|
Muka2 baru: Terpinga Tertanya2 di dalam Dilema.. saper deme nie??
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by samshik at 12-8-2011 12:00
yang pun pemes lepas supermak..
Biar Watak Iblis Selesai Di Pentas Saja - Azhan
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Azhan ketika melakonkan watak Ketua Iblis di Istana Budaya pada minggu lalu. - Foto oleh MOHD SAHAR MISNI
WATAK ketua Iblis yang dilakonkan olehnya semasa pementasan teater Antara… pada 26 hingga 28 Februari lalu di Istana Budaya berjaya ‘menghidupkan’ teater itu.
Rata-rata penonton yang hadir menyukai lakonannya namun mereka sebenarnya tidak mengenali siapakah tuan empunya badan kerana mukanya telah dimekap hodoh bagi menggambarkan wajah Iblis yang jahat.
Disebalik lakonan yang hebat itu, tiada yang menyangka bahawa dirinya adalah pelakon Azhan Rani dan mungkin ramai yang tidak mengenali wajah dan mendengar namanya.
Namun begitu, tidak mustahil selepas ini namanya akan menjadi sebutan ramai setelah menonton bakat yang ditonjolkan tanpa disedari itu.
Azhan menasihatkan agar penonton tidak terpengaruh dengan watak Ketua Iblis yang dilakonkan olehnya. - Foto oleh KEVIN TAN
Namun, dia sendiri tidak menggalakkan penonton menyukai dirinya kerana watak ketua Iblis lakonannya.
“Saya takut penonton menyukai Iblis dan terpengaruh dengan watak itu. Jadi saya selalu mengingatkan mereka agar jangan terlalu sukakan Iblis tetapi Azhan Rani.
“Sebab itu apabila teater itu selesai, saya lebih suka keluar dengan pakaian biasa kerana biar watak Iblis selesai di pentas sahaja,” kata pemilik nama Azhan Abdul Rani itu di awal perbualan.
Menyentuh tentang rahsia keberkesanan watak itu, jejaka berusia 34 tahun itu berkata dia banyak membuat kajian sendiri seperti menonton filem lakonan Al-Pacino, Johnny Depp dan Jim Carrey. Selebihnya adalah bantuan pengarah Ellie Suriati dan Erma Fatima.
Azhan, graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Drama dan Teater dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu akui nama Azhan Rani hanya nama kecil dalam industri seni ini.
Malah dia sendiri tidak pernah menganggap dirinya sebagai selebriti yang perlukan publisiti semata-mata untuk terus maju dalam industri ini. Jejaka berasal dari Kuala Kubu Baru itu lebih selesa memfokuskan kepada kariernya sepanjang lapan tahun ini.
“Saya sedar, apabila nama kecil berdiri dengan nama besar, jadi orang akan lebih menumpukan kepada nama besar.
“Kalau boleh saya nak berdiri sama rata dengan mereka,” ujarnya kepada mStar Online.
Azhan terlebih awal menceburi bidang teater berbanding drama televisyen. Bukan sahaja berlakon, dia juga melakukan tugas di belakang tabir.
“Saya membesar dengan teater sejak berusia 12 tahun. Pada 2002, saya mula memasuki industri seni ini dengan melakonkan teater monolog Petaka karya Hamzah Tahir.
“Dalam masa yang sama, saya juga pernah menjadi tutor teater di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 2003.
“Selepas itu, saya dilantik sebagai penolong pengarah teater Bangsawan Tengku Anum di Istana Budaya oleh pengarah teater terkenal, Rosminah Tahir, juga pernah mengarah teater Alang Retak Seribu.
“Pada 2007, saya berlakon watak utama sebagai Raja Qaziq dalam teater Hikayat Qaziq di Dewan Bahasa dan Pustaka,” ceritanya mengenai beberapa teater yang melibatkannya.
Kali terakhir dia muncul di pentas teater sebelum Antara… merupakan teater Lantai T Pinkie pada empat tahun.
“Bermula dari Lantai T. Pinkie, saya dipanggil untuk berlakon drama. Ada tiga orang yang menjadi tulang belakang serta pendorong karier saya.
“Mereka adalah Along Kamarudin yang membawa saya berlakon drama Sesuci Cinta Sofiya untuk slot Samarenda, pengarah Ahmad Nor Bujang yang membuat telefilem di RTM dan penerbit drama radio Zuraidah yang membuat drama radio setiap bulan.
“Saya rasa seperti mimpi dan tidak pernah terfikir hendak ke televisyen kerana dahulu saya lebih sukakan bidang akademi,” katanya yang pernah menjadi juri pertandingan Deklamasi Lakon (Dekon) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah.
Sebelum itu, dia telah memenangi anugerah Pelakon Terbaik Dekon di Sabah dan Pelakon Terbaik Pertandingan Drama Sekolah-Sekolah Malaysia mewakili Selangor.
Setakat ini, dia telah membintangi hampir 40 buah drama televisyen seperti Tower 13, Lembing dan Layang, Warkah Terakhir, Mashitah, Ku Milikmu dan Puteri Plastik. |
|
|
|
|
|
|
|
yang nie mek baru dapat..
cantikla die nie ..
tapi mekap berkati
Tasha Shilla, nama pelakon ...
samshik Post at 12-8-2011 11:21
orang gaji lam citer ramadan terakhir tp pakai telekung pun muka 4 inci bedak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 522# samshik
dier nih belakon best ler jigak... tp iolss tak berapa minat.. |
|
|
|
|
|
|
|
tasha shila ni mek perasan dr zaman tak femes dulu
drama apetah berlakon pakai tudung.. watak pembantu jela
ada rusdi ramli dalam tu
tgk mcm cite lama je |
|
|
|
|
|
|
|
Reply samshik
dier nih belakon best ler jigak... tp iolss tak berapa minat..
bbalik Post at 12-8-2011 13:26
die buleh berlakon .. tapi mungkin aura tak sehebat abe bangla mek kot!! |
|
|
|
|
|
|
|
tasha shila kan dalam vc luar biasa shahir...yg ended up kono bunuh tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 522# samshik
yup..geng surau ni best lah cite die..ulang kat astro pun masih best nengok |
|
|
|
|
|
|
|
tasha shila kan dalam vc luar biasa shahir...yg ended up kono bunuh tu
jasmeen Post at 12-8-2011 14:19
haah .. minah yang sama la tu!! kurus keding budak nie kat luar.. macam tak makan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply samshik
yup..geng surau ni best lah cite die..ulang kat astro pun masih best nengok ...
jasmeen Post at 12-8-2011 14:21
mek pun nak try tengok jugaklaa |
|
|
|
|
|
|
|
haah .. minah yang sama la tu!! kurus keding budak nie kat luar.. macam tak makan..
samshik Post at 12-8-2011 14:27
die kecit jer kan... tp mekap takleh tahan.. |
|
|
|
|
|
|
|
die kecit jer kan... tp mekap takleh tahan..
bbalik Post at 12-8-2011 15:09
mekap die sangat tebal .. die reminds me of waheeda.. dulu waheeda pun macam nie |
|
|
|
|
|
|
|
Reply samshik
Izara ni masa mula2 tengok kat cover remaja ni nampak very matured & ala2 bitchy
...
solstice Post at 22-9-2011 16:36
cantikkan .. suke la tgk die .. budak sangat nie |
|
|
|
|
|
|
| |
|