Author|Post time 9-7-2019 06:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Norneng replied at 9-7-2019 06:00 PM
saya tertarik dengan rakaman perbualan puteri sari dan bentara 7 yang dimuatkan dalam youtube.
...
Topik.ni byk dah rasanya di bincangkqn kat benang satu lagi tu. Akak bukan ahli agama nk mengiya kan atau sangkal claim this person abt peranan jin bunian pelihara Alquran ..pokok berdarah .. Ect . Wth?? Dont see the co relation . But yeah nama pun bod misteri. Maaf la . X mampu nak jawab.
Malam tu yg muntah2 tu ada rasa lega sikit la. Tapi tak pueh ati la sebab tak lepas kan tali2 sihir tu.
Tapi nak buat macam ne. sabar je la. Bulan pose kan . Tunggu je la bila lagi nak hujan. Allah bagi rezeki, hari nuzul quran , hujan turun selebat2 nya. tak yah turun umah kat balcony depan pun hujan tempias mencurah2. Akak dan dian mandi hujan lagi dan baca fatihah , surah an- nas dan doa la.
Alhamdullilah . putus la a few tali2 sihir maka bertempiaran lari jin setan yg terikat pd tali2 tu.
ada yg degil gigih dok gayut kena belasah mampus dgn dian ada yg lari tak sempat nak belasah.
Dian pun masa tu bukan reti sgt nak lawan . baru belajar kan dgn tok guru. terkial2 gak dia. dah la tak de panglima dan puteri . bulan pose depa sibuk gak beribadah so jarang dtg jenguk .
sbb tak de experince kan . kami pun try je berubat dan nak buang sendiri. so mmg pakai try je tak tau apa nak expect. dua tiga hari lepas tu teruk dian kena kacau. setan yg terlepas kacau dia, tutup mata dia masa dian drive sampai nangis dian sebab sesat barat walau pakai gps segala. bila dian toleh nak tgk sapa kacau dia main nyorok2. bila dian drive dia tutup mata sampai dian rasa macam nak pitam. sib baik tak eksiden je . sib baik la puteri dtg tlg dan sekeh setan sekor tu . pas tu puteri bebel la jugak kenapa la berani sgt berubat tu tak ajak back up. tentu2nya setan jin tu lawan balik kan. hehehehe ok lesson learned.
pas tu dah tak de peluang dah nak berubat sampai la raya. pas raya . hujan tak lebat tapi kira ok la . this time panglima jalal dah standby, siap bawak kawan lagi. lepas je dr ikatan sihir jin setan lari semua kena penggal dgn panglima dan kawan2 dia. ada dlm 11 ekor gak kena penggal.
itu pun ada jugak lagi 3 tali yg masih utuh. maybe power kot atau Allah belum izinkan untuk lepas.
mungkin juga perlu bantuan tok guru untuk lepas kan . Akak cuma mampu berdoa je di beri keizinan dr Allah untuk bebas sepenuh nya .
walaupun akak tau sapa tuannya org yg buat semua tu dan apa tujuan nya. Biarlah Allah saja yg membalas. Akak dia Allah beri hidayah pd org tu sebelum terlambat. Mmg ada dgr berita org tu sakit sekarang tapi nak buat macam ne kan bukan akak pulang kan pun.
welkam back kak dewii..
kte SR bertahun lamanya, but case acap buat kte nk thu banyak,
bca benang akak psl acap tetiba kena pagar pulakk
gigih kumpul tacang nk baca..hehe
anyway..may this new thread free from 'case acap'
sbb sensitif sgt isu tu...
bukak buku baru la kn...
Post time 10-7-2019 08:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
salam kak. arwah ayah dan saya sendiri pernah bertemu bunian. pun tak sama cara dengan dian. saya tak tau nama, tak nampak naga etc. tapi itulah, lain orang lain pengalaman. so saya baca saja perkongsian dan tak akan sekali kali sangkal cerita dari perkongsian lain. seronok tambah ilmu. i am 32 years old and have been an indigo child myself, well, it is safe to say that i have discovered the ability when i was only 10-11. or maybe earlier than than tapi mungkin saya yang tak tau. itu saja nak kongsi. orang macam dian, macam saya ni ada je di segenap pelusuk dunia. dan ability dan jalan kami berbeza beza. teruskan bercerita. kembali menjadi silent reader.
Post time 11-7-2019 09:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Alaaaa kak..xdpt mtk tlg dian tgkkan ke?
