CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: maklukpenggoda

[Tempatan] Gaji T20 dorong rakyat Malaysia jadi tentera upahan di Ukraine

[Copy link]
Post time 5-11-2024 03:44 PM | Show all posts
moh la kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2024 04:07 PM | Show all posts
Mercenaries bawahan ni gaji rendah. Lain la kalau dia bekas Special force. Paskau, Pasykal ke. Ada bukti pernah buat operasi. Even bekas tentera. Kira dia masuk ni, rekrut training lps tu pi perang.
Aku harap dia buat buku dan lps tu di filemkan.
Atau dia joint podcast mana2 cerita kehidupan dia sebagai askar upahan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 04:26 PM | Show all posts
aku suka tgk movie action...
so sisi gelap aku ni mmg selalu berangan nak jadi sniper dapat byrn jota2...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 04:27 PM | Show all posts
btw aku harap gov akan blacklist dia..
jgn sesekali cuba kembali ke ibu pertiwi...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang menjadi persoalan, siapakah yang jumpa dokumen2 pengenalan diri adik ni? Kenapa diviralkan dokumen pengenalan adik ni? Adakah disebabkan dari Malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 5-11-2024 04:45 PM
Yang menjadi persoalan, siapakah yang jumpa dokumen2 pengenalan diri adik ni? Kenapa diviralkan doku ...

Ads igp explain kar thread sebelah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2024 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 5-11-2024 04:27 PM
btw aku harap gov akan blacklist dia..
jgn sesekali cuba kembali ke ibu pertiwi...

Atas sebab apa kena blacklist?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 07:44 AM | Show all posts
gigahertz replied at 5-11-2024 05:49 AM
ada tu hari russia cari askar tambahan.
i ada ter-online tapi tak submit.
russia tak kisah negara ...

klu xde military skills or background pon boleh ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2024 07:30 PM | Show all posts
delsmomm replied at 5-11-2024 11:44 PM
klu xde military skills or background pon boleh ke..

boleh. dia askar upahan tak kira degree atau SPM.
tapi sebelum turun ke medan tu dia ada training dulu.
kalau jenis slow learning . mmg mati katak la.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 5-11-2024 11:09 PM
Atas sebab apa kena blacklist?

tu kalau masuk klia mmg confirm kena cekup lah
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 4-11-2024 11:42 PM
tawaran gaji yang menarik hingga AS$2,700 sebulan (RM11,807)
-----
La banyak tu je? Akak tengok cite ...

Di Malaysia, gini le lebih kurang gaji pegawai tinggi tentera pangkat jeneral.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 07:53 AM | Show all posts
gigahertz replied at 6-11-2024 11:30 AM
boleh. dia askar upahan tak kira degree atau SPM.
tapi sebelum turun ke medan tu dia ada training  ...

perhhh.. ala2 sua tengkuk utk disembelih pon iye jgk ni..

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 08:46 AM | Show all posts
monreyes replied at 6-11-2024 08:45 PM
tu kalau masuk klia mmg confirm kena cekup lah

atas kesalahan apa ye?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 7-11-2024 08:46 AM
atas kesalahan apa ye?

salah atau x bakalan dicekup utk soal siasat
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 02:07 PM | Show all posts
pernah ada dgr pmc ni kalau hidup dpt gaji kalau mati dpt pampasan sampai juta2. tu sbb die tak nak balik dah kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ke sana bukan kerana duit
Raja Noraina Raja Rahim, Muhaamad Hafis Nawawi dan Muhammad Saufi Hassan
[email protected]
Kuala Lumpur: "Sepupu saya ini agakintrovert sejak kecil dan suka bermain permainan dalam talian berkaitan ketenteraan," kata seorang wanita yang juga sepupu kepada lelaki warga Malaysia yang menjadi tentera upahan Ukraine untuk menentang Rusia.

"Dia juga suka mencari maklumat berkaitan dunia ketenteraan," katanya lagi.

Menurut wanita berusia 39 tahun itu, dia hanya mengetahui kaki sepupunya cedera ketika berperang di Ukraine, namun dia selamat.

