|
Teruskan menulis dan aku terus je membaca cite tt.. abaikan hal remeh temeh ituuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
meremang bulu roma baca remang2 petang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
best best TT....rajin2kan jari jemari tu menari utk update lagi dan lagi ye.... terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Masa darjah 6 selalu ikut ayah aku p mengajaq kt uum...kihkihhhh sambil usha abg2 ensem.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat Gunung ****** tu, mmg tak bole salah cakap.
Orang kata, daki Gunung tu lagi mencabar dari Kinabalu.
Atas faktor2 mistik la agaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-2-2016 06:52 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
8. Keangkeran sebuah office
Story kali ni,mcm yg aku ckp berulang-kali,memang berat. Aku sendiri teragak2 nak cerita sebenarnya sebab kejadian masih berlaku. Latest one is yesterday! Yes, yesterday. 26.2.2016. Makin dekat list dgn story ni,makin kerap pulak aku kena 'main'. Mcm tau2 je aku nak citer pasal 'ampa'.. Bagi la aku story dulu, nnt ampa nilai la macam mana. Pada aku mana2 office pun 'ada'. Cuma kuat dgn tak ja. Hahahahahha..
Meh aku cerita sikit latar belakang office aku ni. Basically office yg aku kerja skrg ni adalah sebuah company yg terletak di sebuah bandar yg ada 'jaya' di belakangnya. Actually dah berkurun dah aku kenal dgn bos dan staff2 kat situ. Asalnya,bapak aku yg kerja kat situ dr zaman dia bujang lg. Kiranya bos aku ni dgn bapak aku,saing2 la zaman dulu2. Company ni diasaskan oleh abg kepada bos aku. Bila abg dia pindah overseas, adik (bos aku) pulak take over. Bapak aku pulak atas sbb2 nak memajukan diri, dia further study dan terpaksa mengundurkan diri dari company tu. Habis study, dia jd partner kat company yg lain. Tapi persahabatan mereka sampai sekarang masih akrab. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-2-2016 07:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by schha at 27-2-2016 11:51 AM
Secara asasnya, company ni kecik je. Aku 'dijemput masuk' ke office ni sekitar tahun 2007/2008. Waktu ni aku baru abes STPM. Puncanya, bos aku ni tak cukup staff sbb dapat 1 projek besar. Bapak aku pulak dengan rela hati mengofferkan anak dia ni untuk menuntut ilmu di office tersebut. Sebab pada bapak aku, bos aku ni strict tp sangat2 menjaga kebajikan pekerja. Dari aku kerja dgn dia, for sure aku banyak mengular. Better aku kerja dgn kwn dia so banyak benda yg aku boleh belajar dr bos aku ni.
Utk point kali ni, aku akan details kan sikit kedudukan office untuk memudahkan korg imagine macam mana bentuk office aku ni (sorry na,terpaksa detailskan sikit). Masa aku mula2 masuk office ni, hanya ada bos aku, dan 2 staff sahaja, iaitu k.nura dan Ms. Anne. Depa ni clerk admin. Office aku ni sebuah shoplot sahaja. Kami di tingkat paling atas sekali. Kedudukan office adalah memanjang. Meja semua disusun memanjang tanpa partition. Entrance akan nampak meja k.nura dulu. Di sebelah kiri k.nura, meja Ms. Anne dan di sebelah meja Ms. Anne adalah bilik meeting dan dihadapan bilik meeting adalah bilik bos. Mostly bos akan habiskan masa kat bilik meeting (sebab bilik tu besar dan PC dia pun dia letak kat situ) berbanding dari bilik dia sndr. Di sebelah kanan meja k.nura pulak, adalah meja 3, 4 dan 5. Di hadapan meja 3 ada bilik file dan dihadapan meja 4 ada sebuah bilik lagi (di mana sekarang dah jadi bilik aku). Jadi disebelah meja 5 ada sebuah pintu (yg berat dan perlu ditolak dengan tenaga - mcm pintu dekat hospital tu) untuk ke pantry dan toilet. Ohh btw, semua staff adalah perempuan ye except bos aku dan runner.
