CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: onnabila

Pengalaman Seram di Homestay

[Copy link]
Post time 7-6-2013 06:28 PM | Show all posts
amirezu posted on 7-6-2013 12:41 AM
betul kata bro. ini la yg saya duk explain kat orang yg salahguna perkataan homestay untuk guest h ...

:-) Sebolehnya kita cuba lah betulkan... sebab kelakar kalau pelancung luar dtg, depa heran homestay pe kebendanya... kekekeke... dulu sebelum perkataan "homestay" ni disalahguna secara meluas, di pantai timur dah banyak guna perkataan "guesthouse".. sebab belah sana kurang hotel dan ramai juga pelancung.. cuma dalam sedekad ni je kalut guna "homestay" bagi rumah persendirian/kampung utk tujuan "guesthouse"..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2013 10:58 PM | Show all posts
k_a_a posted on 7-6-2013 06:28 PM
:-) Sebolehnya kita cuba lah betulkan... sebab kelakar kalau pelancung luar dtg, depa heran homest ...

betul tu bro. homestay kat belah timur ni dah wujud macam cendawan lepas hujan. sebelum ni banyak yang guna istilah guest house. masa saya buat guest house tahun lepas duk fikir2 jugak nak pakai homestay ke guest house. bila fikir dalam2 lagi2 pasal kekeliruan buat pelancong asing nanti, saya stick pada guest house. sekarang ni istilah guest house dah agak janggal. ramai yang lebih familiar dengan nama homestay untuk guest house.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2013 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak baca abis tapi takut pasni dok teringat kalo tido homestay/ guesthouse lak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2013 06:21 PM | Show all posts
abfarha posted on 8-6-2013 12:11 AM
Nak baca abis tapi takut pasni dok teringat kalo tido homestay/ guesthouse lak..

Tak ada apa sgt lah, kalau lalui pun anggaplah itu pengalaman berharga...susah nak cari wooo...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2013 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
jaketbiru posted on 8-6-2013 06:21 PM
Tak ada apa sgt lah, kalau lalui pun anggaplah itu pengalaman berharga...susah nak cari wooo..:lov ...

Huhu.. Dtg cuti nk enjoy kang x pasal2 bwk mende lain balik lak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2013 01:17 PM | Show all posts
k_a_a posted on 4-6-2013 08:44 AM
Perkatan "homestay" ni dah disalahgunakan oleh org kita.. apabila sebuah rumah biasa / rumah kampu ...

Benda camni kena ROC yg kuatkuasakan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2013 01:21 PM | Show all posts
amirezu posted on 7-6-2013 12:41 AM
betul kata bro. ini la yg saya duk explain kat orang yg salahguna perkataan homestay untuk guest h ...

Aku selalu guna kar fu bila cakap dgn org... masalahnya depa tak faham dan pandang aku semacam seolah2 aku dah buat s8lap besar... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2013 02:42 PM | Show all posts
Yeay dapat tacang...dapat tacang...tq momod sepai...

nak sambung sket lagi nie, kat Timah Tasoh tu akan ada event untuk SUKMA 2014 bagi sukan perahu layar..so mana2 atlet yang akan berentap kat sana tahun depan haruslah berlatih di sana bermula tahun nie bagi memantapkan skil n memahami selok-belok 'litar'....

yang i respect atlet2 ni walopon muda belia tapi selamba jea menetap kat sana seminggu dua, alhamdulillah takde gangguan...bangun pkl 5-6 pagi pegi tandas yg jauh dari tpt diorang stay...kuat semangat betul budak2 tu...

sori momod, macam out of topic lak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2013 02:50 PM | Show all posts
midori_katana posted on 9-6-2013 01:17 PM
Benda camni kena ROC yg kuatkuasakan....

ROC satu .. tapi kebanyakan mereka tak daftar pun.. main panggil je "homestay".. sebab kalau Tourism memang dia strict la kalau nak panggil "homestay".. kang buat malu satu dunia je.. sebab Msia je la negara dlm dunia guesthouse di panggil homestay (dah tu org melayu pulak tu ramai, mcm tak reti bahase jer kekekeke)...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2013 02:59 PM | Show all posts
k_a_a posted on 9-6-2013 02:50 PM
ROC satu .. tapi kebanyakan mereka tak daftar pun.. main panggil je "homestay".. sebab kalau Touri ...

