|
dah ada promo kat tv3 utk spa q 2 ni! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #42 graxier06's post
|
|
|
|
|
|
|
aku pon terpakse tgk spa-q utk tgk babak siti |
|
|
|
|
|
|
|
15 Disember kan start... |
|
|
|
|
|
|
|
da nk start ke?? cptnye...
xsabo nk tgk ct!! :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
jgn lupe record |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #50 calmille's post
|
|
|
|
|
|
|
wah dah ada gambar... |
|
|
|
|
|
|
|
sape ade nk lagu ni.. sedap pula |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #53 sayang_mulut's post
|
|
|
|
|
|
|
Spa Q hanya kebetulan
Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
[email protected]
APABILA Datuk Siti Nurhaliza tergolong dalam barisan pelakon bersiri hit, Spa Q yang bakal memasuki musim kedua pada 15 Disember ini, ia seolah menjelmakan satu persepsi baru, adakah selepas ini, penyanyi berprofil tinggi ini akan membuka lebar jendela hatinya untuk mencuba lakonan ke dalam karier seninya.
Sudah tak terbilang agaknya bunga bangsa bersuara emas ini dilamar sebagai penyeri dunia lakonan, namun sehingga ke hari ini, wajah figura bernama Siti Nurhaliza ini belum lagi menghiasi mana-mana drama mahupun filem.
Sudah terang lagi bersuluh, saham Siti terlalu mahal untuk lakonan. Dan dari dahulu mula langkah diatur dalam dunia seni sehinggalah ke hari ini, nyanyian masih tidak bertepi dalam kembara seni Siti Nurhaliza.
Cuma sekali, kelibat Siti terselit menerusi sebuah filem pendek, Zaleha Ayam Patah yang dibikin oleh Uniputra Production, anak syarikat Universiti Putra Malaysia (UPM) beberapa tahun sudah.
Itupun Siti sekadar muncul sebagai penyanyi lagu-lagu zapin dalam satu babak pertunjukan zapin yang menjadi inti cerita. Siti hadir tanpa watak mahupun dialog dan menyanyi dalam persembahan yang turut menyaksikan komposer Pak Ngah sebagai salah seorang pemuzik.
Menjelaskan kemunculannya yang masih kekal membawa status dan gelaran Datuk Siti Nurhaliza menerusi drama bersiri terbitan Global Station itu, terjun ke lokasi penggambaran drama hanyalah satu kebetulan buatnya.
"Alahai, saya buat penampilan istimewa sahaja, jadi diri sendiri. Cuma dalam babak perasmian spa baru sahaja, dialog pun sikit-sikit saja," luah Siti merendah diri.
Menerima tawaran Spa Q 2 kerana produksi ini milik kakak ipar sendiri iaitu Zaitun Mohamad Jiwa, Siti tidak melihat perkara itu sebagai satu perkara yang perlu diungkitkan.
"Saya buat sebab ada kelapangan, seperti yang saya katakan tadi, itu sekadar kebetulan. Lagipun untuk musim pertama tahun lepas saya terlibat sebagai penyanyi lagu tema Ku Mahu dan saya masih menyanyikan lagu tema yang baru untuk musim kedua ini. Jadi tak salah kalau saya terbabit," kata Siti yang muncul dengan lagu terbaru Pada Cintanya yang menjadi lagu tema Spa Q 2.
Harapan Siti, untuk lagu tema baru Spa Q 2 ciptaan Audi Mok lirik oleh Rina Khan dan Siti sendiri itu akan diterima peminat seperti mana Ku Mahu sebelum ini.
"Saya baru dapat dan baru sahaja selesai rakaman lagu berkenaan Ahad lalu (30 November). Lagu Pada Cintanya sebuah lagu yang agak rancak, macam lagu Ku Mahu juga," jelas Siti yang angun dalam jubah putih berhias tudung merah jambu ketika hadir semasa sesi ramah mesra bersama pelakon drama berkenaan di Seri Kembangan, baru-baru ini.
PENGLIBATAN dalam Spa Q 2 menimbulkan persoalan sama ada Siti bakal berlakon secara serius pada masa akan datang.
Biarpun watak cameo untuk siri ini, penantian peminat untuk melihat Siti tampil sebagai pelakon semakin menjadi kenyataan ditambah lagi dengan khabar angin, kononnya Siti akan berlakon filem terbitan Adnan Abu Hassan berjudul Bunian.