Jadi masa 2007/2008 td, aku di tempatkan di meja 3. Meja 4 dgn 5 penuh file. Di antara meja k.nura dan meja aku, ada 1 para ke bawah (client selalu x nampak para ni membuatkan mereka selalu jatuh kt kawasan ni). So di antara para tu k.nura letak 1 meja yg diletakkan file2 yg dia tgh handle. Tinggi wei file2 kat situ. Kalau aku nak panggil k.nura,aku kena berdiri baru aku nampak muka dia. Setiap PC pulak di letakkan rapat ke dinding. Meja kami hanya diletakkan file dan telefon sahaja. Kiranya di bahagian aku (meja 3 dan ke atas), memang aku duduk sorang2 sahaja di situ ditemani dengan file2 yg berselirat tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by schha at 27-2-2016 01:07 PM
Gigih iolss sketch..ni ha rupa nyaaa..sorry buruk sikit..lukis pakai note jek..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-2-2016 10:30 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by schha at 4-3-2016 06:46 AM
Aku kerja kat sana pada tahun 2007/2008 tu ada la dlm 6 bln cmtu. First 3 month aku rasa everythings ok. Takde pun kejadian2 yg pelik atau mungkin aku kurang sedar dan alert tentang keadaan2 sekeliling. Nak dijadikan cerita, ada 1 hari tu waktu lebih kurang pukul 4 lebih camtu. Tapi masa tu hujan sangat2 lebat dengan petirnya. Keadaan kat luar sangat2 gelap. As mentioned, office aku ni tingkat paling atas. So bila hujan, bunyi derapan hujan tu sangat2 kuat. Bila bercakap pun tak dengar sangat. Kena kuatkan suara atau kalau terlalu lebat, kena jerit sikit bila bercakap tu. Oh, untuk pengetahuan, office hour kat tempat aku adalah pukul 9 pg-5 ptg. Waktu ni pun bos dah keluar sebab ada outside meeting dengan client. Jadi tinggal la kami bertiga je. Suasana dalam office pulak waktu tu, bilik meeting,bilik bos,bilik file dan bilik 2 tak pasang lampu. Kami pun kalau dah jam terakhir malas naw nak pulun buat kerja. Nak2 bos pun dah keluar. Mengulorrr la kekdahnya. K. Nura dgn Ms. Anne pun senyap je. Aku pun malas nak menoleh ke depa. Main hp agaknya. Takpun bukak myspace/friendster (dulu2 benda ni famous. Hahahahhah). Tapi waktu kejadian, aku memang tengah kusyuk buat kerja. Tengah go through document seingat aku. Waktu ni posisi aku mengadap PC. Yang lain2 pun masing2 hadap PC masing2.
Tengah kusyuk mentelaah document, tetiba aku rasa ada orang kat belakang aku (dekat bahagian meja aku). Aku rasa macam ada orang mundar-mandir kat meja aku. Tapi aku tak menoleh. Sebab selalu Ms. Anne ada juga amik file2 di meja aku. So aku agak dia la yang mundar-mandir tadi tu. After that, aku menoleh ke depa (sisi kanan) sekejap sambil ke belakangkan kerusi aku rapat ke meja (seperti aku maklumkan dekat para, antara aku dgn k.nura, ada file2 k.nura yang sangat tinggi yang menjejaskan penglihatan aku untuk tengok depa). Aku tengok masing2 masih leka mengadap PC. Takde pun macam tengah duk cari2 file ke apa ke. Ahhh aku dah mula rasa feeling 'kurang syok'. Faktor hujan, suasana suram dan sunyi mungkin. Aku continue sambung buat kerja aku dengan mengadap PC. Duk tengah kusyuk tu, tetiba PC aku keluar screen saver. (PC jadi gelap, hanya keluar screen saver windows yang beralih2 tempat tu). Dokumen yg aku tengah study tu, aku letak di meja PC, sebelah keyboard. Duk tengah memandang ke dokumen, alih2 ekor mata aku tertancap kepada 'sesuatu' di belakang aku melalui screen saver di PC tadi (permukaan skrin PC jenis lama ni licin so boleh nampak pembalikan bayang - melalui ekor mata sahaja,bukan pandangan direct), betol2 di bucu meja aku, di antara meja aku dan meja 4. Shit! Betol ke ni??! Korang pernah tau tak, kalau 'benda' tu sebenarnya pendek je?? Yes, pendek je. Setinggi meja aku je sebenarnya. Pakaian lusuh,warna lebih kurang krim. Dan rambutnya panjang ke depan. Panjang mana tu tak pasti, cuma nampak rambut saja. Muka tak nampak. (Cliche kan??tapi ini yang aku nampak melalui ekor mata td - yang buat aku pelik, pendek je sebenarnya 'benda' ni).
