|
Terkena Buatan/Sihir Orang..?/latest by eastrun
[Copy link]
|
aturcara This user has been deleted
|
betul kata Shieda tu...
kalau terkena sakit yang macam ni memang sukar nak pulih sepenuhnya...sebab sekali benda alah tu dah kaco..memang teruk la jadinya...
kita pun masa kena sakit ni dalam beberapa bulan lepas...rasa tak nak pi kerja je...rasa malas..sampai terpikir nak amik cuti tanpa gaji(maklumla kita gomen)
nak tak nak kita kena kerja...yela sebab kepala kadang2 blank ..kadang2 ok...rasa cam payah je nak buat kerja..bila duk kat umah ok plak..walaupun kadang2 dia datang kaco...hmm...
tak sanggup rasanya nak tanggung..Tuhan je tau... |
|
|
|
|
|
|
Melur01 This user has been deleted
|
Originally posted by aturcara at 5-6-2006 09:53 AM
Kak Melur..ade gak..org kata boleh gunakan kayu Nona..kalau ade kes yang benda tu bergerak2 kat urat2 tu....kita selalu benda alah tu bergerak kat tengkuk la..lengan la belakang la..hmm...rimas ras ...
bila terasa.... baca ayat al-kausar...sambil pegang ke tempat tu... bila dia beralih pegang kat situ sehingga dia keluar dari badan kita...
bunyinya macam kakmelur pulak dah pandai nak ubatkan orang ye... |
|
|
|
|
|
|
|
k melur..ustaz yg kat melur ckp tu kan..ape2 penyakit berkaitin mistik ni dia boleh cuba ubatkan ke..
kalau kes yg payah nak ngandung disebabkan mende2 tak elok dalam badan ni dia boleh tak ubatkan..nak kata percaya mcm tak percaya..tapi itula hakikatnye..pergi doktor doktor kata normal..ke darul shifa ustaz tu ckp banyak mende tak elok dalam badan..dah diketuk keluar...dia kata mende2 ni yg buat tak ade zuriat...wallahualam..cuma tuhan aje yg tahu kenapa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Shieda at 5-6-2006 09:54 AM
assalamualaikum semua ....
bercerita pasal tajuk ni ....shieda dah pernah mengalami nya....kalau fikir2 balik mmg mcm tak percaya je.....shieda hanya sedar there is something wrong with me lepas ...
Shieda, apa yang awak alami samalah seperti yang saya alami kira2 16 tahun lepas semasa saya hendak menduduki SPM. Ini semua angkara manusia yang berhati jahat untuk cuba menghancurkan hidup saya coz tak mahu tengok saya mengulangi kejayaan saya dalam akedemik. Bukan itu saja saya kena santau lagi. Memang rasa nak mati aje waktu tu coz tak tahan nanggung sakit. Ada orang tanam paku karat & bangkai katak depan rumah. Tapi alhamdulilah setelah berubat dengan seorang ustaz di Bangi saya pulih dari penyakit tu.
P/s ALLAH SWT MAHA KAYA Orang yang aniaya saya tu sekarang hidup dalam kesusahan, anak2 dia tahu nak minta duit dari dia & malas kerja.Selalu ngadu masalah rumahtangga pada My Parent La ni suami dia dah kahwin lain & berpenyakit lagi. Dia kena kan saya dulu dengan gunakan Bomoh Siam coz kampung dia di utara tanahair. Tak perlu saya & keluarga balas perbuatan jahat dia, Allah saja yang dapat balas perbuatan jahat dia pada masa lampau.
[ Last edited by pee3 at 5-6-2006 10:58 AM ] |
|
|
|
|
|
|
aturcara This user has been deleted
|
Originally posted by pee3 at 5-6-2006 10:40 AM
Shieda, apa yang awak alami samalah seperti yang saya alami kira2 26 tahun lepas semasa saya hendak menduduki SPM. Ini semua angkara manusia yang berhati jahat untuk cuba menghancurkan hidu ...
wah lamanya tu...sekarang ni pee3 dah 43 tahun la ye...
kita pun start kena sihir dari umur 16 tahun lagi...pastu bercampur plak ngan saka la sihir la sekarang ni..hmmm...memang tak tahan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aturcara at 5-6-2006 10:47 AM
wah lamanya tu...sekarang ni pee3 dah 43 tahun la ye...
kita pun start kena sihir dari umur 16 tahun lagi...pastu bercampur plak ngan saka la sihir la sekarang ni..hmmm...memang tak tahan...
