CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azredclaw66

MENJAMU TOK NENEK???

[Copy link]
Post time 9-12-2010 03:44 PM | Show all posts
tak sabar nak baca sambungan pakcik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2010 05:19 PM | Show all posts
Salam semua, jenazah mangsa lemas telah selamat disemadikan. Ada bau-bau mistik juga kejadian mati lemas tu..........Okay pakcik sambung...
Setelah bersalam dengan yang hampir kiri dan kanan, entah kenapa pakcik tak rasa nak duduk dan bergerak ke tengah rumah. Masa tu tiba-tiba pakcik rasa seperti terlanggar benda berbulu kasar di lantai setinggi paras peha. Pakcik terlompat sedikit dan masa itu juga tetamu yang ada bergegas keluar ke beranda dan ada yang terus turun ke tanah.
Benda tu terus datang dan menggeselkan diri ke kaki pak cik. Entah kenapa masa tu tak pula rasa takut tetapi dalam keadaan keliru.... Pakcik mengelak lagi dan rasanya dah tahu dalam bentuk apa benda yang ghaib tu....
Pak cik terperasan ibu sahabat pakcik ada duduk memerhatikan dari pintu dapur dengan rambut yang mengerbang.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 05:19 PM | Show all posts
Reply 3# azredclaw66


   penah ada yg soh wat kenduri doa selamat siapkan pulut kuning bagai.. tp utk mkn sdiri ja.. xyah g letak memana...
tp kami x buat pong.... sbb apa malas buat pong tatau..











x sabor nak tunggu pakcik sambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2010 05:49 PM | Show all posts
Saat: ada gak surfing hehe
Terimakasih semua yang ikut thread pendek ni....nanti pakcik sambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2010 05:50 PM | Show all posts
banjaran nakawan tu di negeri perlis kan pakcik? sambungla cerita pakcik..tak sabar nak tahu apa yan ...
daisy_dukes Post at 9-12-2010 11:43



    yup! Tepat sekali!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2010 08:43 PM | Show all posts
masa tu betul-betul pakcik tak teringat yang ibu sahabat ni dah dua tiga tahun meninggal. Pakcik angguk tapi dalam sekelip mata, hilang pula bayangan ibu sahabat pakcik tu. Terdengar suara beberapa orang kampung yang suruh pakcik keluar dari rumah tu. Pakcik yang tak tahu mana-mana ni dan masih keliru terus je pergi ke dapur sambil menyedari 'benda ' berbulu tu mengekori.
Pakcik bagi salam tapi sorang pun tak ada. So, pakcik buat u-turn dan turun ke beranda. Tuk Imam kampung tu yang memang pakcik kenali tiba-tiba menarik pakcik ke tepi.
"Nampak apa?" tanya imam tua tu.
"Nampak? Tak ada apa. Mana si Meli? " tanya pakcik pula.
"Husshh! Jom ke batas!" kata imam. 'Batas' tu maksudnya jalan besar le.
Sampai je di jalanraya, imam tu bekata perlahan, "Itu yang kami semua musykil. Meli tengah sakit berbaring tengah ruang tamu tu. Tiba-tiba je hilang."
"Sakit apa si Meli tu imam?"
"Balik memukat di empangan, tiba-tiba jadi lumpuh seluruh badan. Cakap pun merapu saja.""
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-12-2010 08:48 PM | Show all posts
"Bila jadinya?"
"Tiga hari dah. Ingat malam ni nak buatle baca Yassin sikit tapi dah ghaib pulak si Meli tu. Dah puas kami cari tapi tak jumpa. Pak Yem Bomoh kata dia ada kat situ juga, nanti muncullah balik tapi sampai sekarang tak ada pun."
"Memang ada kat situ juga tapi dah merupa lain."
"Ghimau?"
"Mana Pak Imam tau?"
"Laa.., takkan kamu tak ingat Mek Yah mak si Meli tu kan bidan besar dulu ni. Selalu orang nampak ghimau tepok main ngan dia dulu."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2010 08:49 PM | Show all posts
Laaa...nak jadi novel le pulak? Soriiiiii...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2010 08:50 PM | Show all posts
al fatihah buat bdk yang meninggal lemas itu..

lagi pakcik sambungan.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 09:06 PM | Show all posts
Ya betul tu XBB
Aku ada dengar dari arwah atok aku pasal upacara ancak ni & selalunya ancak ni ...
pu3_rania Post at 9-12-2010 10:13


salam pu3..... lama xmai... khabaq baik kaaaa?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2010 09:10 PM | Show all posts
By the way, harimau 'tepok' tu bermaksud cacat kakinya. Kalau ada yang baca komen-komen le sket, kasi bakar semangat pakcik nak menulis ni he he

Malam tu, pakcik dan beberapa orang kampung,  anak isteri  Meli dan Pak Yem Bomoh berjaga di beranda rumah. Atas rumah tak ada sesiapapun dan dibiarkan terang benderang. Di jalanraya masih ada beberapa pemuda turut berjaga di pondok bas usang menanti rebah. Sekurang-kurangnya kami tidaklah terasa sunyi sangat. Masa diisi dengan berborak.  Pak Yem Bomoh yakin sangat nanti muncul baliklah si Meli di atas rumah tu. Letih berbual Pakcik baca Yassin dengan dua tiga orang lagi sementara Pak Yem dan seorang pembantunya turun ke tanah sambil mengelilingi rumah itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 09:18 PM | Show all posts
By the way, harimau 'tepok' tu bermaksud cacat kakinya. Kalau ada yang baca komen-komen le sket, kas ...
azredclaw66 Post at 9-12-2010 21:10


salam azred..... bila kou sebut harimau tepok ni teringat aku dulu...... pernah nampak tapak kaki yg ader tiga jer......
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 08:27 AM | Show all posts
salam pu3..... lama xmai... khabaq baik kaaaa?????
xbrapebaik Post at 9-12-2010 21:06


