|
Author |
Post time 2-12-2019 10:33 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
zakizak replied at 2-12-2019 09:50 PM
Tak hanya kisah bus hantu Bekasi-Bandung, sebelumnya banyak kisah horor womens watches ... pertama k ...
cerita tergantung |
|
|
|
|
|
|
|
hai tt.tumpang cerita pengalaman saya ya.
tahun 2010 bulan Julai, pagi rabu dalam 2 pagi saya kena stay sampai lewat malam masa tu.problem pada cnc punya punched tape tak leh integrate machine tools, dia jadi error.sebenarnya dari subuh lagi saya tak sedap hati, hati saya berdebar2, mata kiri asyik gerenyet bahagian bawah.
malam tu saya sorang je competent person yang ada, saya tooling eng. masa tu, saya incharge tool room dan assembly department.tapi forte saya dalam EEE dan saya pajak certificated bo 11kv (ketika itu) chargeman kat company tu.b4 chargeman kami masa tu kena overhaul kat hospital kena kencing manis.
masa tu saya tengah perhatikan tech. saya tengah repair inserts <<< ejector pins, dia buat die welding process, tap tap tap tap kaki dia tekan pedal welding machine tu .... tiba2 call masuk.
saya namakan dia sebagai fahmi.
"encik .... saya ada dalam lv room nak tukar capasitor .... &÷&×*#*"
tak clear saya dengar suara dia.tapi saya dapat tangkap perkataan LV tu.talian terputus.saya call balik tak dapat.siapa yang tau keadaan dalam lv room tu, memang korang pahamlah kenapa line putus.
lv room bukan bilik jual barang2 louis vuitton ya.lv means low voltage room/switchroom.lv room berkapasiti 11000 volt/bus. atau ada tempat panggil 11000 volt indoor distribution substation (IDS).
walkie talkie saya yang saya letak atas blueprint berbunyi ....
macam ni lah sikit sebanyak dialog saya dengan fahmi ...
fahmi : cik come in cik .... encik sorry takde line lah tadi
saya : send over .... ada apa tu?
fahmi : saya kat sub 2, nak tukar capacitor bank, ada 1 nos fatigue kembung dah.
saya : overvoltage tu.sorang ke?saya ada kat tool room.
fahmi : aah.sorang.ni special project encik dahlan(bukan nama sebenar) suruh.
saya : aha, so kenapa?
fahmi : saya lupa step .... hahaha
saya : (maki sikit), mula2 awak ... yada yada .... pastu awak %&%& ... hati2 dengan busbar.PPE ready tak tu .... <<< saya rasa sambil saya guide dia, dia buat kerja on the spot.
senyap .... seketika.
saya : fahmi come in.fahmi come in.respond-lah fahmi.walkie check .... walkie check
security : clear .... clear.
saya : fahmi come in fahmi ....
saya dah rasa tak sedap hati.saya lari ke sub 2 dengan walkie talkie.dan sambil berlari ....
saya : fahmi respond-lah.
saya : security come in over.tolong ke sub 2 sekarang .... cepat2 (dulu security majoriti melayu sekarang dah tukar nepal)
saya sampai je kat depan pintu lv room, saya dah bau hangit terbakar.macam bau asbestos terbakar.kuat menerjah hidung.saya buka fireproof metal door tu tengok asap penuh ruang lv room.terus saya jerit fahmi .... saya menuju ke capacitor bank cubicles tengok fahmi dah melekat keras.saya mengucap panjang ....
lantai kat cubicles tu dah penuh dengan insulating oil, kasut saya dah terpijak minyak tu ... saya tengok fahmi dah berasap, saya tendang kuat badan dia supaya dia terlepas dari busbar malangnya saya kena arc flash atau flashover.rasa macam kena tendang dengan kuda.saya terpelanting dan fahmi terlepas dari busbar.fahmi meninggal dunia pagi tu.al~fatihah
memang kejadian yang saya lalui ni, saya bawa sampai ke mati.nak format memori ni memang tak boleh.duk usung bergedung hari2.lagi satu saya masih kerja di sini, tak mungkin saya boleh lupa.seharian saya tak pulang ke rumah .... kena buat report/showcause letter, kena jawab dengan safety commitee, dosh kejar saya, GM kejar saya, CEO kejar saya, HR kejar saya, police report lagi, snap gambar pelbagai aiyoo .... ya arwah tak ready PPE, cuai dan tak memakai safety gloves ketika mengendalikan kerja2 pagi tu.saya stress gila2 masa tu .... tuhan je tau.nak buat macam mana rezeki saya kan ....
