|
Istimewa untuk Allahyarham LOLOQ - Koleksi Lirik Terbaik
[Copy link]
|
|
Originally posted by bayieng at 31-1-2008 12:44 PM
sama la kite
tahu kewujudan arwah dan kepelikan lirik2 tulisan arwah..dr album ELLA 30110...
Beberapa tahun yg lalu dalam program TV, ILHAM PENCIPTA
Arwah Loloq pernah meluahkan rasa terima kasih kepada Ella kerana mempercayai bakatnya.
Arwah jugak terhutang budi pada Ella kerana memberikan peluang terlibat di dalam album.
Walaupun Ella mempunyai nama yang besar & arwah belum dikenali ramai,
Ella sudi memuatkan bnyk hasil nukilan arwah di dalam album 30110.
Sebelum-sebelum tu awah hanya berkarya dan bekerjasama dgn teman rapat seperti M Nasir, Hattan, Search.
Selepas album 30110 , nama arwah kian dikenali. Bnyk penyanyi cuba mendapatkan hasil nukilan arwah.
[ Last edited by juara at 1-2-2008 12:02 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
SATU KEHILANGAN YANG AMAT BESAR DALAM INDUSTRI MUZIK MALAYSIA...AL-FATIHAH |
|
|
|
|
|
|
|
aku paling suke lirik2 loloq dlm album spider - Aladin (2002) ....
laukku cukup masin
[ Last edited by aku_figo at 1-2-2008 02:45 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Lirik pertama arwah,
Dari album SOLO - M.Nasir - 1989 - terus terpikat ngan gaya penulisan arwah.
Seloka Gejela Melayu
Kini sampai waktunya
Kita beristiharah
Selepas penat berhempas pulas
Meredah kehidupan
Abad kedua puluh
Yang mengancam dan mencabar
Puas kita berfikir
Puas kita berikhtiar
Mengaji dan mengkaji
Ilmu timur dan barat
Kemana hilang lenyap
Ayat inspirasimu
Lambang kesedaran hakiki
Insan insan
Insan insaf
Insan sedar
Insan sedar
Sia-siolah
Bahasa yang indah
Tanpa berbudi (budi) perkerti sejati
Sia-siolah
Bahasa yang indah
Tanpa berbudi perkerti sejati
Tamsilkan ia
Ibarat yang mudah
Dari seloka gejela Melayu
Semoga berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
Sekilas Cinta - ELLA
Lirik : Loloq
Telapak tanganku masih menadah ke langit
Bilakah harinya nak hilang haus rindu
Makinlah ku hirup makin tak puas terasa
Malahan tak cukup sungai nak ditambah lautan
Cinta bukan sebarang cinta
Cinta bertingkah gelap cahaya
Cinta bukan sebarang cinta
Cinta bersenda nafas dan nyawa
Biarpun dekat ku masih anggapkan kau jauh
Sekilas hatiku sedetik baru sampai
Sepatutnya dalam kita sudah lama sekata
Tiada antara ruang jarak dan masa
Mari kasih kita berjanji
Kiranya kau sedia
Mari kasih kita bersama
Runtuhkan dinding rahsia kita |
|
|
|
|
|
|
|
Arwah berjaya mengangkat dan memartabatkan Bahasa Melayu melalui nukilan yang dihasilkan |
|
|
|
|
|
|
|
aku harap akan ada usaha utk mendalami pemikiran di sebalik karya2 beliau,
atrnya seperti yg ini......
Keroncong Nostradamus
Lagu dan nyanyian m.nasir.
Hikmah, madah, syair, seloka
Gurindam selang-seli kail
Mengail bebunga daun berduri
Berburung berwarna-warni
Bagaikan si batik impian
Sebuah peta kehidupan
Penyuluh zaman
Keroncong zaman
Aku di sini bagai si Helang
Mabuk kepayang pulang petang
Bersua cenderawasih kayangan
Melayar songsang di awan
Haruskah aku hanyut
Dibawa arus dan pasrah
Menantikan semuanya
Berlaku dan berlalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sebenarnya dah banyak kali jumpa lirik lagu Sembunyi dalam internet. Kat Cari ni pun dah berapa kali org post. Yg terbaru dipost oleh Kak Makh dalam thread ni. Sebenarnya semua lirik yg ada ni, semuanya tak tepat. Ini termasuk jugak lirik lagu Sembunyi yg dimuatkan dalam 'door gift' AJL yg baru berlalu.
