CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

[Copy link]
 Author| Post time 14-11-2014 10:01 AM | Show all posts
Kisah 3 - Cik Ton yang Angker

Aku rasa, inilah kejadian yg paling akan aku ingat sampai bila-bila pun. Mana taknya, aku sendiri yg kena sampai demam panas.

Hujung minggu, aku balik rumah. Sampai rumah petang tu, Mama terkocoh-kocoh ajak aku balik kampung. Dah apahal pulak tetiba nak balik kampung ni? Kata Mama, ada hal penting. Mama ajak aku, Ateh dengan Acu ikut balik sebab yg lain dah ada program. Oklah, aku pun ikut je lah. Dalam perjalanan balik kampung tu, aku tanya Mama, apa yg penting sangat nak balik kampung jugak-jugak. Opah sakit ke?

Mama: Emm... ada orang yg lama menghilang dah balik.
Aku: Hah? Siapa pulak?
Mama: Cik Ton...

Aku tak pernah lagi dengar nama Cik Ton ni terbit dari mulut Mama ke, Opah ke, atau siapa-siapalah di kalangan ahli keluarga belah Mama ni. Sah-sahla aku jadi curious nak tau siapa Cik Ton ni dan apa kena-mengena dia dengan family Mama. Lalu Mama pun bukalah cerita...

Cik Ton ialah adik tiri kepada Opah, ayah lain, mak pun lain. Masa zaman muda belia dulu, Cik Ton ni memang sangat terkenal sebab cantik rupawan bak bidadari, kata orang kampung. Habis orang laki-laki satu kampung gilakan Cik Ton ni. Cantik Cik Ton ni, kata Mama, dah tahap kena pakai purdah dah. Orang lelaki naik basikal pun jatuh bendang kalau tengok Cik Ton dok jalan lenggang-lenggok kat tengah jalan. Memang cun melecun terbaik the bomb lah, pendek katanya. Tapi dalam ramai-ramai orang lelaki kat kampung tu, ada 2 orang je yg tak terkesan dengan kecantikan Cik Ton ni. Mereka ialah arwah Tok Wan aku sendiri dan seorang lagi lelaki yg bernama Karim. Karim ni dah kahwin, ada 4 orang anak. Isteri Karim ni pun boleh tahan cantik orangnya. Karim pulak jenis orang yg baik tingkah laku, rajin beramal dan sebagainya. Dia baik dengan Tok Wan aku.

Nak dijadikan cerita, yg tak berkenan kat dia tu lah, yang Cik Ton berkenan sangat-sangat. Hari-hari dok berlenggang-lenggok depan rumah Si Karim. Sampai dihalau Karim berulang-kali pun, Cik Ton tak serik. Dimarahi Opah setiap hari pun, Cik Ton buat tak reti aje. Dia pakai kebaya ketat-ketat sampai terbonjol sana sini, dia pergi ke rumah Karim, mendayu-dayu suara memanggil Karim. Habis sekampung mengata keluarga Opah. Cik Ton digelar betina garit. Punyalah ramai bujang dan bujang lapok dalam kampung, kat Karim yg sudah beristeri jugak dia nak.

Sampailah Karim sendiri mengadu pada Tok Wan. Dia dah tak tahan dengan gangguan Cik Ton. Kata Karim, Cik Ton siap bersemuka dengan isterinya Karim. Menurut kata isteri Karim, Cik Ton bukanlah nak sangat kat Karim tu, tapi dia rasa tercabar sebab Karim tak heran langsung dengan muka cantik dia. Dia kata kalau tak dapat cara terang, dia akan buat cara 'halus' sampai Karim sukakan dia, sampai Karim cium tapak kaki dia. Tok Wan pun jadi beranglah. Malamnya, Tok Wan mengamuk pada Cik Ton. Kata Mama, bergegar jugakla rumah kampung tu dengan tempikan Tok Wan. Cik Ton pun berkeras tak mahu mengalah. Tak takut langsung dia dengan Tok Wan. Sampailah satu ketika, Tok Wan kata "Kamu jangan sampai aku buka topeng kamu tu, biar satu kampung dapat tengok cantik ke tak cantik kamu tu!" Bila Tok Wan kata gitu, baru Cik Ton terdiam.

