CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

[Tempatan] {4} Mangsa ditarik ke laut ketika mandi ! pic terbaru- 49#

[Copy link]
Post time 27-12-2013 12:57 AM | Show all posts
jeygi posted on 26-12-2013 12:17 PM
salam takziah...
sesiapa yg ingin brcuti elak2 kan lah pergi brcuti di laut...
musim x menentu neh ...

sila buat laut dalam rumah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2013 10:57 AM | Show all posts
prop posted on 26-12-2013 05:11 PM
I see, ada letak 'sign board' kat situ tak?

kalo x silap mmg ade letak .........
lgipun mmg kt situ dah bertahun x blh mandi n tiap2 tahun mmg makan nyawa org sajork ..........


Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 11:00 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 27-12-2013 12:37 AM
kenapa? kws rough sea ke? tadi nampak kat TV ganas betul ombak area situ

kalo ikutkan faktor geografi ..cewahh .haha
mcm yg kita tau la kan ........ tiap2 tahun paras laut akan naik.. same jugak mcm pantai kt sini .......
klo igt kes beberapa tahun yg lepas yg ombak besar naik smpi ke jalan tu seince dri tu mmg x blh mandi dah .....
ombak kt situ makin ganasss ..........
yg psl budak poli tu lemas aritu pun kire kt pantai yg alirannya same la... *iols x reti sgt nk bahasa2 alam semulajadi ni*

masa iols tecit2 dulu ade satu mcm tugu ko apo la kan bende tu duk kt atas darat .skang bende tu duk tgh2 laut......

kawasan tu kalo sape berani2 gi mndi jwp dia, siap2 je la famili buat kenduri arwah .......


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2013 11:10 AM | Show all posts








Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 11:21 AM | Show all posts
martiena posted on 27-12-2013 11:00 AM
kalo ikutkan faktor geografi ..cewahh .haha
mcm yg kita tau la kan ........ tiap2 tahun paras lau ...

tugu tuh tinggalan jeti time zaman kegemilangan bijih besi di bukit besi/ dungun...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 11:32 AM | Show all posts
cheewong posted on 27-12-2013 11:21 AM
tugu tuh tinggalan jeti time zaman kegemilangan bijih besi di bukit besi/ dungun...

haa ye la tu ....
iols ade gambo dia ..nnt free iols tepekkan .....


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2013 12:07 PM | Show all posts
br blk dr berkelah kt PD ari cuti krismas aritu...
ramai manusia berkelah..sepenuh2 pantai..
mmg ombak kuat tp x tinggi...
time tu x teringat pon skrg tgh musim tengkujuh...
kalu x, mmg x pi..
dah la bwk bdk2 kecik...
alhamdullilah selamat semua nye
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 12:12 PM | Show all posts
aku teringat kata2 arwah ashna pasal kes2 mcm ni - org2 local tak akan mandi pantai time2 mcm ni. selalu nya org luar aje.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2013 06:38 PM | Show all posts




Dilambung ombak besar setinggi 2 meter

NIK MUHAMMAD RAFFIQ
27 Disember 2013

DUNGUN - “Itu seluar trek saya, dia pakai untuk mandi hari tu.. itu memang dia," itulah kata-kata Amizah Mohd Zain, 25, sebelum dia tiba-tiba longlai dan pengsan selepas mengesahkan mayat yang dibawa ke daratan oleh pasukan penyelamat itu suaminya, Ghapar Abdul Manaf, 32,

Mangsa lemas yang hilang dibawa arus ketika mandi di Pantai Sura, kira-kira jam 6.20 petang Selasa lalu ditemui selepas tiga hari berada di laut.

Mayat lelaki berasal dari Sabah dan kini menetap di Masai Johor itu ditemui terapung dengan berseluar trek tanpa baju oleh pekerja kapal lebih kurang jam 9 pagi semalam, kira-kira 5.5 batu nautika dari Pelabuhan Kerteh.

Penemuan objek berupa manusia itu kira-kira 35 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang kemudiannya disahkan oleh pasukan penyelamat Unit Udara Polis yang melakukan gerakan mencari dan menyelamat menggunakan helikopter Polis DiRaja Malaysia.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke daratan dengan sebuah bot persendirian Nautica Tanung Puteri yang digunakan untuk menghantar anak kapal ke kapal kargo yang berlabuh di tengah laut.