"Perbincangan saya dan Adnan adalah untuk lagu tema kerana Bunian sebuah filem animasi. Untuk lakonan suara, saya masih tidak memberikan apa-apa persetujuan," katanya sambil menjelaskan buat masa ini, dia tidak pernah terfikir serius berlakon memandangkan nyanyian masih menjadi keutamaannya.
Selain untuk lagu tema Bunian, Siti juga terbabit dengan sebuah produksi filem dari Indonesia berjudul Perempuan Berkalung Sorban yang bakal ditayangkan di Indonesia 24 Disember ini.
Dalam satu laporan daripada web SCTV, untuk filem yang bertemakan keislaman itu, Siti juga sudah menjalani satu pembikinan klip video dan terlibat dengan rakaman album runut bunyi filem itu di Jakarta, baru-baru ini.
Lebih mengujakan Siti lagi, tahun 2009 yang sedang mengintai memberikan semangat baru buatnya untuk kembali merancakkan aktiviti seni yang lewat kebelakangan ini agak perlahan disebabkan banyak agenda peribadi yang harus diselesaikan.
"Tahun 2008, Siti sibuk dengan benda lain, pergi haji dan banyak hal ini, tapi sekarang saya seronok dan tak sabar. Album baru pun dah melepasi proses mastering dan hampir siap sepenuhnya. Insya-Allah, dalam masa dua atau minggu lagi ia akan dilancarkan dan dipasarkan," luahnya menguntum senyum.
SITI bergambar bersama pelakon Spa Q 2 yang bakal menemui penonton 15 Disember ini.
Berkonsepkan tradisional kontemporari, album terbaru daripada Siti ini dijangka penuh variasi apatah lagi komposer terkenal, M. Nasir turut berkompromi untuk Siti menerusi lagu Ada Masa Mata, lirik oleh Ad Samad.
Selain itu, Siti turut menggunakan khidmat komposer terkenal lain antaranya Johari Teh, Johan Nawawi, Adnan Abu Hassan, Datuk Shuhaimi Mohd Zin dan Zul Mahat bagi memberikan kesan istimewa album berkenaan kelak.
Sebuah lagu ciptaan komposer seberang, Katon Bagaskara yang berjudul Cinta Ini juga menjadi antara sandaran Siti Nurhaliza kali ini.
Sebelum menoktahkan bicara dan meminta diri untuk bergegas menghadiri satu majlis perkahwinan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), Siti sempat berpesan. Katanya: "Rezeki saya masih sebagai seorang penyanyi dan tahun 2009 ini, peminat bakal menyaksikan Siti yang mereka mahukan walaupun tidak seperti yang mereka ketahui selama ini." |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alahai, saya buat penampilan istimewa sahaja |
|
|
|
|
|
|
|
Penampilan istimewa Siti Nurhaliza dalam Spa Q
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
LAGU Ku Mahu nyanyian penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menjadi lagu tema drama bersiri Spa Q sedikit-sebanyak telah mempopularkan siri 60 episod itu mulai Oktober tahun lalu. Mulai 15 Disember ini, siri Spa Q musim kedua (Spa Q 2) sekali lagi menggunakan khidmat penyanyi tersohor ini dengan tajuk lagu Pada CintaNya ciptaan Audi Mok dan lirik ditulis oleh Rina Khan dan Siti sendiri.
Siti bukan sahaja menyumbang bakatnya melalui nyanyian malah beliau turut diundang untuk berlakon dalam siri yang turut dijayakan oleh Norish Karman, Zizie Ezette, Azizah Mahzan, Jasmin Hamid, dan Fouziah Gous ini.
Menurut Siti, beliau bakal berlakon dalam sebuah babak sahaja iaitu watak cameo dengan menggunakan nama sebenarnya untuk tatapan para peminatnya.
揇alam babak itu, saya hanya melancarkan butik Spa Q di Langkawi.
揟idak dinafikan, secara kebetulan saya juga terbabit kerana produsernya, kakak suami saya, Zaiton Mohd. Jiwa.
揓adi, mereka inginkan kemunculan semula saya, dengan itu saya bukan sahaja diundang menyanyi untuk lagu temanya malah untuk turut berlakon sedikit.
Penampilan istimewa Siti di dalam Spa Q musim kedua pastinya bakal menarik perhatian penonton - foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT
揔ebetulan ada waktu terluang, saya turuti juga kehendak tersebut, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1 babak shj |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #56 Syd\ catat
dan tahun 2009 ini, peminat bakal menyaksikan Siti yang mereka mahukan walaupun tidak seperti yang mereka ketahui selama ini."
omg tak sabarnye nak tunggu kemunculan siti kembali!! excited sgt! |
|
|
|
|
|
|
| |
|