CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Selamat berpuasa (Ramadhan 1428)

[Copy link]
Post time 4-9-2007 11:09 PM | Show all posts
Semoga Ramadhan yg datang akan memberi seribu rahmat bagi kita yg menghayatinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2007 11:40 AM | Show all posts



Assalamualaikum WBT


Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia dan selamat berpuasa awex ucapkan teristimewa untuk co-mod bod mawi - anon dan diknaz.. juga SuperMod Darsita dll - Semoga dengan hadirnya bulan yang suci ini akan dapat menguatkan lagi ikatan silatulrahim antara kita sesama islam, sesama poremer dan sesama rakan seperjuangan.. Insya Allah...


Kepada bekas mod Mawi yang terchenta mod sayang_mulut dan mod dexa... serta bakal bod mawi ntah bila zaman   
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 01:21 PM | Show all posts
selamat menjalani ibadah berpuasa buat semua warga bod mawi.
salam Ramadhan Al-Mubarak dr saya ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 03:41 PM | Show all posts
Selamat menjalani ibadah puasa... semoga amalan ibadah kita di terima di sisinya.. Amin untuk warga bod mawi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 03:43 PM | Show all posts


"Taqabbala Allahu minna wa minkum."
("May Allah accept from us, and from you.")


SELAMAT MENYAMABUT RAMADHAN UNTUK
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 04:03 PM | Show all posts
SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN 1428.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2007 04:08 PM | Show all posts
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BUAT SEMUA WARGA BOD MAWI SEMOGA AMALAN KITA DIBERKATI ADANYA....AMIN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 04:09 PM | Show all posts
SELAMAT BERPUASA.. JANGAN PONTENG2 PUASA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2007 06:45 PM | Show all posts
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA UNTUK SEMUA; SEMOGA TAHUN INI IBADAH KITA DITERIMA ALLAH HENDAKNYE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 10:14 AM | Show all posts
:pompom: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak... :pompom:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 10:26 AM | Show all posts


Assalamualaikum wrh wbr.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu abe terlebih dahulu memohon maaf jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk dan diberkatiNya. Insyaallah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 02:25 PM | Show all posts

Reply #42 awex^returns's post

Wexx.. itu gambar awex ker? comel lah. secomel nicknya..

apik pun nak mintak maaf yea. mana tau ada tersalah kata kepada semua yg terasa tanpa disedari.

tergurau, ter... apa2lah..
manakan tau ini terakhir ramadhan bagi apik.. mudah2an tidak.. insyallah.


Salam Ramadhan dihulur tangan
Amal ibadat ditinggal jangan
Apa yang kurang harap maafkan
Dari apik yang penuh kekhilafan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 03:02 PM | Show all posts
Selamat dtg Ramadhan al-Mubarak. Bulan yg penuh dgn kemuliaan. Semoga kita dpat menjalani ibadah puasa dgn penuh kesabaran dn ketaqwaan. AMIN.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 09:39 AM | Show all posts
Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua MAWI FAN ....anggaplah Ramadhan kali ini Ramadhan yang terakhir buat kita semua..agar kita semua bersungguh-sungguh menghayatinya...aminn..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 06:13 PM | Show all posts


Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf sekiranya terdapat tulisan2 dan kata2 yg menyinggung mana2 pihak..
Marilah sama2 kita mencari keredhaan-NYA..
Semoga Ramadhan ini lebih bererti buat kita semua...
Amin..

[ Last edited by  vantage at 9-9-2007 06:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2007 08:10 PM | Show all posts
Selamat Berpuasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2007 08:30 AM | Show all posts
ucapan salam kepada semua,
pergunakan masa itu dengan baik,
moga bulan ini memberkati kita semua,
usahakanlah pekerjaan yang baik baik.

selamat berpuasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 10:38 PM | Show all posts
Jakim nasihatkan umat Islam berbuka puasa di premis halal

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan umat Islam supaya memastikan juadah yang mereka makan ketika berbuka jelas status halalnya sejajar dengan anjuran Islam supaya memilih makanan yang tidak meragukan.