Dilambung ombak setinggi dua meter

Bagaimanapun usaha pasukan penyelamat yang disertai bomba, polis, dan kru kapal Nautica Tanjung Puteri untuk sampai ke lokasi mayat terbabit ditemui berdepan detik cemas.

Bot yang dinaiki pasukan penyelamat dilambung ombak setinggi dua meter membuatkan tempoh untuk tiba ke destinasi mengambil masa hampir satu jam, biarpun jaraknya dari Pelabuhan Kerteh hanya 5.5 batu nautika.

Usaha untuk mengambil mayat ke dalam bot sekali lagi berdepan laluan sukar berikutan ombak bergelora selain sebahagian anak kapal muntah-muntah kerana mabuk laut.

Sebaik tiba di lokasi, anggota penyelamat terpaksa menggunakan galah dan tali bagi mengait mangsa yang terapung di permukaan laut sebelum berjaya menariknya ke dalam bot.

Langkah menyelamat dilakukan secara berhati-hati sehingga mengambil masa hampir satu jam.

Isteri hamil dua bulan

Sebaik tiba di dermaga Pelabuhan Kerteh, mayat dipindahkan dari bot ke daratan sebelum dibawa dengan kenderaan pacuan empat roda ke pintu masuk pelabuhan.

Isteri mangsa, Amizah yang diiringi Polis Bantuan Petronas kemudiannya dibawa ke trak yang membawa mayat mangsa untuk pengecaman.

Bagaimanapun suasana pilu menyelubungi lokasi terbabit apabila isteri mangsa, Amizah yang kini sedang mengandung dua bulan tiba-tiba pengsan sebaik mengesahkan mayat yang ditemui itu suaminya.

Solat hajat tepi laut

Malam sebelum penemuan mayat mangsa, penduduk kampung yang diketuai Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli turut mengadakan solat hajat di tepi laut, berdekatan loaksi mangsa hilang ketika mandi bersama adik iparnya di Pantai Sura.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut.

Berikutan penemuan mayat mangsa, pusat operasi menyelamat ditutup serta merta selepas lebih 48 jam gerakan mencari dan menyelamat dilakukan yang turut disertai Polis, Bomba dan Penyelamat, JPAM, Rela, Jetski Terengganu Club serta penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub sebagai komander operasi gera-kan mencari dan menyelamat mangsa lemas yang hilang itu mengesahkan penemuan mayat mangsa.

Pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi berkenaan.
@sinarharian

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 06:43 PM | Show all posts
fire_place posted on 26-12-2013 08:31 PM
Aku bukan nak cakap apa.
Tp manusia ni selagi xjadi..xkan pikir.
Selagi xjadi kat diri sendiri..xk ...

mereka tak tahu pengawal pantai itu la yg patut tahu mana kawasan bahaya dan kawasan tidak bahaya,
masalah caprut2 mati lemas ini sebab rip current jah.
mmg la rip current akan bawa kamu ke tengah laut, hatta kamu perenang yg bagus pun kalau berenang melawan arus current itu akan tewas dik.
nak selamat berenang parallel dengan pantai sehingga keluar dari current itu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 06:49 PM | Show all posts
innalillah, takziah, alhamdulilah dah jumpa Last edited by dahliateck on 27-12-2013 06:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 07:27 PM | Show all posts
innalillah....
orang Dungun sendiri xde nak mandi pantai musim2 mcm ni....
cuaca mmg cerah 2-3 ari sebelum kejadian..
tp ombak besar...
papan tanda amaran sebesar alam pun dah pacak...
baru 2-3 minggu lepas 2 budak politeknik mati lemas..
ajal nye dah tertulis gitu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2013 08:56 AM | Show all posts


SEBAHAGIAN penduduk setempat masih bermandi manda di pantai walaupun musim tengkujuh belum berakhir selain ombak besar. Gambar ini dirakamkan di Pantai Pandak, Chendering, Terenggganu. FOTO Aswadi Alias
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2013 08:56 AM | Show all posts


NELAYAN pantai meredah ombak besar di persisir Pantai Kempadang, Kuantan. Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur bahaya buat nelayan berikutan kenaikan paras air laut. Keadaan dijangka berterusan sehingga 31 Disember. FOTO Khairulmizan Yahya
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 09:17 AM | Show all posts
hujung2 tahun pantai timur mmg musim hujan dan banjir...
harap maklum...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 09:20 AM | Show all posts
takziah. moga jd pengajaran kt kite lenkali musim tengkujuh jgn gatal nk gi mandi laut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2013 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
martiena posted on 27-12-2013 11:32 AM
haa ye la tu ....
iols ade gambo dia ..nnt free iols tepekkan .....