A'aa kan... kawan aku cikgu english pun guna perkataan homestay utk guesthouse dia.... hihihihi... ini bukan kes tak reti ni tapi dis ikut majoriti walaupun benda tu salah
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2013 05:38 PM | Show all posts
midori_katana posted on 9-6-2013 02:59 PM
A'aa kan... kawan aku cikgu english pun guna perkataan homestay utk guesthouse dia.... hihihihi... ...

hahaha.. ya.. dah jadi satu perkataan pula homestay tu.. tapi maksud homestay org Msia bertentangan dgn seluruh dunia lah.. kekekeke... lama2 jadi mcm org pahang sebut "nombor flat" (bermaksud nombor plet kenderaan)...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 01:41 PM | Show all posts
jaketbiru posted on 4-6-2013 01:59 PM
Betul tu...ada satu hari tu, keluarga dari Johor nak duduk kat homestay pulau duyong, bukan main lag ...

tu bukan homestay... to home-together...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 05:03 PM | Show all posts
TT tumpang cita eh...bulan feb hari tu aku satu keluarga bertolak ke batu gajah perak untuk hadir majlis kenduri kahwin sepupu aku..disebabkan kitorang janji nak tolong dia buat gubahan makanan meja pengantin so dia murah hatilah nak sediakan "homestay" yang dekat dengan rumah mak long aku tu..bayangkan rumah 2 tingkat yang luas tu sewaanya rm100/hari..masa mula2 masuk tu seronok sangat..dok berebutlah cari bilik ada aircond.. sayangnya cuma satu bilik je ada aircond..

disebabkan bilik ada aircond tu along aku dah tempah dengan alasan nanti anak dia panas tak leh tido jadi kitorang mengalahlah..mak aku ambil bilik master bedroom yang ada toilet dan aku ambil bilik sebelah bilik along aku..kat tingkat atas tu ada 3 bilik dan 2 bilik air. lepas kemas-kemas semua barang. along cadangkan supaya kami kaum wanita ni berkumpul tido dalam bilik yang ada aircond..supaya senag kerja2 bergosip dijalankan. jadi kaum2 adam pasrah dan ambik keputusan tido depan tv di ruang bawah. adik bujang aku masa ni ambil bilik bawah sebab nak bergayut dengan awek.

malam pertama okey2 saje kami tidur nyenyak mungkin sebab letih perjalanan dari melaka ke perak tu. esok paginya mak aku tak ada dah. rupanya lepas subuh dah pergi rumah mak long aku jalan kaki nak buat perapan ayam tapi tak boleh buat sebab barang tak beli lagi. jadi kitorang sarapan dulu ramai2 kat rumah m.long aku. kitorang masih bergembira tanpa rasa curiga..bila dah siap buat gubahan makan damai tu kami balik dan berehat sekejap dalam bilik. masa ni lah mak aku buka cerita.

masa ambil wudhu kat bilik master bedroom ni mak aku rasa macam ada sesuatu yang sama2 berada dalam bilik air dan bilik tidur tu.. disebabkan mak aku ni sangat kuat semangat mak aku solat dan diteruskan dengan bacaan yasin lepas tu..walaupun agak berkurangan rasa tu mak aku cepat2 bersiap dan pergi kerumah mak long aku. tak tau kenapa mak aku tetap terus solat kat dalam bilik tu sampai kami bertolak balik sedangkan dia tak rasa selesa. kami adik beradik solat dalam bilik beraircond tu je..

cerita ni kami xsampikan pada kaum adam kami sebab malas nanti kena kutuk pula. lepas majlis tu kami semua balik dan berehat sementara tunggu malam sebab nak merayap kat dataran ktm. balik dari begumbira tu kami berbual2 santai dan naik ke bilik untuk tidur. dalam pukul 3/4 pagi kami dikejutkan dengan suara anak buah aku menangis. dengan kelakuan dia yang pelik sebab tak nak tengok langsung muka kami.. mak aku yang rasa something baca yasin di sebelah kepala dan dijeling dengan ekor mata. aku buka bacaan doa syifa pada henpon untuk menenangkan keadaan.. hampir kesubuh kami memujuknya.

disaat macam tu anak sedara aku ni boleh pula nak menonton tv kat bawah..dia tak nak bangun dan berjalan cuma minta untuk didukung.. kakak aku surh berjalan juga rupa2nya dia menagis sebab sakit kaki dan tak boleh digerakan langsung..bila kami usik kaki untuk digerakan nampak sangat mukanya yang dalam kesakitan. jadi aku dukung dan bawa keruang bawah dan diletakan sebelah ayahnya. masa ni kaum adam memang tak sedar apa yang berlaku. along aku baring dan teman anak dia.