"Saya tidak fikir sepupu ke sana (Ukraine) kerana wang. Ini kerana, keluarganya bukan dalam kalangan keluarga susah.
Bapanya juga sangat bimbang dengan keselamatannya anaknya," katanya.

Pada masa sama, menurut wanita terbabit, dia hanya mengetahui keberadaan sepupunya itu di Ukraine melalui aplikasi WhatsApp.

"Dia (sepupu) tidak pernah maklumkan kepada keluarga hendak ke Ukraine. Saya hanya tahu sepupu kini di Ukraine sejak April lalu selepas dia mengirim mesej melalui WhatsApp," katanya.

Menurut wanita itu, sepupunya dibesarkan ibu lelaki terbabit di Perlis sebaik berpisah dengan bapanya.
Namun, bapa lelaki itu yang tinggal di Kedah tetap memberi wang bagi menyara kehidupan dan pengajiannya.

"Sebelum ini, saya tidak rapat dengan sepupu. Namun, sejak dia menyambung pengajian di kolej di Selangor, hubungan kami mula erat malah saya yang menjaganya ketika dia berada di sini," katanya.

Menurutnya, sepupunya itu anak lelaki tunggal dan ketika menyambung pengajian di kolej, keputusan peperiksaannya juga agak bagus.

"Ketika ini, kami agak susah berkomunikasi dengan dia malah hanya menunggu dia untuk menghubungi kami," katanya lagi.
Perlu kemaskini, perkenal perundangan khas

Terdapat beberapa perundangan lain yang berfungsi mengawal serta menyekat rakyat tempatan daripada menyertai aktiviti ketenteraan atau pengganasan di luar negara.

Pengarah Advokasi Khidmat Guam, Dr Mahmud Jumaat berkata, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) melarang keras pembabitan sebagai tentera upahan di negara luar dan menganggapnya sebagai satu kesalahan jenayah yang serius.

"Menurut Seksyen 4(1) Sosma, pihak berkuasa diberi kuasa untuk menangkap tanpa waran sesiapa yang disyaki terbabit dalam kegiatan jenayah yang dinyatakan dalam Kanun Keseksaan, termasuk Seksyen 130C yang menumpukan kepada tindakan keganasan dan pembabitan dalam aktiviti kumpulan pengganas seperti yang termaktub di bawah Seksyen 130KA.

"Selain itu, Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) turut memainkan peranan penting dalam menangani isu berkaitan dengan pengganasan.

"Pota diwujudkan khususnya untuk menghalang sebarang aktiviti yang menyokong organisasi pengganas yang beroperasi di negara asing," katanya.

Di samping itu, beliau berkata, Pota memberikan kuasa kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang terbabit dengan organisasi pengganas luar.

Katanya, sejajar dengan itu, Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Negara Asing 2015 (Smata) pula satu lagi perundangan penting yang direka untuk menangani individu yang terbabit dalam aktiviti keganasan di luar negara.

"Smata bertindak melengkapkan usaha kerajaan dalam memerangi ancaman pengganasan global.

"Walaupun negara ini sudah mempunyai perundangan sedia ada yang merangkumi jenayah berkaitan keganasan, terdapat keperluan untuk mengemaskini atau memperkenalkan perundangan khas bagi menangani isu seperti penyertaan rakyat dalam tentera upahan di luar negara.

"Ancaman keselamatan yang semakin berkembang memerlukan perubahan terhadap undang-undang sedia ada agar lebih responsif terhadap isu keselamatan semasa dan kerjasama antarabangsa dalam menangani pengganasan," katanya.

Disiarkan pada: November 6, 2024 @ 12:15pm


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2024 02:38 PM | Show all posts
delsmomm replied at 6-11-2024 11:53 PM
perhhh.. ala2 sua tengkuk utk disembelih pon iye jgk ni..

tengok nasib la. kalau ada lalui peristiwa
kena tembak tapi hidup ada peluang dapat honour.
prestasi bagus ada chance jadi panglima

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.070464 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list