Sekarang bijih besi beralih di Kelantan pula. Ummah China import bijih besi Kelantan sentiasa ada dua kapal besar berlabuh jauh dari pantai dan bijih besi di angkut guna tongkang ke kapal itu sebab iya la Kelantan mana ada pelabuhan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2013 09:33 AM | Show all posts
28 Disember 2013

Kuantan: Kibaran bendera merah di beberapa pantai peranginan di daerah ini sebagai tanda amaran bahaya turun ke laut langsung tidak menggerunkan orang ramai, malah ada ibu bapa berani membawa anak mandi tanpa menghiraukan risiko bakal menimpa.


  Tinjauan di pantai Balok dan Sepat, di sini, mendapati orang ramai memenuhi tempat peranginan itu dan ada yang sanggup mandi walaupun Jabatan Meteorologi memberi amaran ombak setinggi hampir tiga meter boleh terjadi, sekali gus membahayakan nyawa.

  Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri Datuk Kolonel Che Othman Husin berkata, pihaknya meletakkan bendera merah di semua pantai peranginan di negeri ini bagi memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti air berikutan cuaca tidak menentu selain tiupan angin kuat.


  Katanya, semua aktiviti air diarahkan berhenti untuk sementara waktu sehingga penghujung bulan ini berikutan laut bergelora yang berisiko menyebabkan kejadian lemas.

  “JPAM meletakkan sekurang-kurangnya empat pengawal pantai yang bertindak memantau serta menasihatkan orang ramai supaya menjauhi kawasan itu demi keselamatan masing-masing.

  “Namun, ada pihak yang berdegil tetap mahu mandi tanpa menghiraukan bahaya yang bakal mereka hadapi.


  “Mereka perlu tahu dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini, perkara tidak diingini seperti lemas boleh berlaku,” katanya ketika dihubungi, semalam.

  Beliau berkata, pihaknya tiada kuasa untuk mengambil tindakan susulan terhadap kumpulan atau individu yang enggan mematuhi larangan mandi di pantai peranginan, sebaliknya hanya boleh menasihati supaya menjauhi tempat terbabit.
  “Kita menjalankan tanggungjawab untuk meminimumkan sebarang kejadian tidak diingini di pantai peranginan, namun usaha ini sia-sia jika tiada kerjasama daripada orang ramai untuk mematuhi larangan ditetapkan pengawal pantai,” katanya.

  Sementara itu, Pengawal Pantai JPAM Razali Man, 34, berkata, dia pernah dimaki-hamun sekumpulan pemuda kerana menasihatkan mereka supaya tidak turun mandi di laut kerana mereka beranggapan keadaan ombak tidak bahaya.

  “Saya pernah dimarahi oleh sekumpulan pemuda  melarang mereka mandi walaupun tindakan saya hanya mahu memastikan tiada nyawa terancam berikutan keadaan ombak yang bergelora,” katanya.

  Seorang nelayan di Kampung Sepat, di sini, Rusman Rahmat, 42, berkata, sifat bongkak segelintir individu yang mendakwa hebat berenang walaupun lautan bergelora boleh mengundang kejadian lemas.

  “Saya yang sudah menjadi nelayan lebih 20 tahun tidak berani turun ke laut pada musim tengkujuh kerana bimbangkan keselamatan  sehingga menyebabkan bot terbalik.

  “Lautan ini kita tidak boleh duga kerana bahayanya datang tanpa kita sedari. Justeru, lebih elok patuhi arahan pihak berkuasa di kawasan larangan,” katanya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2013 09:34 AM | Show all posts

Kanak-kanak tidak menghiraukan bahaya bermain di pantai.

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Erkkk dkt ngn skolah aku ni..

pantai ni...dia cetek kt tepi aje...dlm,few meters lps gigi air terus dalam..so mmg ada pusaran air pun.. situ dulu jepun korek buat port nk antar timah..ada lg bekas port nya dkt pantai trluk lipat..walaupon skolah aku btul2 menghadap pantai tu..boleh kira ngn jari berapa kali je dibenarkan mandi..sbb keadaan pantai mmg membahayakan pun...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.488531 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list