lepas subuh aku turun balik dan lihat anak sedara aku dah tertido begitu juga along aku.. nampaknya kami yang kat ruang atas tak tido sebab lepas aku bawak si kecik tu turun aku naik katil dan adik bongsu aku pun ikut amik port atas katil.mata memang rabak gila waktu tu.. masa ni mak aku tengah mandi untuk standby solat subuh. aku tetap buka bacaan doa syifa ni, adik aku dah selamat belayar dah sedang aku layan bacaan doa syifa ni aku terlelap..tak lama dalam 10 minit aku tersedar seperti tersentak aku tengok adik aku dah tak ada kat sebelah..aku terus bangun dan lari ke bilik yang mak aku solat tu.. nampak adik aku tengah bercerita dengan muka yang bersungguh2..

aku tanya kenapa kau cepat gila bangun (sebab kalau bab tido ni memang dia lah juaranya). dia pun citelah masa tido tu dia mimpi yang mak aku masuk bilik dan trus baring dekat lantai sebelah sisi aku..so dia cakaplah mak naiklah sini tido tempat dia nanti sakit badan. tapi bila jenguk mak melalui bawah katil dia tak nampak..dia baring dan tengok aku tengah tido..tiba2 dia rasa ada benda yang menghimpit dekat tengah2 antara aku dengan dia..terus dia rasa seperti kena hempap. bila dapat lepaskan diri terus dia bangun dan dapatkan kat mak aku. aku pun apa lagi..kaw2 aku marah sebab tergamak tinggalkan aku sorg2 kat bilik tu..sedih woo..(takut sebenarnye haha)..

bila jam dh menginjak pukul 8 lebih aku gegar semua sekali bangun dan bersiap2 untuk sarapan dan bergerak balik..mak aku terus story mory dekat kaum adam dari A-Z apa yang berlaku. tetiba laki aku cerita yang malam tu diorang memang ada dengar bunyi anjing menyalak lama sangat. tapi diabaikan sebab dah biasa kot dengan bunyi anjing ni..dalam pukul 2 lebih laki aku yang tengah tengok tv terasa nak kencing jadi dia pergi toilet bawah tu..(kalau nak ketoilet tu memang kena lalu tangga.) lepas dh selesai dia nak balik semula ke ruang tamu tapi terbantut sebab dia nampak ada benda warna putih berdiri kat tangga dan naik ke atas sekelip mata. disebabkan tak puas hati dia pun panjat tangga dan periksa bilik master bedroom tu dan bilik air tapi memang tak ada orang pon..bila clear dia pon turun dan xterfikir apa2..

lain pula adik bujang aku yang tidur kat bilik bawah. dari malam pertama lagi dia diganggu dengan langsir yang digoyang dan bunyi diluar biliknya..tapi disebabkan dah lali jadi gangguan tersebut tidak dilayan. anak sedara aku masih berdukung sebab sakit kaki lagi..aku rasa dia kena simpul bewak kot..

rumah tu memang byk sawang..padahal owner duduk selang 2/3 baris je dari rumah tu...huhuhu

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 09:11 AM | Show all posts
weyyy simpul bewak apa plak
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 06:40 PM | Show all posts
ijoHULK replied at 5-9-2015 09:11 AM
weyyy simpul bewak apa plak

simpul biawak la..kaki krem atau cramp leg...haha tah betul ke idak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 02:17 AM | Show all posts
Nak share pengalaman terbaru duduk homestay kat Penang sekitar 2 minggu lepas. Homestay apartment, tingkat 5, ada security guard. Dari tingkap boleh nampak surau kat bawah.

Masa sampai sekitar pukul 6 petang. Masuk rumah tak ada rasa apa2 yg pelik. Rumah ok, bersih walaupun agak kecik. Ada 3 bilik tido, 2 bilik air. Macam biasa mertua aku akan suruh aku sekeluarga ambik master bedroom yg ada aircond dgn bilik air kat dalam, sebab ada 2 org anak kecik. Dipendekkan intro, lepas solat kitorang keluar makan. Balik dalam pukul 11 malam gitu. Masuk tido sekitar pukul 12.

Kejadiannya bermula sekitar pukul 4 pagi sebab aku tersedar masa tu anak aku yg sulung, umo 5 tahun kejap pusing kiri kejap pusing kanan. Aku agak anak sulung aku ni tak selesa sebab panas. Aku pun tetiba rasa bilik tak sejuk macam sebelum tido tadi. Bila aku tengok aircond, aircond tu blow selang seminit lebih kurang. Kejap blow lepas tu stop, pastu blow balik. Selalunya kalau dah set fan kepada auto, sekitar 5 ke 10 minit blow barulah stop bila temperature dah sama dgn nilai yg kita dah set. Ni macam ada orang main on off remote. Nak kata anak aku tertekan, remote kat hujung kepala. Benda ni berlarutan sampai ke pukul 5 lebih. Pastu barulah aku ambik remote tu setkan balik, dia blow macam biasa. Kebetulan azan Subuh dah masa tu.

