|
Nampak Shi Na dan bfnya dah semakin intim. Drama ni quite daring juga dengan scriptnya.....kena open-minded about it. Sebab dia yang paling bongsu dan dimanjakan bapa, Shi Na ni dah jadi quite a spoilt brat.
Anyway, masih suka tengok si kakak, Zhi Na dan Jun Hao. So far, inilah antara daya penarik in the drama berbanding kisah-kisah lain yang agak 'berat', |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 15 - Rabu 13/8/03
Mr. Yu yang dah sihat selepas 'disembuhkan' oleh isterinya keluar awal-awal pagi ke tempat latihan golfnya. Zhi Na yang tak tahu ke mana bapanya pergi terus panik, ingat yang bukan-bukan. Bila tanya Prof. Wung, dia hanya menambahkan lagi kepanikan selepas dia tengok perangai Mr. Yu sebelum tu. Katanya lagi dia dapat mimpi buruk pasal Mr. Yu. Langsung dia suruh Qi Jun tolong Zhin Na mencari Mr. Yu all over town.
Bila Mr. Yu tahu yang semua orang cari dia, dia pun pergi melawat Prof. Wung. Dia tak percaya bila Mr. Yu cakap 'isteri'nya tolong sembuhkan dia. Oleh sebab Prof. Wung sangatkan ambil berat pasal Mr. Yu, mak mertua Mr. Yu pun 'tolong' sembuhkan sakit belakang Prof. Wung. Kononnya dia muncul dalam mimpi Pof. Wung sambil ucapkan terima kasih kerana tolong jaga Mr. Yu.
Prof. Wung lepas tu kembali sihat. Bukan main dia gembira, seolah-olah tak pernah sakit. Nampaknya dia dah mula percaya cerita Mr. Yu pasal 'isterinya' tu. Isteri Prof. Wung tentulah pelik, kata suaminya & Mr. Yu sebenarnya dah dirasuk hantu.
Shi Na & bfnya asyik bercerita pasal kahwin dan asyik nak bercium saja kerja mereka. Nasib baiklah 'ibunya' muncul pada saat-saat genting, kalau tak.....
You Na pula mula merasakan kesusahan hidup menumpang di rumah kawannya tu. Dia tak boleh balik awal sebab kawannya tu ada 'tetamu' di rumah. Jadi, she spends her time alone tengok wayang sampai tengah malam. Bila telefon bfnya, asyik tak dapat.
Mr. Yu dah buat keputusan tak mahu masak & basuh pakaian untuk anak-anaknya. Dia hanya buat halnya sendiri. Shi Na yang tak pernah buat apa-apa sebelum ni mulalah mengamuk bila tengok makanan tak disediakan. Tapi Mr. Yu tak lagi layan karenahnya, sebaliknya dia marah anaknya yang mengada-ngada tu. Terpaksalah Zhi Na melayan hal adiknya tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by katt at 2003-8-14 02:30 AM:
Anyway, masih suka tengok si kakak, Zhi Na dan Jun Hao. So far, inilah antara daya penarik in the drama berbanding kisah-kisah lain yang agak 'berat',
yup...itu antara daya penarik...but then...aku suka jugak yg berat-berat tu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by katt at 2003-8-14 03:58 PM:
Episod 15 - Rabu 13/8/03
Mr. Yu yang dah sihat selepas 'disembuhkan' oleh isterinya keluar awal-awal pagi ke tempat latihan golfnya. Zhi Na yang tak tahu ke mana bapanya pergi terus panik, ingat yang bukan-bukan. Bila tany ...
thanks for the summary ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 16 - Khamis 14/8/03
Secara ringkasnya,
You Na akhirnya kembali juga ke rumah bila bfnya beritahu yang dia tak dapat memujuk bapanya tentang hubungan mereka. Lagipun dia mengaku takkan dapat hidup jika melepaskan harta keluarga. Han Yin Zhen beritahu You Na yang dia tak sanggup nak bekerja makan gaji kalau dia meninggalkan keluarganya, he wouldn't survive. Tu dia, dia dah mengaku......tak sanggup berkorban demi cinta.
