CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zadzamusa

Ku sangkakan hantu.... tapi rupanya....

  [Copy link]
Post time 26-4-2011 02:38 PM | Show all posts
aunty pun ada citer.... satu ari ni aunty pegi umah mak sedara nama mak gayah... lepak kat umah die  ...
auntymelly Post at 23-4-2011 16:46


ni mesti bagi sale ala2 mek pantai timur ye dok.. "smekommmmmmm.. ayohhhhhhhh "...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2011 03:25 PM | Show all posts
Reply 381# want2bhappy

agaknye  perkataan salam tak dengar... cumer dengar kum je.... lemah lembut lak tu.....  so pada saper2 pasneh tolong ler bagi salam penuh yer.... jangan nak smekom ke hantu kum2 ke.....  yang da tetua nih ketaq lutut nak menjawab....kadang2 mende2 nih pun da pandai mengajuk kite.... bahaya tu.... hehehehehe....smekom smekom....apadahehhe
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 03:50 PM | Show all posts
rumah aunty kat ner.... nak bagi salam la...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 04:51 PM | Show all posts
ekekeekek nasib baik bapok tu tak usya nak ajak mandi bersama.....
want2bhappy Post at 26-4-2011 14:26



   geli wehh...tak pasal sakit jantung aku....dah la bapok tu berkemban bagai...siap dengan towel lilit kat rambut
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 07:53 AM | Show all posts
geli wehh...tak pasal sakit jantung aku....dah la bapok tu berkemban bagai...siap dengan to ...
Lulz Post at 26-4-2011 16:51


very the girlie one....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 09:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by Alxeydiena3699 at 27-4-2011 09:26

aku pun ade pengalaman kt opis lame..

time tu aku br start keje kt situ. temptnye mmg ujung dunia..tepi opis aku tu utan. mase aku br start keje, mcm2 cite seram aku dgr..mmg tempat tu keras la..
then, ade satu ari tu aku ngan member aku blk lmbt, aku temankn dia siapkn keje. sambil dia siapkn keje, aku main2 mesin taip lame..tetibe de bunyi loceng...keting..aku dh cuak . aku pandang dpn, aku tgk kt kaunter xde sape2 yg dtg..dh nk kul 7 mlm dh..lgpun pintu dpn dh tutup..aku ckp dlm ati, sape plak yg bunyikn loceng. ..nk sedapkn ati, aku wat xtau je la, maybe aku tslh dgr..
pastu aku sambung main lg mesin taip tu..berbunyik lg..keting..alamak, aku bertmbh2 cuak..compem aku xslh dgr td..mmg de org bunyik kn loceng..siyes aku takut gile time tu..
pastu aku terus ajak member aku blk..dia tnye nape lak tetibe nk blk. keje lum siap..aku cite la kt dia dari A smpai Z. tetiba dia gelak..aku angin gile..aku dh la tgh seram..dia leh gelakn aku lak..aku tnye dia nape..dia kate... tu bunyi mesin taip..malu i seyhh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-4-2011 10:43 AM | Show all posts
Ni ada lagi satu... zad baca dalam blog... n copy paste nak share dengan semua...


