CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4293|Reply: 61

[Tempatan] Ejen insurans gagal padam ‘Islam’ daripada IC

[Copy link]
Post time 22-3-2022 08:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-3-2022 04:29 AM

Ejen insurans gagal padam ‘Islam’ daripada IC




  • Oleh SUWARNI MOKHTAR
  • 22 Mac 2022, 8:15 pm


KUALA LUMPUR: Seorang ejen insurans wanita gagal dalam usahanya menggugurkan perkataan ‘Islam’ daripada kad pengenalannya sekali gus mengisytiharkannya sebagai penganut agama Buddha selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakimannya.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian atas alasan antaranya tindakan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden pertama meminta wanita yang kini berusia 42 tahun itu mengemukakan dokumen yang menunjukkan dia bukan lagi beragama Islam adalah mengikut peruntukan undang-undang.

“Apabila terdapat bukti dokumen yang menunjukkan pemohon adalah seorang Muslim, apa sahaja yang konsisten atau bertentangan dengan bukti atau fakta yang menyatakan pemohon bukan lagi seorang Muslim atau tidak pernah mengamalkan ajaran Islam hendaklah ditentukan oleh Mahkamah Syariah, bukannya Mahkamah Sivil atau responden pertama.

“Pemohon tidak dihalang oleh responden pertama daripada menganut atau mengamalkan agama pilihannya. Apa yang diperlukan oleh responden pertama ialah pengesahan daripada pihak berkuasa yang mengesahkan pemohon bukan lagi seorang Muslim atau tidak pernah mengamalkan ajaran Islam kerana berdasarkan bukti bertulis atau rekod dokumen, pemohon dikenali dan dilayan seperti seorang beragama Islam,” kata hakim itu.

Selain itu, berbeza dengan kes Indira Gandhi, Hakim Noorin menyatakan ibu pemohon tidak pernah mencabar pengislaman anaknya itu yang dilakukan bekas suaminya ketika anak mereka berusia 10 tahun malah dakwaan ibu pemohon bahawa dia tidak pernah memberikan keizinan untuk menukar agama anak mereka itu hanya wujud apabila semakan kehakiman itu difailkan.

Dalam kes Indira, guru tadika itu telah memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar tindakan bekas suaminya seorang mualaf yang telah membuat penukaran agama Islam secara unilateral terhadap tiga anaknya sebaik mengetahui perbuatan suaminya itu.

“Lebih menjejaskan, pemohon sendiri tidak pernah mencabar pengislamannya menggunakan ruang perundangan yang betul dan wajar bagi mendapatkan deklarasi bahawa pengislamannya adalah terbatal dan tidak sah ketika mencapai usia 18 tahun. Cabaran terhadap pengislaman itu hanya timbul ketika pemohon hampir berusia 40 tahun,” kata hakim tersebut.

Pada November 2020, ejen insurans tersebut memfailkan permohonan semakan kehakiman dan memohon beberapa perintah antaranya dia seorang penganut dan pengamal agama Buddha dan perintah mengarahkan Ketua Pengarah JPN untuk mengeluarkan MyKad baru dengan nama baharu (nama Cina) serta memadamkan ‘Agama Islam’ dalam kad pengenalannya.

Wanita yang diwakili peguam Dr. Shamsher Singh Thind menamakan Ketua Pengarah JPN, Kerajaan Malaysia dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) selaku responden pertama hingga ketiga. Responden pertama dan kedua diwakili Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly manakala Mais diwakili peguam, Datuk Kamaruzzaman Muhammad Arif.

Menurut afidavit ejen insurans itu, bapanya yang asalnya beragama Buddha telah memeluk Islam sekitar 1990 dan turut telah menukar agama pemohon pada tahun sama ketika dia berusia 10 tahun. Ibu bapa pemohon bercerai pada 1993.

Pemohon mendakwa ibunya seorang penganut ajaran Buddha tidak pernah memberikan kebenaran kepada bekas suaminya untuk menukar agama anak mereka dan pemohon sendiri mendakwa tidak pernah mengamalkan ajaran Islam serta merupakan penganut agama Buddha.

“Ketika berusia 21 tahun, pemohon telah memohon kad pengenalan gantian yang mana pada kad baharu itu tertulis agama pemohon sebagai Islam. Hanya selepas 25 tahun menggunakan kad pengenalan yang memaparkan dirinya ‘Islam’, pemohon memohon kad pengenalan baharu bagi menggantikan nama lama dengan nama baharu (nama Cina) dan menggugurkan perkataan ‘Islam’ daripada kad pengenalan tersebut.