You Na yang menerima tamparan hebat pengsan di depan kakaknya dan Jun Hao. Mereka pun bawa dia balik ke rumah. You Na malu dengan perbuatannya tapi bapanya menerimanya kembali. Begitulah, air dicincang takkan putus. You Na nampaknya dah benci pada bfnya tu sampai menyumpah-yumpah lelaki tu.
Shi Na & bfnya pulak beriya-iya nak kahwin. Makcik bfnya menentang tapi Mr. Yu belum tahu lagi. Habis kes You Na, datang pulak masalah pasal Shi Na. Geram tengok budak ni sebab tak berfikir panjang, nak yang senang sahaja..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by katt at 2003-8-15 03:11 PM:
Secara ringkasnya,
You Na akhirnya kembali juga ke rumah bila bfnya beritahu yang dia tak dapat memujuk bapanya tentang hubungan mereka. Lagipun dia mengaku takkan dapat hidup jika melepaskan ha ...
thanks again ;)
herm..akhirnya bf You Na dah tunjuk dirinya yg sebenar..sian juga si You Na..
tapi apa bleh buat..berani buat berani tanggung..
yelah...ntah paper Shi Na ngan bf die tu...exam belum tau lulus...ada hati nak kahwin pula..
dah tu dlm episod tadi..beriya-iya sgt..tak blh tak..nak jugak kahwin..bukannya dilarang...cuma diminta supaya dilewatkan...tu pun tak nak tolerate..hai yah..then ada hati pula nak minta diserahkan pusat golf tu..mana bleh main suka2 jer minta harta camtu..kena gak consider kakak2 dia..bfnya pun 1..shall I say muka tak tau malu..ade ke patut cakap face to face ngan bapa Shi Na desak supaya diserahkan saja ikut cakap Shi Na...errr...bila nak kahwin ngan anak org..patutnya kenalah fikir sendiri camner nak bg makan...mana blh main suap plak...kalau dgn parents sendiri..ade juga dibuat org..ini dgn mentua...isk isk isk...dunia..dunia...
membebel panjang pula... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by katt at 2003-8-16 03:20 PM:
Nampaknya tinggal kita dua je yang 'melayan' cerita ni.....:cf:
kEk_KeL@d| mana......dah give up ke?
perhaps perhaps perhaps :2cool: |
|
|
|
|
|
|
|
BECAUSE I LOVE YOU
Mr. Yu
Lepas satu, satu masalah yang timbul. Mulanya You Na, bila dah ok…datang pula hal Shi Na. Lepas tu hal bisnesnya juga. Nampaknya selepas insiden dengan You Na tu, Mr. Yu dah berubah perangainya. Tak lagi memanjakan anak-anak seperti dulu. Apa yang tak disukainya terus dia cakap walaupun anak yang bongsu susah sikit nak mendengar cakap. Apa yang dilakukannya pada umurnya 22 tahun kini berulang kembali, anaknya pula nak berkahwin muda. Pening dibuatnya. Btw, mungkinkah ada sesuatu di antara Mr. Yu dan mak saudara Ah Xian? Nampaknya hubungan mereka berdua sangat baik despite masalah yang ditimbulkan oleh Shi Na & Ah Xian.
Zhi Na & Jun Hao
Rupanya beza umur mereka 5 tahun. Patutlah Zhi Na masih layan Jun Hao macam studentnya ataupun seperti adik lelaki saja. Tak bolehlah nak salahkan dia sebab tak nampak all the hints yang Jun Hao berikan selama ini. Now that Jun Hao dah mengaku dengan kata-kata & tindakannya, macamanalah Zhi Na nak deal with it? Dahlah di rumah kecoh dengan hal Shi Na & You Na, nak tambah ke lagi masalah? Mesti dia tak boleh nak study punya.