Sekarang umur saya 33 tahun. Memang dah lama peristiwa tu Aturcara semasa saya Form 5 (1990). Saya tersilap taip sebenarnya 16 tahun bukan 26 tahun.Hehehe.Sorry semua yang membaca.
Sekarang Alhamdulilah, saya & adik dah berjaya dalam akedemik & hidup. Walaupun hidup saya tersiksa pada masa lampau angkara perbuatan jahat manusia lain. |
|
|
|
|
|
|
|
tiwol ayu
berkenaan mak tiri awak tu kan, tak yah la report kat bapak awak tu, kesian kat dia dah la sakit kang tak pasal2 awak jadi anak yatim, komen saya lebih baik awak bersemuka ngan mak tiri awak tu, cakap elok elok, kalu dia lain mcm je ugut dia cara baik, sama ade nak report(tapi jgn la sure bapak awak takkan percaya) tak pun balas balik ape yg mak tiri awak buat tu, sama da pulang cara baik(islam, baca yasin ramai2) tak pun pulang kan cara buruk, cari org yg sewaktu ngan mak tiri awak, balas ape yg dia bagi. insyaallah selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by inazurah at 5-6-2006 11:22 AM
berkenaan mak tiri awak tu kan, tak yah la report kat bapak awak tu, kesian kat dia dah la sakit kang tak pasal2 awak jadi anak yatim, komen saya lebih baik awak bersemuka ngan mak tiri awak tu, ca ...
ye lah kengkawan. mmg kitorg tak nak bagitau dia. cuma skrg ni sikit2 dia dah mula nak citer pasal mak tiri tu. dia citer kat kakak. kakak diamkan je lah. takdelah nak nambah apa2. sebenarnya kitorg dah confront dah dgn dia (mak tiri). bgtau dia baik2. ikhlaskan hati dgn abah kitorg tu. tp dia pulak saja nak naik angin. sabo je lah. abg2 ckp buat masa skrg ni bagi dia 'menang' dulu. masalahnya tu lah, aku ni lah yg paling hampir & kerap balik. kalo tak dikenang bapak aku tu dah malas dah nak ngadap muka mak tiri aku tu. gerammm yg teramat sgt.
ye lah kan, kena banyak besabo. aku rasa aku kena baca ayat yg ina amalkan tu. sbb aku ni mudah beno naik angin. |
|
|
|
|
|
|
|
lupa pulak bagitau.
sblm ni, kitorg mmg ada buat solat hajat & baca yasin. satu family. dia tak join maybe uzur kot. mlm tu ada kakak ipar nampak dia tetiba je menangis sensorg. mungkin ke sbb 'ilmu' dia tu rasa mcm 'tercabar'. esoknya terus dia tinggalkan kitorg gi rumah kakak dia. dia mmg saja tak nak berkumpul ngan kitorg. dia sendiri yg curiga ngan kitorg. bila tny knp pegi time kitorg berkumpul esp raya, alasan dia jarang jumpa keluarga dia. ada ke walhal selalu gak dia gi jenguk ke sana. |
|
|
|
|
|
|
Melur01 This user has been deleted
|
Originally posted by mYa at 5-6-2006 10:23 AM
k melur..ustaz yg kat melur ckp tu kan..ape2 penyakit berkaitin mistik ni dia boleh cuba ubatkan ke..
kalau kes yg payah nak ngandung disebabkan mende2 tak elok dalam badan ni dia boleh tak ubatka ...
ustaz tu insyaAllah boleh tolong... jika ada penyakit biasa..dia cakap je... tak de dia bagi tahu... |
|
|
|
|
|
|
|
ye ke kak melur..thank u lah...crite la lagi pasal2 kak melur tu..cam menarik je cerita |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pernah beberapa kali tengok dialog perawat denga jin dalam badan orang. Ustad yang saya ikut ni cara dia merawat kalau wanita bawak pesakit masuk dalam bilik dan ditemani oleh muhrim dia, suami ke adik abang bapak, orang lain tak boleh masuk tutup pintu. Dia suruh turunkan semua gambar gambar yang sangkut kat dinding, semua orang dalam bilik kena ambil wuduk. Kalau ada yang pakai tangkal azimat dia suruh bakar dan habunya buang kesungai. Orang lelaki tak leh pakai barang emas, orang pempuan kena tutup aurat. Kalau tak ikut syarat ni dia tak mau merawat. Dah siap semua baru dia baca ayat-ayat ruqyah (ada sikit je beza dengan ayat manzi).
