CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ifanonline

[Tempatan] MAS akan buang 6,000 pekerja, pindah ibu pejabat ke KLIA

[Copy link]
Post time 29-8-2014 04:21 PM | Show all posts
ni la akibat bila khazanah jadi pemegang saham terbesar.. cer jual saham tu kat kompeni yg bijak pandai dan xde campur tangan politaik, mesti untung punya..

org bisnes nak untung, ko bisnes nak jaga kroni.. padan la rugi memanjang,..

CEO dah terbukti gagal pun nak simpan lagi setahun..

PANDIR tak abis2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 04:23 PM | Show all posts
rawahah posted on 29-8-2014 04:21 PM
ni la akibat bila khazanah jadi pemegang saham terbesar.. cer jual saham tu kat kompeni yg bijak pan ...

betul tu...saya setuju
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga tindakan ini dicucuri elah selayaknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:26 PM | Show all posts
kesian 6000 tu.. ape la nasibnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2014 04:27 PM | Show all posts
tapi secara logiknya, sebuah syarikat komersial tidak boleh ade staf sampaki 20k...MAS kena buat comparison dgn syaikrat hindu airasia...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tindakan yang sangat drastik namun kalau ianya difikirkan terbaik, maka kita harus terima hakikat tersebut.  Kepada pekerja MAS, jangan bersedih dan putus asa. Saya percaya dengan kebolehan anda semua dan pasti akan dapat pekerjaan yang bagus selepas ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2014 04:39 PM | Show all posts
sekarang ni dah zaman IT, semua urusan banyak guna  online and less paper.. so paham paham jer lah department mana yang paling ramai akan di VSS kan.

kena start balik buat macam airline baru bukak. banyak guna agent instead of lantik manager kesana kesini , kena support the whole family duduk kat oversea. Buat macam AAX, operation smooth jer aku tengok walau pun tak ada station manager sana sini. agent ni buat kerja lagi tip top, sebab kerja ikut kontrak, kalau banyak slack boleh terminate tukar lain.

traansportation for the crew pun belanja banyak duit. kalau crew agree guna transport sendiri dah boleh jimat ratus ribu sebulan. Tak perlu beli van, gaji driver, mentainance and svc semua tu.

Memang la ramai yang akan hilang pendapatan tapi dalam keadaan begini kena terima lah. Sebab itu kita kena sentiasa beringat bila kita dalam senang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:41 PM | Show all posts
good for mas too good to the nation. banyak sangat bail out duit cukai rakyat. resize man power is a common action to restructure broken company.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 04:43 PM | Show all posts
Tahukah anda mengapa terjadi semua musibah atas MAS akhir-akhir ini?

Ini karena kepanjangan nama MAS telah berubah menjadi  Melayu Airline System ... maka maklumilah jika  sekarang ini banyak masalah ...karena management MAS amat sangat bergantung kepada Tongkat Ali ...  
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 04:46 PM | Show all posts
Kittie posted on 29-8-2014 04:15 PM
Tahu takpe. Cabin crew ada 3000 jer. Byk yg pekerja ofis dok kat desk anyam ketupat.

mcm kampeni semi gomen gak.... telekom pon bnyk stok aym ketupat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2014 05:09 PM | Show all posts
kelana36 posted on 29-8-2014 04:39 PM
sekarang ni dah zaman IT, semua urusan banyak guna  online and less paper.. so paham paham jer lah d ...

sebab tu azman pindah HQ ke KLIA...semua staf MAS wajib pindah...jimat kos...tak perlu beroperasi di bandar2 besar...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2014 05:10 PM | Show all posts
MAS akan buang 6,000 pekerja, pindah ibu pejabat ke KLIA                                                                                                                                                        
Published: 29 August 2014
               
                                                                                                                                                                                                
Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Datuk Azman Hj Mokhtar berucap semasa sidang media di pejabatnya tentang pelan pemulihan MAS di KLCC, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 29 Ogos, 2014.

Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) akan mengurangkan 6,000 (30%) daripada 20,000 pekerja kepada 14,000 dan akan memindahkan ibu pejabat dan operasi utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di bawah pelan pemulihan syarikat itu, kata Khazanah Nasional Berhad.
        
Khazanah sebagai pemegang saham terbesarnya hari ini mengumumkan pengurangan pekerja besar-besaran dilakukan selepas MAS kerugian sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa.
        
Kerugian semakin bertambah selepas syarikat itu berdepan dua tragedi besar, kehilangan Penerbangan MH370 pada Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai.
                                                                        
Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar menggariskan 12 perkara bagi membolehkan MAS mencatatkan semula keuntungan dan memulihkan syarikat penerbangan negara itu.        