Esoknya, gegar satu kampung bila orang dapat tahu Cik Ton menghilangkan diri dari kampung. Ada orang kampung yg nampak Cik Ton masuk dalam hutan di hujung kampung. Ada yg kata Cik Ton bawa diri ke bandar sebab dimarahi Tok Wan. Ada yg kata Cik Ton terjun sungai. Macam-macamlah cerita. Tok Wan dan Opah diam saja dengar cerita orang. Sebabnya diorang pun tahu, tengah malam tu, Cik Ton keluar rumah sehelai sepinggang tanpa tinggal pesan. Opah sendiri nampak Cik Ton keluar ikut tingkap biliknya. Tok Wan kata biarkan aja.

Seminggu selepas kehilangan Cik Ton, isteri Karim datang ke rumah Opah, menangis-nangis. Katanya, Karim dah macam orang gila, asyik menyebut-nyebut nama Cik Ton siang dan malam. Kejap dia menangis memanggil nama Cik Ton, kejap dia nak terjun ke tanah, Cik Ton panggil kata Karim. Sampaikan abang ipar Karim terpaksa ikat Karim pada tiang rumah sebab dia meronta-ronta nak pergi jumpa Cik Ton. Makan minum Karim tak terurus. Dah betul-betul macam orang angau. Jadi lekas-lekaslah Tok Wan dan Opah pergi melawat Karim.

=============

Ada kerja sikit. Sekejap lagi sambung ye...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2014 10:19 AM | Show all posts
cik.nana posted on 12-11-2014 06:25 PM
Ok sambung...

======================

saya baru jumpa benang awak ni...hehehe

budak2 ni mmg boleh nmpak kn??

ank sy smp skrg dia blh nmpk bnda2 mcam tu...huhuhu

tgh dia dok main sorg2 nt dia berdiri kt pintu bilik tdo dia panggil2 sape ntah dtg kt dia...sambil tangan dia bt gaya memanggil orang...

adehhhh terus sy angkat anak & tutup pintu bilik...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
aKudaRikayanGan posted on 14-11-2014 10:19 AM
saya baru jumpa benang awak ni...hehehe

budak2 ni mmg boleh nmpak kn??

Dulu lepas sy nampak benda2 halus ni waktu umur 5 tahun, mak sy selalu baca2 doa (tak pasti doa apa) mak sy tiup2 pd ubun2 3 kali.. Baca doa sekali tiup, baca lagi tiup..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 11:18 AM | Show all posts
cik.nana posted on 14-11-2014 10:01 AM
Kisah 3 - Cik Ton yang Angker

Aku rasa, inilah kejadian yg paling akan aku ingat sampai bila-bila ...

cepat la sambung TT x sabar nak baca citer selanjutnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 11:45 AM | Show all posts
aKudaRikayanGan posted on 14-11-2014 10:19 AM
saya baru jumpa benang awak ni...hehehe

budak2 ni mmg boleh nmpak kn??

Kata orang, macam tu la. Tapi yg jadi takutnya, kita yg dah dewasa ni kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 11:45 AM | Show all posts
mai-shi posted on 14-11-2014 10:26 AM
Dulu lepas sy nampak benda2 halus ni waktu umur 5 tahun, mak sy selalu baca2 doa (tak pasti doa ap ...

Sekarang ada nampak lagi tak?

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-11-2014 11:46 AM | Show all posts
idadzira posted on 14-11-2014 11:18 AM
cepat la sambung TT x sabar nak baca citer selanjutnya

Sat nooo... Ada kerja sikit, tak dapat nak fokus menaip.

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 12:12 PM | Show all posts
cik.nana posted on 14-11-2014 10:01 AM
Kisah 3 - Cik Ton yang Angker

Aku rasa, inilah kejadian yg paling akan aku ingat sampai bila-bila ...

TT jangan tunggu lama2 smbg cerita nooo...cheq tak sabaq nak baca kisah cik ton tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2014 12:12 PM | Show all posts
Sampailah satu ketika, Tok Wan kata "Kamu jangan sampai aku buka topeng kamu tu, biar satu kampung dapat tengok cantik ke tak cantik kamu tu!" Bila Tok Wan kata gitu, baru Cik Ton terdiam.


apa maksud nk buka topeng cik ton? cik ton ni pakai susuk ka? or penanggal?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 12:43 PM | Show all posts
best citer tt..cepat sket sambung eh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 12:53 PM | Show all posts
cik.nana oiiii
apa yang awak da buat ni?


saya dah terlajak katagih cerita awak ni
cepat la sambung ye
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 01:46 PM | Show all posts
mai-shi posted on 14-11-2014 10:26 AM
Dulu lepas sy nampak benda2 halus ni waktu umur 5 tahun, mak sy selalu baca2 doa (tak pasti doa ap ...

kalau dia ttba menagis tak tentu sebab atau masa nak kuar rumah saya akan baca ayat qursi dan tiup kat ubun2 dia...

kemudian tawakal kat Allah semoga Allah jaga anak saya dari gangguan yang tak baik...



Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 01:47 PM | Show all posts
cik.nana posted on 14-11-2014 11:45 AM
Kata orang, macam tu la. Tapi yg jadi takutnya, kita yg dah dewasa ni kan.

tu la...kta ni la yang jdi seram tak pasal2...

mula2 asben yang perasan anak buat macam tu...

bila jadi betul2 depan mata saya terus meremang bulu roma ni...

asben rilex je...sabar je la...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 01:48 PM | Show all posts
hehehehehe TT cepat2 siapkan keje yer...

ramai yang tak sabar nak tahu cter selanjutnya...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 02:14 PM | Show all posts
Okay. Menarik. Teruskan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
cik.nana posted on 14-11-2014 11:45 AM
Sekarang ada nampak lagi tak?

Alhamdulillah tak pernah nampak dah.. Family pun tak ada yg bercerita pasal gangguan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2014 02:39 PM | Show all posts
lil_sparky posted on 14-11-2014 12:12 PM
Sampailah satu ketika, Tok Wan kata "Kamu jangan sampai aku buka topeng kamu tu, biar satu kampung d ...

rasa2 abang rusdi. mungkin susuk la kot ni.
takkan la kak ton tu pakai topeng brandi amok plak kot.
TT. ni kisah jadi tahun bila?

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangat best akak baca ko punye citer dik...
Pastu korang adik beradik nmpk cam sweet jer...hihi (ni dr citer acik kene histeria tu)

Sila sambung lagi citer citer yg best
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 03:49 PM | Show all posts
aKudaRikayanGan posted on 14-11-2014 10:19 AM
saya baru jumpa benang awak ni...hehehe

budak2 ni mmg boleh nmpak kn??

Sama mcm anak saya masa umurnya 2-3 tahun dulu. Masuk je bilik bila nak tido dia pandang satu penjuru bilik sambil tutup muka.
Bila ditanya ada apa, dia jwp ada momok kat situ. Bulu roma mmg naik tak tentu arah dah pastu . Baca surah2 yg patut utk lindung dia & hembus kat ubun2 dia.

Esoknya bila dah siang saya tanya Nampak apa? Dia ckp ada momok mata merah, muka hitam kat situ. Mmg tiap2 malam dia masuk bilik sambil tutup muka. Mujur duduk rumah tu tak lama, 2 tahun je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 03:53 PM | Show all posts
Orait, mari sambung kisah Cik Ton. Oh ya, umur Mama dalam 10 tahun masa ni, jadi Mama kata dia ingat-ingat lupa apa yg jadi.

=================

Sampai kat rumah Karim, kelihatan Karim terduduk di tiang seri rumah dengan tubuhnya diikat. Serabut sangat mukanya. Mulutnya tak habis-habis dok menyebut "Cik Ton... Cik Ton..." Tok Wan dan Opah datang pun tak dihiraukannya. Sampailah Tok Wan pergi duduk bersila di hadapan Karim. Tiba-tiba Karim jadi marah. Dia kata Tok Wan punya pasallah Cik Ton lari dari kampung ni, dia maki-mak Tok Wan, dia ludah muka Tok Wan. Tok Wan tepuk lantai sekali, terus terdiam dia. Tak semena-mena, Karim menangis sambil terus memanggil-manggil Cik Ton.

Kemudian Mama nampak Tok Wan baca-baca sesuatu, lalu dihembus ke muka Karim. Menggelupur Karim lepas dihembus, macam orang disimbah air panas. Kemudian, Tok Wan arahkan Opah balik bawak Mama sekali. Kata Tok Wan, tutup dan kunci semua tingkap dan pintu. Jangan dibuka selagi bukan Tok Wan yg bagi salam sebanyak 3 kali. Cepat-cepat Opah bawa Mama balik dan ikut kata Tok Wan supaya ditutup semua tingkap dan pintu. Anak-anak yg lain semuanya dipanggil balik. Dudukla Opah dan Mama 3 beradik dalam rumah. Mama ketakutan masa tu, tapi dipesan Opah pada anak-anaknya "Jangan takut benda lain, takut Allah saja." Opah suruh berzikir.