kira2 seminggu berlalu selepas kejadian tu .... lepas maghrib hari tu, saya ke genset room untuk buat monthly inspection.kat sini ada 3 substations, 3 generators 500kw kat genset room dan kebiasaanya genset room terletak melepasi substation dulu.
lepas saya ke genset room 2, lepas inspection saya melintasi sub 2 (lv room), ya di mana kejadian itu berlaku tempoh hari.pintu lv room yang berkunci dari luar tu ada orang ketuk dari dalam.dia punya ketuk sedang2 tapi ada gap.tok .... sedetik .... tok .... saya memang terpacak depan pintu tu ....
hilang je bunyi ketukan tu, DIA menangis kat dalam tu.ya .... suara seorang lelaki.sedih sangat bunyinya.sayup je.sayuuu.kaki saya ni ke depan pun tak boleh, ke belakang pun tak boleh.kaku .... saya selawat tiga kali, saya paksa ke belakang pastu blah.masa saya nak blah tu, first step .... suara dia betul2 kat pintu tu .... memang dekat .... dia cakap .... KENAPA LAMBAT?
hmm .... saya deraskan langkahan saya sambil mulut kumat kamit baca ayat suci al quran.tapi pada masa yang sama hati saya sebak.ya memang benar .... saya lambat.
encik dahlan pun ada jumpa kelibat DIA dalam tu sebelum dia resign dia ada buka cerita kat saya... syaitan tu bergoyang kaki atas cubicle .... tapi sekarang dah takde gangguan tu ... alhamdulillah.
semoga tenang di sana fahmi.
|
|
|
|
|
|
|
|
KILL_NANCY replied at 3-12-2019 03:17 AM
hai tt.tumpang cerita pengalaman saya ya.
tahun 2010 bulan Julai, pagi rabu dalam 2 pagi saya ken ...
Kisah ni sedihhhh...... |
|
|
|
|
|
|
|
polluxsstar replied at 28-11-2019 05:30 PM
I dulu ddk kolej anggerik. mmg selalu sgt laa dgr ppuan kena histeria. tiap semester ade je kes. t ...
Kolej anggerik tu batch kaka yang mula2 tinggal lepas baru siap....FSPU tu pun sama. .. .betapa tuanya kaka. ..hehe.....tak.de jumpa hantu ...tapi sedih dulu situ hutan penuh kelapa sawit. ..banyak kucing kena makan dek anjing liar. .... |
|
|
|
|
|
|
|
ye kee.... hahahahaa sy ni ntah batch ke berapa. tilam pun dh kepam. loll
tp mmg FSPU agak terpinggir kann... tp skg ni mcm ok sgt sbb gate belakang tu pun dh mcm main entrance.
keluar2 je ada KFC, MCD. best budak skg. sy pun dh rs tua sgt sbb ms tinggalkan uitm belum ada lg semua tuu... hahahaa
|
|
|
|
|
|
|
|
sedih.
moga tenang la fahmy di sana.
maksudnya, dlm lv room tu mmg ada "setan" la yee? huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaaa lawak! eh kte penah alami benda yg lebih kurang sama. masa tu tengah final exam, so slalunya set alarm tuk bangun awal pagi before subuh camtu la. i tiba2 je terjaga, pastu terus capai towel & baldi nak mandi. masa tu mmg perasan takde org kt toilet, tapi fikir sbb time final kan paper lain2 course kan lain2 waktu so mandi je la cam biasa. bersiap semua, baca notes jap, pstu terus tunggu my bff yg duk different blok kt tangga. mmg takde nk mesej2 sbb hari2 pegi class/exam ngan dia so dah tahu timing masing2. pastu i tunggu punya la lamaa..eh mmg lambat la masuk dewan nie kang.. baru nak mesej dia, tgk kt phone baru kul 4.30pagi! paper kul 9. masa tu baru sedar suasana tu gelap lagi and sunyi gila. mmg alarm pun baru nak bunyik! means masa tu terjaga, bukak mata terus mandi siap2 ingatkn dh pagi. tengah exam kan cam nervous lebih sampai tak tengok keliling dah. hantu pun pelik agaknya tgk budak nie apsal kelam sgt kul 4 gi mandi
|
|
|
|
|
|
|
|
walaupun yg ketuk and bercakap tu mungkin jin qarin fahmi tapi dapat rasa camne sedih masa tu kan. mesti u asyik terbayang2 keadaan fahmi
alfatihah buat arwah
|
|
|
|
|
|
|
|
takyah layan kurex.. spammer tu. tetibe women watch pekeheyyy
|
|
|
|
|
|
|
|
nak share cerita juga. pengalaman di kolej matrikulasi nama tempat dirahsiakan.