Sehubungan itu, pemilik-pemilik premis makanan dinasihati supaya memohon sijil halal supaya tidak menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam yang berbuka puasa di premis mereka.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abd Aziz berkata, ini perlu bagi memudahkan umat Islam memilih premis makanan yang tidak meragukan ketika berbuka puasa.

Justeru, beliau meminta pengusaha restoran atau hotel yang masih belum mempunyai sijil halal supaya berbuat demikian dengan mendapatkan nasihat daripada Jabatan Agama Islam negeri-negeri berkenaan.

Umat Islam seluruh negara dijangka memulakan ibadat puasa Khamis ini. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 06:41 AM | Show all posts
bagus. kalau nak ikut ramai pengguna2 kita tertipu.
yelah kata negara islam tapi pengusaha2 makanan tidak perihatin dgn hal2 halal haram

contohnya. pork free, tapi masih menggunakan wine dlm masakan. org kita sedap je makan..

sepatutnya apa jua makanana &pembungkusan makanan perlu dpatkan sijil atau lambang halal. selagi tak dapat cop halal drp jakim tak boleh dikeluarkan sesuatu produt. kekadang, kita nak beli brg2 kering pun rasa was2. bila dah was2 jadi tak boleh lah beli.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2007 08:43 AM | Show all posts
Panduan untuk pesakit diabetes jalani ibadah puasa
11-09-2007 02:12:59 AM
Susunan DALILAH IBRAHIM  

DIABETES Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat kadar gula berlebihan di dalam darah yang disebabkan oleh gangguan hormon insulin iaitu hormon yang berperanan mengawal paras gula dalam darah, baik secara kuantiti (insulin berkurangan) atau kualiti (insulin tidak berkesan).

Mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Kedua pada 1996, lebih 1.5 juta penduduk negara ini menghidap diabetes. Daripada jumlah itu, kira-kira satu juta terdiri daripada mereka yang beragama Islam yang secara amnya bertanggungjawab untuk berpuasa di bulan Ramadan.

Persoalannya, bolehkah pesakit diabetes berpuasa sedangkan mereka terpaksa begantung kepada ubat-ubatan atau suntikan insulin setiap hari untuk mengawal penyakit?

Pesakit diabetes yang beragama Islam bolehlah mengikuti panduan berikut, yang dipetik daripada persidangan yang menggabungkan pemikiran para ulama Islam dan doktor perubatan moden.

Siapa yang boleh dan tidak boleh berpuasa?

Secara umumnya, pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan dan diabetesnya terkawal serta tidak memerlukan insulin memanglah digalakkan berpuasa.

Walau bagaimanapun, pesakit diabetes yang tidak terkawal paras gulanya dan tidak mengambil ubat-ubatan atau suntikan insulin seperti yang disyorkan oleh doktor mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk berdepan dengan komplikasi jika berpuasa.

Antara pesakit diabetes yang tidak digalakkan berpuasa termasuklah;

Penyakit diabetesnya tidak stabil. Dibimbangi ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.

Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

Kerap mengalami komplikasi diabetik ketoasidosis (lebih cenderung bagi pengidap Diabetes Jenis I dan pesakit yang menggunakan suntikan insulin).

Kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).

Sedang mengalami jangkitan kuman.

Warga tua dan tinggal bersendirian.

Hamil yang memerlukan suntikan insulin.

Berusia di bawah 12 tahun.

Pesakit diabetes yang ingin berpuasa mestilah bersahur, menyegerakan berbuka puasa, makan ubat/menyuntik insulin mengikut nasihat doktor, mengawasi penyakit diabetes dan kesihatan mereka secara umumnya dan peka dengan tanda-tanda hipoglesemia, hiperglisemia (gula berlebihan dalam darah) dan dehidrasi.

Mereka harus segera berbuka apabila mengalami samada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Adalah haram untuk pesakit meneruskan puasa kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan. Jangan sekali-kali mengubahsuai dos ubat atau insulin dan waktu ia harus dimakan/disuntik tanpa rujukan doktor.

