Post Last Edit by hanasensei at 15-3-2012 10:45
Pengakhiran
Pada 18 Jun 1784 M, Raja Haji terbunuh sebagai syahid fisabilillah dalam peperangan melawan Belanda pimpinan Jacob Pieter Van Braam di Melaka. Bilangan pasukan Melayu yang syahid dibawah pimpinan Raja Haji termasuk beliau sendiri dianggarkan sekitar 500 orang. Raja Haji meninggal dunia pada hari Rabu di Teluk Ketapang, Melaka, 19 Rejab 1198 H/18 Jun 1784 M dan disemadikan di Masjid Tengkera Melaka sebelum jasadnya dikebumikan semula di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau.
Makam Raja Haji di Pulau Penyengat. Riau
Walaupun Raja Haji berketurunan bugis di sebelah ayahnya, beliau juga mempunyai darah Melayu di sebelah ibunya. Pihak Belanda bahkan menganggap bahawa perang yang dipimpin Raja Haji adalah peperangan yang cukup besar dan sempat menggoncangkan kedudukan Belanda di Nusantara. Karena kepahlawanannya itulah, Raja Haji diagungkan masyarakat Melayu, disebut dengan gelaran Raja Haji Fisabilillah Marhum Teluk Ketapang.
sumber rujukan: http://sejarahum.tripod.com/assignment/57.htm http://resam-melayu.com/2010/05/raja-haji-pahlawan-teragung-nusantara.html http://www.rmkhalid.com/2010/02/raja-haji-ibni-opu-daeng-cellak-yang.html
bagi sesiapa yang berminat nak mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah Raja Haji boleh dpatkan buku yang ditulis oleh Hasan junus terbitan Yayasan Pustaka Riau, Pekanbaru...
|