur hamimah.... malam tu sekali lagi mereka tidur bertiga bertemankan cd bacaan ayat-ayat suci al-quran...

Esoknya hamimah bertemu dengan ustaz ditemani zahir yang mengambil cuti..pada ustaz tersebut diceritakan segala-galanya... lepastu ustaz tersebut memberi ayat yang sudah di'tawar'kan dengan ayat suci al-quran... memberi beberapa nasihat kepada hamimah dan anaknya itu... Selepas pulang Hamimah dan zahir sama-sama pergi ke setiap penjuru rumah dimulakan dengan penjuru kanan air disiram sambil dibacakan ayat-ayat al quran yang dipesan okeh ustaz tadi....dan selepas itu ditanam  pokok-pokok berduri... proses tersebut diulang berkali-kali sehingga halaman rumah cukup satu pusingan...

Selepas zatul pulang dari kerja.. hamimah memberikan air untuk dimandi... dan pada malam tersebut selepas isyak mereka tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci al quran... dan alhamdulillah meraka tidak diganggu buat beberapa ketika..

Tak lama selepas itu hamimah melawat anak jirannya yang sakit... hamimah bertanya pada jirannya... anaknya sakit apa... jirannya hamimah bercerita anaknya balik dari kerja telah bertembung dengan 'pocong'... tu yang menyebabkan anaknya demam dan meracau... Hamimah rasa tidak sedap hati..

Dan beberapa ketika selepas itu penduduk kampung dihebohkan dengan kemunculan hantu pocong... anak-anak muda tidak lagi berani nak keluar waktu malam... pelbagai versi yang mereka dengar termasuklah mereka ternampa hantu pocong yang mukanya mirip arwah mail... semenjak dari itu.. keluarga hamimah bagaikan dipulau oleh penduduk kampung.. kenduri kendara tidak dijemput... dan selalu menjadi bahan umpatan... yang paling hamimah tak tahan bila arwah suaminya dituduh mengamalkan ilmu salah sehinggakan bumi tak menerima arwah suaminya... Betapa anak beranak ini terseksa dengan fitnah dan umpatan orang kampung... Hinggakan zahir putus tunang disebabkan hal ini... Kalau diikutkan hati hamimah bagaikan nak gila walaupun begitu dia percaya dengan kekuasaan Allah SWT....

Dan kebelakangan ini rumah hamimah kedengaran kembali bunyi-bunyian yang dahulu tidak kedengaran... atap rumah bagaikan ditabur pasir... sekali sekala nampak benda putih berdiri dihadapan rumah... termasuklah dengan bunyi ketukan pintu dan tingkap...pernah terjadi suatu hari.. ketika sedang menikmati makan malam kedengaran di atas rumah seperti ada orang bergaduh... dan kemuncaknya kelihatan benda berbungkus putih berguling-guling menuju ke dapur... dengan sepantas yang mampu hamimah dan anak-anaknya lari masuk ke dalam bilik... beberapa percubaan benda tersebut hendak memasukki bilik namun tidak berjaya...hamimah ingin menangis sekuat hatinya... tetapi apabila mengenangkan anak2nya yang lebih memerlukan dirinya dia cuba untuk nak bersabar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2011 08:39 PM | Show all posts
sambungan...


Sudah bermacam bomoh dan perawat yang ditemui oleh anak-beranak ni bagi memulihkan semula keadaan mereka... keadaan hanya baik seketika dan tak lama selepas tu jadi kembali...macam-macam spekulasi yang ditimbulkan oleh bomoh-bomoh tu termasuklah arwah suami yang mengamalkan jalan yang salah... bekas tunang zahr yang buat onar..  termasuklah orang tu dan orang nih yang dengki dan menghantar belaan mereka pada keluarga hamimah...

Akhirnya.. mak zad rekomen pusat rawatan cara islam di surau al taqwa di bertam... hamimah pergi di sana dengan ditemani mak zad dan anak2nya... Al hamdulillah nampaknya serasi dengan keluarga hamimah... ustaz tu cakap ada orang mempunyai niat nak menghalau hamimah dan keluarga keluar dari tempat mereka sekarang ini.. Hamimah hanya berserah pada Allah tentang semuanya... pada ketika ini hamimah masih lagi berulang alik untuk berubat dengan ustaz tersebut...

kejadian yang zad cerita ini adalah benar... cuma zad sudah mengubah nama mereka.. walau setinggi manapun pelajaran seseorang tidak menjamin mereka bijak dalam mengawal hawa dan nafsu mereka... dendam yang tidak berkesudahan tidak membawa apa-apa makna... ambillah pengajaran daripada cerita ini...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2011 08:44 PM | Show all posts
Reply 675# purple1511
zad dah update cerita baru...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2011 08:46 PM | Show all posts
Reply 684# auntymelly
best gile cite aunty... zad dah update cite...sori lambat skit.. pasal sibuk skit pagi tadi... nak taip cerita pun tergendala saja..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2011 08:47 PM | Show all posts
Reply 685# purple1511

yup purple 1511.. tinggal kat situ ye... haaaaa... tak tau la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2011 08:49 PM | Show all posts
Reply 686# isra
isra dah hupdate... sori yer... lambat skit hari nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2011 08:52 PM | Show all posts
Reply 688# hirwaniey
hirwaniey.. penang memang best jalan waktu memalam... best aja... siap dengan angin sepoi-sepoi bahasa lagi... kalau ada cerita lagi sudi-sudilah share ye
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 10:41 PM | Show all posts
sedap cita2 awak zad....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2011 11:18 PM | Show all posts
Reply 696# sofiera
biasa saja sofiera... terima kasih sebab suka... ada cerita best.. best jemput la share sama-sama ya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 08:16 AM | Show all posts
Reply 693# zadzamusa


    sy xdok kt vista angkasa tu,tp vista angkasa tu dkt ngn umah sy..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 11:06 AM | Show all posts
Reply 633# auntymelly
curlasst giteww auntymelly berciter....

lecturer tu bawak slow milo sangat, tu sbb cik pon tu leh tumpang duk kat atas...
cer bawak laju2, mst die takleh tahan angin kuat... melayang jugak die nnt!!

so, moralnya, pandulah kete lelaju....

tp, aunty tau camane die bertenggek atas kete tu?
kwn ice pernah nmpk, die siap mendepang tangan lagi teww... ala2 leonardo dlm citer Titanic tu....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 11:29 AM | Show all posts
aik hamimah tak citer hal sebenar ke kat hamdan tu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.106896 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list