So kat sini aku nak postkan yg ori, yg ditulis oleh arwah and yg dinyanyikan oleh Misha dan Andy. He wrote such beautiful lyrics for that song, so aku harap forummers dapat appreciate lirik yg betul. Walaupun beza tak banyak, tapi perkataan yg arwah pilih sgt tepat and makes a big difference - aku rasa korang mesti boleh faham....
SEMBUNYI
Percikan sinar matamu
Singgah di hati
Bergetap bibirku bisu
Sukar mengerti
Pantasnya
Diri tertawan
Tak sempat
Berkelip
Aku kau punya
Diammu mengutus ilham
Membujuk jiwa
Pegunmu suatu ragam
Melamar rasa
Biarpun
Kita mencoba |
|
|
|
|
|
|
|
Satu2nya lagu nasyid arwah - yg memenangi Lirik Terbaik Anugerah Nasyid Minggu Ini 2006
JALAN SEHALA (Saujana)
Tuhanku Maha Pengasih
Tuhanku Maha Penyayang
Sebelum pun sempat tangis
Ku jatuh ke bumi
Rahmatnya menyambut
Membisik bujukan penawar bersakti
Apa lagi nak ku gusar
CintaNya tak pernah gagal
Hadir di kala ku sepi di kala ku bersedih
Aku hanya berpegang janji
JanjiNya kesungguhan yang pasti
Pintu kemenangan
Lorong bercahaya
Langkah untuk ku pulang
Jalan sehala
Aduhai ibuku yang satu
Janganlah ada barang ragu
Biarpun seberkas dalam hati
Andaiku terkorban nanti sedang meniti kasih
Lagu: Aidit Alfian (Indah Karya Publishing (M) Sdn Bhd)
Lirik: Loloq (Luncai Emas Publishing (M) Sdn Bhd) |
|
|
|
|
|
|
|
Minggun 3 Feb 2008
Jarum Emas: Visi Loloq
UMUM maklum Rosli Khamis atau Loloq bukan penyanyi, cuma penulis lirik. Ibarat isi dan kulit, begitulah fitrah seni, apalah makna lagu tanpa dihiasi lirik yang boleh meruntun emosi.
Bermula dengan lirik Wak Jono pada usianya 21 tahun, kehadiran Loloq menceriakan lagi persada seni tanah air kita, sekali gus menambah koleksi antara penulis lirik berwawasan tersendiri.
Setiap penulis lirik ada aura masing-masing. Sensitiviti mereka terhadap alam dan sejagat begitu halus, mampu dieksploitasi melalui nukilan mereka, yang ada kala tidak terjangkau oleh akal kita.
Umpamanya Loloq, pengenalan nama komersiolnya saja buat kita menggaru kepala apakah rahsia di sebalik namanya? Pelbagai karyanya yang dianggarkan lebih 300 lirik seperti Keroncong Nostradamus, Seloka Jegela Melayu, Di Kala Asmara Lepaskan Layarnya, Di Ambang Wati, Kitalah Bintang dan Berikanku Nurbisa tidak mustahil akan dikaji generasi akan datang yang mahu tahu rahsianya.
Berdepan orang seni seperti Loloq, usah jelak bertanya jika mahu tahu apa terkandung di sebalik karyanya. Bukan saja pendengar, saya percaya penyanyi yang pernah melagukan lirik karya Loloq barangkali ada yang buat-buat faham kerana tidak dapat menangkap makna liriknya yang berseni itu.
Saya pernah tidak faham apa dimaksudkan Loloq dengan perkataan 憇yuga |
|
|
|
|
|
|
|
Sebut sahaja nama Rosli Khamis sudah tentulah tidak ramai yang mengenali atau mengetahui siapakah gerangan wajah yang memilikki nama itu. Tapi bila sebut sahaja Loloq ramai yang terbayang akan kepuitisan dan keunikkan lirik lagunya yang cukup sinonim dengan M.Nasir itu.
Selain menggunakan nama Loloq beliau juga seringkali menggunakan nama pena yang lain seperti Nurbisa dan Rosli Khamis sendiri. Sebenarnya Loloq mempunyai trademark yang tersendiri iaitu apabila mencipta lirik untuk lagu slow rock atau bernada pelahan beliau menggunakan nama Nurbisa yang liriknya lebih puitis manakala untuk lagu yang bernada rancak seperti lagu Rock atau Ballad beliau lebih suka menggunakan nama Loloq dan nama Rosli Khamis hanyalah digunakan untuk lagu yang dicipta oleh beliau sendiri.
Loloq adalah salah seorang dari 3 sahabat karib dari Kota Singa (Singapura) bersama M.Nasir dan S.Amin Shahab datang ke Kuala Lumpur untuk berkarya. Tapi nama Loloq sering dibayangi dengan nama M.Nasir kerana kombinasi pasangan itu dikatakan cukup serasi bila berkarya bersama.
