CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Narcissist

Mixed Marriage

[Copy link]
Post time 10-4-2007 01:46 PM | Show all posts

Reply #21 Narcissist's post

huhu ngalir air mata baca kisah ni..

yeala..pas ilang family,ilang lak hubby terchenta..sib baik fmly hubby dia ok..

tp kan..mak ayah dia,tak rasa ka nak tengok cucu dorang?sebab besanya kan..budak2 ni buleh buat ati orang tua jadik lembut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2007 02:29 PM | Show all posts
Originally posted by putubambu at 10-4-2007 10:22 AM



core..mesti muka ko ni iras kyrgistan(camne eja yek? :stp/kazakhstan/uzbekistan... ..alah.. yg stan2 tu semua ah...
hehehe..

cun bangat ni..!



Cun sikit je dari mak lampir.  
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 02:35 PM | Show all posts
Originally posted by putubambu at 10-4-2007 12:20 PM



dgr kata tu mmg le ada.. tapi bukan semualah..
member aku ni ha.. mixed blood lagik..ngan omputih..
tapi tak le pandai sangat.. biasa jek...
pandai aku lagi kot..ekekkee

by t ...


kalau genetik pandai, pandai jugak akhirnya tak kiralah mix ke tak. Kat malaysia ni pun, berapa kerat je mixed yg genius, kebanyakannya melayu, cina, india asli. Tapi aku rasa dari segi mentaliti, mungkin yg mixed ni lebih open lah kot. Dan ade mix yg multilingual, boleh cakap2 lebih dari 3 bahasa, tu yg nampak pandai kot. Aku bilingual je. Arwah nenek aku walaupun chinese tapi tak pernahlah ade initiative nak mengajar aku cakap cina, yg dia ajar aku masa kecik2 dulu makan dg chopstick dan makan mee suah ngan wantan tiap2  hari. Bila kena dgn datuk aku, makan pulak chapati ngan segala jenis macam roti. Tiba pulak kat family bapak aku, bapak nasi sambal berlado (ni yg den suko sekali)
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 03:12 PM | Show all posts
Originally posted by Core at 10-4-2007 02:29 PM

Cun sikit je dari mak lampir.  



muahahhaa...!!
tak baik ah core .. ko ni mendowngradekan diri sendirik....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 03:28 PM | Show all posts

Reply #43 Core's post

Betul, kut mix pun tapi mak pak otak lembap, anak pun lembap gaklah
Reply

Use magic Report

Narcissist This user has been deleted
 Author| Post time 10-4-2007 05:01 PM | Show all posts
hmm..segelintir je ke yg mixed marriage kat forum ni....:hmm: vote masih same je...if tak mixed marriage pun vote ler unk Not mixed, kalo yg tgh btunang/bkapel2 pun ade gak option...just nak tgk overall figure je sejauh mane integrasi kaum kt malaysia ni...:nerd:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2007 05:11 PM | Show all posts
Aku tk pasti ler aku & laki aku nih kategori mix ke idak...

Tapi yg mix nye belah laki aku ler... maknye Cina + Melayu... bapak nye India + Melayu...
Aku nih Jawa aje pak..

Tp anak2 aku mmg nampak le kesan campuran belah laki aku nih..
Dotter No 1 -  kulit Melayu... tp bentuk hidung, mata & bulu mata mmg ikut belah india.. (seme org jeles tgk bulu mata dia.. takyah pakai maskara... )
Dotter No 2 - kulit & mata mmg mcm Cina... orang selalu ingat dia anak Cina
Dotter No 3 - kulit cam cina... lelain features banyak ikut I...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 05:14 PM | Show all posts

Reply #28 putubambu's post

kita orang satu keluarga lagi gelak sakan.....walaupun gua masih very small masa tu, gua still can remember coz at every family gatherin sure terkuar punya  citer ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2007 07:14 PM | Show all posts
Originally posted by Narcissist at 10-4-2007 12:17 AM
mesti best kalo family gathering kan....INTERnational


hehehe..

tadek nyer international pun..

tapi kalau makan minum tu ada lagi la..

like capati (my mom bakar roti capati atas kuali leper tu), teh tarik.. , dhal..mostly buat sendiri..tak de beli2..