aku ni sepanjang hidup tak pernah kena gangguan apa2 yang mistik. bila terjadi kejadian aku kena tindih memang seram laa weihh... kejadian kena tindih tu bukan sekali dua tau. berkali-kali kena. sampai aku sedikit trauma. lepas terkena mesti aku jadi bisu. 2 hari x bercakap dgn org n kawan2.
ok aku cerita la sedikit pasal hostel yang aku tinggal ni. asalnya dia apartment 4 tingkat. 3 bilik tidur 1 bilik air tapi bahagian living hall di renovate jadikan 1 lagi bilik. so total ada 4 bilik la setiap apartment. bilik yang di renovate tu betul2 tengah rumah. aku dapat bilik tu. dalam rumah tu ada 4 bilik, setiap bilik 2 orang. total semua 8 orang setiap apartment. aku ddk di tingkat 3. tingkat 4 kosong. aku pun tak tahu blok yang aku duduk tu kenapa dikosongkan tingkat paling atas tu. tp memang blok yang aku duduk ni blok paling hujung. betul2 dekat hutan. jadi mungkin pihak pengurusan penuhkan blok2 yang depan dulu. blok belakang nasib laa... ada unit yang kosong. tingkap bilik aku memang menghadap hutan. waktu siang nampak best laa... hijau je. nyaman je udara. tapi kalau malam memang gelap gelita. kalau angin kuat, hujan lebat memang seram sangat dengar bunyi angin dekat tingkap tu.
kali pertama aku kena adalah pada malam pertama aku di bilik tu. katil aku betul2 menghadap pintu masuk. kira buka je pintu orang nampak kaki aku dulu. masa aku kena tindih tu, benda tu warna hitam tau. dia duduk betul2 atas badan aku. aku rasa sesak nafas. aku rasa aku dah menjerit kuat toloongggggggggggggggg tolongggggggg noraaa tolong akuuu yaaa Allahhhhhh panggil roomate aku tu mintak tolong tapi dia tak dengar pun. dia rileks tido menghadap dinding. badan aku keras kejung tak boleh bergerak. aku rasa nak jatuhkan badan aku ke lantai dan nak pergi ke katil roomate aku tu pun tak berdaya. aku rasa mata aku terjegil besar sambil menjerit tooloonggggg yaaa Allahhh toollooonggggg nak lepaskan diri dari benda hitam tu. benda tu berat gila weihh... dia duduk atas badan aku buat aku sesak nafas macam nak mati. aku nangis sambil baca doa. ntah apa yang aku baca. memula tak terfikir pun nak baca doa cuma mampu sebut yaa Allahhhhh je. dah rasa macam nak mati baru terfikir surah alfatihah, ayat kursi semua. aku rasa lama jugak laa baru benda tu hilang. lepas je benda tu hilang, aku cepat2 pegi ke katil roomate kawan aku tu dan minta izin nak tidur sekatil dengan dia. nasib baik dia baik. dia izinkan. dia pun sambung tidur. esok paginya dia tanya aku kenapa. aku memula tak dapat nak jawab. yang roomate aku ni macam faham je. dia cakap xpe, kalau takut lagi nanti malam tidur je dengan dia. fuhh.