Beberapa tahun yang lampau ketika highway karak belum siap sepenuhnya kawan bertolak dari Kuala Lumpur jam 12 malam. Keadaan hujan yang renyai-renyai memperlahankan pergerakkan kami. Kenderaan sangat kurang atau lebih indah di sebut tersangat kurang di atas jalan raya membuatkan sesekali terasa seperti ingin sahaja melepaskan jurus cakar helang gila berparuh kuning ke leher dua orang sahabat yang bersedap-sedapan tidur berselimut jeket tebal .
Group yang sepatutnya konvoi bersama kami awal-awal lagi sudah bertolak.. walau pun sudah lebih lapan kali di beritau bahawa gate tnb untuk ke jeti hanya di bukak pada jam lapan pagi. Tapi nampaknya masing-masing sudah di rasuk aura sebarau . Al maklum sahaja musim tengkujuh.Berpusu-pusu orang turun ke Tasik Kenyir. Gewang bagaikan bergetar sesama sendiri di dalam tool box seolah-olah tidak sabar ingin mengelepet sebarau. Apa tah lagi tuan empunyanya...sudah masuk ke tahap parkinson menahan ketar.
hampir tiga jam perjalanan merentasi lebuhraya karak dan mencilok ke felda bukit goh yang di dakwa sebagai jalan pintas yang paling dekat ternyata amat menyeksakan akibat kabus tebal yang terbentuk selepas hujan lebat.
Sebenarnya ketika itu agenda seekers sudah mula berlaku cuma kawan terlewat menyedarinya. Sudah beberapa kali sejak tadi kawan memotong sebuah jeep felcra bewarna kuning oren yang berjalan perlahan dengan hazzel light nya yang sentiasa berkelip-kelipan sepanjang perjalanan. Kerana kelajuan nya yang agak sentimental membuatkan kawan tidak betah mengekorinya dari belakang. Tambahan lampu signal yang menyilaukan mata membuatkan pemanduan menjadi huru hara. Berdasarkan hujjah-hujjah di ataslah maka kawan dengan kadar segera terus memotongnya.Namun setiap kali itu juga jeep yang sama akan berada di hadapan. Kawan potong lagi...selang beberapa minit kemudian tiba-tiba dia sudah berada di hadapan. Kawan mula rasa tak sedap hati dan terus mengejutkan kedua-dua sahabat yang sedang tidur. Dalam keadaan terpisat-pisat mereka cuba memahamkan sebab-sebab yang munasabah kawan mengganggu mimpi-mimpi indah mereka. Tetapi mungkin suara kawan yang antara kedengaran dengan tidak bercampur sedikit ketaran kesaspenan membuatkan kedua-dua mangkuk tersebut gagal memahami dan tidak dapat menangkap mesej yang tersirat. Tetapi bagi kawan itu semua tidak penting. Apa yang lebih utama kawan tidak keseorangan memandu dan keberanian semakin bertambah. Biasa la kan..bila ramai-ramai berani la. Tapi kalau ramai pun..semua tido tak guna jugak. Macam memandu sorang-sorang jugak la suasana nya.
Selang beberapa minit jeep kuning oren tersebut muncul lagi di hadapan kereta kami...kawan memotong tanpa mengira selekoh rothman atau selekoh `s` dan tidak sampai tiga selekoh jeep tersebut sudah berada di hadapan semula. Kawan cukup yakin pada sebarang masa dan sebarang tempat membuat akuan bersumpah ini dengan menyatakan bahawa tidak sekali pun jeep itu memotong kawan samada di dalam sedar mau pun tidak sedar. Lebih meyakinkan lagi dakwaan kawan apabila kedua-dua sahabat serentak bertanya` Bukan kita dah potong ke jeep ni tadi?`
Suasana dalam kereta tiba-tiba bertukar macam kenduri doa tahlil.Masing-masing membaca ayat-ayat juzu` ammar apa yang masih di ingat dan hapal. Kawan menguatkan semangat untuk menghadapi apa jua kemungkinan. Sudah terbayang-bayang dalam otak kawan apabila memotong jeep itu nanti drivernya menoleh dangan bijik mata sebijik terjuntai dan gigi berceracak sampai ke pangkal telinga.
Kawan menekan pedal dan terus memotong tapi tengok straight ke depan jer pasal tidak sanggup membayangkan kalau-kalau apa yang kawan bayangkan tadi akan menjadi real.
Begitu juga kedua-dua sahabat kawan...dari baca juzu` ammar sudah masuk ke tahap berzikir macam ahli-ahli sufi di pakistan.
Memang dugaan kali ini amat hebat. Hanya satu selekoh sahaja selepas kawan memotongnya jeep itu sudah pun berada di hadapan semula. Kawan mengambil tindakkan nekad memotong semula dan memecut selaju yang boleh cuba meninggalkan jeep tersebut dalam jarak yang selesa.

Selang beberapa minit kawan yang duduk di seat belakang mencadangkan `Apa kata kita berenti kat petronas`
Tanpa menunggu persetujuan dari yang lain kawan terus saja membelok masuk ke setesen petronas selepas Cheneh.
Selesai mengisi minyak kami berhenti di jalan susur keluar menunggu lori lalu. Itu semua hasil muafakat bersama maka timbullah idea tunggu lori..dan ikut je belakang lori tu..jadi ada la kawan sepanjang jalan nanti.
Selang 10-15 minit kemudian dari jauh kelihatan lampu kenderaan menuju arah ke pantai timur. Kawan bersedia untuk terus mencilok dan mengekori sebarang kenderaan yang bakal lalu itu nanti.
`Cilakooooo...Ptuihh` Tiba-tiba member yang duduk di sebelah kawan menyumpah .
`Hantu punyo 4x4`Menyumpah pulak kawan yang lagi sorang.
Di hadapan kami berderet-deret konvoi jeep felcra kaler kuning oren dengan hazard lightnya berkelip-kelipan dan berjalan perlahan menghampiri stesen petronas.