Tp ada y sy knl dr kecik bleh tgk benda2 ghaib ni,cuma dia lelaki,adik pd kwn sy..ustaz pn ckp xleh nak ttup sbb mmg terbuka dari awal..skrg dah bsr xtaw laa caner...dia x reti bab rawat ke apa,dia cuma bleh nampak je benda2 y kita tak nampak tu..mmg mcm2 rupa lah..
Tp ada y sy knl dr kecik bleh tgk benda2 ghaib ni,cuma d ...
akak tak doubt pun sapa2 lain yg leh nampak tu .. its just that sapa yg nampak tu
jgn cepat percaya apa yg dia nampak tu bunian.
alam ghaib ni penuh misteri. byk makhluk2 lain ada . dan mereka boleh menjelma dlm pelbagai rupa bentuk.
even dulu masa dian baru nampak pun we tak sure betul ke yg dia nampak tu bunian, and baik.
Alhamdullilah je la sebab yg dtg semua baik2 belaka.
bak kata tok guru. kita perlukan experience, skill untuk membezakan mereka yg mana baik dan yg tak baik .
so sapa yg hijab terbuka tu , belajar lah to see the mahluk halus in their true form.
learn of their intentions. otherwise jgn percaya la bulat2. syaitan tak akan pernah alpa nak memperdayakan anak adam .
jgn kang jadi berkawan konon bunian , nampak ayu macam puteri tapi sebenarnya hantu raya.
Kalau menurut apa yg akak tau la diorang mmg ada binatang peliharaan, tunggangan ectmacam kita gak la cuma tak sure la rupa nya sama macam kita nya pets ker tak .
Maksud nya kalau kucing tu rupa macam our kucing ke atau lebih eksotik macam kucing hutan ke hapa
yg akak tau la one of the putera ada pet bird. cantik dan jinak . rajin layan cucu akak main2 . tu
yg kadang budak tu megejar mendogak merata.
Tp ada y sy knl dr kecik bleh tgk benda2 ghaib ni,cuma d ...
buat masa ni mmg tak leh nak tlg sbb dian nya self defense tak kuat lagi
baru 3 hari lepas abg yg jual nasi lemak tepi pagar condo tu borak2 dgn dian mengadu ikan dia mati and dia rasa dia kena gangguan
dian nampak la bende yg ganggu abg tu. bende tu siap warning dian , ko jgn bagi tau dia aku kacau dia.
tpai dian kesian kan. dia tak cakap apa sgt pun . dia cuma cakap ya lah tu abg. mmg ada yg ganggu tu dan dian ajar abg tu pagar umah je.
malam tu bende tu dtg serang dian. dampai termuntah la dian kena penumbuk .
Post time 11-7-2019 11:59 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kenapa kak dewi bagi Dian berkawan dengan sang puteri dan hulubalang? Tak bahaya ke? (Dari cerita lepas2, saya baca puteri dan kawan dia ada tolong Dian dalam proses pengubatan, cari Acap dan lain2. )
Bunian bukankah terdiri dari jin?
Hukum Menggunakan Khidmat Jin
Menjawab isu yang timbul, Islam melarang umatnya daripada mengambil atau menggunakan khidmat jin apatah lagi dalam melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syarak.
Mengambil dan meminta pertolongan daripada jin akan menjadikan mereka lebih bongkak, sombong dan bertambah kejahatannya. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
(Surah al-Jin: 6)
Ibn Kathir berkata: Ketika jin-jin itu melihat bahawa manusia melindungkan diri kepada mereka, maka mereka pun semakin menambahkan rasa takut dan seram serta sifat pengecut sehingga manusia merasa lebih takut dan lebih bersungguh-sungguh dalam melindungkan diri kepada mereka. Qatadah menyebut, ( ) “menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat,” iaitu dosa. Dan dengan demikian, jin semakin bertambah berani melawan mereka. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 18/6)
Mereka yang cuba untuk mendapatkan khidmat jin biasanya beranggapan bahawa jin mengetahui perkara-perkara ghaib. Sedangkan pada hakikatnya, jin tidak mengetahui perkara ghaib. Hal ini jelas sepertimana yang berlaku dalam kisah Nabi Sulaiman A.S:
Maksudnya: Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.