You Na
Walaupun You Na kelihatannya dah benci dan lupakan lelaki si bedebah tu (quoting Mr. Yu punya favourite word) tapi nampak dia still nampak pelik. Macam ada benda yang not quite settled. Entahlah, mungkin trauma terlalu kuat..harap jangan kembali dengan that man sudahlah. Sometimes, takut melihat perangainya especially bila tiba waktu malam.
Shi Na & Ah Xian
Bebudak berdua ni membuat hati Mr. Yu panas je. Kalau nak kirakan, pada umur mereka tu tak salah kalau nak berkahwin tetapi cara yang digunakan yang tak kena. Kalau nak kahwin, nak kahwin masa tu jugak-jugak. Tanpa pelajaran & pekerjaan, mereka beriya-iya sanagt nak kahwin sepertilah dunia akan kiamat kalau tak berkahwin. Manalah Mr. Yu & mak sedara Ah Xian tu tak melenting. Kalau Shi Na ubah sikit perangainya tentu Mr. Yu akan pertimbangkannya. Ini asyik nak mengamuk saja. Nasib baik Mr. Yu tak ikut katanya this time. Ah Xian pula kenalah pandai ambil hati Mr. Yu dengan tindakan (berusaha cari duit, misalnya). Ini asyik bercakap, nak kahwin, nak kahwin saja….usahanya tak ada.
Prof. Wung & isterinya, Xi Ting
Walaupun mereka tak bersetuju dengan perangai menantu mereka yang satu tu, tapi mereka tak menyangka akhirnya Qi Jun & Xi Yan akan berpisah juga. Susah hati juga mereka dibuatnya, takut kalau besan mereka akan menyalahkan Prof. Wung & isterinya atas perceraian tu. Seperti masyarakat Asia lain, isu perceraian di Korea amat dipandang berat. Seboleh-bolehnya akan dielakkan supaya tak menjatuhkan maruah keluarga masing-masing. Sesuatu yang tak patut berlaku sebenarnya. Teringat kembali satu scene dalam drama Fireworks dulu bila pasangan doctor tu nak bercerai. Bila bapa doctor lelaki tu dapat tahu saja yang mereka nak bercerai, terus dia datang dari kampung ke rumah anaknya dan memukul anaknya tu berkali-kali. Even di tepi jalan pun dia terus memukul anaknya tu. Dan sebagai anak (walaupun dia seorang doctor pakar yang dah berumur 40-an) sedikit pun dia tak balas, terima saja pukulan dari bapa walaupun di khalayak ramai. Walaupun mertua tak berapa sukakan menantu tapi mereka masih akan cuba hidup bersama, jangan sampai bercerai.
Qi Jun & isterinya, Xi Yan
Bila dah berpisah, barulah nampak mereka sebenarnya boleh duduk semeja & berbincang. Walaupun Qi Jun kata dia dah tak boleh bersama sebab tak cintakan Xi Yan, IMO itu satu alasan yang kurang kukuh. Memanglah perkahwinan mereka perkahwinan yang dirancang ibubapa tapi Qi Jun nampaknya macam kurang berusaha untuk menyelamatkan perkahwinannya itu. Xi Yan memang ada masalah sebab cepat mengamuk tapi tak boleh salahkan dia saja. Imagine suami sendiri tak pedulikannya dan semua orang asyik menyalahkannya. Qi Jun patut terima perangai Xi Yan tu sebagai satu kelemahan yang boleh diatasi. Even adiknya sendiri, Qi He kata yang abangnya tu patut lebih memahami perasaan isterinya.
Tapi, dalam hal-hal perasaan ni nak paksa pun tak boleh, kan. Mereka berkahwin pun atas pilihan keluarga. Rasa-rasanya Qi Jun ni ada menaruh hati pada You Na. Itu yang membuatkannya selalu bercakap pasal You Na walaupun di depan isterinya sendiri. Mungkin dia memang dah lama menyimpan perasaan pada You Na, tapi tiada peluang menyatakannya sampailah dia dijodohkan dengan Xi Yan. Dan You Na pula sebelum tu dah ada kekasihnya sendiri.