Kebanyakkan lirik lagu tulisan Loloq ini banyak disumbangkan untuk artis seperti Kumpulan Wings, Kumpulan Search, Kumpulan XPDC,Kumpulan Spider, M.Nasir, dan beberapa lagu hits untuk kumpulan tertentu kombinasi bersama M.Nasir.
Ketika ini Loloq tidak hanya terikat kepada ilham M.Nasir sahaja malah lirik beliau kini mula digemari oleh beberapa artis yang lain seperti Ning Baizura, Kumpulan Exist, Kumpulan Def Gab C dan beberapa artis yang lain.
Selaian M.Nasir selaku pencipta lagu ciptaan lirik beliau terdapat beberapa nama lain yang menjadi pencipta lagu untuk hasil sentuhan lirik Loloq ini seperti Joe Wings, Izo XPDC, Tam Spider dan G-Nola(Along Exist).
Lihat sahajalah sentuhan liriknya yang puitis untuk lirik lagu "Nurnilamsari" (Search & Awie) bahasanya cukup indah dan kadangkala tidak terlintas dari fikiran kita. Jika dilihat dari hasil penulisan Loloq kebanyakkan liriknya amat tersirat dan sukar untuk difahami. Di antara lirik unik Loloq ialah "Bazooka Penaka" (Wings) yang mana perkataan Penaka itu adalah singkatan kepada perkataan Penamat Kata-Kata, "Kacap Terlabik"(Spider) merupakan terbalik dari perkataan "cakap terbalik", "Kita Peng-yu"(XPDC) yang di ambil dari bahasa China iaitu Peng-Yu (kawan) dan beberapa lagi perkataan pelik yang jarang kita dengar.
Di antara lirik lagu beliau yang lain ialah "Paiseh", "Tak Nak Jadi Soh Chai", "King El-Mondoqe"(XPDC), "Di Ambang Wati", "Kau Bukan Brader", Awang Trasher"(WINGS), "Analog 0.1", Asli Dan Tulus" "Laila Namamu Teratas", "Neo Romantik","Zen-Bikin Wilayah" (SEARCH), "Laukku Cukup Masin", "Kasih Latifah", "Cinta Dewa-Dewi"(SPIDER) banyak lagi.
Kini Loloq melangkah setapak lagi menceburi bidang lakonan pula, di antara filem atau telemovie yang pernah dibintanginya ialah "Merah"arahan M.Nasir, "Orang Kasar" arahan Harun Salim Bachik yang mana Loloq menjadi pelakon pembantu bergandingan dengan Eman Manan dan Jalalludin Hassan serta sebuah telemovie vcd iaitu "Gosok-1"berlakon bersama anggota Spider.
Apapun Pak Belukang Emas ucapkan syabas kepada Loloq kerana memperjuangkan lirik lagu Melayu. Dengar cerita karya beliau sering diikuti oleh Sasterawan Negara A.Samad Said kerana kepuitisan lirik beliau ini. Semoga Loloq terus memperjuangkan lirik lagu melayu yang penuh mesej dan puitis ini.
http://belukangemas.blogspot.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
M. Nasir
Apokalips
1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
Ada masanya aku suka berteman
Ada masanya aku suka bersendiri
Ada masanya aku suka berjalan
Ada masanya aku suka berehat
Ada masanya engkau suka berteman
Ada masanya engkau suka bersendiri
Ada masanya engkau suka berjalan
Ada masanya engkau suka apa yang ku suka
Hidup dan nasib roler koster
Susah dan senang bersilih ganti
Bila-bila boleh naik dan turun
Apokalips
1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
Ada masanya kita suka berteman
Ada masanya kita suka bersendiri
Ada masanya kita suka berjalan
Ada masanya kita suka |
|
|
|
|
|
|
|
M. Nasir
Lara
Segunung hiasan cair mengalir
Deras menghala ke laut
Seungu langitku
Di ranjau impian
Menggamitkan gelora
Bila jejari yang berlari-lari
Di sutera selembut bisikan
Semesra irama dakapan asmara
Layarkan pelangi perasaan
Lara di kamar rindu
Haruman mawarku
Lara menyabur jiwa
Dambakan sentuhan
Jejari penawarmu
Yang mujarab
Oh! kasih |
|
|
|
|
|
|
|
M Nasir ( M Nasir / Loloq)
Langgam Pak Dogo
Rindu menikam dek cinta Sita
Hilang bekas hilang sisa amarah
Bongkar akar bongkar mimpi Suralaya
Datang bingung berpaulan diambang yuda
Ajak menung bawah panji wilmana
Apa hikmah tersemat di balik perintah!