“Mahkamah ini tidak boleh memberikan pengisytiharan bahawa pemohon adalah penganut agama Buddha apabila terdapat bukti dokumen yang menunjukkan dia telah ditukar agamanya ketika berusia 10 tahun. Fakta tetap menunjukkan ibunya tidak pernah mencabar pengislaman itu pada ketika kejadian.

“Adalah dapatan mahkamah ini bahawa kes ini bukanlah satu kes yang mana pemohon tidak pernah menjadi seorang Muslim,” kata hakim itu.
Tambah hakim tersebut, Perlembagaan Persekutuan telah memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menentukan perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam dan Mahkamah Sivil tidak boleh menceroboh ruang lingkup eksklusif Mahkamah Syariah dalam membuat keputusan berkaitan agama Islam.

“Adalah tidak wajar untuk mahkamah ini sebagai Mahkamah Sivil menentukan kesahihan penukaran agama itu atau sama ada seseorang itu seorang Muslim atau tidak kerana ia tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.

Merujuk kepada perintah deklarasi agar Mais memadamkan nama pemohon dalam Daftar Mualaf, Hakim Noorin memberitahu, mahkamah tidak boleh mengeluarkan perintah sedemikian kerana ejen insurans itu tidak pernah mengemukakan permohonan kepada pihak yang relevan iaitu Bahagian Pendaftaran Mualaf.

Oleh itu, mahkamah bersetuju dengan hujah pihak responden bahawa tanggungjawanb untuk memadamkan nama pemohon dalam daftar mualaf itu tidak terletak kepada Mais.
“Sebagaimana pemohon mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama pilihannya, pemohon juga tidak dinafikan remedi dalam perundangan sedia ada bagi membolehkan dia tidak lagi dianggap seorang Muslim.

Saluran yang sepatutnya digunakan ialah di Mahkamah Syariah yang mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan seseorang itu bukan lagi beragama Islam,” kata Hakim Noorin sebelum menolak permohonan tersebut tanpa sebarang perintah mengenai kos.

Ejen insurans tersebut antara lain memohon perintah mandamus untuk kerajaan Malaysia supaya memastikan ketua pengarah JPN mematuhi perintah mahkamah.
Dia juga memohon perintah mandamus supaya Mais menghapus namanya daripada Pendaftaran Muallaf (mualaf Muslim) dan juga untuk membatalkan kad masuk Islam yang dikeluarkan atas namanya bertarikh Oktober 1990. – UTUSAN





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2022 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 22-3-2022 08:25 PM

Jgnlah padam. Rugi tau
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dokumen gambar bersaiz kertas A3 akak makan babi agak2 cukup tak untuk gugurkan islam dari IC akak dek? Akak dah murtad dekkkk!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2022 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 22-3-2022 08:37 PM
Dokumen gambar bersaiz kertas A3 akak makan babi agak2 cukup tak untuk gugurkan islam dari IC akak d ...

Nape akak murtad?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2022 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 22-3-2022 08:40 PM
Nape akak murtad?

Sebab akak dapat petunjuk kebenaran dan hidayah serta taufiq dekk…. Akhirnya akak terselamat dari penipuan dunia dek.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 22-3-2022 08:37 PM
Dokumen gambar bersaiz kertas A3 akak makan babi agak2 cukup tak untuk gugurkan islam dari IC akak d ...

Sapa kata mkn babi murtad pookey?.....
Mkn babi haram je.....berzina pun haram ....bkn murtad.....


Aku pelik....klu niat nk kuar islam pun dah murtad....yg ni beriya iya nk kuar islam, knp nk pertahankn jugak ek......dah terang² dia murtad.....bg je lah ic murtad
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2022 10:28 PM | Show all posts
pooh~key replied at 22-3-2022 08:48 PM
Sebab akak dapat petunjuk kebenaran dan hidayah serta taufiq dekk…. Akhirnya akak terselamat dari ...

seronoklah sister dah boleh melahap babi sepuas-puasnya yach ala2 hari2 boleh order bak kut teh, babi salai, babi panggang 3 rasa, dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2022 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 22-3-2022 08:56 PM
Sapa kata mkn babi murtad pookey?.....
Mkn babi haram je.....berzina pun haram ....bkn murtad..... ...

Kan...dah nak sangat bagi jer la
Bukn under age pon nak dihalang2

Btw lawyer pompuan tu mmg slalu amik kes gini
Kes loh pon lawyer ni gak
Kat fb x pulm dia.citer pasal ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2022 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 22-3-2022 08:48 PM
Sebab akak dapat petunjuk kebenaran dan hidayah serta taufiq dekk…. Akhirnya akak terselamat dari ...

