CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hantu_chot

24/09/2010_22:30 ..::aku putus cinta::..

  [Copy link]
Post time 21-1-2011 11:24 AM | Show all posts
ha ah la chot. update plisss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2011 04:03 PM | Show all posts
AL FATIHAH untuk kepergian aynde chot,. smohe d tmptkan bersama orng orng yg beriman,.!~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2011 06:41 PM | Show all posts
Assalammualaikum
hai kawan2 dah lama tak update kat sini..
insyaAllah tonight aku try recall memorie aku
dan aku buat rumusan utk upload kat sini
sbb ada sesuatu yg menarik berlaku dlm hidup aku skarang ni
aku sgt bahagia dan sgt gembira...
[abah masih dlm ingatan aku, buat selamanya.]
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 09:04 PM | Show all posts
Reply 484# hantu_chot
can't wait for yr update
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 03:22 AM | Show all posts
Reply 484# hantu_chot


    beb,,,

berjam gak aku gegeh membace kesah ko ni..berjejes gak air mate aku pg2 bute ni..
takziah wat ayh ko..xsabo lak aku nk tau kesah ko n dia selanjut nya..
yg pasti ko mmg berjiwa kental..salute r kat ko..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 03:14 PM | Show all posts
Assalammualaikum
hai kawan2 dah lama tak update kat sini..
insyaAllah tonight aku try recall memor ...
hantu_chot Post at 21-1-2011 06:41 PM



    Update cepat!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2011 04:18 PM | Show all posts
salam chot

x sabar nk tau ape yg mengembirakan n membahagiakan kehidupan chot skrg niey...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 10:42 PM | Show all posts
chot...ptg td ms otw lek keja...tingat kat chon
ntah ape khabar chot

chot sehat?
amcm intebiu aritu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2011 01:56 PM | Show all posts
salam....mintak maaf kawan2 semua.sayang lah dgn korang semua ni.aku rasa aku ramai kawan2 dan adik beradik yg tahu isi hati aku secara telus tanpa rahsia di sini.dan aku pulak mmg berat mulut nak cite secara langsung dgn manusia realiti.sbb mungkin aku tak dapat nak kawal air muka aku dan perasaan aku.cuma di sini aku bertopeng maya di hadapan korang semua.insyaAllah aku cuba mlm ni utk balik awal.. dan lepak dikatil aku bersama dairy ini.aku cuba update cepat.sblm byk lagi memori lain.maaf ye...aku try mlm ni.hari tue tak sempat ada hal..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 12:00 AM | Show all posts
mengimbas semula dihari jadi frd.selamat hari jadi aku ucapkan kpd frd.moga lebih matang dari usianya.si dia senyap sunyi,tiada khabar berita.biarlah dia dgn hidup dia.aku pun dah malas nak pikir.harap dia baik2 saja.

27/12/2010

aku dapat panggilan dari satu jabatan di mana aku pernah pegi interview sebelum ini.memaklumkan aku bahawa aku diterima bekerja di situ.dan diminta utk melaporkan diri di jabatan tersebut pada 10/01/2011.syukur alhamdulilah ke hadrat ilahi.berkat doa mak,abang2,adik kesayangan aku,kawan2 yg setia, doa mrk dimakbulkan Allah.minggu terakhir diakhir tahun 2010 dan minggu terakhir di jabatan lama itu membuatkan aku rasa mcm sedih jer.sayu nye hati meninggalkan sahabat2 seperjuangan.meninggalkan kenangan2 terindah.itu lah berita gembira buat setakat ini.

dan hari2 yg seterusnya

aku byk menghabiskan masa berchatting dgn kawan2 kat yahoo messenger selain membaca.buku pun
dah takde tempat aku nak letak.so buat masa ni aku stop beli buku.dua rak buku aku dah
penuh.padat sendat sampai kat tepi2 katil, buku aku bersepah.so aku pun berchatting lah.aku
nak update kat forum pun dah takde modal.sbb idup aku hambar jer.sekadar menunggu panggilan
dan sms dari si dia.dan aku pun salah sama, tak nak tegur dia dulu.tapi takpe, aku boleh bawak
diri dgn membaca.

