https://www.hmetro.com.my/utama/ ... a-keguguran-metrotv
"Terus terang saya kata, saya sangat sedih apabila pada 5 Mei lalu, saya menerima berita Shu keguguran anak ketiga kami.
"Semuanya dalam siasatan pihak polis sebab saya dah buat laporan polis mengenai keguguran itu. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik," katanya kepada Harian Metro. Ditanya lebih lanjut mengenai laporan polis yang dibuat, Hafidz memaklumkan, dia pernah menerima mesej daripada Shuhada yang meminta izin untuk menggugurkan kandungannya. "Saya dapat tahu mengenai kehamilannya selepas dia mesej saya. Dalam kiriman WhatsApp, dia beritahu saya bahawa dia nak gugurkan kandungan. Jadi, saya buat laporan polis untuk perkara itu. "Alasannya, panjang. Tapi, salah satunya adalah, dia nak fokus kepada hidupan baharu. Lagi satu, katanya, 'nak bela dua anak pun dah setengah mati, tambah pula kalau tiga'?. "Tapi, tahu-tahu sahaja, dia sudah keguguran. Bila dapat tahu dia keguguran, saya terpaksa membuat laporan polis untuk siasatan lanjut," katanya. Tambah Hafidz, dia juga sempat menghalang Shuhada daripada meneruskan hasratnya untuk menggugurkan kandungan. "Dia ada meminta duit daripada saya untuk kos pengguguran. Saya tak tahu, sebab dia tak ada bukti resit atau hospital. Jadi, saya kena tahu mengenai itu. "Saya tak bersetuju untuk dia gugurkan kandungan. Saya dah halang dia dan dah cakap, jangan gugurkan. Jaga baik-baik (kandungan), sebab saya akan bertanggungjawab. "Saya halang melalui mesej di WhatsApp sewaktu dia mesej saya. Selepas berita keguguran itu, saya tak ada menghubunginya lagi," katanya.
|