Sedikit pun saya tak ragu-ragu dengan ayat quran ni, dah banyak yang saya tengok kelebihannya. Ustad ni selalunya bawa satu rotan panjang. Lepas baca ruqyah saya tengok pesakit mula menjerit dengan kuat suara lelaki, ada kes belum sempat habis ayat Sulaiman pesakit dah menjerit meronta, suara dia Yah Allah macam nak lari kita dengar, perawat akan terus bacakan ruqyah sampai habis. Ada kes pesakit akan menggigil kuat seluruh badan, ada kes pesakit terus muntah dengar ruqyah, ada kes pesakt pengsan terus dan ada satu kes pesakit lari terjun tingkap kejar tak dapat lari masuk ladang kelapa sawit. Itu pasal kena tutup pintu tutp tingkap.
Selalu jin yang dihantar oleh tukang sihir ni jin tu akan bercakap exactly suara tuan yang menghantar dia. Kadang-kadang pesakit perempuan tapi keluar suara lelalki, pesakit lelaki keluar suara perempuan. Jin yang dihantar oleh tukang sihir kalangan jin sendiri yang suara dia dahsyat dan ngeri bunyinya.
Sessi dialog pun bermula kadang-kadang perawat layan dia bercakap lama tu yang seronok dengar jin punya kelentong. Tanya nama dia kekadang dia bagi tau tapi selalunya dia tipu, tanya ugama dia apa, pasal apa ganggu orang ni, siapa yang ada sama dia dlm badang orang tu, berapa lama dia dah duduk dalam bdn orang tu, kat mana dia duduk dalam badan tu, tanya apa dia barang sihir yang dihantar sama dgn dia kat mana letak- kadang dia bagi tau betul kadang dia tipu, kalau dekat perawat minta kita boleh cari barang tu dan musnahkan buang kesungai. Ada masa dia bagi tahu siapa yang hantar dia siapa yang upah dan apa tujuannya tapi perawat tak bagi kita percaya takut dia tipu dan kita bermusuh sesama kita. Kalau jin tu bukan ugama islam perawat akan ajak dia masuk ugama islam, yang herannya kebanyakan mau mengucap syahadah ni, tapi bila dah keluar tak taulah, ada yang ugama islam tapi dia kat "aku ugama islam tapi tak pernah ibadat pun, aku buat yang ditegah aja" ajak dia taubat dia tak mau aku dah terlanjur katanya.
Lepas tu suruh dia keluar dan jangan masuk lagi dalam mana-mana badan manusia, kalau dia masuk dia akan dilaknah Allah, seluruh Malaikat dan seluruh Manusia. Ada yang mudah keluar , ada yang tipu, ada yang tak mau keluar dan ada kes yang dia tak dapat keluar sebab dah kena kunci. Yang degil tak mau keluar tu yang seronok tengok dia kena bedok dengan rotan perawat (Ustad akan puku pada bahagian tertentu pesakit tapi yang terasa jin dalam badan tu pesakin tak rasa apa-apa). Dengar dia menjerit punyalah gempita kuatnya "Aduuuh sakittt", "Jangan bunuh aku", "aku disuruh orang, aku disuruh orang", macam-macam lagi. Ada yang ustad bacakan surah-surah azab kita dengar dia menjerit sekuat kuatnya lepas tu makin lama makin lemah makin perlahan bunyinya dan pesakit selalunya nampak dia keluar dan jatuh mati. Ada pesakit nampak yang hitam berbulu dan telanjang tapi bila masuk islam keluar dan berubah pakai putih siap dengan serban lagi. Suara dia menjerit kepanasan tu atau kesakitan kena pukul tu saya tak dapat nak gambar punya dahnyatnya bunyi....