malam ke dua aku tak tidur katil aku. aku awal2 terus share katil dgn roomate aku tu. so, malam kedua aku dapat tidur dengan aman. ada beberapa hari aku tidur sekatil dengan roomate aku tu sehingga la aku call mak aku n cerita dengan mak pasal kejadian tu. lepas tu, pakcik aku call aku. dia ajar aku suruh tidur membelakangkan pintu. maksudnya, kalau orang buka pintu bilik tu, orang nampak kepala aku dulu. dan aku pun ikut je laa saranan pakcik aku tu. Alhamdulillah, bila aku tidur macam tu, tiada lagi gangguan kena tindih. tapi tu lahh... aku tidur menghadap tingkap la pulaaa.... seram jugak tengok langsir terbuai2 dek terkena angin kipas.
memula tu aku tak tahu laa apa kaitan dengan tidur kaki melunjur betul2 menghadap pintu dengan gangguan kena tindih tu. tapi memang ada masa aku tertidur menghadap pintu. tiap kali tu la aku akan kena tindih. kerap juga la aku terlupa pesanan pakcik aku. terutamanya waktu siang. siang pun aku kena tindih weiihhh.....
pernah sekali kelas pagi habis awal. kelas seterusnya petang selepas asar dalam pukul 4.30 macam tu. aku balik bilik dan berehat. niat nak rehat sekejap tapi terlajak tertidur. dengan pintu bilik terbuka. dan aku baring menghadap pintu tu... untuk pengetahuan, bilik aku ni jadi port lepak kawan2 serumah. kadang makan ramai2 dalam bilik aku sebab bilik aku kan luas dan ada view cantik. hari tu, macam biasa bila takde kelas, diorang lepak laa dalam bilik sambil borak2 bincang pasal study, makan2 semua. aku sambil baring, last2 terlelap. tiba2 aku kena tindih. benda hitam tu duduk dan cekik aku. macam nak lepas geram sebab lama tak dapat tindih aku. aku menjerit ttttoollongggggg tolongggg weiihhh koranggg tooolooonggg akuuu yaaa Allahhhh.... ya Allahhh... toloongggg sambil tangan aku gapai tangan kawan yang duduk dekat dengan aku. aku rasa aku dah goncang2 lengan dia punya kuat tapi kawan aku tu buat bodoh sambil sedap je dia makan. aku masa tu memang rasa nak mati dah. sebelah tangan aku je mampu bergerak tapi nak angkat badan tak mampu. aku rasa aku dah nangis meleleh2 air mata sambil geleng-geleng kepala meronta nak lepaskan diri dari cekikkan benda hitam tu. masa kejadian tu aku nampak muka benda hitam tu buruk gila. betul2 depan muka aku menyeringai seram. aku nangis2 sambil baca doa apa yang patut dan berserah diri pada Allah. perlahan-lahan benda tu hilang. bila benda tu dah hilang, baru aku dapat bernafas lega. masa tu kawan2 semua dah x ada. aku bangun, aku duduk. aku rasa aku tak larat nak pegi kelas. tapi aku lagi tak sanggup nak tinggal sorang2 dalam rumah tu. aku cepat bersiap n turun tangga sorang2. rupanya kawan2 aku tu belum jauh lagi. aku kejar la diorang. dapat la jalan beriringan dengan diorang. sorang kawan aku tanya, aku kenapa. aku tak jawab. tak mampu nak bercakap. dia tanya lagi "kau kena tindih lagi ke?" macam faham je kan.. dia cakap kat aku "aku tengok kau sedap je tido tadi, so tak nak ganggu." sebab tu dia x kejut dan gerak dulu katanya. aku diam je. tak mampu nak fikir apa. takkan laa ramai2 tu langsung takde sorang yang perasan aku meronta2 dan menjerit kuat minta tolong. huhuhuuuuu.... geram, sedih, sakit hati semua ada... perasaan aku masa tu macam nak lempang je semua kawan2 aku sebab biarkan aku terkontang kanting sorang2 melawan setan tu.... huhuuhuu....
kawan serumah aku ni cuma ada 3 orang yang tahu gangguan yang selalu aku alami ini. so, ada masa memang akan baca al-quran sama2 dalam bilik aku tu. housemate aku ada 2 non-muslim. dua2 tu kristian. yang muslim ada 6 orang termasuk aku. kitaorang tak pernah laa nak ikhtiar panggil ustaz ke ape, mengadu dengan warden atau lecturer pun tak... kitaorg try settle sendiri je. buat apa yang mampu. sebenarnya semua pun ada kena gangguan. tapi tak sekerap aku. yang lain tu kena gangguan macam nampak kelibat, nampak klon contoh macam si A nampak si B dekat tangga siap tegur tapi si B tak jawab. tapi sebenarnya si B ada kat cafe. camtu laaa..... 3 orang kawan yang tahu pasal aku kerap kena tindih tu, diorang pun ada pengalaman kena tindih oleh benda yang sama jugak. tapi tu laaa..... bila terjadi takde siapa pun yang perasan. nampak macam tidur lena je.