Temu hulu hilir menyusur
Adat hidup temukan mati
Jangan tuan terus masygul (duk nengu sugul )
Adat wira harus tahan uji
Ya kalau begitu aku berjanji
Hadapan teman ku yang berperkerti tinggi
Titian takdir seruncing manapun ku seberangi
Di mulut naga gemala sakti terkunci
Kan ku sambar ku rampas jadikan bukti
Langgam Dogol langgam keramat
Bisik-bisik dalam kelambu
Lagak bodoh tapi tapi bersengat
Sambil elak (bila ngelik ) dia main siku
Riwayat bermula dari dahulu
Pandang belakang tersangatlah jauh
Perlu menyilang irama dengan lagu
Kapal belayar usah dilabuhkan sauh !
Asal debu pasti pulang ke debu
Dari tegap bertimbuh baik rebah merempuh
Bersambunglah petir (litar) berdentum dentam
Hujan tak turun laut berlimpahan
Asyik (ghalik) merancang dendam seribu malam
Siang menerang semakin berganda rawan
(koho sie koho bergande rawe)
Keronsang terlekat kerana peniti
Hujan pelangi pula sebabkan igauan
Tidak terlintas nyawa dipertaruhkan
Dikandung badan !
Sesaat berangan terlepaslah habuan
Ikan tak dapat umpan pula hilang |
|
|
|
|
|
|
|
M. Nasir
Mentera Semerah Padi
Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu
Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok
Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan
Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi |
|
|
|
|
|
|
|
M. Nasir
Gurindam Gunung Tahan
Katakanlah padaku
Warna pintumu itu
Biar aku tak keliru
Biar ku mudah tak keliru
Katakanlah untukku
Warna hatimu itu
Biarku tahu
Apa yang harus
Apa yang harus ku perlaku
Demi rahsia yang kian tak terbendong
Demi cinta yang kian tak terkandang
Kau telah merubah
segalanya dalam hidupku
Kini aku bukan lagi paus biru yang kesepian
Biar aku serahkan belati tua
Ini di tanganmu
Menentukan nasib badan
Di tulang belulang
Si Gunung Tahan |
|
|
|
|
|
|
|
Al Fatihah Buat Loloq
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Hebahan and Anwar Semalam Malaysia kehilangan seorang lagi pejuang seni yang banyak menyumbang karya yang sarat dengan kritik sosiol yang menyentuh pelbagai aspek.
Allahyarham Loloq, atau nama sebenarnya Rosli Khamis meninggal dunia petang semalam disebabkan pendarahan dalam otak.
Pemergian Allahyarham akan membawa bersama karya-karya yang penuh dengan metafora bahasa yang indah tetapi tidak meminggirkan pengisian filsafat, sejarah dan kritikan sinis. Karya-karya Allahyarham sebelum ini yang acapkali bergandingan dengan M Nasir, akan meninggalkan kelompongan besar buat industri seni tanah air.
Allahyarham juga antara individu yang bertanggungjawab menjemput beberapa artis terkenal tanah air untuk sama-sama berdialog di dalam Program Seniman anjuran IKD sejurus pembebasan saya pada tahun 2004.
Ada yang memaklumkan bahawa antara karya beliau sebelum ini, Salut, nyanyian kumpulan Spider adalah merupakan satu penghargaan buat saya dan para pejuang reformasi. Demikian juga lagu Mabuk yang sarat dengan kritikan kepada golongan penguasa yang dahagakan kuasa dan pangkat.
Sekalung takziah daripada saya sekeluarga kepada keluarga Allahyarham Loloq. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.
ANWAR IBRAHIM |
|
|
|
|
|
|
|
saya tulis balik setelah mendengar lagunya. saya takde cover album jadi tak tau lirik yang sebenar. Terimakasih kepada johanmansur.
Rastali - Wak Jono
Wak Jono oh Wak Jono
pakaian selimpang songkok melintang
di dalam saku tak da uang
wajah masih tenang 2x
(kabare wak)
Wak Jono oh Wak Jono
berbongkok udah terhoyong hayang
dari semalam belum makan
wajah masih tenang 2x
(wes mangan wak)
Wak Jono oh Wak Jono
berteduhkan langit berlantaikan bumi
hidup serba kekurangan
wajah masih tenang 2x
(lungo nangdi wak)
(wak oh wak)
(sekarang tinggal di mana wak?)
(anaknya sekarang di mana?)
(mana isteri wak?)
(wak masih pergi masjid?) |
|
|
|
|
|
|
| |
|