Sementara menunggu Tok Wan balik, macam-macam terjadi di rumah. Ada sekali, rumah Opah bergegar macam ada gempa bumi. Kemudian ada bunyi seolah ada benda jatuh bedebuk atas bumbung rumah, bunyi pintu depan seolah-olah dilanggar orang berkali-kali, daun tingkap bergoyang macam nak dibuka dari luar. Macam-macamlah, kata Mama. Sampai berpelukan Mama 3 beradik sebab ketakutan. Hampir tengah malam, baru gangguan berhenti. Mama tak tahu bila masa Tok Wan balik sebab Mama dah tertidur sebelum Tok Wan balik.

Pagi tu, Tok Wan pergi lagi ke rumah Karim. Kali ni Tok Wan pergi seorang diri. Sebelum Zohor, Tok Wan dah balik. Mama dengar Tok Wan kata pada Opah, Karim dah pulih. Dah berhenti menyebut-nyebut nama Cik Ton. "Alhamdulillah..." kata Opah. Dua tiga hari lepas tu, Karim datang ke rumah bersama isteri dan anak-anaknya. Mama duduk menempel di sebelah Opah, mendengar cerita Karim.

Kata Karim, masa seminggu selepas Cik Ton hilang tu, dia nak tutup tingkap sebab dah nak Maghrib. Masa dia nak tutup tingkap tu dia nampak Cik Ton berdiri di tangga rumahnya sambil mendayu-dayu suaranya memanggil Karim, "Abang Kariiimmm... Abang Kariiimmm..." Walaupun isterinya berada di ruang depan dengan dia, isteria dia tak nampak atau dengar pulak Cik Ton. Karim nak halau Cik Ton sekali lagi, tapi entah kenapa mulut dia terkunci. Dia tengok saja Cik Ton berdiri di tangga rumahnya. Cik Ton senyum pada Karim. Karim jadi terpesona. Azan Maghrib berkumandang, Cik Ton pun ghaib dari pandangan Karim. Karim berlari ke pintu rumahnya sambil memanggil nama Cik Ton.

Bermula dari masa itulah, Karim jadi tak senang duduk. Bila pejam mata, nampak wajah Cik Ton tersenyum padanya. Bila buka mata, terngiang-ngiang suara Cik Ton memanggil namanya. Masa tu jadilah makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena pada Karim. Setiap saat dia teringatkan Cik Ton. Sekali tu, dia nampak Cik Ton lagi di belakang rumahnya yg semak samun. Cik Ton memanggil-manggil Karim. Karim seperti ditarik-tarik untuk mengikut Cik Ton. Tapi sempat ditahan abang iparnya. Tu yg dia kena ikat kat tiang rumah tu. Sebab nak ikut Cik Ton. Dia tak ingat apa dah masa tu. Otak, hati dan jiwa semua penuh dengan Cik Ton je.

Tok Wan kata Karim kena sihir, macam kena ilmu pengasih. Tok Wan tak kata siapa yg punya angkara, tapi semua orang pun tahu masa tu. Lepas pada tu, alhamdulillah, tak ada apa yg jadi. Menurut Mama, adalah dalam 40 tahun Cik Ton hilang. Mak aih, lama tu!

Aku: Dah ni, apa kes tiba-tiba muncul semula?
Mama: Tak tahulah. Opah kata pagi semalam masa Opah buka pintu, Cik Ton dok tidur atas beranda. Terkejut ler Opah. Yela, 40 tahun menghilang, tetiba dah balik.
Aku: Dah Opah tanya tak dia pergi mana apa semua?
Mama: Opah tak tanya apa-apa lagi. Ni yg Opah panggil semua balik ni.
Aku: Eiii... Opah takut ehhhh.

Mama diam je. Bila kami sampai rumah Opah malam tu, Pak Ngah, Pak Teh, Pak Uda dengan Mak Su dah ada dengan family masing-masing. Riuh-rendah macam Raya aje ropanya. Aku naik rumah Opah, salam dengan semua orang. Aku cari-cari la wajah yg aku tak pernah kenal tu. Aku teruja nak tengok macam mana cantik rupawannya nenek sedara aku ni. Biarlah dah dah tua kerepot pun, mesti ada saki baki cun dia tu. Tapi aku tak nampak pulak muka yg aku tak kenal.

Mama: Dah mananya?
Opah: Ada... dalam bilik lama dia. Tidur.

Oh, patutlah tak nampak. Rumah Opah waktu ni ada 6 bilik semuanya. Rumah kampung 2 tingkat. Tingkat bawah tu dapur dengan bilik air. Malam tu memang aku tak dapat jumpa langsung dengan Cik Ton ni. Mama kata, walaupun Cik Ton tu pangkat nenek pada aku, jangan panggil dia Mak Ton ke Nek Ton ke Opah Ton ke. Panggil Cik Ton jugak. Pernah Pak Uda kena tampar dengan Cik Ton dulu-dulu sebab panggil dia Mak Ton. Kemain garang lagi Cik Ton ni.

