View: 10421|Reply: 94
|
[Tempatan]
Terima Kasih Kerana Menjadi Isteri Yang Ikhlas..
[Copy link]
|
|
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat.
KOTA TINGGI - Seorang lelaki ditemui tidak bernyawa dalam keadaan lehernya terjerut di kediamannya di sebuah tanah rancangan Felda di sini, pagi semalam.
Mangsa, 37, dijumpai oleh anak bongsunya kira-kira jam 9 pagi sebelum bertindak mengejutkan ibunya yang sedang tidur bersama abang dan kakaknya.
Turut dijumpai sehelai nota dipercayai ditulis oleh mangsa serta sebungkus nasi goreng ayam yang untuk isterinya.
Nota berkenaan berbunyi...“Awak sentiasa tahu Y** tak akan makan sebelum awak makan. Terima kasih sudi menjadi isteri Y** yang ikhlas.. Cuma awak dan awak hingga akhir. Demi Allah, suamimu yang malang. Y**terlalu rindukan emak! Assalamualaikum..
Isteri mangsa, 38, berkata, sejak kebelakangan ini, suaminya sering merungut tentang masalah peribadi yang dihadapinya.
"Kadang kala dia turut menggunakan senjata tajam untuk mengugut mencederakan dirinya. Saya juga ada menegurnya agar jangan terlampau tertekan dengan masalah-masalahnya itu,” katanya.
Menurutnya lagi, berlaku pertengkaran antara dia dan mangsa pada awal pagi sebelum kejadian dan mangsa juga cuba mengugut untuk mengelar lehernya sendiri menggunakan pisau.
“Saya cuba hubungi polis tetapi telefon bimbit saya dirampas oleh suami. Saya mahu keluar namun pintu rumah di bahagian depan dan belakang telah dikunci suami.
“Saya yang keletihan kerana berniaga dari lewat petang terus masuk tidur. Namun pagi ini saya dikejutkan dengan kejadian ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Rahmat Othman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.
"Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikenal pasti. Siasatan awal juga tidak menemui sebarang kecederaan fizikal kecuali di leher akibat tergantung," katanya.
[url=]http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/jumpa-mayat-ayah-tergantung-1.372811
p/s:sedih la pulak baca berita ni..
[/url]
|
|
|
|
|
|
|
|
somi jenis sensitip ni..sikap yg extremely -/+ is not good. |
|
|
|
|
|
|
|
suaminya sering merungut tentang masalah peribadi yang dihadapinya. Saya juga ada menegurnya agar jangan terlampau tertekan dengan masalah-masalahnya itu
masalah pribadi lelaki ..
mungkin kah dah tak boleh
rasa bersalah sebab isteri masih setia
rasa ego tak boleh terima kenyataan
mungkin ...
apa2 pun
tak kira lah apa yang berlaku
arwah sekurang2 nya bukan lelaki dayus yang akan mendera dan membunuh isteri d sebabkan ego sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
apa mslh2nya tu
xkan ed kot?
sian plak
tp nape la smpi hati nk buat mcm tu
sian anak bini |
|
|
|
|
|
|
|
Apa2 pon takziah lah... |
|
|
|
|
|
|
|
depress sampai tahap ni..
masalah kalau asyik di fikir mmg boleh buat otak jd gila..
kena pndai kawal perasaan & pujuk hati sendiri.
kena ingat semua yg berlaku atas izin Allah..
kena banding diri dgn org lain yg lebih susah
kalau banding kan dgn org yg hidup senang..mmg semakin tertekan laaa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bini penat berniaga siang malam.
Dia duk stress gaduh membebel masalah kat bini.
Setiap masalah ada solutionnya. Cuma perlu bertabah utk hadapi nya.
|
|
|
|
|
|
|
|
urm, kenapa bunuh diri yg dipilih. |
|
|
|
|
|
|
|
trend org islam bunuh diri menjadi2 lak kt negara nih....... |
|
|
|
|
|
|
|
whyyyy commit suicide?? ya Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
tp pendeknya akal klau bunuh diri....
|
|
|
|
|
|
|
|
owh... so sweeet
Turut dijumpai sehelai nota dipercayai ditulis oleh mangsa serta sebungkus nasi goreng ayam yang untuk isterinya.
ingat lg nk bg bini makan sebelum tu... sian abg tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus laa tu..ko pikir pasal diri ko je..anak tiga org yg jd tanggungjwb tu..serah kat isteri utk setel... |
|
|
|
|
|
|
|
bkan..bipolar bole jdi mcm2.
sikap - tu jenis org yg sikit2 sedih..merajuk..sgt sensitif lagi2 yg suka simpan dlm.
sikap + plak jenis nak lebih dri smua espek..susah menerima kekalahan dan terlalu memaksa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki yang membunuh diri ni, rasanya is suffering from schizophrenia.
Sepatotnya, dia diberi bantuan dengan membawanya ke spital mental.
Schizophrenia ni biasanya samada mencederakan diri sendiri atau
mencederakan orang kelilingnya............... |
|
|
|
|
|
|
|
tertekan sanagat. Kesain anak bini. |
|
|
|
|
|
|
|
surat die tu, iols x paham membacanye.. siap tulis Bersumpah demi Allah bagai, pastu bunuh diri? aduhaiii laaa... |
|
|
|
|
|
|
| |
|