sehingga pada suatu hari muncul seorang sahabat lama.yg sama tempat keja dgn ex-L,frd dan
crt.iaitu cool.dia menggelarkan dirinya cool.kalo ikut kategori bahagian, mrk ni bukan lah
satu kumpulan kerja yg sama.tapi dibawah satu nama syarikat yg sama.tapi pada jawatan aku masa
itu, merangkumi keseluruhan kawasan, yg membuatkan aku boleh kenal semua tempat dan
org2nye.jadi bermulalah kisah sahabat lama menerusi online aka YM.setiap hari cool akan online
dan kami berbual kisah sejarah tempat kerja lama kami.

mengimbau semula pertemuan aku dgn cool sekitar tahun 2007.cool berhenti kerja lebih awal sblm
aku.sbb beliau dpt tempat kerja baru yg lebih bagus.tapi kami tidak pernah bertegur
sapa.walaupun sering selisih bahu, terjumpa di sana sini.iyelah..sbb satu tempat keja tapi
tiada urusan kerja yg sama.jadi kalo jumpa pun sekadar mengangkat kening dan tersengih
manis.mmg tak pernah bertegur sapa.cuma ada skali dia pernah bertanya pada aku."knp ko guna
nama chot?tak guna nama betul ko".aku menjawap ringkas."ok ape...cute jer?".dan dia terus
senyap.

di hari terakhir cool disitu,beliau menyatakan yg cool akan berhenti.cool meminta id ym
aku.walaupun aku rasa pelik tapi aku bagi jugak, tak luak pun,lagipun aku anggap kawan
kerja kan.manalah tahu aku pun boleh dpt peluang tempat keja lain ke.slalunya org lain akan
mintak nombor phone.tapi tidak dari cool.dia sekadar mintak id ym aku shj.tapi baru kali ini
[2011] id ym itu betul2 digunakan sepenuhnya.bermulalah kisah si chot berchatting dgn si cool
di ym.

bermula dgn kisah2 lama diingat semula.rupanya si cool dah lama perhatikan aku.katanya aku ni
garang.dan dlm hati dia "tak boleh blah lah minah ni".itu lah ayat yg dia boleh bagi kat aku
masa tue.tapi aku tetap jadi perhatiannya jugak.pada pihak aku pulak, aku pun takde terpikir
sampai ke situ.mungkin terlepas pandang agaknya.selesai kisah perkerjaan lama dan kisah
sahabat2 lama, masuk ke dlm soal hati dan perasaan.cool tanya aku, dah berpunya ke blum.aku
ckp aku dah berpunya.iaitu si dia lah.dan dia pulak sudah single kembali.jadi dari situ kami
akrab dan akrab.dan si dia seolah2 pada aku hilang sekejap ntah ke mana.dia pun tak pernah
cari aku lagi selepas tue.

so cool jadi pelik knp perhubungan aku dan si dia sesenyap ini tidak seperti pasangan lain yg
bercinta.dlm masa yg sama cool bersimpati dgn nasib aku,jadi aku rasa terbuai dgn perhatian
dan sokongan dari cool.cool sgt caring and loving.kalo ikut paras rupa cool jauh lebih hensem dari si dia.
tapi itu bukan penarik perhatian aku.yg menjadi menarik adalah sikap nya yg romantik.
cool mengenang semula kisah beliau berhenti kerja.sebenarnya si cool nak mintak nombor phone aku.
tapi apa yg dia boleh ckp masa itu adalah id ym.hahahaha.sbb dia takut dgn aku, muka aku garang katanya.
hahahaha.lawak lah dia.cool sorang yg loyar buruk dan membuatkan aku sering sakit perut menahan ketawa.
semua nya masih kabur lagi.aku pun tak tau apa yg aku dah buat skarang ni?salah kah aku?betul kah tindakan aku ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 11:26 AM | Show all posts
uiteeeeee chottt.. lame tak update cita.. smbg lagik
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 01:08 PM | Show all posts
chot, bnde yg lepas xpyh d kenang lg ea
yg buruk kita jdkan pengajaran tok kita