Aku cuba relaks kan diri walhal lutut ni da ketaq abes. Nak panggil budak2 ni, confirm tak dengar sebab hujan lebat ya amat (aku sendiri tak boleh nak keluar suara). Ada la dalam 5-10 min aku mengeras. Jantung ni mcm nak pecah wei. Sumpah aku takde kekuatan langsung nak pusing ke belakang pun. Then macam mana aku nak pergi kat depa ni! Ahhh aku dah tak boleh blah dah, dan aku terus mengambil tindakan refleks aku dengan melompat melalui meja file di antara aku dan k. Nura tu. Itu je jalan yang ada. Dah la pakai baju kurung. Ahh kisah pulak aku. Bukan ada org pun. Bila dah buat lagu tu, Ms. Anne dan k. Nura terperanjat habis la gamaknya. Dengan file semua berterabur kat situ. Aku dah tak peduli. Janji aku selamat.
Bersambung.. |
|
|
|
|
|
|
|
adeh... scha wer r u... seram ni..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
ada ni haaaaa..
kena story hujung minggu je..tak berani pulak nak story waktu office hour..
hahahahahahahahahaha!!
Try malam ni, inshaa Allah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-3-2016 11:32 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by schha at 4-3-2016 07:01 PM
...SAMBUNGAN 'KEANGKERAN SEBUAH OFFICE'...
Bila aku dah berjaya robohkan file2 kat situ, aku terus duduk dekat sofa. Yang jelas waktu tu 'benda' tu dah takde bila aku tengok dengan pandangan mata kasar . Aku punya tahap gigil time tu toksah cakap. Aku rasa macam nak keluar dari office waktu tu jugak! Ms. Anne dgn k. Nura gelabah la bila tengok aku gitu. Suddenly terus Ms. Anne cakap, 'sha..dont say anything,please! We talk outside'. Waktu tu aku mula dah nak menangis. Cuak wei. 'Dia' duduk belakang aku je tadi kot! Maunyaaa tak cuak! Nak taknak aku kene mengeras je kat sofa tu sampai habis working hour.
Sharp pukul 5 kitaorang tutup office and terus turun. Sampai je kat bawah, Ms. Anne tanya aku, 'u nampak apa?'. Aku pun cerita la apa yang aku nampak waktu tu. Tapi yang herannya, Ms. Anne dgn k. Nura mcm dah dapat agak je apa yang berlaku kat aku. Depa dua dengar cerita aku tapi mata bergenang. Aku tau 2-2 menahan rasa takut sebenarnya. Tapi terpaksa bertahan demi aku. So after aku bukak cerita, petang tu jugak depa decide nak bukak mulut kat aku story2 dari depa pulak. Actually, depa takmau jugak open story kat aku,tapi bila dah kena gitu, mau x mau terpaksa bukak cerita. Waktu ni depa dah ajak aku p minum sambil tenangkan diri. Depa habaq depa dah biasa 'diganggu', tapi dengan bunyi-bunyian je. Tak seteruk macam aku kena. Aiii baru la ni nak habaq. Kalau tak, sampai kesudah aku taktau ada 'benda' di office tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-3-2016 03:21 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by schha at 4-3-2016 07:24 PM
Menurut Ms. Anne, selama bertahun mereka kerja di situ, memang dah lali dengan bunyi-bunyian di office tu. Kadang2 mereka boleh dengar bunyi 'sesuatu' main tutup pen, kadang2 bunyi 'sesuatu' menyelak-nyelak kertas dalam bilik bos walhal bos takde pun dalam bilik dia dan yang paling obvious bilamana mereka di ganggu apabila mesin type writer (jenis lama) berbunyi dengan sendirinya. Dan waktu itu mesin type writer tersebut berada di bilik 2 (dahulunya bilik ni adalah bilik simpanan file, tapi sekarang dah jadi bilik aku).