Esok pagi pun aku tak nampak-nampak lagi Cik Ton. Aku punya curiousity dah memuncak dah ni. Sambil makan lempeng kelapa yg Opah buat, sambil mata aku dok melilau cari kelibat Cik Ton. Dah habis makan pagi pun dia tak keluar-keluar lagi. Aku hampa. Mama pulak ajak pi Tesco pulak beli barang. Masa kat Tesco tu, Mama belilah ayam panggang black pepper Tesco tu dua ekor. Satu nak bagi kat rumah Pak Teh katanya sebab family Pak Uda tidur rumah Pak Teh yg tak jauh dari rumah Opah.

Balik dari Tesco pun, Cik Ton tak keluar lagi dari bilik dia. Masa balik dari Tesco tu, ada Pak Ngah dok tengok TV. Bila tanya yg lain mana, Pak Ngah kata semua kat rumah Pak Teh, ada benda nak bincang. Tunggu Mama balik je. Sambil tu Pak Ngah jeling ke arah bilik Cik Ton, bagi isyarat nak bincang pasal Cik Ton la tu. Aku, Ateh dengan Acu angkat barang-barang semua letak atas meja kat dapur. Lepas tu keluar semula nak ke rumah Pak Teh pulak. Masuk-masuk dalam kereta, Mama tanya,

Mama: Ayam mana?
Aku: Hah? Alaaa... tertinggal kat dapur.
Mama: Pergi ambik. Gi, gi. Kan nak bagi Pak Teh sekor.
Aku: Alaaa... nanti-nantila. Suruh Acu gi ambik.
Acu: Ah pemalas! Pergi sendiri.

Kurang asam punya adik. Sebenarnya, masa tu aku rasa agak takutla nak naik rumah sorang-sorang dengan Cik Ton sorang je atas tu. Tapi nak tak nak, aku naik jugak. Tapi aku paksa Ateh ikut aku. Ateh pun takut jugak rupanya. Berkepit kami dua jalan menuju ke dapur. Sampai tangga nak turun ke dapur tu, aku dengan Ateh terhenti. Nun kat tepi meja makan, ada orang dok ratah ayam panggang Tesco yg kami beli tadi sambil bertinggung. Orang tu membelakangkan kami berdua. Dia punya ratah tu, siap ada bunyi. Aku tak retila nak describe bunyi tu macam mana tapi mendengus-dengus pun ada. Macam bunyi anjing mengeram pun ada. Macam mana rupa dia? Tu macam nenek Pierre Andre dalam 'Jangan Pandang Belakang' tu masa dia makan nasik kat dapur tu, korang imagine la.

Gila kau. Berdiri habis bulu roma aku. Aku pandang muka Ateh. Pucat lesi dah. Aku dengan Ateh berundur setapak demi setapak ke belakang, diam-diam tak nak bagi ada bunyi. Tiba-tiba, orang tu berhenti meratah ayam panggang. Kami pun berhenti melangkah. Dup dap dup dap jantung aku. Tangan rasa sejuk gila dah masa ni. Tiba-tiba dia berpaling! Makkkkk! Lintang-pukang aku dengan Ateh berlari keluar. Tak pakai selipar dah aku masuk kereta.

Mama: Eh dah kenapa korang ni?
Aku: Jalan, Ma, jalan!
Ateh: Cepat, Mama, go go go go go!

Aku dengan Ateh dah macam orang tak tentu arah. Mujur Mama turutkan aje kata kitorang. Sampai rumah Pak Teh pun, tak habis lagi gelabah aku dengan Ateh.

Mama: Korang ni dah kenapa?
Ateh: Ada nenek ratah ayam panggang kat dapur, Ma.
Aku: A'ah, Ma. Bunyi dia menakutkan sangat. Macam bunyi binatang.
Ateh: Lepas tu kan, dia pandang kitorang. Dia senyum menyeringai nampak gigi tajam-tajam!

Itu yg aku dengan Ateh lari macam tak cukup tanah tu. Gila nak tunggu lama-lama kat situ? Sampai sekarang kalau ingat menyeringai tu, rasa seram sejuk je. Ngeri gila!

================

Panjang sangat menaip dah ni. Tunggu nanti sambung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.095568 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list