So apa beza masa islam dengan dah murtad skrg ni? X dapat beli umah bumiputera? Dpt seks hari² skrg? Dapat makan babi sedap? Just tanya je..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 22-3-2022 08:56 PM
Sapa kata mkn babi murtad pookey?.....
Mkn babi haram je.....berzina pun haram ....bkn murtad..... ...

Kohkoh bukan sis. Akak cuma sinis pada kes ni sis. Punyalah payah dia nak buang perkataan islam kat IC dia tu sis, sampai kena provide segala macam documentation yang menunjukkan dia bukan islam sis.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 22-3-2022 10:28 PM
seronoklah sister dah boleh melahap babi sepuas-puasnya yach  ala2 hari2 boleh order bak kut  ...

Kohkohkoh tapi ketupat babi akak tak suka sis. Kuat naw bau dan rasa herbanya sis.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 22-3-2022 11:59 PM
So apa beza masa islam dengan dah murtad skrg ni? X dapat beli umah bumiputera? Dpt seks hari² sk ...

Beza dia masa islam akak kena mandi wajib setiap kali lepas bersenggama dekkkk…..

Ok in a serious note sis. Pasal beli rumah bumiputera tu akak still boleh kan sis? Sebab whatever agama akak is, akak still melayu sis. Tak gitu sis?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 23-3-2022 01:07 AM
Kohkohkoh tapi ketupat babi akak tak suka sis. Kuat naw bau dan rasa herbanya sis.


Kak pooh belalah babi comel sekor. Boleh teman manicure pedicure. Comel sangat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 22-3-2022 08:24 PM
Jgnlah padam. Rugi tau

Di Malaysia ni satu line tu akan dictate hidup pemilik IC tu hingga masuk dalam kubur. Nak kawin dengan pasangan bukan islam tak boleh. Kalau dah dari budak-budak tak pernah amalkan islam dan sembah buddha,buat apa orang Islam nak simpan orang mcm ni. Jika ditakdirkan dia ditimpa kesusahan di kemudian hari,dia layak apply zakat semata-mata IC tulis dia Islam.

Semua ni salah sistem di Malaysia yang ghairah sangat nak convert orang dan undang-undang syariah tak seragam di setiap negeri. Kes dia ni dah berpuluh tahun dan ia menunjukkan kelemahan waktu tu. Patutnya jangka waktu untuk boleh tukar agama kepada islam dalam IC tu ada waiting period,umpama orang apply warganegara Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 22-3-2022 08:37 PM
Dokumen gambar bersaiz kertas A3 akak makan babi agak2 cukup tak untuk gugurkan islam dari IC akak d ...

Hang murtad ke.. murtad sbb pepek tak dpt belaian ke sis pohkey.. dah baksin booster brlum...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 23-3-2022 01:48 AM
Kak pooh belalah babi comel sekor. Boleh teman manicure pedicure. Comel sangat.

Kohkohkohkoh adda adda sadja kamoo sister oii…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2022 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 23-3-2022 06:55 AM
Hang murtad ke.. murtad sbb pepek tak dpt belaian ke sis pohkey.. dah baksin booster brlum...

Iya sis burit oiii… akak murtad sebenarnya sis. Akak siap pernah minum beer depan masjid area rumah akak ni sister…
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 23-3-2022 08:59 AM
Iya sis burit oiii… akak murtad sebenarnya sis. Akak siap pernah minum beer depan masjid area rum ...

Goyah beno pegangan agama ko.. hahaha.. lopes ni masuk hugame ape lak.. ktistie ke.. buddha ke hindu.. masuk indu pas tuu tak pues ati sbb indu tak leh mkn lrmbu ko murtad masuk kristie pulak.. koh koh..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 22-3-2022 10:56 PM
Sapa kata mkn babi murtad pookey?.....
Mkn babi haram je.....berzina pun haram ....bkn murtad..... ...

Nk kuar Islam xperlu niat..lafaz je dh kua..mcm Kes pookie n Kes ejen insurance ni..both klu xucap blk syahadah...murtad dh tu.. nauzubillahiminzalik
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 23-3-2022 08:59 AM
Iya sis burit oiii… akak murtad sebenarnya sis. Akak siap pernah minum beer depan masjid area rum ...

Sis.. ko masuk hugama ronaldo ajelaa.. timbang timbang bola jah.. tak pun hugame mulayu ketuk ketuk gong tepi pantai.. pas tu jerit jerit hidup mulayu hidup mulayu.. koh koh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.067934 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list