What do you think of all these? |
|
|
|
|
|
|
|
Qi Jun ngan Xi Yan tu masing2 ada 'agin' sendiri sebenarnye.
Qi Jun
dia ni mmg jenis yg tak paham dan tanak paham perangai isteri dia. langsung tanak hargai isteri dia tu even Xi Yan dah mengalah nak cuba berbaik semula tapi dia mcm tak nampak ape2 kebaikan pon yg isteri dia buat. sbg suami, mmg agak teruk jugakla dia ni
Xi Yan
sbg isteri, boleh kata ok la kut :stp: cuma mcm takleh terima je bila dia kata tanak anak dia tu. teruk betol ! pastu dia ni mmg panas baran yg sgt menakutkan bila dia naik angin. bapak mertua dia tu mcm kene sakit jantung je bila tgk menantu dia tu mengamuk.
tapi bila dah bercerai ok plak kan. tu la, kdg2 divorced couple ni lagi mesra sbg kawan drpd sbg husband n wife :cf: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by katt at 2003-8-21 02:34 PM:
Mr. Yu
Btw, mungkinkah ada sesuatu di antara Mr. Yu dan mak saudara Ah Xian? Nampaknya hubungan mereka berdua sangat baik despite masalah yang ditimbulkan oleh Shi Na & Ah Xian.
FYI...aku miss episod hari Selasa ngan Rabu...jadi maybe ada part2 penting yg aku tak nampak pasal diorg berdua...tapi masa watak mak saudara Ah Xian tu muncul..ada juga terlintas di fikiran camtu...
Zhi Na & Jun Hao
Now that Jun Hao dah mengaku dengan kata-kata & tindakannya, macamanalah Zhi Na nak deal with it?
hohoho...akhirnya Jun Hao reveal juga feeling dia ek...miss pulak aku part tuh...tadi lucu juga tgk diorg tak habis2 nak bertekak...
You Na
Sometimes, takut melihat perangainya especially bila tiba waktu malam.
errr...apa yg dia buat?..main piano lagi ker?
Shi Na & Ah Xian
Tanpa pelajaran & pekerjaan, mereka beriya-iya sanagt nak kahwin sepertilah dunia akan kiamat kalau tak berkahwin.
tu la pasal...sepatutnya diorg cukup paham...keadaan masih belum sesuai utk diorg kahwin..tapi tak blh tidak..Januari depan jugak nak kahwin...huh...bengang aku...
Prof. Wung & isterinya, Xi Ting
Walaupun mereka tak bersetuju dengan perangai menantu mereka yang satu tu, tapi mereka tak menyangka akhirnya Qi Jun & Xi Yan akan berpisah juga.
aku lbh tertarik bab perhubungan mereka suami isteri ..cakap pasal perceraian..teringat cerita Invitation..ada disebut ttg kadar perceraian yg tinggi di sana..
Qi Jun & isterinya. Xi Yan
Even adiknya sendiri, Qi He kata yang abangnya tu patut lebih memahami perasaan isterinya.
a ah la..nampak Qi Jun nie mmg tak berusaha sungguh2 nak kekalkan perkahwinan diorg..bila dah tawar hati mmg begitu agaknya..and somehow..aku setuju dgn adiknya yg berasa abangnya tu sendiri punya salah dlm kes ni..teori pasal perasaan Qi Jun pd You Na tu blh pakai jugak..;) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kEk_KeL@d| at 2003-8-21 10:53 PM:
tapi bila dah bercerai ok plak kan. tu la, kdg2 divorced couple ni lagi mesra sbg kawan drpd sbg husband n wife
bercakap dr pengalaman ker? :re: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kEk_KeL@d| at 2003-8-21 10:43 PM:
yg kakak sulung dia tu ape cite ek?