Lepas dr kejadian tu, aku demam panas. Hilang semangat. Aku jadi takut2 nak p kerja. Tak tahan dengan kejadian tu, aku pergi berubat utk pulihkan semangat. Menurut ustaz, 'benda' yg aku nampak tu menyinggah shj. Bukan menetap disitu (bak kata ustaz sambil bergurau - mungkin sebab hujan lebat, benda tu tumpang berteduh..hahahahahahahah). Lega sikit aku dengar. Alhamdulillah after that, semangat aku kembali pulih perlahan2 tapi masih tak berani nak stay sorang2 di office.
Tak lama lepas tu, aku ditawarkan ke ipta di utara tu. Dapat pulak course yg bos dan bapak aku idam2 kan utk aku. Siap bos dah ckp dgn bapak aku, 'nanti sha dah habis study, suruh dia kerja sini ya'. Ahhh sudah. Tapi bagus la. Tak payah aku susah2 cari kerja n nak interview bagai. Belom masuk U lg dah ada org offer kerja. Rezeki aku mungkin. Tapi bila aku cuti 2 bulan sementara masuk sem baru, ada la aku bt part time kat situ. Dapat la bt duit poket. Waktu ni la aku dengar lagi depa sembang pasal hal ni. Masih lagi terjadi. Tapi bukan dekat depa, terjadi kat salah seorang runner hantar dokumen di ofis kami (akan aku ceritakan bila semua pengalaman aku kat ofis ni settle). |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-3-2016 06:15 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Waktu aku kerja part time tu, aku masih lagi buat kerja2 kerani. Masa aku masuk sekejap tu, staff dah ramai. Menurut k. Nura, lepas aku sambung blaja, bos hire lagi 2 org staff right after aku pergi utk replace tmpt aku yg handle document (doc) utk project bos aku tu. Sorg chinese girl, Ms. Wai dan sorg lagi k. Umie. So bila aku masuk part time, aku kena duduk di meja no. 5. Paling hujung sekali. K. Umie di meja 3 dan Ms. Wai di meja 4. Aku ingat lagi masa tu, siang aku kena settle doc2 utk project yg bos aku handle, so aku akan settle kan surat2 pada lewat petang. Selalu dlm kul 4 - 4.30 ptg baru la aku terkial2 settle kan surat2 utk di pos. Biasa la, kalau dah nama junior, haruslah senior2 campak surat2 depa utk aku envelope kan sekali, heheeheh..(skrg turn aku balas balik ) Jelas dalam ingatan aku, haritu ari jumaat. Last day kje utk minggu tu, apedehal nak balik lewat2 pun. Kebetulan, waktu tu, baik k. Nura, Ms. Anne dan k.umie semua pakat2 nak balik sharp kul 5. Tetiba si Ms. Wai ni habaq kata kerja dia tak boleh siap, kena stayback sebab ada client nak dtg sign agreement kul 9.30 pada pg isnin. So dengan rela hati, aku offer diri aku untuk teman Ms. Wai memandangkan surat2 aku perlu disettlekan. Tapi sebelum Ms. Anne balik, dia dah pesan tak boleh stayback lama2, before maghrib dah kena balik. Tapi kami tak amik pusing pun kata2 Ms. Anne tu. Siap kerja kang, balik lah.