2 orang housemate yang kristianz tu bilik diorang betul2 depan bilik aku. pintu bilik aku bertentangan dengan pintu bilik diorang. lepas tu, kat pintu diorang tu ada diletakkan tanda salib. kiranya aku ni tiap hari buka pintu bilik je terus nampak tanda salib tu. kitaorang harmoni je duduk serumah. takde la nak mempertikaikan pasal tanda salib tu sebab diorg pun tak mempertikaikan kalimah Allah & Muhammad yang kami ada juga tampal kat dinding rumah tu...tapi tak tahu laa benda tu ada kaitan ke tak dengan gangguan yang aku alami tu... sampai sekarang jadi misteri.
selepas aku tinggalkan kolej tu sampai sekarang memang takde kena tindih lagi. syukurrr... tapi sepanjang setahun kat sana memang azab la bagi aku. aku siap nangis2 call mak nak berenti tapi mak suruh habiskan je sebab tak lama pun. setahun je. huhuhuuu.... aku failed tahu tak! aku tak dapat nak fokus belajar sebab tiap kali lepas kena je, aku macam jadi sasau. diam. malas. diaaamm je. aku x buat apa pun. berhari2 macam tu. tengok buku tapi otak aku kosong.
ada banyak pengalaman seram sebenarnya yang terjadi tapi lain kali lah aku share. pasal unit atas yang kosong tu pun ada kisah jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
allahu siannya ko dik..iols pun dulu selalu gak kena esp masa period, tapi lepas iols amalkan bila kena tu x baca lain..kecuali "aa'uzubillahiminassyaitonirrojim'..alhamdulillah beransur kurang
|
|
|
|
|
|
|
|
KILL_NANCY replied at 3-12-2019 03:17 AM
hai tt.tumpang cerita pengalaman saya ya.
tahun 2010 bulan Julai, pagi rabu dalam 2 pagi saya ken ...
innalillahiwainnailaihirajiun
memang ajal fahmi disitu |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya.. Al-Fatihah untuk Fahmi..
Kalau saya berada tempat awak tak tahu macam mana sekarang sebab tak kuat semangat..
Agak2 roh Fahmi ker yang beritahu 'KENAPA LAMBAT'?..
|
|
|
|
|
|
|
|
KILL_NANCY replied at 3-12-2019 03:17 AM
hai tt.tumpang cerita pengalaman saya ya.
tahun 2010 bulan Julai, pagi rabu dalam 2 pagi saya ken ...
Sedihnya...Al Fatihah utk arwah |
|
|
|
|
|
|
|
al fatihah utk arwah...uoll DN mane?
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaman study dulu, pepagi buta kol 2-3 pg dok sental baju kt tandas asrama gara2 hati xkeruan...masa tu xpikiaq langsung ada hantu ka apa...la ni bila tringat blik, terasa agak kebodohan d situ...syukur xdak yg munculkn diri |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 3-12-2019 01:03 PM
Kisah ni sedihhhh......
thanks kaka noor sudi baca. |
|
|
|
|
|
|
|
polluxsstar replied at 3-12-2019 02:56 PM
sedih.
moga tenang la fahmy di sana.
terputusnya hubungan si mati dengan alam fana jika roh berpisah dari jasad.
tak mungkin roh arwah fahmi. |
|
|
|
|
|
|
|
ninjago replied at 3-12-2019 04:19 PM
walaupun yg ketuk and bercakap tu mungkin jin qarin fahmi tapi dapat rasa camne sedih masa tu kan. ...
rabu kena, saya kerja 18 jam badan dan relai.esok saya off satu hari.jumaat kerja balik.tak sampai peringkat trauma cuma terkejut.kerja kami ni memang nyawa dalam plastik.
terima kasih sudi baca. |
|
|
|
|
|
|
| |
|