Antara 12 perkara yang disenaraikan dalam pelan penstrukturan semula MAS juga melibatkan rombakan menyeluruh MAS, yang akan membolehkan syarikat penerbangan itu mencapai keuntungan mampan dalam tempoh 3 tahun daripada penyahsenaraian daripada Bursa Malaysia, menjelang akhir 2017.
        
Azman berkata, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya akan terus berkhidmat setahun lagi sehingga Julai, 2015.
        
"Pelan ini, dilaksanakan lebih enam bulan, sebagai kewajipan Khazanah, yang kini menguasai 69.3% MAS, memiliki 100% syarikat penerbangan itu berikutan langkah membeli baki ekuiti daripada pemegang saham minoriti pada 27 sen sesaham yang dianggap sebagai munasabah dalam pasaran," katanya kepada pemberita pada satu taklimat di Kuala Lumpur hari ini.
        
Kabinet dan lembaga pengarah MAS sudah memberi kelulusan bagi rancangan itu yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah entiti yang lebih kukuh dan lebih cekap.
        
Selepas mengalami kerugian enam suku tahun berturut-turut sejak 2012, MAS tersentak pada 8 Mac apabila pesawat Boeing 777 MH370 hilang semasa dalam perjalanan ke Beijing tanpa sebarang tanda sehingga kini dan dikejutkan lagi apabila sebuah lagi pesawat B-777, MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
        
MAS mengalami kerugian sebanyak RM2 bilion daripada kedua-dua tragedi itu.

        
Semalam, MAS, yang digantung dagangan hari ini berikutan pengumuman pelan itu, melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM302.62 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2014, daripada kerugian sebanyak RM165.89 juta pada suku yang sama tahun lepas.
        
Saham itu terakhir diniagakan pada 25 sen semalam.
        
Azman berkata, kira-kira 6,000 kakitangan akan diberhentikan kerja mengikut pelan yang termasuk skim pemberhentian sukarela (VSS) dan juga menawarkan pekerjaan kepada 3,500 pekerja MAS dalam syarikat-syarikat lain di bawah Khazanah Nasional.
        
Aspek penting pelan itu ialah bagi kerajaan menggubal Akta MAS yang akan bertindak sebagai jaminan untuk memudahkan pelaksanaan pelan itu. – 29 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.wIr1q9o2.dpuf

Last edited by ifanonline on 29-8-2014 05:12 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2014 05:12 PM | Show all posts
        
Azman berkata, kira-kira 6,000 kakitangan akan diberhentikan kerja mengikut pelan yang termasuk skim pemberhentian sukarela (VSS) dan juga menawarkan pekerjaan kepada 3,500 pekerja MAS dalam syarikat-syarikat lain di bawah Khazanah Nasional.


pekerja2 mas tak perlu risau sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kan dh ada tret yg sama @R2D2
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 05:19 PM | Show all posts
rawahah posted on 29-8-2014 04:21 PM
ni la akibat bila khazanah jadi pemegang saham terbesar.. cer jual saham tu kat kompeni yg bijak pan ...

Betol betol betol
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
stanum posted on 29-8-2014 04:13 PM
My father kerja dengan MAS, currently station manager di salah satu negara asia tenggara. Tak pasti  ...


Bnyk opening utk staff tech Mas...jgn risau...airlines lain tunggu saja nak ngap esp engineering staff Last edited by scorpionkiki on 29-8-2014 07:03 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2014 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
nanti MAS akan tukar logo baru ,uniform baru le, mcm mane la rupe MAS nanti, adakah lg liberal dgn hidangan wine yg lbh variety n exclusive, dgr cite nak buat totally premium airline bukan full svc mcm skrg
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 05:28 PM | Show all posts
deal dengan kroni tu yg banyak makan duit......hamheh tak abis2.....
deal pulak berpuluh tahun....ni pulak tidak direview...bodoh....
supply untuk minyak...catering..dan bermacam lagi....apa cerita???
Gaji big big bos apa cerita..ni dok buang pekerja dulu.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 05:46 PM | Show all posts
ifanonline posted on 29-8-2014 04:07 PM
ade anak-beranak forumer yg effected tak? tak pe la, rezki di mana2...pi keje dgn airline lain pula. ...

tu si Windof..the pilot..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2014 05:51 PM | Show all posts
Apa komen MASEU? Terus terjatuh dari kerusi kah?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.147534 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list