(Surah Saba’: 14)
Ibn Kathir berkata: “Nyatalah bagi kita bahawa jin dan manusia tidak mengetahui perihal yang ghaib. Asbagh berkata: Telah sampai kepadaku bahawa tongkat itu tegak selama setahun lalu menjadi rapuh dan akhirnya Nabi Sulaiman AS rebah tersungkur. Ini senada dengan ucapan ulama salaf yang lain. Ini menunjukkan jin tidak mengetahui perkara ghaib. Hal ini berdasarkan beberapa riwayat secara marfu’ yang dinyatakannya.” (Lihat Tafsir al-Qur’an al-Azim, 3/638)
Al-Maraghi berkata: “Setelah Kami mewafatkan Nabi Sulaiman AS, sehinggalah jin melihat tongkatnya dihurungi anai-anai barulah mereka mengetahui kewafatannya. Ini disebabkan Nabi Sulaiman AS wafat dalam keadaan berdiri sambil memegang tongkat sehingga akhirnya tongkatnya hancur di makan anai-anai, barulah baginda jatuh tersungkur. Kemudian barulah jin menyedari sebenarnya mereka tidak mengetahui perkara ghaib dan mereka tetap meneruskan pekerjaan yang di amanahkan oleh Nabi Sulaiman kerana mereka menyangka baginda masih hidup.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 22/68)
Oleh itu, berdasarkan apa yang dinyatakan, kami berpandangan menggunakan khidmat jin adalah dilarang bagi menyekat jalan-jalan yang boleh membawa kepada kerosakan akidah. Ini dikenali sebagai sadd al-zari’ah.
Sebagai penutup, kami nukilkan keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan berkaitan penggunaan jin menurut Islam, menyebut:
Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara-perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram.
Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah haram.
Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.
Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram.
Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara-perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram.
Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah haram.
Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.
Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram.
awak dah jawab pun soalan awak sendiri..
kami berkawan tak minta pertolongan dlm perkara yg di tegah oleh syarak. tak de la pulak mintak jadi kaya raya hidup senang , dpt harta segala. dok kerja makan gaji gak ni .
jgn sekali2 letakkan pergantugan hidup dgn jin maupun bunian
apa saja perubatan yg di ajarkan mereka sering ingatkan semua tu dtg dr Allah. minta pertolongan dr Allah. mereka hanya kasi petua je.
bunian tak pernah beri kekuatan pd akak or dian. kalau kuat x de la kami sakit tiap kali nak bantu org.
there is no sihir involve with bunian tak de jampi mentera . yg di ajar hanya bacaan ayat quran dan doa pd Allah .
Post time 11-7-2019 05:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dewi replied at 11-7-2019 12:12 PM
awak dah jawab pun soalan awak sendiri..
kami berkawan tak minta pertolongan dlm perkara yg di ...
Bukan sama ke? Meminta pertolongan dalam bentuk nasihat dan petua dari mereka (walaupun ayat Al Quran untuk menentang jin kafir)? Puteri dan panglima turut bantu Dian kalau jin dan syaitan lain kacau. Bukan ini macam menggunakan kepandaian dan khidmat mereka ke?
Saya pun bukan baik dan pandai hal2 macam ni. Kosong je. Cuma persoalan2 dan perbuatan yang macam bercanggah, saya cuba tanya. Maaf. Banyak beno pula soalan.
Post time 11-7-2019 06:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dewi replied at 11-7-2019 05:53 PM
Perkara apa yg di tegah syarak tu bila mereka tlg hapuskan jin setan yg jahat? atau bila mereka b ...
Surah Saba’: 14)
Ibn Kathir berkata: “Nyatalah bagi kita bahawa jin dan manusia tidak mengetahui perihal yang ghaib. Asbagh berkata: Telah sampai kepadaku bahawa tongkat itu tegak selama setahun lalu menjadi rapuh dan akhirnya Nabi Sulaiman AS rebah tersungkur. Ini senada dengan ucapan ulama salaf yang lain. Ini menunjukkan jin tidak mengetahui perkara ghaib. Hal ini berdasarkan beberapa riwayat secara marfu’ yang dinyatakannya.” (Lihat Tafsir al-Qur’an al-Azim, 3/638)
Al-Maraghi berkata: “Setelah Kami mewafatkan Nabi Sulaiman AS, sehinggalah jin melihat tongkatnya dihurungi anai-anai barulah mereka mengetahui kewafatannya. Ini disebabkan Nabi Sulaiman AS wafat dalam keadaan berdiri sambil memegang tongkat sehingga akhirnya tongkatnya hancur di makan anai-anai, barulah baginda jatuh tersungkur. Kemudian barulah jin menyedari sebenarnya mereka tidak mengetahui perkara ghaib dan mereka tetap meneruskan pekerjaan yang di amanahkan oleh Nabi Sulaiman kerana mereka menyangka baginda masih hidup.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 22/68)
Macam mana kak tahu mereka baik? Dunia mereka benar2 lain dengan kita. Macam mana kalau itu semua tipu daya dan akhirnya menjadi saka?