|
bulan julai ni kot akan dipasarkan VCD nyer...sebab siti ingin menyunting rakaman ni untuk memastikan kualiti nya ok sebelum dipasarkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by calmille at 28-5-2007 12:53 PM
actually im, lagu lagu p,ramlee mmg banyak sgt, sbb tu siti ambil beberapa buah saja, n siti ngan pihak IB bersetuju nak pilih lagu2 yg jarang didengar, utk betul2 menghargai karya p.ramlee. yg l ...
tapi im rasa ct boleh buat lebih hebat dari tu....
mgkin betul apa yang dia cakapkan suami comes first now dan pekerjaan dah jatuh no dua.
memang nampak ketara kekurangan dalam persembahan dia (pendapat im sajer...mgkin org yang tgk secara live di IB berpendapat lain)...
im setuju lagu p ramlee mmg dah sedap tapi kalau music arranger kalau pandai gubah balik lagu tu memang akan lagi sedap sbb suara siti dah memang power...im penah jumpa dgn zul 2by2 dan dia kata ct bijak improvised lagu2 lama jadi sedap, macam jacklyn victor improvise lagu rafeah buang tunggu sekejap...very nice...kalau takat nak nyanyi biasa, rasanya semua penyanyi boleh bawak dgn baik...tapi utk improvised need a lot of brain storming and good ideas dari penyanyi berkenaan dan music arranger..lagu jeritan bathinku oleh liza hanim lebih mendayu dari yang ct bawak....wpun dah diubahsuai iramanya tapi masih sedap.... |
|
|
|
|
|
|
|
Perasaan Siti Untuk APM... Written by Siti Nurhaliza | Wednesday, 27 June 2007 | Assalammualaikumdan salam sejahtera buat semua. Hai... semua dah rindu ya, Siti lagilahrindu pada semua yang datang ke laman ini.
Memang aktiviti agak padat, termasuk urusan kerja dan peribaditetapi Alhamdulillah dapat juga Siti menulis sesuatu di sini. Ramaiyang mahu bertanyakan mengenai perasaan Siti sewaktu APM di Singapuratempohari. Alhamdulillah, kepada peminat yang menngundi bagi kategoripopular, Siti ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Sokongananda yang tidak pernah berhenti membuatkan Siti rasa lebih bersemangat.Begitu juga dengan kategori terbaik, tentunya material yang dinilai itumenambat hati golongan yang membuat penilaian.
Tidak mudah bersaing di pentas APM, walaupun ada lagi pihak yangmungkin memperkecilkan anugerah ini tetapi bagi Siti, melebarkan sayapke peringkat lebih tinggi, apa salahnya kita menilai bakat sendiridengan negara-negara jiran. Pengalaman berkarier di Indonesia danSingapura selama 12 tahun juga banyak mematangkan Siti. Tidak mudahmenawan dan menembusi hati peminat negara jiran, ia perlu kerja kerasdan bagaimana mahu memasarkan diri dan produk kita. Justeru Sitiberterima kasih kepada APM kerana medan ini telah membawa satu lagitahap kepada peningkatan industri muzik serantau.
Kepada peminat-peminat yang datang dari jauh, ada yang dengarnyadatang ke Singapura dari Malaysia dan Indonesia, juga yang asalSingapura, Siti sekali lagi mengucapkan terima kasih kerana hadirmemberi sokongan kepada Siti di APM. InsyaAllah, pengiktirafan yangditerima tidak pernah mematahkan semangat Siti. Banyak lagi usaha yangharus dibuat untuk memajukan diri dan doakanlah agar Siti berjayamenghadapinya.
Sekarang ini jadual Siti kembali sibuk. Memang Siti akui bercutiseketika baru-baru ini tetapi kerja sudah menanti. Selain menjalanipenggambaran beberapa iklan, Siti juga akan ke Indonesia untukpenggambaran video klip bagi lagu Runut Bunyi filem Kayangan. Selepasitu Siti sibuk sebagai salah seorang juri untuk rancangan terbitan TV3terbaru, Mystarz. Kemudian baru tumpuan diberikan kepada albumtradisional terbaru. Jika album konsert Tan Sri P Ramlee dan Puan SriSaloma di Istana BUdaya tidak dapat diterbitkan atas sebab-sebabtertentu, Siti mohon maaf. Sebagaimana yang Siti pernah katakan, tidakmudah melahirkan album yang bukan hakcipta sendiri. Jangan risau, Sitiakan beritahu nanti bagaimana statusnya tetapi jangan bimbang keranaada album lain yang akan menyusul.
Sekian sahaja catatan Siti kali ini. Semoga semuanya gembira selalu.
Salam manis...
Siti Nurhaliza
|
alaaaa! jangan la tak jadik buat album tuhhh!!:@ |
|
|
|
|
|
|
| |
|