CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: anna1234

Darah tinggi masa mengandung...

[Copy link]
 Author| Post time 18-1-2011 12:25 PM | Show all posts
Ice-Q, saya kena bp ni pun masa 2nd trimester, memang pening n kena makan panadol baru hilang pening tu, tu pun doktor tambah dos baru turun bp saya..masih jauh perjalanan ini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2011 12:57 PM | Show all posts
Anna..doktor suspect saya i darah tinggi even before pregnant tapi i tak percaya and i call up balik clinic yang i buat checkup semasa 1-3 months. Memang sah normal je.

Sekarang ni makan Aldomet 3 kali sehari. Sama lah kita..mengharapkan baby dalam perut ni selamat.

Cuak jugak sebab my brother kata cikgu dia kematian baby dalam perut waktu kandungan 7 bulan disebabkan darah tinggi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2011 11:30 AM | Show all posts
Ice-Q, minggu ni bp saya alhamdulillah sgt2, ahad cek 130/85, pahtu semalam cek lagi sekali 125/85, doktor ckp dah normal n cuma pantau sndiri je tak perlu jumpa dia dah dlm masa terdekat ni. Aldomet tu u makan ada turun tak bp u?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 03:04 PM | Show all posts
Apa yang menyebab kan kita kene darah tinggi  waktu kita mengandung? adakah dari segi pemakanan kita atau keturunan? dan dia ada simptom kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2011 10:24 AM | Show all posts
hi jlocute..

saya ni memang keturunan darah tinggi, tiap kali ngandung mesti ke na darah tinggi la..

semasa ngandung, ada yg kena sebab keturunan n ada yg sebab perubahan hormon, tp doktor ckp kalau bawah 5 bulan dah ada darah tinggi, tu sebab memang ada darah tinggi sebelum ngandung lagi. darah tinggi masa 5 bulan ke atas baru dikatakan darah tinggi sebab ngandung..

bila dah ada darah tinggi ni memang kna kontrol pemakanan la, saya kontrol gila sapai turun kg saya...hehe..makan yg bakar n tawar2 je..hehe

simptom biasa, pening tak hilang2, lembik longlai, jantung laju semacam, pinar2 mata
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 12:05 PM | Show all posts
moi pon lately nih bila bzz sgt tak sempat nak cek tekanan darah kat umah...nih bila jmpa dr mesti kena bebel nih huhuhu....kadang tinggi kadang biasa je tah la...doa2 la semoga anak dlm kandungan nh selamat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2011 04:30 PM | Show all posts
Reply 45# anna1234


    hi Anna, thanks for ur info
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 08:42 AM | Show all posts
saya pun kena darah tinggi. kandungan baru masuk 6 minggu. patutnya malam tadi doc suh masuk wad. tapi hubby suh delay. Nak g klinik pagi nie nak check blood presure balik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2012 02:10 PM | Show all posts
z_nisha posted on 4-11-2012 08:42 AM
saya pun kena darah tinggi. kandungan baru masuk 6 minggu. patutnya malam tadi doc suh masuk wad. ta ...

saya makan ubat 3x sehari...... review bp selang sehari

padahal bacaan baru 130/90 (border line)