my dad tu kalau boleh roti canai pun nak buat sendiri... kalau dia pandai mesti nash pun kena tebar roti gak..hahahaha

kitaorg para2 sepupu ni bila dah meningkat dewasa ie anak dara kena pandai la buat capati and teh tarik ni..

bila dah kawen dgn husband yang keturunan jawa makin pening dgn makanan2..

mujur la husband boleh masuk dgn makanan yang family kitaorg biasa hidang..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 07:16 PM | Show all posts
Originally posted by Narcissist at 10-4-2007 01:27 PM

:setuju: :setuju:  aku ade sorang kawan ni...setiap kalo die perkenalkan diri die kt org baru die jumpe die akan ckp "hi i'm *****. in case u'r wondering, yes, im eurasian" :puke: pad ...


eurasian ni sebenarnya cemana?

aku dulu2 ramai org ingat aku nih eurasian..

pening kepala aku nak explain..
Reply

Use magic Report

Narcissist This user has been deleted
 Author| Post time 10-4-2007 08:35 PM | Show all posts

Reply #51 nashra's post

european kawen ngan asian dptlah eurasian
Reply

Use magic Report

Narcissist This user has been deleted
 Author| Post time 10-4-2007 08:39 PM | Show all posts
seronok je kalo bace psl family korang ni...mesti meriah kan...hehe anak2 ler untung sambut raya 2 2 kaum...dpt angpow & duit raya from both sides...
Reply

Use magic Report

Narcissist This user has been deleted
 Author| Post time 10-4-2007 08:47 PM | Show all posts
Bicara Agama

Keistimewaan kahwin campur - Lahirkan zuriat yang baik
Oleh ZUNAIDAH ZAINON


APA uniknya perkahwinan campur?. Itulah persoalan utama yang saya ajukan kepada bekas Imam Besar Masjid Putrajaya, Tan Sri Abdul Kadir Talib pada pertemuan ringkas di rumahnya di Taman Seri Reko baru-baru ini.

``Keistimewaan paling utama terletak pada zuriat yang bakal dilahirkan. Mereka adalah pembawa baka genetik yang diwarisi daripada keturunan nenek moyang kedua-dua ibu bapanya,'' ujar beliau yang pernah menjadi Mufti Wilayah Persekutuan.

Malah beliau sendiri mempunyai pengalaman berkahwin dengan bukan wanita tempatan.

Sebaliknya, Allah s.w.t. menetapkan jodohnya dengan seorang wanita warganegara mesir keturunan Turki, Allahyarham Sohair Abdel Moneim Ibrahim Serry sewaktu melanjutkan pelajaran ke Mesir.

``Sebenarnya, apabila kita membicarakan soal perkahwinan campur, banyak perkara yang harus diambil kira.

``Paling utama ialah bagaimana kita mendidik pasangan agar menyesuaikan diri dengan cara hidup orang Melayu.

``Di samping itu, bagi pasangan yang berkahwin dengan saudara baru, berbeza pula pendekatannya kerana ia melibatkan aspek amalan agama Islam,'' jelasnya mengenai perkahwinan campur.

Menurut beliau, perkahwinan adalah perkara mulia yang dituntut agama. Rasulullah s.a.w. sendiri menggariskan empat perkara untuk dijadikan panduan kepada umatnya dalam hal memilih pasangan, iaitu kecantikan, kekayaan, keturunan mulia dan pegangan agama.

Bagaimanapun, Rasulullah s.a.w. menasihati umatnya agar berkahwin dengan pasangan yang mempunyai latar belakang didikan agama yang teguh berbanding tiga perkara tersebut.

Ini bagi mengelakkan pelbagai masalah timbul dalam kehidupan alam yang sentiasa bergolak.

Pemilihan

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda:

``Berhati-hatilah kamu dalam menentukan pemilihan bagi menurunkan baka kepada mana-mana pihak dalam cara yang baik dan selamat dengan pilihan yang tepat.''

Sesungguhnya, Islam amat memandang berat terhadap baka keturunan bagi memelihara kesucian umat Rasulullah s.a.w.