Salam XBB
Alhamdulillah aku sihat
Hehehe lama tak muncul coz pi holiday then start kerja aje  dah menimbun so jengah sekejap2 aje sambil jadi SR & mencelah sikit2       
Aku tertarik dgn thread ni tu yg dok buat posting especially baca tang kisah XBB ada mentioned pasal ancak
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 09:06 AM | Show all posts
Salam XBB
Alhamdulillah aku sihat
Hehehe lama tak muncul coz pi holiday then star ...
pu3_rania Post at 10-12-2010 08:27


ooooooo.... padanler lama menghilang.... gi mana?????
pasal ancak ni ader yg buat agik.... konon2 nk mintak restu....
kat saper aku xtauler.....
yang jadi masalahnya bila yg dok buang ilmu.....
dihanyutnyer ikut suka hati jer..... saper yg amik tu..... nasib ler......
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 09:32 AM | Show all posts
ooooooo.... padanler lama menghilang.... gi mana?????
pasal ancak ni ader yg buat agik.... kono ...
xbrapebaik Post at 10-12-2010 09:06


Kali ni holiday pi yg dekat aje kat Singapore (ada cerita lucu pasal aku tertinggal bagasi aku dlm kereta kakak aku. Aku sedar pun masa nak check-in kat airport)
Pasal ancak plak menurut kata Uwan aku ada sorang bidan & bomoh kat kg sebelah Uwan aku still amalkan buang ancak ni
Bidan ni buang ancak tujuan utk bagi saka dia makan so dgn tu dia still lagi boleh buat kerja2 mengurut org especially yg lepas bersalin
Tang bomoh tu pun sama iaitu tujuan bagi saka makan selain utk upacara semah lepas pesakit yg dia rawat pulih dari sakit  
Bidan tu ada saka buaya putih & bomoh tu plak ada saka harimau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 10:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by junkredish at 10-12-2010 10:51

jamu menjamu ni mmg mengarutlah

ex-saka2 bapak aku dpd warisan turun temurun x prnh mintak apa2 pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2010 10:50 AM | Show all posts
Entah bila masanya pakcik terlelap, letih kerana belum sempat berehat sejak tengahari. Tiba-tiba pakcik tersedar bila dikejutkan salah seorang yang ada bersama di beranda tu tapi mulut pakcik ditekup.
"Syyyy..'" isyarat teman itu sambil melepaskan tekupan di mulut pakcik. Kami dengar bunyi menderam dari atas rumah dan seperti sesuatu sedang bergumpal. Masa tu lampu dalam rumah berkedip beberapa kali lalu padam. Masing-masing jadi kaku. Hasrat hati nak lari tapi entah kenapa terkaku je begitu. Pak Yem juga terkaku sahaja. memang sangat risau memikirkan apakah akan muncul dari pintu rumah yang terbuka sebelah dalam kegelapan tu. Mujurlah pemuda-pemuda kampung yang berjaga di tepi jalanraya bergegas datang dengan 'torchlight' masing-masing.
Setibanya mereka di rumah itu, lampu kembali menyala dan bunyi menderam dah berhenti. Pak Yem Bomoh bangun lalu menjenguk ke dalam.
"Tu hah Meli!" kata beliau lalu masuk ke dalam . Kami pun turut mengekor masuk. Meli sedang terbaring bogel di atas lantai dengan berbantalkan batang pisang. Badannya
berbirat seperti dicakar tetapi tak berdarah. Masa tu juga kami terdengar ngauman harimau dari kejauhan beberapa kali.
Segera pakcik ambil kain pelikat dari dalam sebuah bilik dan menyelimutkan Meli. Matanya separuh terbuka dan dadanya berombak laju seperti baru lepas berlari.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 10:56 AM | Show all posts
Reply 9# pu3_rania

yang bab makan-makan kat kubur ni
kg i pun ada..
tak pasti ada tahlil ke tak
yang pasti diorang bergotong royong bersihkan kubur
boleh kata semua satu kampung gak turun
meriah la jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 11:24 AM | Show all posts
Reply  pu3_rania

yang bab makan-makan kat kubur ni
kg i pun ada..
tak pasti ada tahlil ke tak
...
bronok Post at 10-12-2010 10:56


A'ah sebelum ada tahlil & makan2 depa akan bergotong-royong bersihkan kubur & sekitarnya
Lepas tu baru di lakukan tahlil & makan2
Kaum keluarga arwah atuk & nenek aku tak pernah join upacara ni
Sekarang ni majlis tu dah di adakan di masjid lepas solat sunat Aidilfitri  tapi utk aktiviti bergotong-royong bersihkan kubur masih di lakukan tapi sehari sebelum hari raya
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 11:55 AM | Show all posts
jamu menjamu ni mmg mengarutlah

ex-saka2 bapak aku dpd warisan turun temurun x prnh mintak apa2 p ...
junkredish Post at 10-12-2010 10:50


ntah2 dia makan senyap2.... kou yang xperasan kotttt?????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.138648 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list