now dah ambik ubat pun bacaan 120/80

ingat nak gi private la, tukar ubat.... biarla mahal skit pun asalkan bp terkawal
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 01:22 AM | Show all posts
Hmm saya pun tengah cari info pasal HBP masa bersalin utk info isteri nie. Dua anak sebelum nie lahir induce ,  ceaser, tapi masa tu hbp jadi kat 36 weeks dan 38 weeks. Kandungan ketiga nie seawal dua minggu dah pi klinik inform doktor minta pandangan. Tapi malangnya doktor beri nasihat keagamaan pula. Kami jmpa dr. sebab nak minta assesment risk, patutnya dia cerita habislah. Tapi dia kata, kami ada cara, ambil ubat nie makan ianya akan bantu baby dan buka buku merah awal. Patutnya dia terangkanlah apa itu HBP, dan apa guna ubat aspirin cairkan darah tu, supaya kami faham. Isteri tak makan ubat tu pun sebab ingatkan tu ubat darah tinggi... sebab BP tak tinggi waktu tersebut. Semuanya berubah pada 26 minggu apabila BP isteri mula naik, 160, admitted wad 2 hari. Discharge, dr supply Methyldopa 250 mg, 3 kali sehari. minggu depannya pergi hospital lagi, BP masih tinggi. 180.. dr suruh masuk wad, tapi isteri taknak, Dr. cakap kalau taknak balik atas risiko sendiri. Dan DR terus supply Methydopa 250mg x 2 3 kali sehari. Esoknya nurse datang rumah sebab dr. hospital call klinik risau ttg bacaan BP. Nurse datang amik BP dan terus diorang hantar ambulan pi hospital dan admit wad jugak. Di  wad, esoknya dos methyldopa di up lagi ke 250mg x 4 biji 3 kali sehari. Doc amik sample  air kencing utk protein dan result dia kejap ada kejap takde. Kat wad isteri tnsion 6 hari kena tahan... tak dapat jumpa anak dsb. Dia rasa mcm dizzy kat bilik air, dia ingatkan sebab bunyi sistem hospital tu yang mengganggu dia dalam 6 hari tu menybabkan dia Dizzy. Hari ke 5, tambahan satu lagi ubat dibuat iaitu Labutol 200mg 3 x sehari. Doctor scan dia cakap kandungan walau dah 2 minggu saiz cuma 26 minggu. Dr. Discharge wad sebab takde trace protein. Masa kat wad bacaan BP memang sekejap 140 sehingga 180, fluctuate. Sekarang ada kat rumah dah 3 hari. Buat bacaan BP sendiri, dr. ada arahkan hantar memo kat klinik ksihatan  supaya amik daily BP, tapi tak sempat nak hantar,  Jumaat saya kerja dan Bos pun tak memahami. Sabtu Ahad Klinik plak tutup. Masa ambil bacaan BP sendiri guna mesin Omron, bacaan mmg berbai. ada yang tahap EE,  ada sekali 128, 156 dan 198/119. Giler bapak tinggi. Masa kat umah org umah kata dia rasa  pening, mandi pun kena duduk. Bila google rupanya side effect Methyldoplha dan Labutol tu ialah  dizzy gitu. (dah prob plak tak tahu itu simptom preeclampsia atauside effect Methyldopa, gatal gatal pun ada juga (itu rasanya side effect Methyldopa) so besok Ahad, harap ok, nak tunggu Isnin  supaya dapat hantar memo dan dapat jumpa Dr. minta pandangan. Aku tak pedulilah,  Bos nak bising ke nak maki ker Bini aku lagi utama... aku akan temankan juga bini aku ke klinik. Walaupun kat memo tu tulis unlikely pre eclampsia, tapi aku  risau sebab bacaan BP sapai  EE dampai 200, dan  tadi  biniaku cakap ada sekali dia rasa mcm flash.. aduh. Masa kat wad baru Dr. ada terangkan pasal hi bp utk org mengandung nie. Ianya berpunca dari pembentukan uri yang tidak betul menyebabkan  tekanan darah tinggi walaupun mungkin banyak faktor lagi yang menyebabkannya. BP yang terlalu tinggi boleh menyebabkan Eclamsia, atau sawan, boleh menyebabkan strok yang menyebabkan kematian, dan boleh menggangu proses organ seperti ginjal dan hati. Yang  aku kesalkan bini aku tak bagitau dr. masa kat wad hari tu dia rasa dizzy,  sebab dia assume sebab bunyi machine kat hospital tu yang buat dia rasa pening. Rupanya bila google itu mmg side effect methyldopa. Hmm adakah overdose Methyldopa?  Arhh.. tak  sabar tunggu Isnin, ada satu hari lagi supaya aku leh bawak ini jumpa Doktor...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 01:34 AM | Show all posts

What happens if I overdose (Aldomet)?

Seek emergency medical attention or call the Poison Help line at 1-800-222-1222.

Overdose symptoms may include extreme drowsiness, vomiting, slow heartbeats, or fainting.


What should I avoid while taking methyldopa (Aldomet)?

This medication may impair your thinking or reactions. Be careful if you drive or do anything that requires you to be alert.

Avoid getting up too fast from a sitting or lying position, or you may feel dizzy. Get up slowly and steady yourself to prevent a fall.

perghh patutlah bini aku rasa nak jatuh bila bangun dari tempat duduk... the question is is it over dose, sebab dalam asa 24 jam jer Dr. upkan dari 250 mg ke 500 mg dan kemudian ke 1 G,.. hmmm.... takut sistem rekod tu jer buat dr confuse, dia perasan tak methyldpa 500 mg tu bini baru amik 24 jam ajer?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 02:33 PM | Show all posts
Try ambil epal hijau atau orange but sesetengah org kena gastrik kalu ambil masam-masam.
So, I suggest ambil supplemen Garlic shaklee
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 04:40 PM | Show all posts
cer amik garlic dan omega
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 12:48 AM | Show all posts
cmf_peace posted on 12-5-2013 01:22 AM
Hmm saya pun tengah cari info pasal HBP masa bersalin utk info isteri nie. Dua anak sebelum nie lahi ...

am on my 3rd pregnancy with high bp.

first pregnancy pre-eclampsia... masa tu baru tahu ada high bp, masa nak masuk 3rd trimester. early delivery c-section.

second pregnancy on aldomet... takder effect pun, bp tinggi jer memanjang 160/110 tu biasa dah. early delivery c-section.

third pregnancy on trandate 200mg 3x daily and aspirin (tukar gynae)... Alhamdulillah, last check up @32weeks, bp 120/80... hopefully dapat bertahan sampai lepas 37weeks...

jangan take lightly, do take medical advice from several gynaes and tengok ubat mana yang sesuai dgn kita. a friend's baby baru jer meninggal dalam kandungan at 24weeks due to her high bp... pr-eclampsia
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 12:14 PM | Show all posts
me masa 36 weeks, dpt high bp. lepas tu doktor bg labetalol (betul ke spelling ni? lantak lah ;p)
lepas bersalin..bp still unstable..
dapat laa ubat amlodopine.
lepas tu baru bp ok.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 11:45 AM | Show all posts
saya ada hypertension,, on medication.. just found out yg saya pregnant... huwaa takut nyer baca experience korangggg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.086112 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list