Sedikit pengalaman yang saya tengok lain cerita lagi ... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Melur01 This user has been deleted
|
sambungan....
pernah sekali masa gi pada ustaz tu... duduk kat kerusi ni rasa panas... pindah ke kerusi lain...nasib baik masa tu tak ramai orang... ada 5-6 orang kot...
elok sementara tunggu ustaz tu check orang lain... kakmelur pun cakap ngan ustaz tu...
"rasa panaslah duduk sini ustaz... "
"yalah ada yang dengki" jawab ustaz...
ustaz tupun semburlah air yasin...air yasin tu ustaz dah letak dalam container yang kita guna nak gosok baju tu just spray air...
kakmelur boleh rasa kepala macam berat je...
"ustaz ...ramai je dia hantar kat luar tu"
"yelah nak ..tadi pembantu ustaz masa bukak office tadi terus ke belakang...selalunya dia basuh area semua... baru ke belakang jadi yang kiai hantar tu dapat masuk..."
fuhhh berat jugak jadi ustaz ni... ada yang jealous ... dah lebih 15 tahun ustaz tu kat shah alam...
nanti sambung lagi ye kali ni tentang kenapa ustaz ni tak nak bantu kawan kakmelur ni... |
|
|
|
|
|
|
aturcara This user has been deleted
|
sambung la lagi...hehe.seronot baca citer kak melur..boleh jadi rujukan pada kita dan rakan2 lain kat sini... |
|
|
|
|
|
|
|
cepat sikit kak! tgh boring ni. bos tak pasal2 naik angin lagi. |
|
|
|
|
|
|
aturcara This user has been deleted
|
betul ke tak sakit? ade pesakit yang kata sakit bila kena pukul cam tu ...hmmm.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aturcara at 5-6-2006 02:32 PM
betul ke tak sakit? ade pesakit yang kata sakit bila kena pukul cam tu ...hmmm....
Wallahualam ada yang sakit ke? saya tengok kakak tu kena pukul lepas tu relek je nampak, mungkin ada silap teknik pukul kot?
Saya langsung tak tau tentang cara cara pukulan ni! |
|
|
|
|
|
|
Melur01 This user has been deleted
|
sambungan...
maaf ye lambat dik...ada kerja sikit...
kakmelur dan rakan kakmelur kenalkan kat seorang member ni perempuan... kitanamakan dia bunga... bunga ni selalu cerita ada masalah dengan suaminya...rasanya suaminya ada perempuan lain... maka dia sendiri buat research...sahlah memang benar... suami bunga marahlah kenapa call girlfriend dia... bunga ni pun menangis lah....
kakmelur pernah nasihatkan bunga jangan call perempuan tu..buat dia marah je...dan akan bertindak lagi teruk... degil..degill susah nak nasihat... bila ada problem datang kat kakmelur...taklah fikir masa tu kakmelur sibuk ke apa ke... terhegeh-hegehlah kakmelur gi tolong si bunga ni...
pendekkan cerita... maka kawan kakmelur pergilah jemput bunga kat rumah dia nak bawa gi jumpa ustaz... ustazpun mengesahkan bahawa dia dan suaminya dah terkena buatan perempuan tu... malah dah serahkan duit...dan tengah nak beli kereta NAZA... wah hebat tu...
nangislah si bunga depan kami dan ustaz.... so ustaz tu pun panggil si bunga ni... tak tahulah apa yang diberitahu...rahsia kot... depan kami ustaz tu bagi phone no. salah seorang yang berpangkat besar di JAIS sekiranya suami dia buat hal ...maka disuruh gi ke JAIS .. tapi call dulu kawan usataz ni... untuk menasihatkan agar kembali jadi suami yang baik...
dah beberapa minggu, maka bunga nipun buatlah macam yang ustaz ni suruh...baca ayat kat suami...sembahyang...
satu hari tu bunga sakit sangat..datang-datang office menangis... kakmelur masa tu sungguh sibuk...berlari mendapatkan bunga ni... kakmelurpun ajar dia baca ayat al-qausar...
