|
Neraka tidak dapat digambarkan dengan gambar
Keluasan Neraka Jahanam
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak
biasa
datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya
oleh nabi s. a. w.:
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat
Allah
menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka
tidak layak bagi
orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar,
dan siksa kubur itu
benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka
sebelum ia merasa aman daripadanya."
Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan
padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, Maka
dinyalakan elama seribu tahun, sehingga merah,
kemudian dilanjutkan seribu
tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga
hitam, maka ia hitam
gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi
Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum
nescaya akan dapat
membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi
Allah yg mengutus
engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
digantung di antara
langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana
panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
satu pergelangan dari
rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di
atas bukit, nescaya akan
cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg
mengutus engkau dengan
hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,
nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur
kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan
perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur
nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api
neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan
perempuan."
Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya
bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak,
tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan
70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70
kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah
lebih panas)
Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk
masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang
munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan
hidangan mukjizat nabi Isa a. s.
serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama
Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama
Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya
dari kaum majusi
bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama
Huthomah. Pintu ke enam
tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w.
sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan
penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar
dari ummatmu yg sampai
mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar
keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala
nabi s. a. w. di pangkuannya
sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw
bersabda: "Ya Jibrail,
sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah
ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam
neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari
ummatmu." Kemudian
nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis,
kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan
tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali
dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta
kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg
Lalai")
Dari Hadith Qudsi:
"Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari
Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu "
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000
rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.
mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita |
|