Tengah ralit buat kerja, aku toleh ke Ms. Wai yg duduk di meja 4 waktu tu. Dia memang kusyuk gila buat kerja. Waktu aku menoleh tu dah pukul 8 mlm. Ohh btw, Ms. Wai ni antara kami dia yg paling berani, sebab dia ada masalah pendengaran. Bergantung kepada alat pendengaran, tapi atas alasan kecantikan, dia takmau guna alat tu. Jadinya kalau bercakap dgn dia, kena cakap kuat sikit bagi dia dengar. Makanya, segala 'bunyi-bunyian' yg ada kat ofis tu dia selalu tak akan dgr. In between antara pukul 5 - 8 mlm, takde pun kejadian2 pelik. Everythings normal. Sehingga la aku dah terlampau bosan, waktu tu dah pukul 8 lebih. Surat2 aku sume dah settle. Sampaikan aku berjaya download segala mak nenek songs n movie. Dah giv up dgn kerja Ms. Wai yg x siap2, aku nekad nak settle kan 1 lg kerja yg supposed aku bt pada hari isnin (terlebih rajin). Kerja ni memerlukan aku isi form menggunakan type writer. Type writer ni dah beralih kedudukan di sebelah meja 1, tepi dinding bilik meeting.
Tengah2 duk kusyuk menaip, tetiba mesin type writer jam. Ahhh sudah. Ni aku paling benci. Tengah semangat buat kerja, time ni type writer ni takmau bagi kerjasama pulak. Then aku sedaya upaya godek sana, godek sini type writer tu. Dah puas godek, aku cuba masukkan paper. Masuk je paper, zasssss..paper tu melantun keluar tanpa perlu aku tekan button utk keluar kan paper. Masuk lagi, paper keluar melantun laju. Aii dah kenapa ni. Aku panggil Ms. Wai. Yelaaa, aku ni tak pandai sgt nak repair2, plus takut salah usik makin rosak. Bila Ms. Wai ni datang, dia cuba tengok apa kerosakan type writer tu. Bila dia buat, perkara yang sama terjadi ie paper tu masih melantun dengan laju bila di masukkan ke type writer. Alih2 Ms. Wai ni terus bersuara 'ehhh what happen to this type writer. Macam kena rasuk!'. Danggggggg!! Tak rasa bersalah pun si amoi ni mengeluarkan kata-kata. Automatically aku teringat cerita Ms. Anne dgn K. Nura pasal type writer ni pernah berbunyi sendiri ketika di bilik 2. Tetiba aku dah ada feeling kurang syok. Cepat2 aku suruh Ms. Wai kemas brg dgn alasan aku terlupa mak aku suruh balik awal sebab ada nak minta tlg something (pdhl aku dah cuak time tu). Kami pun keluar ofis waktu tu jugak, lebih kurg pukul 9.30 mlm. Malam tu, aku ni tak boleh tidur duk pikir apa jadi kat type writer tu sbnrnya. Sepanjang aku kerja di situ, tak pernah pun jadi gitu. Disebabkan aku nak sedapkan hati sendiri, aku terpikir benda melibatkan mesin mesti adakalanya dia buat hal. Aku positif je. Dalam hati ni tak sabar nak tunggu isnin, nak tengok kot2 type writer tu masih problem boleh la report ke Ms. Anne utk dia hantar pergi repair. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-3-2016 01:28 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by schha at 6-3-2016 08:06 AM
Sampai-sampai ofis pagi isnin tu, aku terus ke mesin type writer. Memandangkan kerja aku terbengkalai di mesin type writer tu, aku cuba settlekan hal type writer tu. Dengan confident, aku terus ckp ke Ms. Anne, 'ehh u kena panggil uncle dtg betolkan type writer ni. Jumaat lepas i guna, type writer jadi jam. Paper melantun keluar'. Ms. Anne pun cuba godek. Ehhhh! Elok pulak type writer ni. Paper masuk elok je. Try menaip pun elok je normal macam kebiasaan. Ahhhhh sudahhhhh. Aku pun terperanjat terus tercerita yg Ms. Wai ada cakap type writer tu seolah-olah macam kena rasuk. Terus kena hambur dgn Ms. Anne, 'u all balik kul berapa actually??' Aku terus bgtau yg kami stayback sampai kul 9 - 9.30 mlm camtu. Ms. Anne terus jawab, 'ive told u not to stay very late. 7pm go back! Why nak stay lewat sgt?! Bos kalau tau for sure u all kena mara! N u see, something not right happened!'. Aku diam. Ms. Wai pun diam. Kisah type writer tu stop kat situ. Aku pun berprasangka baik, mayb memang waktu tu type writer nak buat hal. Dia mesin kan. So anytime boleh rosak. Bersangka baik jela.