disitulah kakmelur nampak muka bunga ni berubah...bukan dia... kakmelur kuatkan semangat... ditendangnya kakmelur mau tersungkur kat tangga... kakmelur baca alqausar..ayat kursi... ayat 3 qul...
setelah beberapa ketika...lepas tu bunga tetiba nangis... dia kata dia lemah sangat... kakmelur ambil air milo..nak cari air kosong masa tu tak perasan kot... baca 3qul dan ayat qursi... dalam hati kakmelur berkata...aku tawakal..Ya Allah YaTuhanku Kau Yang Maha Berkuasa...
kakmelur bagi dia minum air milo yang panas tu... alhamdulillah...
maka bungapun kata suaminya pun tak berasa sihat hari ni...bunga suruh kakmelur call suaminya...
kakmelurpun call...
bercakap sedikit sebanyak... kakmelur suruh dia cari ayat al-kausar... rupa-rupanya dia tak tahu langsung apa itu ayat al-kausar...yang dia cuma tahu alhamdulillah...
terkejut kakmelur... suami bunga masuk islam ketika kahwin dengannya ... anak dah besar ...yang tua 11tahun...
kakmelurpun ajar tanpa ada terfikir apa-apa yang buruk ...masa tulah...
lepas tu kakmelur call ustaz....
"Assalamualaikum Ustaz... saya Melur minta maaf ganggu ustaz..."
"Ya ada apa?" jawapan ustaz tu memang kadang-kadang kasar... tapi dah jumpa kelakar orangnya...
"kawan saya ni ...bunga sakit tadi..."
"saya tak boleh ubatkan dia" jawab ustaz...
terpinga-pinga kakmelur ...kenapa ye? seperti biasa, kakmelur ni bukan nak bertanya... dah orang jawab begitu..kita kena hormat keputusannya...
setelah beberapa ketika..satu hari kakmelur melawat ustaz... masa proses terakhir berubat dengan ustaz... terbongkarlah rahsia kenapa ustaz tak nak ubatkan bunga....
"Anakkan bijak boleh fikir sendiri...." kata ustaz...
padahal apa yang dialami oleh bunga dan suaminya dah pernah ustaz ubatkan...
KakMelur memang perasan... malah bunga ni suka menunjuk...ke kelab-kelab malam... datang ke pejabat lambat..susah nak bangun sebab mabuk... ini adalah tauladan ...bukan berniat untuk mengeji mana-mana pihak...
kakmelur terfikir...ustaz mengajar bunga ayat-ayat al-quran yang mana harus dibaca dan dalam ketika yang sama dia mengamalkan yang haram di sisi islam... patutlah ustaz tu tak nak ubatkan bunga dan suaminya...
Teladan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Adik aku pernah rakam kawan dia kena rasuk once guna kamera hp dia. Actually masa tu dia temankan kawan dia tu gi jumpa sorang lelaki yg buleh kata mmg pandai mengubat gak. Buleh tahan lawak gak dialog antara jin ngan pakcik tu. Pakcik tu tak guna kaedah rotan, tapi dia guna kaedah picit(cubit?) ibu jari kaki. Memandangkan pesakit tu perempuan, dia guna kain tuala sbg alas.
Adik aku cakap... seram gak. Yg kelakarnya, semua org takmo temankan dia masa dia ajak sbb dah tahu apa yg berlaku (minah ni pun tau yg ada sesuatu yg sedang menggangu diri dia). Adik aku ni tak tau apa (sbb baru lagi kerje) so dia ikutlah.
Tapi adik aku rakam sikit jer. DIa stop bila kawan dia (jin?) mula menjeling and bagi warning sbb rakam.
Katanya, rasukan tu berpunca daripada suami kawan adik aku tu gi shooting kt kubur. ALlah lebih tau. |
|
|
|
|
|
|
aturcara This user has been deleted
|
Originally posted by Melur01 at 5-6-2006 05:52 PM
sambungan...
maaf ye lambat dik...ada kerja sikit...
kakmelur dan rakan kakmelur kenalkan kat seorang member ni perempuan... kitanamakan dia bunga... bunga ni selalu cerita ada masalah dengan ...
Ustaz tu boleh tahu org tu lakukan kemungkaran ek Kak Melur? |
|
|
|
|
|
|
| |
|