Mengenal pasti keadaan hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi

Hipoglisemia

Menggigil
Terlalu lemah
Amat lapar
Berpeluh
Pucat
Berdebar-debar
Gelisah
Koma (tidak sedarkan diri)

Hiperglisemia

Kerap buang air kecil
Terlalu dahaga
Sangat letih


Dehidrasi

Amat dahaga
Kulit dan lidah yang terlalu kering
Fikiran terganggu
   

Panduan kepada pesakit diabetes yang dibenarkan berpuasa

Diet - Elakkan makan berlebihan ketika berbuka puasa dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes.

Sahur  
Sekurang-kurangnya semangkuk oat/bijirin ATAU
3-4 keping roti ATAU
Nasi dan lauk (lebihkan sayur-sayuran)


Berbuka

Hadkan pengambilan air bergula, kuih-muih manis.
Jika memakan kurma, hadkan kepada dua hingga tiga biji sahaja.
Kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan sayur-sayuran.


Senaman - Melakukan aktiviti fizikal yang ringan ketika berpuasa tidak akan mendatangkan kemudaratan. Perubahan terhadap diet dan ubat-ubatan ketika bersahur harus dibuat (mengikut nasihat doktor) bagi mengelakkan hipoglisemia.

Ubat - Dapatkan nasihat doktor tentang pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat. Sebagai panduan, dos ubat-ubatan seperti glibenclamide, gliclazide, glipizide, chlorpropamide dan Acarbose yang di ambil sebelah pagi pada kebiasaannya di hari tidak berpuasa, ditukar masa pengambilannya ke waktu berbuka puasa.

Dos yang diambil sebelum makan malam malam sewaktu tidak berpuasa pula perlu diambil sebelum bersahur.  Pengurangan dos yang diambil mungkin perlu untuk mengelakkan hipoglisemia.

Ubat seperti repaglinide perlu dimakan pada waktu bersahur dan berbuka puasa. Metformin dan Rosiglitazone secara amnya kurang mengakibatkan hiploglisemia dan selalunya tidak memerlukan perubahan dos.

Insulin - Dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan pada permulaan puasa seperti berikut:

Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera (short-acting insulin) ketika berbuka dan sebelum bersahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama (intermediate acting insulin) sebelum tidur.

Dua kali suntikan insulin: Satu dos insulin yang sudah dicampur (premixed insulin) ketika berbuka puasa. Dos yang diperlukan adalah sama seperti dos yang diberika pada waktu pagi di hari tidak berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diberi sebelum bersahur .

Pada permulaan bulan puasa, tahap gula dalam darah perlu diuji pada waktu-waktu berikut:

*Sebelum bersahur
*Dua hingga empat jam sebelum bersahur
*Sebelum berbuka puasa
*Dua hingga empat jam kemudian

Perkara lain yang perlu diberi perhatian

Pesakit yang memerlukan insulin perlu menjalani ujian ketone di dalam air kencing atau darah, sekiranya tahap gula di dalam darah mereka terlalu tinggi.  Langkah ini dapat mengelakkan berlakunya koma diabetik ketoasidosis. Pesakit ini juga mesti segera berbuka puasa.

Awasi berat badan di sepanjang bulan puasa. Pertambahan lebih dua kilogram perlu dimaklumkan kepada doktor. Jika dalam satu hari berat badan didapat berkurangan 3%, pesakit mestilah segera berbuka bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya dehidrasi yang serius.

Banyakkan minum air tetapi elakkan minuman manis. Gantikan air yang hilang ketika membuang air kecil di tengah malam dengan meminum air.

Dengan pengawasan yang baik, ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan selamat oleh pesakit diabetes. Pesakit perlu menjaga diet ketika berbuka, bersahur dan mendapatkan nasihat doktor berhubung pengubahsuaian dos dan waktu ubat/insulin harus dimakan/disuntik. Pesakit perlu peka terhadap tanda-tanda hipoglisemia atau dehidrasi. Sekiranya ia berlaku, pesakit mestilah segera berbuka puasa.


Nota editor: Artikel asal disediakan oleh A/Prof Dr Nor Azmi Kamarudin, Klinik Diabetis dan Endokrinologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan diterbitkan untuk pendidikan ehsan oleh Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 1.093082 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list