Pastu time mandi aku perasan kat paha kiri aku ada lebam, tapi kecik je. Takde rasa sakit. Wife aku pun ada lebam yg sama kat betis. Anak sulung aku pun ada lebam kat keting, tapi lebam dia besar memanjang. Bila tanya sakit tak, dia jawab tak. Anak aku yg no. 2 takde apa2 kesan lebam. Pasal lebam tu kitorang diamkan jelah, tak cerita pun kat mertua. Anggap macam biasa je.

Tapi bila dah balik rumah, anak sulung aku ni perangai jadi pelik sikit. Sikit2 nangis, sikit2 nangis. Macam manja sangat. Sebelum ke Penang tak macam tu pun. Aku suspect ada kaitan dgn kesan lebam tu. Pastu wife aku ada amalkan baca ayat kat ubun2 dia beberapa kali. Sekarang ni dah macam dia yg dulu.

Last aku kena gigit hantu ni masa sekolah menengah dulu kat paha. Lebam besar macam kesan gigit.

Itu jelah, stori yg tak seram langsung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2015 02:40 AM | Show all posts
Oye, baru teringat 3 hari lepas mertua aku ada cerita kena ganggu masa dia sewa homestay kat Sepang. Alkisahnya gini...

Masa tu family mertua aku dari Johor rumah besan dia ke KL nak hantar adik ipar bongsu aku fly. Diorang berlima, mak ayah mertua aku, 2 org adik ipar pompuan dgn sorg adik ipar laki. Diorang stay 1 malam kat homestay area Sepang, ada 2 bilik, 1 bilik air.

1 bilik ayah mertua dgn adik ipar laki aku duduk. 1 bilik lagi 2 org adik ipar pompuan aku duduk. Mak mertua aku decide nak tido kat ruang tamu. Dah terbiasa kot sebab kat rumah biasanya dia tido kat ruang tamu sejuk sikit dgn ayah mertua aku sekali. Tapi malam tu dia tido luar sorang. Jadi cerita ni pengalaman dia sendiri kena ganggu.

Malam tu mak mertua aku mimpi ada sekumpulan org berpakaian serba putih bawak something mcm mutiara atas dulang nak bagi dia. Pastu dia tersedar. Lewat malam dah masa tu tapi aku lupa pukul berapa. Pastu dia rasa tak sedap hati, dia masuk bilik adik ipar perempuan, dia lock pintu. Adik ipar yg bongsu tersedar sebab mak mertua aku masuk bilik macam tergesa2. Bila nak tido balik, tiba2 tombol pintu bilik diorang macam ada orang pusing2 nak bukak tapi tak dapat masuk sebab dah lock. Bilik tu memang gelap, cuma nampak cahaya kat bawah pintu je. Intai2 bawah pintu, takde pulak nampak kaki. Tapi tombol pintu tu still lagi berbunyi.

Diorang tak suspect ayah mertua atau adik ipar aku yg laki sebab selalunya ayah mertua atau adik ipar laki nak masuk dia akan ketuk pintu dulu. Lagipun tak nampak kelibat orang luar bilik dari celah bawah pintu tu.

Bila dah duk bunyi gitu adik ipar bongsu pun tanyalah sape tu. Tak ada org jawab. Bunyi tombol pintu pun takde dah. Tapi ada bunyi macam orang berjalan pulak kat luar rumah.

Bila dah lama sikit, mak mertua aku mintak adik ipar pompuan yg sorang lagi temankan dia ke bilik air. Masa tu tengok keadaan dalam rumah macam biasa je, tak macam rumah dipecah masuk. Pintu utama pun terkunci.

Esoknya tinjau2 luar rumah takde apa yg pelik. Jadi diorang buat kesimpulan, berdasarkan mimpi tu macam ada org nak hantar something kat mak mertua aku tapi bila dah masuk bilik benda tu takleh masuk. Gitulah lebih kurang. Sebab apa takleh masuk tak taulah pulak. Nak kata orang nak mencuri atau merompak, bilik yg ayah mertua dgn anak laki dia duduk tu memang tak terkunci pun.

Gitulah lebih kurang kisahnya eheh. Sori tak berapa seram lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 07:12 PM | Show all posts
ishkkk seram pulak cerita TT nih, baru2 ni pun me and family ada sewa homestay. tapi nasib bek takda apa2
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 09:04 AM | Show all posts
kattzz replied at 4-9-2015 05:03 PM
TT tumpang cita eh...bulan feb hari tu aku satu keluarga bertolak ke batu gajah perak untuk hadir ma ...

baca yg atas2 mmg dh seram dah. smpai tang ayat simpul biawak tu berguling aku gelak..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.403328 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list