Perkahwinan campur di Malaysia juga tidak terhad antara Melayu dan Cina ataupun Melayu dan India.

Dalam dunia global hari ini, pergaulan sesama manusia juga semakin melebar dan hampir tiada batasan.

Tambahan pula, dengan kecanggihan teknologi komunikasi menggalakkan interaksi yang luas antara masyarakat antarabangsa.

Dalam konteks ini, Islam mengharuskan dalam soal pemilihan pasangan termasuklah berkahwin di kalangan warga luar.

Hakikatnya, berkahwin dengan saudara baru merupakan dakwah praktikal yang paling mujarab kerana ia akan menyebarkan keturunan di kalangan bukan Islam.

``Walaupun Islam membenarkan tetapi masalah dari segi keagamaan, akhlak dan adat resam hendaklah diambil kira, supaya tidak terbawa-bawa budaya dari negara asal yang tidak berapa sesuai dengan suasana masyarakat di sini,'' ujar beliau merujuk betapa Islam memandang berat soal keturunan yang bakal dilahirkan.

Perkahwinan merupakan perkara paling mulia di sisi agama. Atas sebab itu, perkahwinan perlu diputuskan antara lelaki dan perempuan berlainan asal usul dan keturunan, yang dilakukan atas nama Allah s.w.t. dengan adanya wali dan akad.

Dalam alam nyata yang perlu dihayati, perkahwinan campur jika dilakukan atas landasan yang betul, akan melahirkan zuriat yang ketara dari segi kecerdikan, kepintaran dan kecantikan hasil percantuman darah yang berbeza.

``Rasulullah s.a.w. sendiri menggalakkan umatnya memilih pasangan yang tidak terlalu rapat hubungan saudaranya.

``Sebaik-baiknya pilihlah pasangan yang di luar kelompok saudara mara,'' tambahnya.

Beliau tidak menafikan, ada segelintir masyarakat yang `pekat' didikan Melayunya, sukar menyesuaikan diri dengan cara hidup pasangannya yang berbeza.

Keharmonian

Bagi Abdul Kadir, untuk memelihara keharmonian rumah tangganya, beliau mengambil pendekatan mudah dengan tidak meletakkan sebarang syarat dalam pergaulan isterinya.

Mengimbas kembali detik awal perkahwinannya kira-kira 39 tahun yang lalu, beliau berkata segala yang berlaku di luar perancangannya.

Mereka bertunang selama tujuh tahun sejak isterinya berumur 14 tahun dan belajar di sekolah menengah, sebelum mengambil keputusan berkahwin pada 11 Oktober 1964.

``Selepas berkahwin, saya bawa isteri saya pulang ke kampung di Johor. Bukan hendak menduga akalnya, tetapi dia tidak pernah membantah, malah mengikut sahaja ke mana saya pergi termasuk meredah paya, sungai dan sawah padi,'' kenang beliau mengenai keistimewaan isteri yang amat dikasihi, yang meninggal dunia dua tahun lalu.

Membentuk

Walaupun berkahwin dengan orang luar, Abdul Kadir berjaya membentuk isterinya untuk menjalani hidup seperti orang Melayu termasuk memakai baju kurung, memasak makanan Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.

``Manusia sentiasa dibekalkan dengan akal dan ilmu. Jika seorang suami dan isteri yang bijak, maka tidak timbul masalah penyesuaian budaya jika berkahwin dengan orang asing,'' jelasnya lagi.

Menurut beliau yang berasal dari keturunan Bugis, keenam-enam anaknya mempunyai perbezaan yang ketara dari segi rupa paras, kecerdikan dan warna kulit kerana mewarisi gen nenek moyangnya.

Anak sulungnya, Wafa, 39, mewarisi darah keturunan Arab daripada ibunya. Begitu juga anak keduanya, Jamal, 37. Manakala Ilham, 35, Amar (meninggal sewaktu berumur 10 tahun), Hibatullah, 29 dan yang bongsu, Badriah, 27 masing-masing turut mempunyai keistimewaan tersendiri.

Kesungguhan isterinya mendalami bahasa Melayu terbukti apabila beliau sanggup mengikuti kursus di Universiti Malaya (UM), walaupun fasih berbahasa Inggeris dan Arab.