Bila keadaan reda, baru la kami officemate duduk sembang pasal hal ni. Tapi kalau kami nak bincang pun, kami akan bincang di luar office waktu lunch hour. Tak berani masing2. Bincang punya bincang, last2 kami conclude 'benda' tu tak suka kita kacau waktu 'dia' di office tu. Limit time di office tu adalah pukul 6. Lepas pukul 6, for sure 'dia' mula memberontak. Keluarlah segala bunyi-bunyian atau ada je benda yg tak kena. Macam suruh kami blah je dr office tu. Aku sendiri setuju bilamana Ms. Anne ada keluarkan kenyataan bahawa selalunya 'bunyi-bunyian' akan keluar after pukul 6 ptg or mayb 'dia' akan sakat waktu officemate tak ramai. Masing-masing setuju dgn statement tu dan sekaligus menyebabkan aku takut nak stay office sorang2 even waktu lunch. Kalau aku bawak bekal, aku sanggup turun ikot depa tapau makan. Bukan setakat aku je, termasuk juga Ms. Anne, k. Nura dan k. Umie. Cuma Ms. Wai je yg nampak relax. Takde perasaan amoi tu sebab dia tak dgr 'bunyi-bunyian' tu.
Bersambung.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku kalau stayback kat office. aku tak terfikir sgt benda2 tu. (ada dengar tapi tu lah, mujur tak seganas tt punya.) tapi bila ada staff lelaki stayback jugak. itu yang menakutkan aku huhuhuhuhu. harus aku cabut awal.
tapi paling aku berdoa. jangan lah dikacau lif yang aku pakai untuk balik. |
|
|
|
|
|
|
|
aduh..aduh...
after this please2 jgn balik lambat dah nah..kalau ghasa2 naksettle geja
bwak ja file tu balik ghumah nahh
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-3-2016 05:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
...SAMBUNGAN 'KEANGKERAN SEBUAH OFFICE'...
Tak lama dari kejadian type writer 'dirasuk' tu ada lagi 1 kejadian pelik yang berlaku kat aku jugak. Selang beberapa hari je dr kejadian type writer tu. Seingat aku waktu tu yg ada kat office hanyalah aku, Ms. Wai dan K. Umie. Tak silap aku Ms. Anne dgn k. Nura tak masuk office. Bos macam biasa memang takde kat office. Waktu ni, Ms. Wai tengah buat kerja di type writer. Aku pulak duk menulis di meja 5 aku. Masa aku menulis, aku nampak K. Umie pergi ke belakang. Sebab dia lalu dpn aku. Tak sure samada dia pergi ke pantry atau ke toilet. Tapi agak lama. Dah abes menulis, aku nak fotostat something. Mesin fotostat terletak di antara PC 3 dan PC 4. Kiranya aku membelakangkan laluan di belakang. Tengah duk fotostat, aku perasan macam ada org berlegar2 dalam bilik 2. Aku pikir k. Umie keluar dr arah belakang menuju ke terus ke bilik 2. Aku agak dia nak cari file la kot. Aku pandang sipi ke bilik 2. Aku nampak dibalik tingkap di bilik 2 (ada tingkap nako dihadapan meja 5), sesusuk tubuh persis k. Umie. Tak jelas sangat tapi masih boleh nampak kelibat 'seseorang' di sebalik tingkap nako tu. Utk pengetahuan, k. Umie sebelum berhijab, rambut dia panjang takat pinggang, hitam lebat. Apa yg aku nampak di bilik 2 waktu tu, memang mcm k. Umie tp dr arah belakang. Dengan rambut dan ketinggian sama cm k. Umie. Cuma aku tak perasan baju yg dipakai sahaja.
Aku fokus semula kepada mesin fotostat. Tetiba aku dengar pintu belakang di bukak. Aku terus toleh dan aku nampak k. Umie yg keluar dari pintu belakang. Ehhhh. Aku terus tanya k. Umie :- |
|
|
|
|
|
|
| |
|