(Kisah ini adalah kisah benar dan sehingga hari ini kadang-kadang kami masih sakit perut ketawa apabila mengungkit kembali sejarah ini)


Zad baca nih kat sini......

http://daq8727.blogspot.com/2009/01/cerita-seram-lagi.html
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 10:53 AM | Show all posts
aduiiii.............. sakit perut aku wei....
demo tak tgk no plat ke...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2011 11:03 AM | Show all posts
AKAKAKAK..... so sallu yg konon jumpa kereta yg sama... ntah2 kes serupo yo tak? ekekeekek kita ni kdg takut tak bertempat kan.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2011 12:06 PM | Show all posts
Reply 376# eica
bila eia cerita pasal meracau nih... zad teringat 2 peristiwa...
Yang pertama... sepupu zad tidur kat rumah... dia dengan adik layan tengok dvd sampai tengah malam... adik lelaki zad cakap kat sepupu zad dia nak masuk tidur... tinggal la dia sorang kat ruang tamu...layan dvd... tengah-tengah tengok.. dia lari kat zad... masa tu zad dekat dapur tengah minum air... (zad tak tidur lagi sebab esok zad ada exam..) dengan terketar2 dia cakap dia dengar ada orang bercakap.. kuat pulak tu... hilang abih macho-macho dia tu... disebabkan ketakutan... Zad cakap kat rumah nih InsyaAllah tak ada apa-apa... Zad pun pergilah kat depan... ceh... konon-konon berani la... padahal.. dalam dada dah nak meletup... sebab takut jugak la...

Bila dah kat ruang tamu... baru dengar suara yang dia cakap tu... rupanya adik zad yang bercakap... adik zad dia tak masuk bilik rupanya... tapi disebabkan mamai... boleh dia lepak belakang sofa...mau tak takut sepupu zad tu..... kitaorang dah biasa dengan adik zad nih dia suka mengigau... kadang-kadang kalau boring sangat boleh buat teman sembang malam-malam.. bila dia bangun esoknya... sah tak ingat....


Yang kedua pulak.. mak dengan abah zad... mak dengan abah tengok cerita hantu malam tu... dua-dua layan best aja... kalau tak salah cerita Perkuburan Syaitan kot... zad tengok jugak tapi terlelap atas sofa... Mak zad punyalah khusyuk tengok... sampaikan ada scene nih dia terkejut... bila hantu tu pengang bahu hero... punyalah dia terkejut.... Tak lama lepas tu... tengah-tengah sedap dia tengok... dia termenjerit sebab ada tangan jatuh betul-betul atas bahu dia... punyalah dia menggigil... bila dia tengok...bila zad garakkan tangan.. memang kena bahu dia... last-last zad kena pukul dengan bantal sebab mak terkejut... zad yang tak tahu apa-apa heran la... tapi disebabkan mengantuk.. zad sambung tidur... esok tu baru tau cerita sebenar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2011 12:08 PM | Show all posts
Reply 377# auntymelly
aunty.. kalau kes mendayu nih memang la seram...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2011 12:11 PM | Show all posts
Reply 386# Alxeydiena3699

kalau dah takut... bunyi apa pun memang menyeramkan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2011 12:12 PM | Show all posts
Reply 378# Nicki_Meow
kakak jiran tu dah jadi guard kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2011 12:17 PM | Show all posts
Reply 388# nagaijau

tak tau la pulak tu... tak perasan la kot..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 12:20 PM | Show all posts
Reply  nagaijau

tak tau la pulak tu... tak perasan la kot..
zadzamusa Post at 27-4-2011 12:17


kikikikiki........................mcm naga nih mmg jenis suka tgk plat no....

tp mmg lawok la cerita tuh...
kemain berzikir bagai...........
last skali.... konvoi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2011 12:20 PM | Show all posts
Reply 389# want2bhappy
tu lah kena berprasangka baik la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2011 12:21 PM | Show all posts
Reply 396# nagaijau
boleh guna nih... kalau takut tu tengok nombor plat.... tak la takut tak tentu pasal ye...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 12:49 PM | Show all posts
Reply 25# mimi77


    aku pun penah gak..dlm keta otw blk kg...
aku ni dah syak kan alien ker...? ckp kt asben dea relax jek..senyum2 lgik...aku lg la sapen... pastu dia ckp itu lampu la kt bandar tepi sungai derang pasang... malu aku...
hahahah.. ni bahana salu baca citer antu la alien la kt mps...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 12:55 PM | Show all posts
aku pon ada stori gak..tp bukan aku la..kawan aku..alkisahnya,quarters kami ni sebelah ngan pokok2 getah...budak2 nk g ngaji kena lalu depan umah membe aku..kebetulan memang kt laluan tu gelap...nk d jadikan cerita,masa budak2 lalu depan umah membe aku sebab nk g ngaji,membe aku ni ada kt luar umah dia tgh dok menyikat rambut dia yg panjang mengurai tu...dia tundukkan pala dia,so rambut dia tutup la pala dia tu (paham x??)...tgh dok syok menyikat rambut tu,tiba2 dia dgr budak2 menjerit "hantuuuuuuuuuu"...hahahahahahaa,sabo je la kawan aku nih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2011 01:09 PM | Show all posts
Reply 398# rockyj
penangan alien tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.494006 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list