Originally posted by yellow belmont at 2003-8-22 02:09 AM:
hohoho...akhirnya Jun Hao reveal juga feeling dia ek...miss pulak aku part tuh...tadi lucu juga tgk diorg tak habis2 nak bertekak...
Alamak, susahlah nak explain kalau you all tak tengok sama. Dalam satu moment yang tak disangka-sangka Zhi Na, Jun Hao kissed her (ok, the scene was cut but you guys know what I mean ). Zhi Na masa tu mabuk sikit & dia sengaja usik-usik Jun Hao. Tapi after the kiss, everything changes dan semuanya jadi 'serba tak kena' between them. Especially pada Zhi Na sebab memang dia tak sangka yang Jun Hao betul-betul serius padanya. Macamana nak kembali 'happy-go-lucky' seperti dulu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kEk_KeL@d| at 2003-8-21 10:43 PM:
melampau tol Shi Na tu. yg pakwe dia tu perangai cam Nobita lg tapi dah gatal nak kawin.. apelaaa.. cara diorg yg nak kawin tu cam tak pk panjang, cam nak kawin sehari dua jek
Sangat setuju dengan statement ni ......memang kena betul dengan si Ah Xian tu. Kekadang nampak dia ni penakut dan ikut je kata Shi Na..... |
|
|
|
|
|
|
|
You Na
Originally posted by yellow belmont at 2003-8-22 02:09 AM:
errr...apa yg dia buat?..main piano lagi ker?
Takdalah main piano tapi percakapannya pelik.....nak jadi 'wanita jahat' & macam-macam yang bukan perangai dia sebenarnya. Semuanya bila hari malam je, dan bersolek punyalah tebal.....siang ok pulak :re:. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yellow belmont at 22-8-2003 02:17 AM:
bercakap dr pengalaman ker? :re:
uik?! eeiii.. kureng je ko nih :cf::cf:
haah.. mmg pon.. tapi dr pengalaman kat tv la..
kita bujang trang tang tang lagi tau :re: |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 21 - Jumaat
Kan hari ni si Ah Xian tu dah kena dengan Prof. Wung. Orang kasar like Prof. Wung ni kalau geram & marah, dah tak kisah dah anak siapa pun. Habis disekehnya kepala Ah Xian tu.
Tak larat tengok perangai budak berdua ni, sikit pun tak boleh tunggu.
Zhi Na & Jun Hao pula.....hmm, entahle. Kalau ditengoklah, Zhi Na ni ada sikit macam orang kasar versi perempuan. Boleh tak dikategorikan begitu, tah? Kesian pulak dengan Jun Hao, belum apa-apa lagi langsung tak diberi peluang oleh Zhi Na. Tapi rasanya Zhi Na sengaja tak mahu memikirkan hal Jun Hao, tu pasallah dia cakap begitu.....nak berpisah? |
|
|
|
|
|
|
|
haah.. puas hati tgk kene sekeh si AH Xian tuh.. haha.. rasa cam nak gelak kuat2 jek bile Shi Na ngan selamba nye suh bapak dia gi jumpa ajen hartanah tu suh ckp diaorg dah nak kawin.. mmg pening budak ber 2 tu.. mmg tdah tak larat nak tgk..
betol la tu.. org kasar versi perempuan.. elok sgt lah tu kasi kat ZHi Na.. ish ego tinggi betol.. sbnrnye mmg ngan la 2 org tu, satu angin sket, satu cool sket.. kira saling melengkapi la kut.. hehe :re:
Wife Qi Jun tu teruk jugak ek.. nak balas dendam plak kat laki dia.. ish ish ish |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kEk_KeL@d| at 2003-8-23 01:05 AM:
Wife Qi Jun tu teruk jugak ek.. nak balas dendam plak kat laki dia.. ish ish ish
Yelah.....rasanya dia ni ada plan something lah :re:. Maybe dia nak buat Qi Jun menyesal sebab tak layan dia dengan baik dulu. Cara dressing dia pun dah berubah.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|