idup kte xkemana kalo asik berKALAU
KALAU lah aku xcurang<<<cth

move on chot

gurls power!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 05:29 PM | Show all posts
si dia lama menyepi.si cool dtg mencari.aku rasa terisi dan ada kekosongan jugak dihati.pernah skali si cool nak ajak aku keluar.tapi dlm masa yg sama si dia tiba2 saja call atau msg.aku jadi tak sedap hati.sbb bukan kebiasaan aku menduakan cinta lelaki dgn serius sebegini.aku jadi kekok dgn perasaan aku ini.mainan lagu yg syahdu seolah olah mengherdik aku atas kecurangan yg berlaku skarang ini.

pada suatu hari cool ajak aku keluar.kata nye nak tunjukkan satu kedai makan yg sedap sekitar pekannya.aku follow shj.walaupun aku dah biasa sgt dgn persekitaran tersebut.sampai di satu kedai, si cool bersalaman dgn semua pemakai2 apron di situe[pemilik kedai kah?]yg paling menarik perhatian bersalam dgn mengucup tangan org2 yg bersalaman tersebut.[sah ini mesti family dia ni]

cool : kenalkan ini kakak abg.ini kedai kakak abang.
chot : maaf lah kak tak tau pulak 'cool' nak bawak gi kedai akak ni [bersalaman dgn kakak beliau sambil tersengih sinis pada cool]
<hampeh tul, dia kenakan aku pada family dia.adoiiii>
cool : [sambil tersengih]...ckp nak order apa?

agak kekok berada ditempat tersebut.kerana adik beradik beliau dan anak2 sedara nya memerhatikan kami di situe....[adooooiiiii malunye aku.. dtg mengejut]
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 11:10 PM | Show all posts
chot.. selalu2 je update cite kehidupan ko kat sini kami dsini tak bosan pun membca nya walopun ko kata cite ko hambar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 11:41 PM | Show all posts
dear chot............... plz update more when u're free...........miss u so much!
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 02:39 PM | Show all posts
nak lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2011 10:43 PM | Show all posts
tak sabar tggu update bunga-bunga cinta chot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2011 03:18 PM | Show all posts
walaupun si cool mempunyai paras rupa dan sgt romantik.tetapi ada jugak kekurangannya.semuanya terlalu awal utk dinilai.masa aku mula2 berkenal rapat dgn cool, di selang seli pula dgn kemunculan si dia yg tetiba nak tanya khabar aku.aku pun rasa mcm si dia ni tahu2 je apa yg aku tgh lakukan kan.bila aku baru nak keluar dgn cool.si dia dtg ke rumah aku dulu.si dia ckp nak ajak keluar makan jap.aku pun makan lah sekejap dgn si dia.kalo dgn si dia ni tak lama pun kami dating.siap makan, kami pun berpisah lah buat hal masing2.so terpaksa lah aku bgtau si cool yg aku tgh keluar dgn si dia dulu baru jumpa si cool.si cool jadi panas hati.cool jadi bengang, cemburu, tak puas hati, nak datang jumpa si dia pulak.ape kes ni? bukan aku tak maklum awal pada si cool yg aku punya si dia.di situ aku dah nampak sikap cool yg suka mendesak dan memaksa.sampai tahap si cool berani call hp aku, ketika aku sedang keluar bersama si dia.dlm masa yg sama dia berani nak bercakap dgn si dia.pada aku tindakan si cool tu utk apa? apa yg si cool cuba nak buktikan.tak faham aku.si cool suruh aku memahami cool supaya menerima kesetiaan dia.byk kali aku terangkan pada cool.biar aku selesaikan masalah aku.jgn masuk campur.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2011 03:21 PM | Show all posts
kalu macam tu baik chot tukar nickname si cool tu kepada yang lain..

Tindakan dia macam tak cool aje....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2011 03:25 PM | Show all posts
mcm novel la pulak...huhu.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.357208 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list