Selain menjadi anggota Persatuan Penterjemah Malaysia peringkat antarabangsa, isterinya juga merupakan tenaga pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 25 tahun, dan dua tahun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam Pengajian Bahasa Arab.

``Saya sangat bangga dengannya apabila suatu hari isteri saya berkata, ``Saya berbangga menjadi warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia tetapi saya berasal dari Mesir dan berdarah keturunan Turki'' katanya tersenyum.

Pada pandangan beliau, selain tidak meletakkan sebarang syarat dalam pergaulan, beri masa kepada pasangan untuk memilih yang terbaik dan pada masa yang sama, bimbinglah mereka berdasarkan acuan budaya Melayu dan tuntutan agama Islam.

**source: Utusan Malaysia

[ Last edited by  Narcissist at 10-4-2007 08:51 PM ]
Reply

Use magic Report

Narcissist This user has been deleted
 Author| Post time 10-4-2007 08:58 PM | Show all posts
SOALAN

Seorang hamba Allah telah bertanya benarkah Allah telah membenarkan kita lelaki Islam berkahwin dengan perempuan kristian (ringkasan kepada persoalan)

JAWAPAN

Waalaikumussalam ,

Para ulama berpendapat bahawa harus seseorang lelaki muslim berkahwin dengan seorang perempuan daripada ahli Kitab ( Yahudi ataupun Kristian ) . Ini adalah berdasarkan firman Allah :surah Al-Maidah ayat 5

Maksudnya : dan perempuan-perempuan suci daripada orang-orang yang diturunkan kitab ( iaitu Ahli Kitab) sebelum kamu .

Jadi yang diharuskan berkahwin adalah perempuan daripada golongan Yahudi dan Krisitian sahaja . Sementara itu , perempuan yang beragama lain seperti Buddha , Hindu , Shinto dan sebagainya adalah diharamkan . Ini adalah berdasarkan firman Allah s.w.t.:


Maksudnya : Janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan musyrik sehingga mereka beriman .

Begitu juga dengan perempuan-perempuan daripada golongan atheis yang tidak percaya kepada Allah , komunis yang hanya beriman dengan dengan kebendaan dan menolak agama, daripada agama Bahai dan begitu juga dengan perempuan-perempuan yang murtad daripada agama Islam kepada agama Kristian dan sebagainya .

Ada ulama yang menggariskan beberapa syarat yang perlu dijaga sewaktu berkahwin dengan perempuan-perempuan Kristian dan Yahudi .

1)Hendaklah diyakini bahawa perempuan Yahudi dan Nasrani ( Kristian ) itu , benar-benar daripada Ahli Kitab iaitu seperti bercaya kepada Allah dan hari akhirat . Ini adalah kerana banyak wanita yang dilahirkan di dalam keluarga Kristian tidak berpegang dengan akidah tersebut .

2)Hendaklah perempuan itu benar-benar suci . Ini adalah kerana di dalam ayat tersebut diletakkan perkataan (轻阃珍鞘 ) iaitu perempuan-perempuan yang suci .Oleh itu tidak harus berkahwin dengan perempuan 杙erempuan yang penzina , sedia ditiduri oleh mana-mana lelaki .

3) Bukan daripada kaum yang memerangi umat Islam . Oleh itu Dr.Yusuf Al-Qardawi berpendapat bahawa tidak boleh berkahwin dengan perempuan-perempuan Yahudi di dalam keadaan sekarang

Di antara hikmah yang disebut oleh ulama di dalam keharusan berkahwin dengan perempuan ahli Kitab ialah :

  1 ) Golongan ahli Kitab pada asalnya berpegang dengan kitab yang diturunkan oleh Allah . Jadi di sana banyak persamaan di Islam dan mereka seperti percaya kepada kewujudan Allah , percaya kepada kenabian secara umum ( iaitu mengakui bahawa Allah mengutuskan Rasul kepada manusia walaupun mereka menolak kenabian Muhammad s.a.w. )

  2 ) Seseorang perempuan ahli Kitab apabila hidup di dalam kasih sayang seseorang suami yang benar-benar berpegang teguh dengan Islam akan dapat melihat bagaimana indahnya Islam . Dengan ini diharap ia akan ikut memeluk Islam .

UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT INI SECARA LEBIH JELAS LAGI SILA RUJUK:

1. FATWA-FATWA SEMASA OLEH DR. YUSOF QARDHAWI

2. KITAB AHKAAMMUL MARA'AH DAN BAYT MUSLIM OLEH DR. ABDUL KARIM ZAIDAN

Wallahuaklam


**source:yahoo geocities
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 10:38 PM | Show all posts
Originally posted by Narcissist at 10-4-2007 05:01 PM
hmm..segelintir je ke yg mixed marriage kat forum ni....:hmm: vote masih same je...if tak mixed marriage pun vote ler unk Not mixed, kalo yg tgh btunang/bkapel2 pun ade gak option...just nak tgk  ...


Ini mix marriage sendiri ker mak bapak, atuk nenek? Aku kawen ngan Jawa tu leh kira mix x?
Anak ikut belah nenek aku, cerah, bulu mata panjang lentik cam pakai maskara. Belah aku bapak darah pakistan, mak darah siam. Ms belajar, mat saleh konpius aku dr mana, ada yg ty r u pakistani, ada yg ty aku r u chinese... Dorang tak kenal malay kot... muka melayu biasa jek... takdernyer pakistan ker apa...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 10:46 PM | Show all posts
alex kawen ngan foreigner.... indian....

mixed marriage nie x pernah senang... apatah lagi kalo bukan senegara..... dugaan? memang banyak.... tanyelaa sapa2 yg mixed marriage.... sikit sebanyak pasti ada 'kesulitan' di sana-sini....


macam alex, my hubby from india - muslim..... tau je laaa, indian muslim nie camne.... tengok je mamak2 kat msia... majoriti kawen sesama bangsa.... jarang yg kawen bangsa lain, apatah lagi - berlainan bangsa & negara....

tapi alhamdullilah, i am well accepted by by in-laws.... so do my husband.....

among d problems faced:- different culture..... indian muslim (yg pure from india) sangat strict... byk 'code of conduct' (unwritten of coz)... itu x bole, ini x bole....

antara cth:- org melayu kita, kalo ada tetamu datang (berlainan jantina)... lepas pelawa masuk, buat air... kita akan duduk sekali ngan tetamu & bersembang..... di india, lain sangat.... perempuan duduk di bilik, together wif other female.... yg lelaki - di ruang tamu.... unless they r family members - tu lain citer.....

even between husband & wife, kalo keluar jalan - xde nk berpegang2 tangan ke apa.... x elok dipandang orang (kononnyer laaa)    masa memula kawen, memang sakit jugak jiwa raga nk adapt ngan diorang nyer culture..... selalu gak gaduh pasal hal2 remeh camnie...   tapi... gaduh2 sayang laaa....

now.... dah ok dah.... dah bole terima seadanyer... alhamdullilah..... on & off, terkehel gak.... tapi tu biasa laaa.... nama pun suami isteri.....

setiap kali balik india, alex pun dah reti bawak diri.... kalo dia keluar ngan kawan2 dia kat kampung, alex pun akan keluar ngan kawan2 alex kat sana.... sekarang dah ramai kawan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2007 11:02 PM | Show all posts

Reply #52 Narcissist's post

depa2 yang cakap kat aku cam gitu buta kot..

sah2 aku tadek darah european ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 11:37 PM | Show all posts
Originally posted by Narcissist at 9-4-2007 08:19 PM
Sori ye mod kalo dah ade thread ni tp lepas belek2 10pages tak larat dah nak belek hehe...
Ade sesape tak kat sini yg mixed marriage?
boleh la share2 sket...
mcm mane kenal, mcm mane persediaa ...


my parents mixed marriagge....
so me x layak polling....
Reply

Use magic Report

lmokhtar This user has been deleted
Post time 11-4-2007 02:28 AM | Show all posts
Aku cina campur banjar campur siam. Laki aku melayu campur siam. Kira mix ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 03:24 AM | Show all posts

Reply #60 lmokhtar's post

Mix ler tu wehhh :cak:

P/S wa mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.376926 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list